Daun Pintu rumah semidi dua tingkat itu dibuka lebar oleh Airil.
"Hah,tunggu apa lagi masuk lah.Takkan nak aku bentang kerpet merah baru nak masuk." Kata Airil kepada Melur dengan nasa sindiran dan keras.
Melur,satu keluhan kecil dia lepaskan perlahan menggelengkan kepalanya.Bingung dengan perangai Airil yang dari dalam kereta lagi asyik melenting marah padanya.
Dengan lafaz "Bismillah..." Melur melangkah masuk kedalam rumah yang agak sepi dan suram itu.
"Besar juga rumah awak ni ya.Awak tinggal sorang ke sebelum ni? Berapa bilik tidur rumah ni?" Baru selangkah Melur menapak masuk kedalam rumah itu bertalu talu soalan dia ajukan pada Airil.Bola matanya pula bergerak gerak melihat ruangan dalam rumah Airil yang telah lengkap dengan perabut.
"Eh! Kau tak payah sibuk lah nak ambil tahu hal aku.Sekarang ni aku nak kau kemas rumah ni.Hah,nanti kau tahulah berapa bilik dalam rumah ada.Aku nak kau cuci dan kemas setiap sudut ruang dalam rumah ni,atas dan bawah.Vacium,penyapu,mop,sabun dan semua perkakas cuci ada dalam bilik stor tu." Ujar Airil kepada Melur sambil menunjukkan sebuah bilik stor dibawah tangga.
Melur mengangguk faham.
"Ok,Err.. Tapi bilik saya yang mana ya?"
"Oh,bilik kau.Aku lupa pula.Sini ikut aku."
Seketika mereka berdua melangkah bersama berjalan kearah sebuah bilik yang bertentangan dengan ruang dapur.
"Hah,ni lah bilik kau!" Kata Airil pada Melur sebaik sahaja daun pintu bilik bawah dibuka lebar.
"Ini bilik saya?"
Terkejut Melur,bertaut keningnya melihat keadaan bilik yang bakal dihuninya.Sudah lah kecil,berhabuk,ada pula beberapa biji rak yang dipenuhi dengan buku buku dan fail lama.
"Ya lah ini lah bilik kau.Kau tu orang gaji aku je dalam rumah ni.Memang ini lah tempat tidur layak untuk kau.Pandai pandai kau lah nak susun dan kemas bilik ni ya.Tapi semua fail fail tu jangan kau buang pula.Semua fail tu penting.Nih,toto,bantal dengan selimut yang aku pesan kau bawa tak?"
"Bawa.Ada dalam kereta."jawab Melur lembut suaranya.
"Hah pergi ambil,ambil sekali beg pakaian aku dan beg pakaian kau.Lepas tu kau dah boleh mula mengemas ya.Aku nak keluar jap." Kata Airil mengarahkan Melur.
Melur,gadis polos.Semua arahan Airil dia akur.
"Oh ya Melur.Esok kau mula kerja ya.Dah alang alang kita dah pindah,kau kerjalah.Duduk rumah goyang kaki je buat apa.So malam ni aku nak kau prepair lah apa yang patut." Katanya lagi sebelum melangkah masuk kedalam perut kereta.
Lalu Airil terus berlalu pergi meninggalkan Melur dalam keadaan terpinga pinga berdiri disebelah empat biji beg pakaian bersaiz besar.
Satu keluhan lemah Melur lepaskan. "Ya Allah Airil
ni.Esok dia dah nak aku mula kerja! Mana sempat aku nak buat semuanya.Nak kemas rumah ni lagi,pakaian lagi.Nak cari sijil lagi.Aduhh.."
Hanya mampu merungut dan mengeluh dalam hati.Melur,terpaksa akur saja semua arahan suaminya itu.
Bersusah payah dia mula mengangkat satu persatu beg pakaian dan dibawa masuk kedalam rumah.Selesai mengangkat beg pakaian.Melur beralih pula pergi kebiliknya.
Sayu hatinya melihat keadaan bilik yang bakal menjadi tempat dia beristirehat.
"Ya Allah ujian apa pula la kali ni.Dulu kena tidur atas sofa,sekarang ni kena tidur atas lantai pula.Dah la bilik kecil,panas pula tu.Bertabahlah wahai hati.Sabar je lah Melur.Setahun je kau kena hadap semua ni.Lepas ni hidup kau bebas.Kau pergi lah mana pun tak kan ada sapa halang." rungut Melur sendirian lalu memulakan tugasnya.
Dirumah Dato Hakimi Orkid masih lagi bersedih,tubuh Pn Sri Ramona dipeluknya.
"Kenapa Melur pindah opah? Kenapa dia tinggalkan Orkid?" Soal Orkid,tangisnya masih tersisa.
"Sabar lah Orkid,nak buat macam mana dah itu kehendak Airil.Melur sebagai isteri kena la taat."pujuk Pn Sri Ramona sambil mengusap belakang Orkid.
"Airil tu,Dah kenapa tiba tiba nak pindah?"
"Kau ni,kan Melur dah cakap Airil tu nak hidup berdikari."celah Ali pula.
"Kalau macam tu aku pun nak pindah la! Nak hidup berdikari macam dia orang." balas Orkid bebal.
"Kau tak payah la pindah,kau stay ja sini,nanti aku fly sapa nak jaga kau."Jawab Ali.Lemah lembut suaranya cuba menenangkan Orkid,lalu tubuh kecil isterinya ditarik kedalam dakapannya.
Tersenyum manis Pn Sri Ramona melihat kemesraan kedua cucunya itu.
"Hurm.. pujuklah isteri kamu tu Ali.Opah nak solat jap." kata Pn Sri Ramona meminta diri berlalu pergi meninggalkan pasangan kekasih itu.Hakikat sebenarnya,wanita tua itu juga sangat sedih bila cucu kesayangan Melur kini sudah berjauhan dengannya.Namun dia harus akur,kerana Melur bukan miliknya lagi.
"Orkid keluar jom! esok aku dah mula kerja.Apakata hari ni aku bawa kau jalan jalan,tengok wayang ke.Lepas tu kita pergi makan.Kau cakap je nak makan apa,aku bawa." Tib tiba Ali bersuara sambil membelai lembut pipi isterinya itu.
"Malas lah."
"Alah jom lah.Bosan lah duduk rumah je.Jom lah kita pergi Jalan jalan,tengok wayang,lepak mall." Ujarnya sekali lagi.
"Hurmm.. Aa a lah.Bosan pula aku Melur tak ada.Okey boleh,tapi satu syarat."
"Syarat?Syarat apa pula ni?"
"Kau kena angkat aku bawa naik atas,aku nak siap dulu."
"Angkat kau.Kau ni agak agak lah.Kang opah ke mama ke nampak malu lah."
"Alah nak malu apa.Kita kan husband and wife.Halal kan."
"Ye betul,tapi...
"Tapi,tapi.Sekarang ni kau nak keluar ke tak ni."
"Nak lah."
"Kalau nak angkat cepat."
"Ye lah aku angkat."
Nak tak nak Ali terpaksa mengalah dan akur dengan permintaan Orkid.Mencempung tubuh kecil isterinya .
Orkid pula merangkul leher suaminya sambil tersenyum puas.
"Berat juga kau ni kan? nampak ja kecil." Merungut,sengaja Ali mahu menyakat gadis didalam pangkuannya itu.
"Ya la,aku ni kan tulang besi urat dawai.Mestilah berat." jawab Orkid sambil menarik manja telinga suaminya itu.
"Aduh,sakitlah!"
"Sakit,manjalah kau ni."
"Dengan isteri kena lah manja manja hurmm..Eh,Orkid esok aku dah start kerja.Sooo.. aku nak bekalan lebih sikit lah."
"Bekalan? bekalan apa?"soal Orkid yang langsung tidak memahami maksud Ali.
"Lah,kau tak faham."
"Tak" jawab Orkid menggelengkan kepala.
"Takpa jap gi aku fahamkan.Sekarang ni kau buka dulu pintu tu." ujar Ali kepada Orkid.Sedar tak sedar mereka berdua sudahpun didepan pintu billik tidur Ali.
"Aah.. aduh!" Menjerit Orkid apabila tubuhnya dihempas keranjang dan Ali juga turut terbaring disebelah Orkid.Dengan pantas dia memeluk erat tubuh Orkid.Seketika mata mereka bertaut,merenung antara satu sama lain.
"Eh Orkid.Betul ke kau tak tahu bekalan apa yang aku nak." soal Ali,bibirnya sangat dekat dengan bibir gadis bermata sepek itu.
Leher Ali dirangkul lagi,Orkid masih menggelengkan kepalanya dan mula mengukir senyuman nakal. "Tak aku tahu.Cepat lah bagitahu."jawabnya bersuara manja.
"Okey.. Aku bagitahu sekarang!"
Maka bermulalah permainan cinta diatas katil antara Orkid dan Ali.Lama mereka berkurung didalam bilik.Itulah bekalan yang dimahukan Ali apabila bakal berjauhan dengan isterinya.
Disaat Orkid melayari bahtera kebahagian,Melur pula terpaksa membanting tulang empat kerat membersihkan rumah suaminya yang sudah lama tidak ada penghuni.
"Huh!"keluh Melur mengesat peluh yang tak berhenti mengalir.Tubuhnya direbahkan atas sofa single. "Ya Allah.. penatnya! baru setle bahagian bawah..atas belum lagi.Dah berapa lama lah Airil tak balik sini.Banyak betul habuk." rungut Melur seorang diri.
Selesai mengemas bahagian bawah rumah,kini Melur naik pula ke bahagia tingkat atas dan mula mengemas.Daun pintu bilik ketiga bahagian atas dibuka.
"Semua bilik ada katil,lengkap dengan almari pakaian lagi,meja solek pun ada.Tapi apahal la dia suruh aku tidur kat bilik bawah tu! Tidor atas toto,dah la bilik tu berbau,panas,penuh dengan fail.Saja lah tu nak menyiksa aku.Seronok tengok aku menderita.Tak faham aku dengan perangai lelaki ni.Kalau sayang,cinta sanggup buat apa saja.Kalau dah benci tu sampai ke mati.Nampaknya sampai bila bila pun pintu hati Airil takkan terbuka untuk aku.Agaknya dia bahagia kot siksa aku macam ni.Lantak kau lah Airil,selagi aku mampu sabar,aku sabar lah."
Gadis kecil berwajah cantik itu membebel sendirian sambil jari jemarinya mengelap setiap sudut bilik itu.
Plug vacium dipasang,Melur mula membersihkan bilik terakhir rumah itu.
"Alhamdulillah.. Ya Allah leganya.Selesai sudah semua kerja kerja aku.Tapi mana Airil ni! aku dah lapar ni."
Ujar Malur,tubuhnya yang sangat letih terbaring lemah diatas toto biliknya.Melur juga sudah pun siap mandi dan solat magrib.
Disebuah restoran dibandar Kuala Lumpur Airil berbual mesra dengan bakal setia usaha barunya.Bahagianya dia sehingga lupa akan Melur yang kelaparan dirumah.
"Awak tau tak Airil,kelam kabut Daiyan bila dapat tahu saya nak resign! Macam macam soalan dia tanya saya.Mula mula tak bagi saya resign,dia siap nak naikkan gaji saya lagi."
"Lah! awak baru bagi resign later ke?" soal Airil.
Amira tersengeh.."Ye,saya lambat bagi sebab saya teragak agak nak kerja ke tak dengan awak.Abang saya tu bising la kalau saya asyik tukar tukar kerja je." kata Amira sesekali ayam grill dipotong kecil masuk ke mulutnya.
"Kenapa? abang awak tak suka ke awak bekerja dengan saya."
"Eh,mestilah suka.Lepas saya ceritakan semua kat dia.Abang terus setuju."
"Ye ke,.Alhamdulillah.Tapi,abang awak tak tahu ke tentang hubungan kita ni."
"Tak tahu lagi.Saya tak berani lah saya nak cakap dengan dia,abang saya tu garang sikit!." Jawab Mira,sambil menatap wajah Airil.
Fresh Oren yang masih sejuk disedut Airil.Wajah Amira sentiasa dalam renungan lelaki berdarah Rusia itu.
"Awak tinggal berdua je ke dengan abang awak,ibu bapa awak ada lagi?" soal Airil,hatinya ingin tahu latar belakang bakal isterinya itu.
"Ha ah,ummi dah lama meninggal,masa tu umur saya 12 tahun.Ummi kemalangan masa nak pergi kerja.Ayah pula tak tahu lah hilang ke mana.Ayah dengan ummi berpisah masa umur saya 10 tahun.Saya membesar pun kat rumah anak yatim.Abang dah kerja boleh jaga diri sendiri."
Seketika Airil terdiam,sebak hatinya mendengar luahan Mira.
"Oohh macam tu ya.Kesian awak kan.Tapi nanti kalau kita nak kawin abang awak boleh jadi wali tak?Ye lah,sebab ayah awak kan ada lagi."
"Apa? Kawin??"
Tercengang Amira bulat bola matanya apabila disoal tentang perkahwinan.
"Err.. Boleh kot sebab saya tak tahu ayah saya kat mana.Entah hidup ke mati saya tak tahu.Tapi kan Airil,saya rasa buat masa sekarang ni kita berkawan dulu ya.Soal kawin tu nanti nanti la kita bincangkan."
"Kenapa? awak tak sudi kawin dengan saya?Tak sudi jadi isteri saya?"
"Eh,nak lah.nak sangat.Cuma saya tak nak lah kawin dalam masa terdekat ni.Kan kita baru kenal,kita kawan la dulu ya." Jawab Amira lagi sambil mengukir senyuman manis.
Jam sudah pun pukul 10 malam,Airil masih lagi belum pulang kerumah.Waktunya dihabiskan bersama Amira pergi makan,pergi jalan jalan,pergi membeli belah.Melur pula tersiksa dirumah menahan rasa lapar.Perutnya tak berhenti berbunyi.
"Ya Allah laparnya,kenapa Airil tak balik lagi ni.Aku nak oder makanan nanti dia bising pula.Nak masak apa pun tak ada.Ishh..Takkan dia balik rumah papa kot.Aku call tak nak angkat,aku whatssap tak balas.Airil,Airil...
Melur merungut sendirian.Entah dah berapa kali Melur terjaga dari tidurnya dik kerana perutnya yang berkeroncong minta diisi.
"Ha ah,tu bunyi kereta.Dah balik pun."
Pantas Melur bangun dari baringnya.Berjalan lahu keluar dari biliknya dan membuka daun pintu rumah.
"Hah! Tak tidur lagi.Esok kau dah mula kerja,jangan nak buat hal datang lewat."
Airil,nampak ja muka Melur terus membebel.
"Dah tidur tadi,tapi terjaga.Perut ni lapar sangat.Eh awak tak beli makanan ke?" soal Melur yang agak kecewa apabila Airil pulang dengan tangan kosong.
"Makanan? makanan apa?" Airil,tayang muka hairan.
"Makanan untuk saya lah.Awak tak baca whatssap ke?"
"Whatssap?"
Lantas Airil tengok skrin telefon pintarnya.
"Hurm.. tak perasan tadi whatssap kau.Lagi pun aku tak save nombor handphone kau.Dah lewat ni,esok je la kau makan.Aku penat lah,nak tidur.Nih beg aku kau dah bawa naik atas."kata Airil tanpa rasa bersalah.
"Takpe lah,awak masuk la tidur,semua bilik saya dah kemas.Beg pakaian awak ada kat ruang tamu atas.Saya tak tahu mana bilik awak."
"Ok,aku naik atas dulu.Kau tu tidur." kata Airil lalu menapak kakinya menaiki anak tangga ketingkat atas.
Melur juga berlalu pergi masuk kebiliknya dengan perasaan hampa.Airmatanya tiba tiba menitis apabila daun pintu ditutup.Sakit hatinya dilayan seperti manusia yang tak punya perasaan.Airil langsung tak ambil kisah soal makan minum Melur.Kemana hilangnya Airil yang dulu,Airil yang terlalu menyayangi dirinya.
Imbas kembali 2011.
"Along! Melur ambil rantai Lilly.,nanti opah mesti marah Lilly.Along tolong minta Melur bagi balik rantai Lilly." Adu Lilly kepada abang sulungnya Airil apabila rantai pemberian Pn Sri Ramona hilang dari lehernya.
"Ishk.. Lilly ni tak baik tau tuduh Melur macam tu.Takkan Melur nak ambil rantai Lilly.Di nak buat apa."
"Betul la! Lilly tak tuduh.Melur suruh Lilly tanggalkan rantai tu.Melur cakap dia nak pakai sekejap.Tapi sekarang Melur tak nak pulangkan balik.Along tolong lah minta Melur pulangkan rantai Lilly.Lilly takut opah marah."
"Haish Lilly ni.Ya lah,ya lah nanti along cakap dengan Melur."
Airil terpaksa akur,rimas apabila Lilly menarik narik lengannya.
Didalam bilik tidur,kelihatan Melur tersenyum gembira apabila rantai idamannya sudah ada digengaman.
"Cantiknya rantai ni.Ish,kenapa lah budak manja tu yang dapat rantai ni.Kenapa opah tak kasi aku je.Lagi cantik rantai ni kalau aku yang pakai."Omelnya sendirian.
"Woi,Melur!"
"Hah,kau Orkid.Terkejut aku,apahal kelam kabut masuk bilik ni.Tak reti nak ketuk dulu.
Sedas Melur bebelkan Orkid.Tersentak bahunya terkejut dengan kehadiran Orkid.Pantas rantai yang berada ditangannya disorok bawah bantal.
"Lilly.. Lilly..
Dengan termengah mengah Orkid menyusun kata.
"Lilly,Lilly.. Hah kenapa dengan dia?"
"Lilly.. Lilly lemas.. ibu ibu..."
Mendengar kata kata Orkid yang tidak tersusun,pantas Melur turun dari katil mendekati kembarnya yang sudah terjelepuk jatuh ke lantai."Orkid! Kenapa ni Orkid? apa yang dah jadi?"
"Lilly.. Lilly lemas dalam kolam sebab nak cari rantai yang opah bagi dia.Lepas aku bagitau apa yang kau suruh tu Lilly terus terjun kolam nak cari rantai tu Lilly lemas." kata Orkid terketar ketar lidahnya menyusun kata disusuli air mata yang berjurai.
Lemah longlai lutut Melur,tubuhnya juga terjelepuk kelantai. "Ya Allah Lilly.. Apa aku dah buat ni."
Selepas mendapat sedikit kekuatan Melur terus bingkas bangun berlari pergi ke kolam ikan bersebelahan kebun bunga Pn Sri Ramona.Dari jauh dia memanggil nama Lilly Imani.
"Lilly...Lilly.."
Pangg... satu tamparan yang kuat singgah kepipi Melur setelah dia sampai dekat dengan tubuh kaku Lilly Imani.
"Kurang ajar kau Melur! apa yang kau dah buat dengan adik aku hah ?" jerit Airil.Kulit wajahnya merah menahan kerana terlalu marah.
Melur bangun dari jatuhnya dik tamparan kuat dari Airil.Tanpa pedulikan Airil dia terus merangkak mendekati Lilly Imani.
"Ya Allah Lilly,aku minta maaf.Lilly bangun Lilly,bangun! aku minta maaf." Melur meraung raung meratapi tubuh kaku Lilly Imani.
"Eh Melur! Kau bangun,kau bangun aku kata"
Kini giliran Syuhada pula naik angin.Lengan Melur ditarik dengan kasar. "kau jangan sentuh anak aku! pembunuh! disebabkan kau anak aku mati.Eh,apa kau dah buat hah.Apasal kau dengki sangat dengan Lilly hah.Apa salah dia?"
"Ya Allah Syuha sabar,sabar sayang.Istigfar Syuha.Tak baik mengamuk macam ni.Dato Hakimi yang turut bersedih cuba menenangkan kemarahan Syuhada.
"Melur ibu kamu dah takde?"
Dalam kekecohan itu tiba tiba Abdullah Joon pula bersuara.
Tejegil bola mata Melur mendengar kata kata ayahnya.
"Ibu dah takde? Ibu.. ibu..ibuuuu...
Lemah longlai Melur berjalan kearah sekujur tubuh wanita yang sudah tidak bernyawa itu. "Ibuuuuu..."sekali lagi Melur meraung.
Qistina yang melihat Lilly Imani meronta ronta didalam kolam terus terjun untuk menyelamatkan anak saudaranya itu,akan tetapi malang tidak berbau kaki Qistina tiba tiba kekejangan menyebabkan dia dan Lilly Imani lemas bersama didalam kolam ikan sedalam 4 meter.
Selesai semua upacara pegebumian Qistina dan Lilly Imani.Suasana pilu menyelubungi dirumah Pn Sri Ramona.Wanita berdarah Rusia itu menangis teresak esak.Hampir beberapa kali dia rebah.Sebak hatinya apabila kehilangan dua insan yang dia sayangi dan kagumi.
Orkid saksi utama kejadian yang berlaku telah menceritakan semuanya.Betulah kata Lilly Imani,Melur telah mengambil rantai leher miliknya dan berkeras tidak mahu pulangkan.Melur juga lah yang mengarahkan Orkid untuk berbohong kepada Lilly Imani bahawa rantai itu telah jatuh ke dalam kolam dengan harapan Lilly tidak akan mencarinya lagi.
Namun tanggapannya silap,Lilly dengan beraninya terjun ke dalam kolam ikan itu seorang diri untuk mencari rantai hadiah pemberian Pn Sri Ramona.
Seluruh ahli keluarga Dato Hakimi sangat marahkan Melur.Tetapi tidak Pn Sri Ramona.Wanita itu lebih menyalahkan Syuhada atas semua yang berlaku.
"Kamu tak boleh salahkan Melur.Silap kamu anak dah besar kenapa tak dihantar belajar berenang."
"Salah kamu tak simpan rantai tu."
"Salah kamu tak awasi anak kamu"
"Ya semua salah Syuha..apa yang Syuha buat semua salah."
Seketika Syuhada merungut apabila kisah lalu muncul dikotak fikirannya.Dia berkecil hati lagi apabila dia dipersalahkan kerana Airil dan Melur pindah dari rumah agam dato Hakimi.
"Sayangg..sabar la.Bonda tak salahkan Syuha.Bonda tu saja je nak cakap.Sayang,kan Melur dah takde dalam rumah ni.Abang rasa ni lah peluang untuk awak tawan hati bonda." pujuk Dato Hakimi bersimpati dengan nasib isterinya itu.
Sedu sedan tangisan Syuhada masih tersisa.Kata kata suaminya tak berjaya menenangkan jiwanya.
"Apa salah Syuha bang,kenapa bonda sayang sangat dengan Melur tu! Lilly meninggal disebabkan Melur,tapi Syuha yang dipersalahkan."
"Sayang.. dah la tu.Benda dah lepas lah.Ni semua ujian untuk kita.Dah sampai masanya Lilly tu pergi.Melur asbab je semua tu terjadi.Dah la,sayang jangan lah sedih macam ni.Abang risau lah,nanti sayang sakit kepala pula." Sekali lagi Dato Hakimi memujuk isterinya lalu tubuh Syuhada dipeluk erat.
Tik.. tik.. tik.. tik..
"Aduhh.. sakitnya badan aku."
Merungut gadis kecil itu sambil mematikan jam telefon pintarnya yang dari tadi menjerit.
"Ya Allah laparnyaa." rungutnya lagi apabila perut pula mula mengamuk minta diisi.
Seawal pukul 5.30 pagi Melur sudah pun bangun.Mandi,solat subuh dan bersiap.Ini adalah hari pertama dia akan melihat dunia.Dunia yang penuh dengan liku dan pancaroba.
Tersenyum ceria gadis cantik bertudung itu melihat dirinya didalam cermin perhiasan yang tergantung di ruang tamu rumah Airil.
Kepala dipusing ke kanan dan kiri.
"Kau rasa kau cantik sangat ke! terhegeh hegeh depan cermin.Dah jom keluar."
Airil yang baru menuruni anak tangga terus menyindir Melur.
Melur pula hanya diam.Berdiri tegak tanpa memandang Airil dan mengikut langkah bakal majikannya itu.
"Kau tunggu sini,nanti ada orang akan ambil kau pergi dan balik kerja." ringkas arahan Airil kepada Melur.Berdirinya di luar perkarangan rumah.
"Tapi saya kan kerja kat ofis awak,kenapa kita tak pergi sekali je?"
"Kau dengan aku pergi sekali? Kau ni bodoh ke apa? Kat ofis tu siapa pun tak tahu yang aku ni dah kahwin dengan kau.Aku pun tak ingin la nak mengaku perempuan selekih macam kau ni isteri aku.Buat malu je.So,kat ofis aku tak kenal kau dan kau tak kenal aku.Aku bos kau,kau tu kuli aku je.Kalau kau pandai pandai nak buka cerita hal kita,aku tak akan teragak agak ceraikan kau.Aku akan pastikan satu sen kau takkan merasa duit opah.Faham?"
Tegas Airil bersuara dipagi hari.Bercakap pula,langsung tidak memikirkan hati dan perasaan Melur.
Melur pula,hanya tahu mengangguk walaupun sakit hatinya dilayan seperti itu.Sudahlah semalaman menahan lapar,tubuhnya pula sakit,ditambah pula dengan herdikan dan kata kata Airil dipagi hari.
"Astagfirullah hal azim.. Boleh gila aku kalau hari hari macam ni." bisik hati Melur setelah Airil sudah pun pergi meninggalkan dirinya.
Tidak berapa lama kemudian sebuah kereta Proton saga merah muncul di luar pagar rumah Airil.Hon dibunyikan pemandu kereta itu.Pantaslah Melur melangkah kakinya keluar dari pagar rumah.
Share this novel
kesiannya kt melur