bab 22

Romance Series 87066

Percutian Ali dan Orkid berjalan lancar,kini mereka sudah pun berada di dalam kapal terbang untuk berlepas ke Singapore.Gembiranya hati Orkid sehingga bibirnya tak lekang ukir senyum.Namun semasa pasangan sejoli itu sedang asyik melihat pandangan luar tingkap tiba tiba ada seseorang menyapa Ali.

"Ali?"

"Eh Rin." Jawab Ali dengan riak wajah terkejut.Seketika Orkid juga memandang wajah gadis itu.

"You nak pergi Singapore?" Soalnya.

"Ha ah..ya."

"Ohh.. Ada kerja ke?" Soalnya lagi.

"Tak lah,saja I pergi bercuti."

"Bercuti? wah.. seronoknya.Kalau lah I boleh join you kan seronok." kata gadis itu selamba.

Ali tersenyum kelat sambil menoleh kearah Orkid.Orkid pula sudah tayang riak wajah tidak puas hati.Faham dengan raut wajah Orkid pantas Ali perkenalkan Orkid kepada Airin.

"Oh ya Rin.Kenalkan ni Orkid my..." Kata kata Ali terkedu seketika pantas menoleh memandang Orkid.Ditenungnya wajah comel itu."My cousin.Orkid,ni Airin pramugari fligt ni dan juga kawan kerja aku." Katanya kepada Airin dan Orkid lalu pandangannya tertumpu semula kepada Airin.

Orkid terkejut,berkerut sedikit keningnya mendengar ungkapan Ali.Namun dia tenang,sedar akan perkahwinan rahsia mereka dan terus menghulurkan salam perkenalan kepada Airin.

"Hai,saya Orkid.Ya,saya sepupu Ali dan juga kawan baik Ali.Selamat berkenalan." Satu senyuman manis terukir dibibir Orkid.

"Oh hai,saya Airin.Panggil je Rin." jawab Airin pula tersenyum sambil menyambut tangan Orkid."Tapi kan dah lama saya kenal Ali tak tahu pula Ali ni ada sepupu macam awak ni." Jelas riak wajah Airin menyindir Orkid.

"Kenapa? pelik sangat ka ada sepupu macam saya ni.Awak tak pernah jumpa orang macam saya ke?" Balas Orkid.

"Eh tak lah.Tak pelik pun.Awak okey je,walaupun awak macam ni tapi awak comel.Apapun selamat berkenalan ya.Oh ya,saya minta diri dulu ya,ada kerja nak buat."Gadis berpakaian pramugari itu terus berlalu sambil melemparkan senyuman manis kepada gadis Orkid dan Ali.

"Sepupu? Kawan?Huh!" Satu keluhan Orkid lepaskan.Wajahnya berang memandang Ali.

"Sory la Orkid.Aku terpaksa cakap macam
tu.Dia orang semua tak tahu yang aku dah kawin."

"Eleh...Cakap je la yang kau tu malu ada isteri macam aku kan." Orkid mula meninggikan suaranya.

"Shuttt..perlahan sikit suara tu."tegur Ali apabila
ada yang memandang ke arah mereka berdua."Sory la sayang.Aku harap kau faham keadaan sekarang ni.Please jangan la macam ni.Kita kan nak pergi honeymoon,senyum lah sikit."

"Sorry? blah la dengan kau punya sorry.Nak suruh aku senyum.Hati aku ni sakit tau." Jawab Orkid,wajah suaminya langsung tidak dipandang,bibirnya muncung,kedua tangan disilangkan.

"Huhh.." Satu keluhan Ali lepaskan.Kena sabar melayan karenah Orkid. "Ya aku janji,lepas ni aku akan perkenalkan kau pada semua kawan kawan aku Aku bawa kau jumpa diaorang.Dan aku akan cakap.Ini Orkid,my lovely Wife!."

"Betul?" Riak wajah ceria mula terpancar diwajah Orkid.Sememangnya Orkid ini senang dipujuk.

"Betul.Aku janji."

"Okey.Kali ni aku maafkan kau."

Tersenyum lebar Orkid,pipi Ali dikucup berkali.

Ali pula tertunduk malu sambil memicit kepalanya apabila ada penumpang yang tergelak kecil melihat telatah Orkid.

HARI ini Melur pulang kerumah lebih awal.Pulangnya dengan menaiki grab.Ini kerana Airil suaminya terus keluar bersama Amira selepas tamat waktu kerja.

Sudah menjadi rutin harian Melur.Sampai saja dirumah pakaian kerja tidak ditukar,dia terus mula mengemas rumah dan membasuh pakaian kotor.

Bibir Melur mula terkumat kamit menyanyikan lagu kegemarannya Beutiful In White nyanyian Shoun Weslife.

Merdu dan lunak sungguh suara Melur.Seakan suara artis malaysia Wani Hasrita.Bibir dan langkahnya seiring bergerak dari ruang tamu bawah hingga keatas rumah lalu pintu bilik Airil dibuka.Katil dikemas rapi,dan selepas itu semua pakaian kotor Airil didalam bakul diambil Melur.

Kini Melur menapak menuruni anak tangga,bibirnya masih melontarkan lagu itu.Suaranya semakin kuat,kuat,kuat dan tiba tiba terhenti.

"Eh apa benda pula ni." Dahi Melur berkerut melihat sebuah kotak kecil dari poket seluar Airil terjatuh ke lantai.Lalu dia mengambilnya.

"DUREX? apa benda ni." soal Melur sendirian,kotak kecil itu dibolak balikkan sambil bola mata Melur meliar membaca tulisan kecil di kotak itu.

"Astagfirullahal Azimm." Beristigfar panjang Melur.Terkejut! Mulutnya ditekup.Bola matanya terbuntang besar.

"Ya Allah! Biar betul Airil ni.Takkanlah dia dengan Mira dah..." Bergetar tangan Melur,jantungnya berdegup kencang apabila mengetahui isi kotak kecil ditangannya adalah K****M.Belon kecil yang digunakan untuk mencegah kehamilan.

"ADA lagi tak barang yang Mira nak beli?" Soal Airil kepada kekasihnya.Wal hal ditangan Airil sudah tidak cukup jari untuk disangkut beg beg kertas dari kedai barangan berjenama.

"Dah,dah cukup la Airil.Macam macam dah Airil belanja Mira ni.Terima kasih sangat sangat.Mira happy sangat Airil.Mira tak pernah shopping macam ni." Ujar Amira tersenyum lebar.Mana tidaknya semua kemahuannya Airil turuti.

"Sama sama Mira.Airil tak kisah.Yang penting Mira happy." balas Airil.

Seketika mereka tersenyum bahagia bersama.

"Airil,makan jom.Lapar lah pula.Penat berjalan agaknya."Amira merangkul lengan Airil.

"Boleh.Jom lah.Mira nak makan apa?" Soal Airil sambil pasangan kekasih itu mengatur langkah.

Sedang mereka berjalan mencari Restoran pilihan tiba tiba handphne Amira bergetar.

"Eh jap jap Ril,ada call." Langkah mereka terhenti Amira cepat cepat mengeluarkan handphonenya dari beg tangan berjenama Guess hadiah dari Airil.

Nama si pemanggil di skrin handphone ditatap seketika.Dahinya mula berkerut serba salah untuk menjawab panggilan itu.

"Airil tunggu sini jap ya.Abang call."Amira meminta diri.

Mira menapak agak jauh dari Airil untuk menjawab panggilan itu.Raut wajahnya kelihatan cemas semasa berbual melalui telefon pintar.Seperti ada yang tak kena.Selepas menamatkan panggilan Amira berjalan semula ke arah Airil.

"Airil minta maaf sangat sangat.Mira tak jadi nak pergi makan.Mira kena balik sekarang.Abang tiba tiba tak sihat.Demam katanya."

"Ohh ya ka.Takpa lah kalau macam tu.Jom lah Airil hantar Mira.

Di dalam kereta Amira kelihatan resah gelisah.Duduknya serba tak kena.Sekejap tengok luar tingkap,sekejap tengok handphone.Ada kalanya dia mengeluh besar.

"Kenapa ni sayang,cemas semacam je.Risau kat abang ke?" Soal Airil yang perasan dengan sikap Amira seperti cacing kepanasan.Sebelah tangannya menggenggam erat jari jemari Amira cuba menenangkan sang buah hati yang kegelisahan.

"Mira.. Mira takut abang marah." Sepontan Amira berkata.Kulit wajahnya kelihatan pucat.

"Marah?"

"Ya.Abang mesti bising sebab Mira balik lembat.Abang tak suka Mira keluar malam malam." Kata Amira.

Airil menghela nafas.Rasa serba salah dan simpati pada Amira.

"Mira.. Airil rasa lebih baik kita berterus terang ja dengan abang Mira tentang hubungan kita ni.Airil sanggup jumpa dan berhadapan dengan abang Mira.Kita jelaskan tengtang hubungan kita.Airil yakin abang Mira mesti faham." Kata Airil sambil mengucup lembut belakang telapak tangan Amira.

"Terus terang? Tak,tak boleh.Dia takkan faham hubungan kita ni.Airil tak kenal abang.Dia garang.Dia memang tak suka Mira bercinta."

"Tapi kenapa?"

"Nanti nanti la Mira cerita ya.Dah sampai.Tak sempat kalau nak cerita." Ujar Amira yang kelam kabut membuka daun pintu apabila kereta Mercedes Benz itu sudah berhenti.

"Sayang barang barang ni."

"Esok Mira ambil."Balas Amira lalu terus menolak daun pintu.Dia terus berlari anak meninggalkan Airil yang terpinga pinga tidak memahami apa yang telah terjadi.

SINGAPORE.Dibilik Hotel bertaraf lima bintang Orkid sibuk menyiapkan dirinya untuk menggoda sang Suami.Rambutnya yang pendek sudah kelihatan panjang sikit kerana sudah lama dia tidak memotong rambutnya setelah bergelar isteri kepada Kapten Ali.

Sepasang pakaian tidur seksi disarung ketubuhnya.
Dia agak kekok untuk menghias wajahnya dengan make up nipis.Usai menghias diri perfium berjenama Chanel pemberian Ali disembur ketubuhnya.Dan selepas itu Orkid merenung seketika dirinya di hadapan cermin bilik mandi.Menawan dan seksi,ini lah pertama kali dirinya kelihatan seperti wanita tulen.Dengan penuh keyakinan diri Orkid melangkah keluar dari bilik air.

"Sayang." manja betul suara itu memanggil sang buah hati.

Hampir tersembul bola mata Ali apa bila melihat seorang gadis berpakaian seksi dengan langkah yang menggoda berjalan ke arahnya.

"Wow sayang seksinya!" kata Ali apabila Orkid sudah berada dekat dengannya.

Orkid mengukir senyuman menggoda,sambil melabuhkan duduknya diriba Ali,leher suaminya itu dirangkul.

"Kau suka tak aku pakai macam ni."

"Gila.Mesti lah suka.Suka sangat." Senyuman galak mula terukir diwajah Ali.

Orkid tersenyum bahagia.Wajah Ali direnung manja lalu bibirnya didekatkan dengan bibir Ali sehinggalah dua pasang bibir itu bertaut.Dan akhirnya pasangan suami isteri itu rebah diatas ranjang untuk menghangatkan tubuh masing masing dikala hujan turun membasahi bumi.

Bahagianya Orkid menikmati belaian seorang suami.Tetapi tidak Melur.Duduk menunggu kepulangan suami dengan perasaan sedih dan sayu.

"Awak nak minum tak,nak makan?" Itulah soalan yang akan disoal Melur pada Airil setiap hari apa bila Airil duduk terjelepuk di atas sofa.

Airil pula hanya menggelengkan kepala yang tersandar disofa.Kelopak matanya terpejam seketika.Kedua belah tangannya disilangkan ke belakang.

"Airil"

Kelopak mata Airil terbuka dik terdengar suara Melur memanggilnya.

"Apa?" jawabnya kasar.

"Ni barang awak kan?" soal Melur sambil menghulurkan kotak kecil yang dijumpanya tadi.

Airil terkedu.Terkejut.Raut wajahnya berubah gelisah.

"Mana awak jumpa?" Soalnya,pantas kotak itu dicapai dari pegangngan Melur.

"Tadi masa saya nak basuh baju benda ni jatuh dari poket seluar awak." jawab Melur bersahaja sambil melabuhkan duduknya berhadapan Airil.Melur diam seketika memandang Airil.Serba salah dia mahu melontarkan kata katanya.Risau pula jika lelaki itu naik angin.

"Nak cakap ke tak ni? Ishg kalau tak cakap tak puas hati.Cakap je lah.Benda salah kena tegur ni.Aku tak nak bersubahat." Bisik hati Melur lalu nafasnya ditarik dalam dalam mengumpul kekuatan.

"Airil.Saya nak cakap sikit dengan awak." Suara itu kedengaran tegas menyebabkan berkerut alis mata Airil merenung Melur.

"Saya rasa lebih baik awak dengan Amira tu kahwin."

Terkejut dan hairan,kedutan di dahi Airil muncul lagi.Sepasang bola mata berwarna kelabu itu merenung tajam wajah tenang Melur.

"Kawin dengan Mira? Apa awak merepek ni."

"Saya tak merepek lah.Saya nak awak kawin dengan Amira.Saya izinkan.Dan saya sudi tolong awak pinang Amira."

"Hoi! Kau ni dah gila ke apa? atau kau sengaja nak opah tu mengamuk kat aku.Benci aku." Airil mula meninggikan suaranya.

"Saya tak gila.Saya ni masih waras lagi walaupun hati ni sakit.Soal opah tak apa biar saya sendiri yang cakap dengan opah.Faham kan opah.Yang penting awak kawin je dengan Amira.Semua ni untuk kebaikkan awak dan Amira.Sampai bila awak dengan dia nak berzina.Awak tak takut ke? Kawin lah Airil.Bertanggung jawab dengan apa yang awak dah buat pada Amira."

Di hujung kata kata Melur suaranya mula bergetar.Airil pula hanya menggelengkan kepalanya mengerti dengan maksud kata kata Melur.

"BERZINA? Amboi! sedap mulut kau je tuduh aku berzina.Kau ingat aku ni jahil sangat! Dah tak tahu mana halal haram." Bidas Airil,sakit pula hatinya dengan tuduhan Melur.

"Kau tuduh aku BERZINA sebab kau jumpa benda ni kan." Airil menghalakan kotak Durex itu tepat pada wajah Melur.

"Errr.. ye lah.Selalu orang berzina je guna benda alah tu.Kalau awak tak guna buat apa awak beli?"Soal Melur tersekat sekat suaranya.

"Ooh.. sebab benda ni.Suka hati kau ja cakap aku ni berzina dengan Mira.Ehh.. aku sayang Mira.Aku takkan rosakkan hidup dia lah.Kalau aku nak dia,aku pasti halalkan dia dulu.Otak kau tu yang kotor.Tahu nak menuduh ja." Kepala Melur ditunjal Airil.

Melur pula hanya duduk membatu.Wajah berang Airil langsung tidak dipandang.Jantungnya berdegup laju risau jika suaminya mengamuk dik tuduhannya yang melampau.

"Kau tahu kan kegunaan benda alah ni?" Airil bersuara lagi.Duduknya rapat bersebelahan Melur.

"Ta.. Tahu." jawab Melur takut takut.

"Baguslah.Kau nak tahu sangat kan kenapa aku beli benda ni."

Melur mejeling Airil.Wajah lelaki sangat dekat dengan wajah Melur.

"Kalau kau nak tahu benda ni alah memang aku beli bukan sebab aku nak berzina dengan Mira.Tapi aku beli sebab aku nak bersama dengan kau."

Terkejut! Itulah reaksi Melur mendengar pengakuan jujue suaminya.

"Aku dah tak kuat nak kawal nafsu aku Melur.Aku ni lelaki Normal.Tipu lah kalau aku tak bernafsu tengok kau hari hari.Aku tahu kau pun mesti ada rasa yang sama kan.So,rasanya tak salah kot kita mula jalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.Untuk elakkan kau dari mengandung,aku kena la pakai benda ni.Kau faham?"

"Nak aku? Tapi perasaan aku tak jaga.Selamba je cakap sayang Mira.Sakitnya hati ni.Pastu nak samakan perasaan aku dengan dia.Cis! Aku nak buat sebab takut dosa.Kau tu nak buat sebab nafsu.Mana sama.Hurmm.. Tapi kan patut lah beberapa hari ni beria sangat dia suruh aku tidur bilik atas.Rupanya dia ada udang disebalik batu." Detik hati Melur mengelamun teringat kebaikan Airil yang menyuruhnya tidur dibilik atas.

"Melur!" panggil Airil.

"Ya" jawabnya tersentak.

"Berangan?"

"Errr...

"Aku tahu kau tengah berangan kan.Dah tak payan berangan.Malam ni kemahuan kau aku tunaikan.Sekarang ni kau pergi naik atas mandi dan bersiap.Segarkan diri kau tu,pakai wangi wangi.Jap lagi aku datang."

Selamba saja Airil mengarahkan Melur itu ini.Dasar lelaki! Bab nafsu benci pun jadi suka.Ludah sendiri sanggup jilat balik.

"Err.. A... Awak bergurau kan?"

Melur pula Confius.Terpinga pinga.Panjang lebar lelaki tu bercakap.Boleh pula dia buat buat tak faham.

"Bergurau? Aku serius lah! Aku serius Malam ni nak mulakan pertama kita.Lagipun kau yang cakap kat kan,kau isteri aku,kau hak aku.Aku boleh minta kalau aku nak.Selagi kau isteri aku,kau akan penuhi apa saja kemahuan aku.Kau lupa?"

"Err.. ye ke saya cakap macam tu? Tapi bila ya? Dekat mana?Awak pasti ke?"

Soalan bukan bukan dia soalkan.Air liur diteguk.Jelas raut wajah Melur gelisah.Dia sendiri sudah lupa kata kata janjinya dulu pada Airil ketika di rumah Dato Hakimi.

"Ehh.. Dah,dah.Kau jangan nak berdrama kat sini.Kau yang janji,jangan nak mungkiri pula.Dah pergi lah cepat naik atas,malam ni aku nak kau!Aku nak hak aku sebagai suami." tegas Airil sekali lagi.Nampaknya Nafsunya sudah dikemuncak.Dah tak segan silu meminta haknya sebagai suami dari Melur.

Melur pula masih buat buat Confius.Berkerut kerut muka.Nak tak nak dia kena tunaikan Janji dan tanggungjawabnya sebagai Isteri.Tapi adakah dia sudah bersedia? Terpaksa atau relakah tubuhnya bakal diratah Airil?

"Aduh, apasal lah tiba tiba dia nak pula.Malam ni pula tu.Minta lah esok ke,lusa ke,minggu depan ke,bulan depan ke.Malam ni juga dia nak.Aku ni ada tempahan nak disiapkan.Aduh.. serabutnya.Aku pun tak bersedia lagi.Takut lah pula.Airil ni bagi la masa sikit aku nak study bab bab melayan suami ni." Bisik hati Melur sambil melangkah menaiki anak tangga.Fikirannya serabut dengan perasaan bercampur baur.Sedih,takut,gelisah,terpaksa,bahagia semuanya bermain main di fikirannya.

SEDIH mengenangkan dirinya hanyalah sekadar tempat pemuas nafsu Airil.SEDIH dengan ungkapan Airil yang sayangkan Amira.

TAKUT Melur rasa takut untuk berhadapan gelora nafsu Airil.

TERPAKSA ya,dia terpaksa merelakan hubungan ini kerana Janji dan tanggungjawab.Namun Melur masih ada rasa secebis rasa BAHAGIA dihatinya apabila Airil mahu menyentuhnya.Melur sangat sayang dan Cintakan Airil sepenuh hati.Perasaan itu tak pernah berubah dari masa kecilnya sehingga dia bergerlar isteri Airil.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-11-02 13:04:54 

Airil dh kena tipu ngan si mira tu..bodoh..x mau siasat dlu


NovelPlus Premium

The best ads free experience