bab 2

Romance Series 85188

"Orkid..! Jadi tak custemer yang whatssap kau tu semalam nak oder birthday buket??"Soal Melur, jari jemarinya sibuk mengubah coklat Kit Kat untuk dibuat buket.

"Ha ah jadi! dia nak kek sekali.."Orkid menjawab tetapi matanya tidak lekang merenung skrin telefon pintar.. jari jarinya aktif menyentuh skrin."tepi la sikit..! kiri kiri,hah hah kena kena..yeess menangg!!!"

"Orkid! diam la sikit! dah dah la main game tu,tolong la aku siapkan buket nih."

"aahhh..malas lah! buat lah sendiri!..Oder tu kau yang punya."

Wajah Melur bertukar masam."Kau ni kan berkira lah!.."

Tok tok tok..Daun pintu diketuk.Pantas Orkid bangun dan membukanya."Hah opah! masuklah.."

"Takpa kat sini ja! Melur sibuk ke? Soal Pn Sri Ramona yang hanya berdiri di muka pintu.

Sepantas kilat Melur bangun dari duduknya menuju ke pintu bilik."Ya Opah!"Separuh kepalanya dikeluarkan"Tak la sibuk sangat..ada apa apa kah yang opah nak Melur buat?"soal Melur.

"Petang nih Opah nak ajak Melur teman opah kita pergi beli barang basah ya!"Opah nak kamu dengan Orkid masak,Pak long dengan Mak long nak datang sini."

"Ya ka?? boleh boleh Opah! pukul berapa Opah nak keluar??"

"Pukul 3 ya!.."kata Pn Sri Ramona.Melur hanya mengangguk.Pn Sri Ramona mengukir senyuman lantas berlalu pergi.

Begitulah sikap Melur yang menjadi kebanggaan Pn Sri Ramona,tidak pernah menolak apa sahaja permintaan dari Wanita bedarah Rusia itu.

Daun pintu ditutup..Orkid menatap wajah kembarnya itu,kepalannya digelengkan gelengkan."Kau ni kan pandai pandai ja berjanji! kau tau kan petang nih semua buket ni nak kena hantar! sempat ka??"Bebel Orkid yang geram dengan sikap Melur yang tidak tahu menolak permintaan Pn Sri Ramona..

Melur tersengeh dan melabuhkan duduknya diatas lantai "Boleh lah! kau hantar semua buket ni..aku teman opah!"

"Kepala otak kau!..kau tau kan aku tak suka nak hadap muka custemer,buatnya diorang komplain! mau makan penumbuk custemer tu!"Rungut Orkid raut wajahnya berang.

Double site tape dibuka dan dilekat di coklat Kit Kat.Wajah Orkid ditatap Melur. "Sampai bila perangai kau macam ni? panas baran tak kena tempat! bukan semua custemer perangai macam Amirna tu! lagipun dia sengaja nak cari salah kita."

Huhh.! Nafasnya dihelakan .."Tapi Melur!..

"Dah tak ada tapi tapi! kau hantar buket! aku teman opah..Eh! opah cakap Pak Long dengan Mak long nak datang lah.."

Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar pendek Orkid.Lantas butang on ditekan.Kini jari jarinya sibuk kembali."Anak jantan Poyo diaorang ikut tak?"soal Orkid,matanya hanya tertumpu pada skrin telefon.

"Entah mana aku tau! Opah cakap Pak long dengan Mak long je.."Kata Melur,bola matanya hanya tertumpu pada gubahannya."Eh tapi nanti opah nak kita masak sama sama tau!"

"Hah!..pantas wajah Melur ditatap. "Apahal pulak aku kena masak sekali? ishhh..ni yang malas ni,opah pun tau kan aku ni tak pandai nak masak masakkan melayu.Western boleh lah!"

"Kau ni tak payah merungut boleh tak? kau ikut je lah cakap opah tu! dah lah malas aku nak layan kau.."

Berang Orkid merenung wajah gadis berlesung pipit itu,hidungnya kecil dan tinggi wajahnya tampak manis walaupun ada sedikit parut merah kesan jerawat..

Orkid dan Melur menjalankan perniagaan buffet secara kecil kecilan di rumah Pn Sri Ramona.Walaupun cukup makan pakai yang diberi Pn Sri Ramona akan tetapi mereka masih mengusahakan pernigaan sendiri kerana minat yang tinggi.Mereka juga punya cita cita untuk miliki kedai gubahan buffet sendiri.

Di rumah Dato Hakimi dan Syuhada,Ali dan Airil mulai resah apabila dipaksa Syuhada untuk pulang ke rumah Pn Sri Ramona.

"Mama! mama dengan Airil je lah pergi rumah Opah..,Ali ada date lah malam ni."Rungut Ali,lengan tangan Syuhada dipenganngnya..

"Tak boleh..kau teman mama balik rumah opah,aku nak jumpa client petang nih."

"Apahal pulak?? takde takde kau teman mama! aku baru habis Fly bagi la aku relaks kat rumah kejap."Rungut Ali lagi..

Airil melabuhkan duduknya disofa.."Kau pergi relaks kat rumah opah ja..dating ja dengan Si Melur dengan Orkid tu..haha..Airil tertawa"

"Kau ni kann."..pantas lengannya ditarik Syuhada apabila tubuhnya cuba dibangunkan.."Ishkk korang nih! nak balik rumah opah je pun,bergaduh macam budak budak.."bebel Syuhada yang dari tadi hanya mendengar pertengkaran kedua anak bujangnya itu.

"Mama! please la mama..Ali taknak lah balik rumah opah!."

"No no no!!! kamu berdua kena ikut mama balik rumah opah.."Syuhada menggelengkan kepalanya,jari telunjuknya dihalakan kearah Ali dan Airil.

"Tapi mama.. Airil nak jumpa client petang ni.,Apakata mama balik dulu dengan Ali.Pagi besok Airil balik dengan papa.."Senyuman manis terukir di bibir merah Airil cuba memujuk Syuhada.

"Aku juga yang kena!!"jawab Ali berang.

"Kau ada date je! tak penting pun"Kata Airil yang sudah bersiap untuk masuk ke ofisnya semula.Baliknya hanya sebentar untuk makan tengahhari.

"Baiklah.. jangan tak datang! mengamuk pulak opah korang tu!!"

"Promise ma!"Senyuman diberi salaam dihulur."Airil gerak dulu ya mama." Perlahan Airil menapak keluar dari rumah banglo mewah 3 tingkat itu.

"Kenapa opah nak kitaorang ikut ma?"Soal Ali lalu melabuhkan kepalanya diriba Syuhada.

"Entah la..Opah cakap ada hal penting nak dlbincang!"lagipun dah lama kan kamu dengan Airil tak balik rumah Opah."Lembut rambut Ali dibelai ibunya..

"Buat apa nak balik! opah kan tak suka kitaorang! apa kitaorang buat semuanya tak kena."rungut Ali sambil merenung raut wajah manis Syuhada.Wajahnya persis artis Malaysia Zila Jalil membuatkan Dato Hakimi jatuh cinta padanya.

Syuhada mengukir senyuman."Tak baik Ali cakap macam tu,Opah sayang la cucu cucu dia,cuma opah ni tegas orangnya..Ali cuba lah ambik hati Opah."

"Tegas!! Dari kitaorang budak budak ma Opah tu tegas! jelous tau Ali tengok kawan kawan Ali nenek diaorang tu tak macam Opah..Ada ja salah Ali yang dia nampak!"Ali mula meninggikan suaranya.

"Alii..dah! pegi naik mandi,rehat..nanti packing pakaian ya."lemah lembut suaranya mengarah anaknya.

Tubuhnya dibangunkan."Pack pakaian?? berapa hari kita kat sana? Haduhh stress la macam ni."Rungut Ali lagi.,kepala yang tidak gatal itu digaru.

"Tiga hari."jawab Syuhada.

Wajah ibunya dipandang."Tiga hari?huuhh"Keluh Ali.Lantas bangun menapak kakinya menaiki anak tangga.

Syuhada hanya memerhatikan gelagat anak terunanya itu,tinggi lampai orangnya,tubuhnya tegap.. sedikit jambang nipis menghiasi wajahnya.

*****

Airil termenung di meja pejabat, pandangan kosong menatap skrin komputer yang masih hidup.Sesekali bola matanya dikecilkan.

"Apahal tiba tiba Opah nak jumpa ya! Malas betul la aku nak balik Johor."bisik hati Airil.Berat sungguh hatinya untuk menjejakkan kakinya ke rumah Pn Sri Ramona."Nak hadap pulak muka diaorang tu! memang tak lah."bisiknya lagi.

Sejak dari kecil Airil dan Ali tidak serasi dengan Pn Sri Ramona.Walaupun Airil dan Ali cucu kandung Pn Sri Ramona akan tetapi mereka dilayan seperti orang luar.Hakikat sebenar Pn Sri Ramona sangat menyayangi kedua cucu lelakinya itu Airil dan Ali.Tetapi kerana sikapnya yang tegas membuatkan mereka tidak selesa.

Airil dan Ali juga tidak mempunyai hubungan baik dengan Melur dan Orkid.Bagi mereka Pn Sri Ramona lebih menyayangi Melur dan Orkid disebabkan lahirnya mereka sebagai wanita..Pn Sri Ramona sangat mengharapkan cucu perempuan dari menantunya Syuhada.Tetapi takdir tuhan tidak berpihak padanya kedua anaknya lelaki.

Qistina pula anak angkat Pn Sri Ramona juga ibu kepada Orkid dan Melur.Suaminya pula Abdullah Joon seorang lelaki berdarah cina yang memeluk agama islam.

Qistina berjaya menambat hati Pn Sri Ramona kerana lahirnya Orkid dan Melur.

Imbas kembali.

"Alhamdulillah dapat juga bonda cucu perempuan,dua orang sekali."wajah dua orang bayi comel itu dikucup.

Qistina masih lemah terbaring di atas katil hospital.Raut wajahnya gembira melihat layanan baik Pn Sri Ramona terhadap kedua anak kembarnya.

"Ini Melur ini Orkid..boleh ya Qis bonda namakan cucu bonda ni!"pinta ibu angkatnya itu.

"Boleh bonda,saya dan Qis setuju!"Abdullah Joon hanya bersetuju dengan permintaan Pn Sri Ramona.

Nama Melur dan Orkid menjadi pilihan Pn Sri Ramona kerana minat dan cintanya kepada pokok bunga.

"Nah!"salah seorang bayi kecil tadi dihulurkan kepada Syuhada."Ambil aura,mana nak tahu yang dalam perut tu nanti perempuan."Kata Pn Sri Ramona kepada Syuhada yang sedang hamil anak ketiga.

Bayi kecil itu diriba Syuhada.Pipi dan dahi bayi perempuan itu dikucup mesra.Dato hakimi yang berada disamping isterinya turut mengusap lembut wajah anak Qistina.

"Comel kan bang!.."Syuhada menyentuh pipi Melur.

"Ya sayang..comel sangat."Dato Hakimi turut memuji.

"Sekarang bonda dah ada dua orang cucu lelaki dan dua orang cucu perempuan."lantang Pn Sri Ramona berkata."Bonda nak Airil, Ali, Melur,Orkid disatukan bila mereka dewasa nanti."

Empat pasang mata itu tepat memandang wajah Pn Sri Ramona."Tanggungjawab kamu berempat haruslah memastikan anak anak kamu tidak berkahwin dengan pilihan mereka sendiri."tegas Pn Sri Ramona.

"Tapi bonda!"Dato Hakimi cuba menjawab.

"Tak ada tapi tapi keputusan bonda muktamad!"Tegas Pn Sri Ramona berkata.

Abdullah Joon dan Qistina hanya mampu mendiamkan diri.Mereka sudah masak dengan sikap tegas Pn Sri Ramona.

Syuhada menggengam erat jari jemari Dato Hakimi,cuba menenangkan suaminya yang masih tidak berpuas hati dengan permintaan ibunya sendiri.

"Baik lah bonda,Syuha setuju!"Sayu Syuhada akur dengan permintaan Pn Sri Ramona.Syuhada cuba menambat hati Pn Sri Ramona dengan mengikut kehendak ibu mertuanya itu.

Imbas kembali tamat.

"Mama!.."

Terjongket kedua bahu Syuhada apabila Ali memanggil"Eh! Kamu tak rehat ke? segak segak ni nak kemana?"Sebuah buku ditangannya ditutup.

Ali melabuhkan duduknya diatas sofa ruang bacaan."Keluar jap ma! jumpa Tasya.,Nanti Ali balik kita gerak terus la.Pakaian Ali dah pack."

"Oo nak jumpa Tasya..Kirim salam mama kat dia.Lama Tasya tak datang sini."

"Biasalah ma,fly sana sini.."Ali tersengeh."Mama Ali gerak dulu ya.."Salam dihulur.

Sayu Syuhada melihat langkah anaknya..Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah reaksi kedua anaknya itu jika tahu jodoh mereka sudah ditentukan Pn Sri Ramona.Sudahlah mereka tidak sukakan Opah mereka,ditambah pula dengan permintaan Pn Sri Ramona yang melibatkan masa depan anak anaknya.

Pukul 3 petang,bermulalah perbincangan antara Airil dan Datin Hamidah.Sebuah restoran berkonsep retro menjadi pilihan Airil untuk bertemu dengan clientnya itu.

"Ya Datin! Harga ini termasuk semua perabut dalam rumah."Kata Airil kepada Datin Hamidah.Sesekali anak matanya menjeling kearah seorang gadis bertudung yang berjalan ke hulu kehilir untuk mengambil pesanan.

"Baiklah kalau macam tu,saya serahkan semua pada awak.Saya ikut ja semua idea awak."Datin Hamidah bersetuju untuk bekerjasama dengan Airil.

"Terima kasih Datin kerana percayakan saya.Kita jumpa lagi untuk tanda tangan perjanjian ya!"Tersenyum lebar Airil kerana satu lagi projek berjaya dimilikinya.

Selesai semua urusan Datin Hamidah meminta diri.Airil tidak terus pulang.Bola matanya masih meliar mencari kelibat gadis bertudung tadi.

"Ya cik..cik nak tambah oder ka!"Soal gadis itu yang sudah berada didepan Airil kerana perasan tangan Airil yang diangkat.

"Tak! saya...saya nak nombor telefon awak boleh."jujur Airil berkata.

Wajah wanita itu merah menahan malu,apa tidaknya ditegur lelaki kacak seperti Airil pastinya cair."Eh! tak boleh cik,cik ada apa apa lagi ka nak cakap! maaf saya sibuk."Pantas gadis tadi meninggalkan Aril.

"Huuhh..Airil mengeluh.."Jual mahal la pula.Takpa suatu hari nanti kau pasti milik aku Amira."Bisik Airil.

Itulah Amira gadis yang berjaya memikat hati Airil.Ini adalah kali pertama Airil menegurnya setelah sebulan dirinya dalam perhatian Airil...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience