bab 6

Romance Series 85188

Suasana tegang menyelebungi rumah agam Pn Sri Ramona.Kelihatan raut wajah Airil dan Ali merah menahan marah.. Sesekali Orkid menjeling tajam ke arah bakal suaminya itu. Melur pula hanya terdiam kaku duduk disebelah Ibu Hanim.

Kelihatan Syuhada pula tidak putus putus mengesat air matanya.Dato Hakimi hanya duduk termenung menatap sayu wajah isterinya.Mem besar rumah itu Pn Sri Ramona hanya memerhati raut wajah seorang demi seorang manusia manusia yang ada disekelilingnya.

"Baiklah,Ali setuju! tapi dengan syarat." Tegas Ali bersuara memecahkan kesunyian rumah agam itu setelah lama mereka diam.

Semua mata terus tertumpu memandang Ali.Masing masing terkejut dan ingin tahu apa yang bakal dikatakan Ali.

Wajah Pn Sri Ramona ditatap Ali. "Syaratnya,pernikahan ni cukuplah sekadar kita sahaja yang tahu,tak tak ada persandingan,tak ada majlis besar besaran."Tegas Ali mengatakan syaratnya itu.

"Syarat kedua pula,lepas kami bernikah,Opah,Melur,Orkid akan berpindah ke KL menetap terus di sana." Kini giliran Airil pula mencelah menyatakan syaratnya. "Dan syarat yang ketiga,dalam tempoh setahun jika hubungan kami sebagai suami isteri tak sehaluan kami akan berpisah."Ujar Airil lagi tanpa ragu ragu.

Dengar ja syarat syarat Ali dan Airil,Orkid terus bingkas bangun berdiri tegak.Bola matanya tajam menatap Ali dan Airil.

"Hoi! kau orang dah gila ke? Suka hati kau orang je nak letak syarat bagai.Kau orang ingat kami ni hadap sangat nak kawin dengan kau orang! Aku taknak kawin!" lantang suara Orkid berkata tanpa pedulikan sesiapa.

Serentak semua orang memandang Orkid.

"Orkid!"

Jerit Pn Sri Ramona.Riak wajahnya jelas marah.

"Jika kamu tak bersetuju dengan keputusan opah! jangan harap kamu akan dapat satu sen pun daripada harta aku."

Seketika Orkid terdiam.Nafasnya sudah tidak teratur merenung wajah Pn Sri Ramona.Melur pula masih terus berdiam diri tidak mahu menjawab.Dia sudah masak dengan sikap Pn Sri Ramona setuju atau tidak bukanlah jawapan ditangan mereka.Pn Sri Ramona seorang manusia yang memegang erat pada ikatan janji.

Dahulu arwah ibu Melur dan Orkid sudah membuat janji bersetuju anak anaknya bakal dijodohkan dengan Airil dan Ali.Tapi malangnya dia meninggal dunia ketika anak anaknya masih kecil dan kini mereka berdua lah yang harus tepati janji ibu mereka Qistina.

Orkid masih tidak berpuas hati.Wajah bakal suaminya ditatap lagi.

"Aku tak nak kawin! tak kira lah apa nak jadi,jadilah! aku tetap tak nak kawin."

Lantang suara Orkid menegaskan keputusannya lalu dia terus melangkah kaki meninggalkan suasana tegang itu.

Pn Sri Ramona sudah mula mengegenggam tangannya kerana terlalu marah.Sakit hatinya melihat kelakuan biadap Orkid.Namun,kemarahannya sedikit reda apabila ditenangkan Melur.

"Opah,opah jangan risau.Melur janji,Melur akan pujuk Orkid.Melur janji Melur dan Orkid akan kotakan janji ibu."

Ujar Melur sambil memeluk bahu Pn Sri Ramona.Pn Sri Ramona pula mengangguk lemah.Sejuk hatinya apabila mendengar kata kata cucu kesayangannya itu.

Tok tok tok.. Daun pintu bilik orkid diketuk Melur "Orkid,boleh aku masuk" Pinta Melur lemah lembut suaranya.

"Masuklah,pintu tak kunci." balas Orkid.

Setelah daun pintu dibuka Melur terus melangkah kaki kearah Orkid yang masih terbaring meniarap diatas katil.

"Orkid,kau marah lagi ke?" Soal Melur sambil bahu Orkid dicengkam lalu Melur melabuhkan duduknya ditepi birai katil.Tetapi Orkid tak menjawab,dia hanya bangun dan duduk berhadapan Melur.

"Orkid,aku rasa baik kau setuju je lah dengan kehendak opah tu!"

"Apa? kau nak aku setuju.Tak Melur,tak tak..Ni soal masa depan kita! jodoh kita! sampai bila kau nak ikut je cakap opah tu.Sampai bila Melur!"jerit Orkid berang.

"Orkid,aku pun terpaksa.Ini soal janji ibu dengan opah."

"Janji ibu! tapi ibu dah lama tak ada.Perlukah kita tunaikan janji janji tu."

"Perlu.Kita sebagai anak kena kotakan janji ibu.Dengar sini Orkid.Tak lama,setahun ja kita kahwin.Kita sabar,kita ikut je rentak diaorang,lepas tu kita cerai kita bebas.Kita dapat duit kita.kita mulakan hidup baru,kita mulakan bisnes kita.kita ajak ayah tinggal dengan kita.Tapi kalau kita tak setuju.Kita takkan dapat satu sen pun duit opah."

Bertaut kening Orkid mendengar satu persatu rancangan Melur.

"Setahun kawin lepas tu cerai.Eh Melur,kau ingat kawin ni perkara main main."

"Aku bukan nak bermain dengan perkahwinan ni.Tapi kita tak ada pilihan.Perkawinan ni hanya syarat,syarat untuk kita dapat hak kita! hak ibu.Lagipun kau takkan tak kenal opah,setuju atau tak kita pasti akan kawin dengan diaorang tu!"

"Kawin tu aku tak kisah,tapi kenapa dengan mamat poyo tu??Eiii..tak ingin la aku dapat laki macam tu!"Rungut Orkid tidak berpuas hati.

Melur mengangkat kedua bahunya."Nak buat macam mana dua orang tu je cucu lelaki yang opah ada.Orkid,setuju ya!"Pinta Melur sekali lagi cuba memujuk Orkid menerima perjodohan ini dan bersetuju dengan rancangannya.

"Hmmm.. tapi Opah macamana?? kau kan sayang sangat kat opah!"Soal Orkid ingin tahu jika mereka diceraikan bagaimanakah nasib Pn Sri Ramona.

"Opah kita jaga lah,aku pon akan beri syarat pada opah.Jika kita bercerai,kita ada hak untuk buat apa sahaja dan giliran opah pula ikut kita." kata Melur sambil mengukir senyuman nipis.

"Tapi Melur,setahun! lama tu.. kenapa tak sebulan ke seminggu ke.Boleh sakit jiwa aku hadap muka mamat poyo tu.."Rungut Orkid lagi yang masih meragui dengan keputusannya.

"Kita hadap je lah.Lagipun diaorang tu bukannya selalu ada kat rumah.Lepas kawin kita buat lah hal masing masing.Setuja ya Orkid.Ini peluang kita! kalau kita tak kawin dengan diaorang kita takkan dapat apa apa pun! sia sia ja selama ni kita jaga opah."

Orkid terdiam seketika,keningnya bertaut seakan memikirkan sesuatu.Betul juga apa yang Melur katakan hampir 11 tahun mereka menjaga Pn Sri Ramona,semua pekerjaan rumah,makan,minum pakai Pn Sri Ramona mereka yang uruskan..Benarlah kata Airil mereka ini bagaikan hamba kepada Pn Sri Ramona.

Bukan itu saja,mereka berdua juga tidak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran.Kata Opah perempuan tidak perlu belajar tinggi tinggi akhirnya di dapur jua tempatnya.Sebagai cucu yang taat mereka hanya akur,tiada kuasa untuk melawan.Akan tetapi Pn Sri Ramona tidak pernah menghalang Melur dan Orkid untuk berniaga kecil kecilan dirumahnya.Perniagaan online Buket Bunga Cinta mendapat sokongan Pn Sri Ramona.

Dik kerana itu segala cita cita dan impian mereka terpaksa kuburkan.Gadis kembar itu hanya sabar menghadapi karenah dan ketegasan wanita tua itu atas permintaan Abdullah Joon ayah kepada Orkid dan Melur, ini kerana Pn Sri Ramona selalu memberinya wang sara hidup setiap tahun.

Soal CINTA pula? Tiada jejaka yang berani mendekati cucu Pn Sri Ramona.Pandang pun sudah diberi amaran inikan pula berkawan apatah lagi bercinta!! jauh panggang dari api.

Setelah Orkid dan Melur mencapai kata sepakat mereka bersetuju menjadi menantu Dato Hakimi dan Syuhada.

*****

Sebulan telah berlalu.Semua urusan pernikahan keempat empat orang cucu Pn Sri Ramona berjalan lancar.Tiada majlis pertunangan,tiada majlis berinai,tiada majlis besar besaran.Sesuai dengan permintaan Ali dan Airil.Upacara akad nikah juga hanya berlangsung dirumah agam Pn Sri Ramona.

Airil, Orkid, Ali dan Melur kini sah menjadi pasangan suami isteri dengan berwalikan Abdullah Joon.Usai upacara pernikahan dipagi hari Ali dan Airil terus pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang atas alasan kerja.Keesokkan harinya pula Dato Hakimi,Ibu Hanim dan Syuhada juga berangkat pulang.

*****

Semua pakaian dalam almari dikeluarkan.Melur menatap sayu kamarnya yang luas bagaikan bilik sang puteri.

"Sedihlah."rungut Orkid yang sudah pun berada di bilik Melur.Duduknya ditepi katil sambil menongkat dagu."Tak boleh ke kita tinggal je kat sini! lagi pun mamat poyo tu bukan suka aku pun."Rungut Orkid sayu suaranya.

"Kan Opah dah janji! lagipun tempat seorang isteri disisi suaminya."Kata Melur,bibirnya terlihat mengukir senyuman gembira.Jari jemarinya pula sibuk melipat pakaian yang berlonggok di depannya.

Orkid pula menatap hairan melihat wajah ceria Melur."Pelik kau ni?apasal macam happy je?"

Sepintas lalu Melur memandang Orkid.Bibirnya masih lagi mengukir senyum.

"Mestilah aku happy,dapat juga aku kahwin dengan dia."Melur tersengeh sengeh.

"Hah apa? kau suka mamat poyo tu? Eeiii biar betul kau ni! Patut lah laju je kau setuju rupanya ada udang disebalik batu."

Melur tergelak kecil.Sehelai demi sehelai pakaian disusun kedalam bagasi."Ya! aku memang suka dia,dari zaman kanak kanak lagi aku suka dia.Dia baik sangat dengan aku,tapi." Tiba tiba Raut wajah Melur bertukar sayu.Pergerakkan tangannya juga terhenti."Sejak Lily meninggal dunia dia marah aku,dia benci sangat dengan aku,dia tuduh aku yang bunuh Lily.Dia panggil aku pembunuh,pembuli.Tapi,aku tak bunuh Lily,aku tak bunuh dia Orkid.Aku tak bunuh!" Suara Melur mula begetar,air matanya juga mula berjura membasahi pipi merahnya.

Melihat keadaan Melur,orkid lantas turun dari katil memeluk erat kembarnya.

"Dah la tu! semua tu kisah lama kan.aku percaya kau tak salah!Kau tak buat semua tu."Kata Orkid sambil mengusap lembut belakang Melur untuk menenangkannya.

Setelah puas menangis Melur mengesat airmatanya dan mengukir senyuman kembali."Eh! kau dah siap kemas ke,kalau dah siap,apa kata kau tolong aku pula."

"Hah!!..errr aku pun tak siap kemas lagi.Kau dah okey kan.Takpa lah aku balik bilik dulu ya.Nak kemas pakaian.Bye." pantas Orkid mencari helah lalu membuka langkah meninggalkan Melur dengan timbunan pakaiaannya.

Dirumah Dato Hakimi,Syuhada sibuk mengarahkan pembantu rumahnya untuk mengemas bilik anak bujangnya dan juga bilik untuk Pn Sri Ramona.Hatinya begitu gembira,akhirnya dapat juga Syuhada mengeratkan hubungannya dengan ibu mertuannya itu.

"Bik! dah siap kemas?"Soal Syuhada apabila melihat Kartini tercungap cungap turun dari anak tangga.

"Udah buk!..waduh penat banget."Rungut wanita warga indonesia itu sambil mengesat peluh di dahi.

Wajah Kartini direnung."Ya udah kamu berehat ya,tengahhari saya aja yang masak" kata Syuhada bersimpati dengan kelelahan Kartini.

"Iya buk!! makasih banyak buk."Tersenyum gembira wanita bertubuh gempal itu.

Syuhada hanya tersenyum.Bersemangat Syuhada hari ini untuk memasak makanan kesukaan ibu mertua dan juga menantunya yang akan tiba hari ni.Ayam,daging ,ikan,udang,sotong semua siap tersusun di atas ireland bar.Begitu juga dengan sayur sayuran kobis,carrot,bayam dan kacang buncis menjadi pilihan Syuhada.Semua bahan bahan tadi siap dibersihkan..Hanya menanti masa untuk masuk kedalam kuali..

Share this novel

Sha Al Yahya
2023-12-08 21:33:48 

Bukan ke airil kahwin dgn orkid tapi kenapa ali yang kawin dgn orkid


NovelPlus Premium

The best ads free experience