TAKDIR 20

Romance Series 33778

“Syu, Ira. Aku nak bagitahu satu benda ni. Tapi jangan terkejut tau.”

“Ishhh ni yang aku risau ni, Hannah jarang habaq apa-apa dekat kita.”

Dua sahabat dari utara, rumah dekat ja dua-dua orang senang tak payah sewa rumah. Tak payah merayu asrama.

“Aku dah kawin. Akad nikah je dulu. Nanti baru kenduri kalau ada rezeki la.”

Ternganga dua-dua kawan baik dia dalam kelas itu. Dia hanya beritahu ringkasan cerita yang sangat-sangat ringkas.

“Dengan sapa wei. Nanti hang jemput tau kenduri. Aku pi dengan Syu nanti.”

Belum sempat Hannah menjawab dengan siapa, Luth Luqman mendekat dan terus mengajak Hannah.

“Hannah jom.”

Tanpa pedulikan kawan-kawan yang lain Luth Luqman terus mengajak Iman Hannah. Dia dah Hannah sama-sama tidak begitu rapat dengan kawan kelas, hanya beberapa orang yang betul-betul rapat. Betul-betul ais.

“Aku gerak dulu tau Syu, Ira. Nanti kita sembang lagi.”

Senyum kedua-dua sahabatnya itu. Faham sudah dengan siapa. Keras betul Luth Luqman. Menyapa pun tak mahu.

“Iman dah bagitahu Izzah ke kita keluar hari ni.”

“Dah bagitahu dah semalam.”

“Kita makan dulu ok?”

“Boleh, Luth bawak je pergi mana pun Hannah ikut ja.”

“Bawak pegi mana pun boleh ke? Betul ni?”

Kawan-kawan lain hanya memandang pelik Hannah boleh rapat dengan budak nerd macam Luth Luqman. Budak nerd tu dah jadi suami dia sekarang ni wahai kawan-kawan. Halina mengejar pasangan itu.

“Hannah, petang ni nak join kami study tak dekat library.”

Halina buat muka tak bersalah. Bukan tak nampak Hannah dah nak pergi dengan Luth. Cemburu melihat Luth Luqman yang nerd dengan mudah sahaja mengajak Hannah. Dengan orang lain pandang pun tak sudi. Bercakap jauh sekali.

“Tak kot Lina, aku nak keluar dengan Luqman ni. Tak tahu lagi balik bila.”

Dia kan Hannah, tambahan pulak dah jadi isteri Luth Luqman yang sah. Mesti la dia utamakan Luth Luqman. Padahal sebelum ni ajak study jauh panggang dari api. Kalau satu group dengan diorang, Hannah akan ke bilik diorang atau pun kantin. Mana mahu ke library, jauh dari bilik. Yang baik dan rapat dengan Hannah cuma Insyirah dengan Syuhada ja.

“Jom. Tadi Iman cakap pegi mana pun boleh kan. Jangan tarik kata-kata tu ok.”

Tanpa memandang sesiapa, Luth Luqman terus mengajak Hannah sekali lagi. Ya, itu Luth Luqman. Hannah pulak dingin dengan lelaki. Takkan melayan punya. Dua ais batu dimata orang lain namun bila berdua mereka ibarat air yang mudah bercampur. Berdebar pulak Hannah kemana la Luth Luqman mahu mengajaknya.

“Iman, bila la Luth dapat dengar Iman sebut diri sendiri Iman ya.”

Hannah dah agak Luth Luqman akan sebut juga tentang ini. Dia memang nak sebut tapi dia malu.

“Err.. malu la Luth. Lama sangat dah tak sebut nama sendiri macam tu. Mama pun panggil Hannah. Tapi nanti Hannah cuba ya.”

“Cuba sekarang la Luth nak dengar ni.”

“Ermmm.. Luth nak dengar Iman cakap apa?”

Merah pipi Iman Hannah menyebutn nama dia sendiri. Luth Luqman seronok mengusik. Luth Luqman membawa Iman Hannah ke kedai makan yang dekat-dekat sahaja.

“Minggu ni Iman ikut Luth balik rumah ya. Boleh macam tu?”

Dia mahu kenalkan Iman Hannah dengan mak. Mummy dengan daddy tak tahu bila yang boleh.

“Ya boleh. Luth okay tak ni. Dari tadi macam gelabah je Hannah tengok?”

Waktu sudah menjengah ke pukul 2. Masih panas jadinya Luth Luqman mengajak Iman Hannah ke masjid terdekat dahulu.

“Kita solat dulu ya.”

Bermacam benda bermain difikiran Luth Luqman saat ini. Dia mahu membuka pekung didada. Tiada seorang pun yang tahu kisah sebenar mengapa dia bekerja, ada kereta namun tak mahu bawa. Dirumah juga dia sering kali memilih untuk tidak makan.

Selesai solat Luth Luqman membawa Iman Hannah ke air Perlis. Dia mahu bersembang lama dengan Hannah. Cuaca masih panas pada waktu ini.

“Awak tahu ape tentang family saya Iman?”

“Almost zero la Luth. Saya tak tahu ape.”

“Mama papa saya masih ada, papa jekerja. Keluarga saya ibarat macam orang kaya baru. Jadi seolah masa dah mengubah manusia. Dulu family saya hidup sederhana je tapi bahagia. Kami cuma tiga orang sahaja. Luth memang anak tunggal.”

“Okay, permulaan yang baik. Awak ok ke ni?”

Iman Hannah melihat riak wajah Luth Luqman seakan takut mahu ceritakan kepada Iman Hannah. Namun apabila jemari Iman Hannah menyulam jemari tangan kirinya Luth Luqman baru Luth Luqman angguk.

“Bagi orang lain mungkin Luth ni mengada-ngada, tak tahu untung. Tapi Luth semakin membesar. Rahsia keluarga takkan selamanya kekal sebagai rahsia.”

“Its okay Luth, awak boleh percayakan Iman.”

“Mama tiba-tiba satu hari tu dia suruh Luth panggil dia mummy, dia tukar sekolah saya, dia belikan motosikal yang mahal. Nampak macam bagus tapi dia bagi bukan dengan niat yang bagus. Hanya nak menunjuk yang dia dah kaya sekarang. Yang sedihnya Luth tahu mana punca kekayaan kami tu. Umur Luth baru 15tahun mama dah belikan motosikal.”

“Mama memang berubah jadi suka mengarah orang. Orang gaji urus Luth sepenuhnya. Dekat 10 tahun dah rasanya. Papa lagi la, dalam setahun Luth boleh kira berapa hari je jumpa dia.”

“Jadi kenapa Luth tak mahu guna semua yang mama bagi tu?”

Iman Hannah bukanlah bodoh, dia sudah dapat meneka, namun dia masih mahu tahu dari mulut Luth Luqman sendiri.

“Duit tu bukan dari sumber yang baik, Luth tak baik juga masa mula tu Luth seronok sebab semua yang kita nak akan dapat. Tapi lepas berapa tahun tu baru Luth tahu punca duit tu. Sampaikan Luth risau nak makan dekat rumah.”

“Mama dengan papa sama-sama dapat duit dari sumber tak baik. Macam mana Luth nak happy dengan kemewahan tu. Papa dengan mama kerja perlaburan dengan Thailand, dia akan cari orang malaysia untuk menipu tentang jumlah duit yang akan kita dapat. Ada sorang master akan jadi seseorang yang kononnya akan panggil duit. Mengarut kan, tapi ramai sangat tertipu. Papa memang tak payah kerja teruk hanya bercakap, minum kopi tunjuk bukti dia kaya. Mama pulak akan cari mangsa. Masa dia banyak dihabiskan dekat Thailand dan Kelantan.”

“Allahuakbar kesiannya orang yang ditipu tu.”

“Ya Iman, macam mana Luth nak terima semua tu. Mama Luth kalau Iman tengok memang masih lawa elok lagi. Dia gunakan kecantikkan dia untuk menipu, ambil kesempatan dekat orang yang baru pencen, baru dapat epf. Sampai sanggup jual maruah diri. Sedihnya papa tahu.”

“Ya Allah siannya Luth. Sekarang masih lagi ke?”

Luth Luqman hanya mampu angguk. Dia juga sedih.

“Kalau mama tahu Luth nak balik, mama takkan bawak balik sesiapa dekat rumah. Yang pelik tak tahu macam mana lepas kena tipu sapa pun tak datang cari mama atau papa dekat rumah.”

“Macam mana Luth boleh tahu semua ni.”

“Mak bagitahu semua. Sebelum tu memang Luth pernah dengar sendiri papa sembang. Lepas pada tu semua mak bagitahu.”

“Mak ni ke insan istimewa Luth tu.”

“Haah, Luth panggil dia mak sebab dia sayang sangat dekat Luth, ambil berat pasai Luth. Apa yang Luth perlu yang mama papa tak mampu bagi dia boleh bagi. Walau dia orang gaji je kat rumah tu.”

“Jadi dekat rumah memang awak tak pernah makan ke Luth?”

“Makan kalau mak cakap makan. Bukan tak percaya tapi Luth takut sangat. Entah apa hukumnya Luth tak tahu.”

Rupanya ini sebab dia gelisah, menyendiri dalam kelas.

“Saya dengar Luth tak suka dengan perempuan, sebab ni ke?”

“Iman, awak tahu tak macam mimpi ngeri wanita yang sepatutnya saya sanjungi selalu tukar lelaki. Saya takut dengan diri sendiri sebab papa saya seorang yang tahu isteri dia begitu. Saya takut nak kawin, takut nak bercinta sebab takut saya aniaya anak orang. Berkali saya janji dengan diri sendiri. Tapi rasa takut ni tak boleh hilang. Papa seolah menyokong semua yang mama buat demi duit Iman, demi duit.”

Suara Luth Luqman sebak dengan kekurangan diri. Pemanduan masih tenang, namun didalam kereta Luth Luqman dah macam orang hilang rasa terhadap kedua ibu bapanya.

“Allahuakbar. Berat jugak ni kisah hidup awak Luth. Sama-sama kita jaga hubungan kita dengan Allah Luth baru kita tak terjun dari landasan. Kita boleh betulkan lagi semuanya, masih belum terlambat.”

“Iman, awak tahu tak mama bagi kereta, motor mahal semua barang mahal-mahal, tapi saya bawak pun tak pernah.”

“Takpe masih ada masa lagi kita betulkan ok.”

Luth Luqman kelihatan tenang kembali. Mungkin dia lega dengan menerimaan dari Iman Hannah. Walau hakikat Iman Hannah sangat terkejut dengan pekung yang dibuka oleh luth Luqman.

“Awak sudi nak dengar cerita saya pulak tak Luth?”

“Sejuta kali sudi.”

“Kami pindah rumah sekarang ni dalam 10tahun lalu. Lepas ayah kantoi bawak balik perempuan dekat rumah, mama memang macam nak gila. Tapi bukan sebab perempuan, umur perempuan tu yang buat mama jadi macam nak gila. Rasa terhina jijik semua ada.”

“Kenapa dengan umur?”

“Masa jadi tu Iman umur 13 tahun masa tu, ayah curang dengan budak sekolah Iman, tingkatan 4. Mama macam naik gila dah masa tu. Terus kami pindah rumah sekarang ni, semua orang tak tahu mama lari dari ayah. Ayah pun emmang tak pernah nak cari. Mama tak jatuh talak sampai la baru ni beru ayah lafaz. Sebab ayah masih kirim duit dekat mama jadi nafkah masih berjalan.”

“Lepas tu yang baru ni tu macam mana ayah boleh buat macam tu.”

“Kami ingat dia dah berubah, tapi kalau berubah pun mama memang dah tak mahu. Dia geram dengan Iman, dia buat macam tu. Mujur la lelaki tu awak. Saya memang dah janji tak mahu ada lelaki dalam hdiup, tapi Hisyam terlalu memaksa. Setiap hari dia menabur janji, tapi awak tengok apa dia buat. Dia curang. Iman emmang janji dengan diri takkan pernah terima mana-mana lelaki dalam hidup. Tapi kuasa Allah lebih hebat.”

“Dia temukan kita kan Iman.”

“Iman janji dengan diri akan percayakan Luth sampai bukti ada depan mata kepala walau apa pun jadi.”

“Luth janji dengan Iman walau apa pun jadi selagi bukti tak sampai depan mata kepala Luth akan siasat. Kalaua da bukti poun Luth akan tanya Iman dulu hal sebenar.”

Mereka mampu berikrar namun perkara belum berlaku. Adakah mampu kedua hati yang pernah sakit itu bertahan.

Moga ikrar itu akan diingati selagi hayat dikandung badan. Moga Luth Luqman dan Iman Hannah kuat pertahan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience