Hannah berjalan pantas menuju hujung jalan. Hisyam dah janji akan datang ambik dia jam 2 petang. Langkah dirasakan lambat. Dua minggu tidak bertemu pasti ada rindu yang bertamu.
Telefon tangan Hannah berbunyi, nama Hisyam muncul.
“Hannah, awak ada dekat mana ni, saya dah sampai. Jangan lambat sangat.”
“Tengah jalan keluar dah ni, tunggu kejap.”
“Okay, cepat sikit, panas ni.”
Panggilan dimatikan. Hannah tidak sempat menjawab apa-apa. Bukan Hannah tidak pernah minta Hisyam ambil dia dekat dengan rumah. Tapi macam-macam alasan yang diberikan.
Hannah sampai dan segera naik dibelakang motor Hisyam. Hisyam tidak menunggu lama terus mengoyak minyak. Hannah diam.
Bukan mereka baru kenal. Sejurus habis SPM mereka terus menjalinkan hubungan sebagai teman istimewa. Bukan Hannah yang minta, tapi Hisyam yang berkali-kali meminta mereka menjadi lebih dari kawan.
“Kita nak pergi mana ni awak. Bawa motor slow sikit, laju sangat ni.”
Terjerit suara Hannah dengan bingit dan banyak kenderaan. Hisyam mengabaikan suara Hannah. Mereka sampai di Mall tempat yang selalu mereka biasa pergi.
“Awak nak makan tak Hannah?”
“Saya dah makan tadi, tapi…”
Belum sempat Hannah habiskan ayat Hisyam memotong kata.
“Habis tu awak keluar juga dengan saya buat apa.”
“Saya belum habis cakap tadi. Kalau awak nak makan saya teman. Saya makan apa-apa yang ringan.”
Hisyam berdecit. Marah barangkali. Hannah ikut sahaja pilihan yang Hisyam pilih.
Mereka masuk disatu kedai makanan segera. Hisyam membeli makanan dan Hannah menunggu dimeja.
“Awak, lepas makan ni kita pergi mana-mana tak?”
Hannah bertanya persis anak kecil.
“Kita tengok wayang lepas tu jalan-jalan kejap kita balik la.”
Rutin biasa mereka.
Hisyam memandang tepat wajah Hannah. Lama dia tidak melihat wajah manis milik Hannah. Mereka berbual sambil Hannah meneman Hisyam makan. Hannah mengambil sepotong kentang goreng dan menyuap kemulut.
“Sayang, hubungan kita lama dah kan. Awak rasa bosan tak dengan saya?”
“Rasa biasa ja, kenape nak bosan pulak. Habis orang yang kawin lama-lama tu macam mana Syam.”
“Haah kan.”
“Ke awak yang dah bosan dengan saya.”
“Ishhh kesitu pulak.”
Tanpa disedari, kisah mereka sudah ada cacat disana-sini. Hisyam tidak sedar tingkah lakunya menyebabkan Hannah kian terluka. Namun Hannah tidak pernah luahkan rasa pada Hisyam. Dia memilih untuk diam.
“Hannah, awak sayang saya tak?”
Entah kenapa seringkali soal itu disebut-sebut oleh Hisyam. Hannah hampir sahaja tidak mahu menjawab soalan itu setiap kali ditanya.
“Awak ni dah tak percayakan saya ke Syam?”
Hannah memberikan soalan semula. Lama Hisyam memandang mata Hannah. Dia tahu buah hatinya semakin jauh, namun kerana kebiasaan dia tidak dapat lagi berundur.
“Saya saja tanya, awak tahu kan Hannah, apa pun jadi kita akan bersama juga. Kalau ada mana yang tak kena kita betulkan.”
“Ya, saya faham.”
Hannah tidak membalas renungan Hisyam, hatinya sudah tawar. Hisyam hanya menyebut mahu betulkan namun tiada satu pun perkara yang dibetulkan. Semuanya salah jika Hannah menyebut perihal apa juga.
“Hannah, kalau awak dah tak sayang saya nanti, macam mana?”
“Hisyam, soal jodoh ni bukan kerja kita, semuanya dah tertulis. Kalau tiada jodoh tu maksud kata jodoh yang lebih baik tengah tunggu kita.”
“Walau apa jadi awak adalah jodoh saya.”
“Mana boleh macam tu, entah-entah jodoh awak orang lain.”
“Awak, dah jumpa orang lain? Senang je kan saya penat jaga awak hanya untuk orang lain.”
Penat? Huh
“Laaa…kenapa kesitu pulak. Saya dengan awak kan. Jangan sebut pasal ni lagi la Syam. Kalau tak de jodoh kita doakan je yang terbaik untuk masing-masing k.”
“Saya tanya ja, kalau ada awak kena pertimbangkan semula sebab saya tak akan kompromi. Awak saya punya.”
Hannah menjadi takut dengan ucapan Hisyam. Seolah-olah dia mengikat tali yang tiada kepastian. Hannah berfikir mahu diam atau terus menjawab.
“Awak dengar tak ni Hannah.”
“Saya dengar la… tak tahu nak jawab apa.”
“Jawab la janji kita akan bersama walau apa pun jadi.”
“Mana boleh main janji tak tentu pasal, kalau tak kita terikat dengan janji selamanya.”
Hisyam tahu jawapan yang akan dia terima setiap kali adalah sama. Namun dia masih tidak pernah bosan bertanya. Dia tidak tahu kerana sikapnya itulah yang buatkan Hannah semakin jauh dengannya.
“Syam, awak dengar tak saya cakap ni.”
Hannah tahu Hisyam takut kehilangan dirinya. Namun entah kenapa Hannah tidak pernah rasa mereka akan berjodoh. Sukar unruk diungkapkan dengan kata-kata. Namun itulah yang dia rasakan.
“Saya dengar Hannah, saya tahu awak tak suka soalan saya tu. Saya cuma nak kepastian.”
“Saya bersama awak lagi, kepastiaan apa yang awak nak. Kita tak boleh terus hidup dengan ketidakpastian tau Hisyam.”
“Saya faham, saya tak mahu gaduh dengan awak. Bila awak kena balik kampus?”
“Saya kena balik awal sehari, assignment banyak lagi saya belum siap.”
Hannah senyum memandang Hisyam. Dia berharap Hisyam mahu menghantarnya ke kampus.
“Awak balik dengan apa?”
“Saya tak tahu lagi, naik bas ja kot.”
“Okaylah kalau macam tu, saya nanti balik dengan motor dengan Kamal.”
Hannah diam, dia tahu Hisyam tak akan pernah mahu bersusah untuknya. Dengan kawan yang pasti. Ada sinar kecewa dalam hatinya. Lelaki macam apakah ini.
“Awak, kita balik lepas jalan-jalan ya. Saya nak balik kemas bag. Nak masak sambal bilis untuk bawak balik sana lagi nanti.”
“Buat untuk saya satu tak?”
“Awak nak ke?”
“Nak la, buat lebih satu untuk Kamal.”
“Kamal bukan satu bilik dengan awak ke Syam. Buat satu ja ye tapi bekas besar boleh macam tu.”
“Buat dua la Hannah, saya tak suka kongsi dengan orang.”
“Okay lah macam tu.”
“Ha…macam tu la…”
Wahhhh, sakitnya hati, sekali untuk Kamal. Namun Hannah hanya mampu bersuara sebegitu sahaja. Malas mahu persoal banyak dengan Hisyam. Akhirnya dia akan angguk sahaja.
“Esok awak datang ambil ya. Petang sikit awak datang.”
“Okay Hannah sayang.”
Dia ada hati pulak nak sebut sayang bagai.
“Okaylah Syam, jom la balik dah lewat dah ni. Nanti Mama risau.”
“Okay sayang.”
Hannah hanya senyum mendengar. Hatinya sangat sakit. Namun digagahi juga tersenyum. Adakah kerana takut kehilangan. Hannah pun tak tahu. Dia hanya mahu mencipta memeri yang baik bersama Hisyam.
“Awak, tak nak salam saya dulu ke?”
“Kita naik motor sama pun dah cukup berdosa dah. Awak nak tambah dengan sentuh banyak lagi.”
Hisyam sengaja sebenarnya. Dia tahu Hannah akan marah.
“Saya gurau je la. Itu pun nak marah. Kenapa la dengan awak ni sayang.”
Bagi Hannah, sayang ni bukan pada ucapan. Walau Hisyam panggil apa sekalipun kalau tingkahnya tidak menunjukkan dia sayangkan Hannah apa gunanya.
“Jangan gurau benda macam itu Syam. Okaylah saya jalan masuk dulu.”
“Okay bye…”
Belum pun 5 langkah Hannah bergerak motor Hisyam sudah pun membelah jalan.
———————-> ORANGE BORAHAE
- MAAF ATAS KEKURANGAN. SAYA MASIH MENCUBA DAALAM MENULIS. BICARA HANNAH MUNGKIN TIDAK SELANTANG GADIS LAIN. NAMUN TADI AWAL HANNAH SELALU TAHU KEHENDAK HATINYA. PERCUBAAN KEEMPAT SAYA. MOHIN KOMEN MEMBERIKAN PANDANGAN YA TERIMA KASIH. DALAM KITA MENYULAM BAHAGIA, TERNYATA ADA INSAN YANG MASIH MENCIPTA DERITA.
Share this novel