TAKDIR 6

Romance Series 33778

Hannah dan Luqman berjalan masuk ke kampus beriringan. Agak jauh jarak untuk masuk kedalam.

“Hannah, awak ingat satu benda tau. Sebagai wanita awak kena tahu awak sangat berharga. Kalau awak berjumpa dengan lelaki yang salah dan tak tahu hargai awak, segera awak lupakan dia. Fikirkan tentang mak awak yang dah lahirkan awak.”

Hannah memandang Luqman. Macam mana dia tahu?

“Err macam mana awak boleh cakap tentang benda ni tiba-tiba Luqman?”

“Saya cakap benda random ja Hannah, saya tak mau kawan saya nanti kena permain atau senang kena bodoh.”

Luqman nampak gerak geri dia tadi pun dia tahu. Hubungan cinta yang toksik sahaja yang membuatkan wanitanya rawan seperti Hannah tadi. Dia sangat bencikan lelaki yang suka permainkan wanita.

“Ohhh yeke, ke awak ada pengalaman kena macam tu.”

“Ishhh tak la, saya tengok ramai keliling macam tu. Itu je. Harap sangat kalau awak tak jadi bodoh bila berdepan dengan cinta.”

Dalam tenang dia bantai Hannah. Hannah terasa bila dengar perkataan bodoh tu tadi. Dia sedar akan kebodohan diri dia.

“Saya faham Luqman, kadang-kadang bukan sebab kita jadi bodoh. Tapi cinta tu buat kita jadi bodoh.”

“Itu la saya pesan siap-siap. Ingat saya ada untuk awak. Awak boleh gunakan saya untuk tenangkan hati awak, boleh gunakan saya untuk lupakan masalah awak, boleh gunakan saya untuk ceritakan apa je.”

Hannah hinggakan tidak tahu mahu berikan reaksi yang bagaimana. Dia selesa dengan Luqman, namun dia semakin keliru dengan niat Luqman.

“Maksud saya, saya sudi jadi kawan dan pendengar yang baik untuk awak, jangan la buat muka cemberut macam tu.kalau ada masalah jangan pendam.”

“Saya faham, terima kasih Luqman. Cuma saya tak faham kenapa tiba-tiba je awak cakap macam tu.”

Masih belum berpuas hati dengan jawapan Luqman tadi.

“Maksudnya saya nak awak jangan la segan nak contact saya. Saya hulurkan tangan awak sambutla dengan tangan terbuka.”

“Mana tangan awak tak hulur pun.”

“Kalau saya hulur betul-betul awak sambut ke? Ini kan cuma perumpamaan.”

Luqman sengaja main kata-kata dengan Hannah.

“Ishhh… yela saya faham. Awak ni kan. Ingatkan dalam kelas budak nerd la. Rupanya bukan main lagi.”

Luqman hanya tersenyum. Seronok dia tengok Hannah ketawa. Dalam kelas pun selalu dia tengok Hannah tengok telefon kadang muka masam tiba-tiba, kadang senyum tiba-tiba. Kalau bukan bercinta apa la agaknya lagi yang harus kita panggil.

“Saya sampai dulu Luqman, awak duduk block mana?”

“Saya duduk luar, tak dapat kampus.”

“Laaaa dah tu kenapa awak teman saya masuk dalam ni.”

“Saje la teman awak. Kejap lagi saya keluar balik la. Petang dah ni, hari ni pulak tak ramai lagi orang. Bukan jauh pun. Satu kilometer lebih je.”

Hannah tiba-tiba teringatkan Hisyam. Kalau dia jangan harap la nak teman. Mungkin itu maksud Luqman tadi. Kalau diikutkan memang la salah sebab terus dia bandingkan Hisyam dan Luqman. Tapi tak boleh nak elak kan, terus keluar dalam fikiran.

“Terima kasih sebab fikir macam tu, saya ok je jalan sorang-sorang.”

“Esok pagi saya tunggu depan pusat islam, kita keluar makan lepas tu awak teman saya cari barang kejap boleh?”

“Ermmm… pukul berapa tu?”

Tidak terus menolak, Hannah bertanyakan waktu dahulu.”

“Pagi la kita pegi sarapan dulu. Pagi esok saya nak jogging dulu, dalam pukul 8.30 saya tunggu awak kat situ.”

“Kalau awal ok la. Lewat sangat tak mau la.”

Hannah masih risaukan keakraban yang ditunjukkan oleh Luqman. Dalam sehari dia makan bersama, jalan bersama, tidur atas bahu Luqman. Semua dalan sehari. Ini esok nak keluar sekali pulak.

“Ok.. boleh la macam tu. Kalau awak tak mahu pun tak pe tau. Jangan rasa terbeban pulak.”

“Ehhh tak la, saya ok je, esok la k. Awak jalan baik-baik ya. Saya nak masuk dulu.”

Ting! Ting!

‘Sayang, knp x jwb Syam call n text. Jawab pls. Risau la’. - Hisyam

‘Hannah dh smpai ke?’ - Hisyam.

Hannah masih memilih untuk biarkan sepi panggilan dan mesej dari Hisyam.

“Awak kena jawab juga tau nanti, jangan abaikan. Jawab mintak penjelasan. Kalau tak dapat jawpan yang awak nak, ikut kata hati awak. Jom saya gerak dulu. Jangan fikir yang bukan-bukan tau.”

Sempat Luqman nasihat percuma lagi untuk Hannah. Hannah hanya senyum memandang Luqman berlalu pergi. Dia juga tahu hakikat yang dia kena telan. Adiknya tak akan sama sekali menipu. Jadi penjelasan apa lagi yang dia nak kena dengar.

Hannah masuk ke bilik. Dia solat asar terlebih dahulu. Baru la dia belek kembali mesej-mesej dari Hisyam.

Ting!Ting!

‘Awk dh solat?’ -

Hannah tidak menyimpan nombor telefon Luqman. Kemudian dia save terlebih dahulu baru balas kembali mesej dari Luqman.

‘Baru sdh. Awk dh smpai?’ - Iman Saya

Luqman meletakkan nama pertama Hannah pada contact nama Hannah. Dia memang teringin memanggil Hannah dengan nama Iman. Namun dia takut Hannah malu.

‘Smpai dh, blm slt lg’. - Luth

Hannah pula meletakkan nama pertama Luqman pada contact nama Luqman. Sama-sama terasa sedap nama pertama lagi dari nama kedua.

‘Pg la solat dulu.’ - Iman Saya

‘Baik’. - Luth

Sekali lagi panggilan telefon dari Hisyam, kali ni Hannah mengangkat.

“Assalammualaikum, ya…”

Belum sempat Hannah menghabiskan ayat.

“Awak buat apa dari tadi Hannah kenapa baru angkat. Saya mesej awak langsung tak balas. Saya tengok awak online berapa kali dah. Apa yang tak kene?”

“Jawab la salam dulu sekurangnya. Saya baru sampai je ni.”

“Kenapa tak tunggu saya, kan saya cakap nak hantar.”

“Saya nak putus.”

Diam lama dibalik talian sebelah sana, Hannah juga diam sebentar. Menunggu jawapan balas dari Hisyam.

“Awak ada lelaki lain?”

“Bukan saya rasanya, saya rasa awak yang ada orang lain.”

“Err apa maksud awak ni Hannah.”

“Awak tahu maksud saya. Saya bukan mainan yang awak boleh buat main-main. Awak selalu guna nama Kamal selama ni. Awak ingat saya bodoh ke?”

“La.. saya memang dengan Kamal la awak. Sape yang bagitahu awak ni ayang. Jangan la buat keputusan terburu-buru.”

“Bukan saya…tapi awak. Awak tak setia. Banyak kali sangat awak tipu saya. Saya memang tak mahu teruskan lagi dah. Hubungan toksik!”

“Saya memang tak ada hubungan serius dengan Nurul tu. Awak tahu kan dia sepupu saya.”

“Sepupu pun kalau sampai cium tangan dahi bagai tu apa Syam, saya memang tak mau kita putus macam ni. Tapi saya memang tak boleh terima lagi dah.”

“Tak, takkan saya memang tak akan lepaskan awak. Jangan berani nak cakap macam ni lagi.”

“Ikut awak la. Saya memang tak mahu apa-apa hubungan lagu dengan awak.”

“Tak semudah tu ye awak nak putus dengan saya. Saya memang tak akan lepaskan awak. Muktamad!.”

Pap terus panggilan diputuskan. Mahu reka alasan la tu. Hannah memang sudah tawar hati dah dengan Hisyam. Diakhir panggilan tetap tiada penjelasan. Yang pasti Hannah tahu memang sah la perempuan tu Nurul. Sebab Hannah tak sebut langsung nama Nurul. Tapi Hisyam tahu dengan siapa dia curang.

Hannah ketawa dengan kebodohan diri sendiri. Namun dia berjaya melafazkan ayat yang dia mahu putus. Sedayanya dia tidak mahu mengalirkan air mata demi Hisyam lagi. Percaya dengan jodoh itu rahsia Allah.

———————-> ORANGE BORAHAE

- MAAF ATAS KEKURANGAN. SAYA MASIH MENCUBA DALAM MENULIS. BICARA HANNAH MUNGKIN TIDAK SELANTANG GADIS LAIN. NAMUN DARIAWAL HANNAH SELALU TAHU KEHENDAK HATINYA. PERCUBAAN KEEMPAT SAYA. MOHIN KOMEN MEMBERIKAN PANDANGAN YA TERIMA KASIH. DALAM KITA MENYULAM BAHAGIA, TERNYATA ADA INSAN YANG MASIH MENCIPTA DERITA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience