TAKDIR 22

Romance Series 33778

“Aku tanya ni, boleh memasak ke tak?”

Mencerlung wajah Puan Suraya, itu baru tidak menjawab soalan dia tadi.

“Boleh Puan Utama, maaf Puan.”

Setiap kata dari Iman Hannah kini sedang membunuh sedikit demi sedikit rasa sabar dihati Luth Luqman. Luth Zakaria hanya memandang sahaja.

“Luqman, malam ni jangan nak malukan mummy dengan daddy ok. Ni amaran keras dari mummy.”

“Baik mummy. Man pun nak tolong masa majlis tu nanti.”

Bimbang dengan keadaan majlis nanti, dia risaukan Iman Hannah.

“Sini kejap, siape nama tadi ni, hah Hannah kan mari dekat dengan aku kejap.”

Wajah Iman Hannah direnung, ditelek oleh Puan Suraya.

“Lawa, mudah kerja malam ni la sayang. You tengok muka dia polos sungguh. Malam ni bukak tudung la ya Hannah? Mesti lagi cantik.”

“Maaf Puan Utama saya tak dapat buat macam tu.”

Iman Hannah memandang wajah suaminya yang semakin tegang.

“Hah! Kau kenapa Man, marah dengan mummy ke. Sebab Hannah? Sebab Siti?”

“Tak la mummy Man tak marah. Malam nanti Man tolong jugak ye mummy.”

Luth Luqman menahan rasa. Dia tahu dia harus bersabar terlebih dahulu. Tidak mahu mengeruhkan rasa

“Kau bawak Hannah keluar beli barang. Siti tolong listkan barang nak kena beli, masakkan jangan nak kampung sangat ya Siti.”

Luth Luqman tidak membantah, entah apa yang merasuk ibunya tiba-tiba menyuruh kedua mereka keluar membeli barang. Puan Suraya menyerah kad kepada Luth Luqman.

“Luth, awak okay?”

“Luth okay, Iman yang Luth risaukan sekarang. Maaf atas tingkah laku mama. Luth akan jaga Iman malam ni. Tolong jangan jauh dari mata Luth malam ni, tolong biar mata Luth sentiasa nampak Iman malam ni.”

“Iya baik, jangan la risau Luth takkan berlaku apa-apa In Syaa Allah.”

Macam mana dia tak risau, entah berapa ramai orang gaji yang menjadi mangsa lelaki-lelaki durjana yangn datang keparti rumah. Kalau bukan sebab Mak Cik Siti memang Luth takkan tahu detail cerita.

“Ingat Iman Hannah, jangan jauh dari mata Luth.”

“Hey… kenapa ni Luth teruka sangat risau ni. Dua kali dah pesan Iman dengar dah Luth. Jangan risau okay, Luth kan ada.”

“Janji tau. Dah jom kita keluar dating. Ready dah ke ni?”

“Dari tadi lagi dah ready. Kereta ni ke yang mama hadiahkan untuk Luth tu?”

“Ye Iman sayang kereta ni la. Mewah kan tapi hanya untuk dipandang, ni kita naik ni tawakal la banyak-banyak.”

“Doa yang baik-baik. In syaa Allah semua akan dipermudahkan untuk kita. Jangan la asyik fikir yang teruk je. Ada harapan lagi.”

Mendalam maksud Iman Hannah itu. Luth Luqman memahami dengan jelas.

“Tak pasal-pasal Iman kena jadi orang gaji dalam rumah keluarga sendiri. Maafkan Luth ya.”

“Kan mama tak tahu tu. Kalau mama tahu mungkin layanan dia.”

“Memang lain la.. silap-silap lagi teruk dari ni lagi Iman kena dengan mama tau.”

“Luth, tolong jangan ada rahsia antara kita Luth. Andai kata apa pun berlaku, Iman akan tunggu Luth jujur semuanya baru Iman percaya.”

“Ya Iman, jangan risau. Mama dah jauh sangat terpesong, Luth tak tahu lagi apa dia boleh buat kalau dia tahu kita kawin jadi Luth cuba sedia dengan sebaik mungkin dengan sebarang kemungkinan.”

Wajah kebimbangan milik Luth Luqman juga berjaya membuatkan Iman Hannah terasa bimbang.

——————————————

Iman Hannah dan Mak Cik Siti sangat sibuk didapur sebaik sahaja mereka pulang membeli barang memasak. Iman Hannah lebih banyak membantu sahaja, dia hanya menyediakan puding 3 lapis didalam cawan dan satay turkey. Dua lagi orang gaji sibuk menyusun atur didepan.

“Mummy, boleh tak kalau tak ade arak tu? Nanti kesian kalau orang gaji kena pegang.”

“Kau tak payah la nak ajar aku Man, biar je situ nanti sape-sape nak minum biar dia tuang sendiri.”

Padahal tadi yang menyusunnya juga adalah Ros dengan Timah juga. Walaupun berlapik juga seingat Luth Luqman adalah tidak dibenarkan sama sekali. Hukumnya tidak berani Luth Luqman terjemahkan, tapi dengan sekadar dia tahu yang arak itu haram disentuh maka dia tahu dengan menyusunnya juga boleh jadi tidak boleh.

“Man bukan ajar mummy, tapi kesian dengan diorang mummy. Terpulanglah pada mummy.”

Malas lagi mahu bertikam lidah dengan mamanya. Dia tahu hati wanita itu sudah terlalu jauh untuk ditarik. Segala hukum hakam sudah banyak dihalalkan mana-mana yang haram. Papanya yang dari tadi menjadi pemerhati masih diam sahaja. Dia tahu isterinya mampu mengawal anak mereka itu. Matanya tak lepas dari mencuri pandang Iman Hannah.

“Malam ni jangan buat perangai, lagi sekali daddy pesan ni.”

Luth Luqman enggan membalas, dia sudah tidak mahu berjanji apa-apa. Yang dia tahu malam ini mata dia takkan lepaskan bayangan Iman Hannah sekali pun.

Malam itu waktu azan maghrib mula berkumandang, lagu dipasang kuat seolah sengaja mahu melawan dengan alunan memanggil hamba-Nya untuk menunaikan kewajipan.

Puan Suraya dan Tuan Luth Zakaria bersiap dengan kemas dan cantik. Puan Suraya mengenakan gaun labuh terbelah hingga pangkal paha warna merah hati manakala Tuan Luth Zakaria mengenakan sut berwarna kelabu cerah.

“You look stunning darling.”

Dia tahu tujuan isterinya berpakaian sebegitu untuk apa. Malah dia menggalakkan lagi, segalanya demi kemewahan yang sangat mereka dambakan.

“You too honey.”

Puan Suraya menghadiahkan ciumana hangat untuk suaminya sebelum turun. Dia lalu dibilik Luth Luqman dan anaknya itu sedang solat. Teka apa? Dia langsung sudah tidak merasa berdosa, hatinya belum diberikan hidayah, apatah lagi taufik.

“Mummy, dah solat?”

“Kalau dah sudah turun cepat, tetamu tak lama lagi akan sampai. Tolong panggilkan Hannah dengan Siti.”

“Baik mummy.”

Sudah tahu jawapan tetapi Luth Luqman masih mahu gerakkan hati ibunya itu. Dia turun menuju kebilik Siti.

“Mak, Hannah mana mak.”

“Tengah solat dalam bilik mak. Kamu pergi la jengok dia letih dah dia.”

“Mak dah solat ke ni?”

“Dah tadi, kamu pergi jengok Hannah dulu.”

“Baik mak.”

Luth Luqman rasa bersalah setiap kali memandang wanita yang dia anggap mak itu. Wanita itu masih kekal disini kerana dia.

“Assalammualaikum Iman Hannah. Boleh Luth masuk.”

Diam sebentar isterinya baru sudah berdoa saat dia sampai.

“Masuklah Luth, Luth dah solat?”

Iman Hannah salam dengan suaminya dan Luth Luqman mencium ubun-ubun isterinya.

“Dah, jom mama dah panggil tu. Iman ingat ya jangan jauh dari pandangan Luth. Jangan paksa diri, mak cakap tadi buat kerja sampai tak berhenti.”

Berkali-kali Luth Luqman memesan perkara yang sama. Lembut bicara dari Luth Luqman tak mampu memebunuh prasangka dihati Iman Hannah. Apa yang dia risaukan sangat agaknya?.

————————————-

Sangkaan Luth Luqman tetamu yang hadir semua tua-tua belaka, namun ternyata salah. Ramai rupanya manusia bodoh yang masih percaya dengan tipu helah kata. Pelbagai usia ada disitu, umur antara 30 hingga 60 tahun.

Mata Luth Luqman langsung tak lepas memandang Iman Hannah, bukan sahaja dia malah ada mata lain yang memerhatikan Iman Hannah.

Luth Luqman juga tidak terlepas memandang mamanya yang sibuk dari satu lelaki kepada satu lelaki, tanpa segan silu memegang, memnyentuh sana sini. Dirinya yang terdedah sana sini juga dibiarkan disentuh oleh mana-mana tangan durjana.

“Man, panggilkan Hannah sekejap. Ada orang nak jumpa dia.”

Panas, tubuh Luth Luqman panas. Dadanya berdebar tahap tidak boleh bawak berbincang. Dia tahu perkara yang dia bimbangkan pasti akan terjadi.

“Iman, mama panggil. Ada orang nak jumpa awak. Ingat ya, Luth ada belakang Iman. Jangan takut.”

Iman Hannah hanya angguk. Dia juga bimbang melihat tahap sosial keluarga Luth Luqman. Berbeza sungguh dengan Luth Luqman yang dia kenal.

“Ya Puan Utama, ada apa boleh Hannah bantu.”

“Ohhh nama Hannah.. manisnya dia. Boleh ke i pinjam dia kejap Sue?”

Belum sempat Puan Suraya memperkenalkan lelaki yang mahu berjumpa dengannya itu, lelaki itu terlebih dahulu bermain kata.

“Yes, sure. Anytime. Go Hannah. Jangan risau ok. Zarif, at least bagitahu la nama you dekat dia dulu.

“Ohhh sory beauty, nama i Zarif tapu you boleh panggil i sayang or ape-ape je.”

“Encik, ade apa ya encik nak jumpa saya.”

“Relaks sayang, i tak buat apa pun dekat you. Saja nak sembang je. Come, ikut i kita pegi dekat taman.”

Iman Hannah melangkah perlahan, dia menoleh mencari kelibat Luth Luqman. Namun lelaki itu tiada.

“Encik, boleh encik jauh sikit tak. Tak elok kalau dekat-dekat macam ni.”

“Laaa tak de sapa la beauty. Jangan risau i tak buat ape-ape ok.”

Dari cara dia bercakap pun Iman Hannah dah seram sejuk. Suara menyeramkan. Geli geleman.

“Man, mummy tanya nak pergi mana. Stay here ok.”

“Man nak pegi toilet jap.”

Susah betul dengan mamanya. Dia macam tahu Luth Luqman nak ikut Iman Hannah. Dia berjaya juga meloloskan diri.

“Encik, saya nak kena masuk dalam banyak lagi kerja saya.”

“Ape you risau sangat ni. Kan Sue dah izinkan kita tadi. Takut dengan siapa?”

“Saya takut dengan murka Allah. Sangat takut. Berdua macam ni dengan encik sangat berdosa.”

“You nak cakap tentang dosa, i belum sentuh you lagi takkan dah berdosa.”

“Disaat manusia menjadikan dosa itu sesuatu yang ringan, maka perbaharuilah imannya. Saya bukan nak mengajar encik tapi yang salah tetap salah.”

“Hey sayang, i nak sentuh bibir you dengan bibir i ni sangat-sangat. Kalau you masih bercakap i boleh lock bibir tu dengan bibir i you tahu?”

Iman Hannah terdiam. Dia sangat takut sebenarnya. Namun dosa yang dia akan tanggung lebih menakutkan. Tambahan pula dia isteri orang sekarang ni. Sekali lagi dia mencari kelibat Luth Luqman.

“Encik, apa encik buat ni. Dekat sangat dah encik. Saya nak kena pergi dari sini.”

Iman Hannah tak betah lagi berlama disitu. Lengan yang dipegang dari tadi cuba dileraikan namun genggaman itu semakin kuat, hingga Iman Hannah terasa sakit. Zarif mendekat dan mengunci laluan Iman Hannah. Iman Hannah terasa rimas. Dia cuba menolak lelaki itu namun sukar untuk ditolak. Hanya beberapa inci sahaja lagi wajah itu akan bersatu dengan wajahnya.

“Hey, apa kau buat ni hah? Hannah, ape lelaki ni buat dekat awak? Bagitau saya Hannah.”

Luth Luqman menarik tangan Iman Hannah mendekat dengannya. Iman Hannah memegang erat tangan Luth Luqman.

“You bukan anak Sue ke?”

“So what. Hannah ni bukan mainan untuk kau main suka-suka hati. Sebelum aku terajang kau, baik kau belah dari sini.”

Luth Luqman menarik nafas lega berjaya menjumpai isterinya. Inilah yang dia bimbangkan sangat dari tadi.

“Wahhh you nak i panggil Sue ke sini ke hah. Dia yang bagi Hannah ni dekat i tadi tau. Dia tak cakap pun this girl you punya.”

“Dia milik aku, tanya mummy aku mesti la dia pilih aku. Baik kau berambus dari pandangan aku. Dia tak tahu Hannah ni milik aku. Klau dia tahu jangankan kau, semut pun tak dapat sentuh dia.”

Zarif tidak puas hati. Namun dia tahu tak guna bertikam lidah dengan anak Suraya. Dia menelan air liur gara-gara tidak dapat Iman Hannah malam ini. Bibir itu sangat didambakan. Dia mahu merasa ulas itu. Lelaski jahanam begitulah ulahnya.

“Awak ok tak Iman. Allahu Luth cari tadi lepas mama banyak tanya terus Luth cari Iman. Ok tak ni.”

Tanpa berfikir Iman Hannah terus memeluk Luth Luqman. Tangisannya yang ditahan tadi pecah akhirnya. Dia sangat takut.

“Terima kasih sebab datang cepat tadi, Iman takut sangat. Takut berdosa sangat-sangat. Maafkan Iman sebab jauh dari mata Luth tadi.”

“Bukan Iman yang salah sayang. Shh dah dah Luth ada sini. Jom Luth bawak Iman rehat dekat bilik.”

Iman Hannah menurut langkah kaki suaminya. Dia percayakan Luth Luqman dengan seluruh jiwa. Sampai dibilik Luth Luqman menanggalkan tudung Iman Hannah. Dia berikan pakaiannya kepada Iman Hannah untuk dipakai yang lebih selesa.

“Iman mandi dulu. Luth dah kunci pintu dah. Jangan risau ok.”

Iman Hannah mandi dengan air mata masih turun bersama air hujan didalam bilik air.

“Hey sayang kenape ni. Please stop nangis. Luth ade ni. Jom Luth teman Iman tidur ok?”

Iman Hannah hanya angguk. Luth Luqman mambaringkan Iman Hannah dikatilnya. Iman Hannah menarik tangan Luth Luqman supaya dekat dengannya. Lelaki itu menahan rasa. Dekatnya dengan seseorang yang halal kini membuatkan dia tidak risau mahu menyentuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience