Hannah menggenggam kuat tangannya, membuak rasa benci dalam hati dia mengenangkan kenangan beberapa tahun lepas. Dia kecewa jijik dan benci dengan sikap ayahnya itu.
“Hannah, kenapa ni mama panggil berapa kali dah Hannah tak sahut pun, tadi kata nak mandi.”
Dia tahu anaknya itu sakit hati dengan kehadiran insan yang mengecewakan dia dan anak-anaknya.
“Ma, Hannah tak faham ma. Macam mana mama boleh tenang je bila hadap dia ma.”
“Sebab ada anak-anak mama dengan mama. Ikutkan hati mama ni Hannah, mama dah bunuh dia berkali-kali dalam hati mama. Dengan orang dewasa mungkin itu normal kita dengar, tapi ni dengan budak bawah umur. Walau sejuta kali mama fikir tetap mama tak boleh nak terima alasan yang diberikan.”
Hannah pernah pertikaikan kenapa mamanya tidak ke mahkamah untuk selesaikan hal perkahwinan mereka. Namun jawapan mamanya membuatkan dia tidak pernah bertanya lagi. ‘Aku dah malu sekali, nak suruh aku malu lagi depan manusia takdak hati dekat mahkamah tu pulak, manusia situ pegang neraca hidup saja seolah mereka lebih tahu cerita dalam kain kita.’ Mama benci gila dengan orang syariah.
———————————-
Hannah masih diatas sejadah semasa panggilan dari Luth Luqman sekali lagi masuk pada petang itu. Hannah memandang nama itu dan mencari alasan untuk mengangkat panggilan itu. Itu yang dibenci oleh dia. Dia sering mencari alasan untuk menjawab panggilan dan sms dari Luth Luqman. Dia jadi marah dengan dirinya.
“Assalammualaikum Hannah, kenapa ni tak jawab call dari tadi saya call.
Setelah beberapa kali panggilan dari Luth Luqman dia abaikan gara-gara terlalu marah dengan kehadiran ayahnya. Dari semalam lagi Luth Luqman cuba menghubungi Hannah akhirnya berjawab juga.
“Nak apa ni.”
Dia hanya menjawab didalam hati sahaja. Menyesal dengan kelembutan hatinya, menjawab juga panggilan dari Luth Luqman.
“La…kenapa ni Hannah awak ok tak?”
“Ok ja la.”
Dingin sungguh ayat yang keluar dari dia. Hannah bukan tidak mahu bercakap secara baik dengan dia namun dia sangat-sangat benci mahu berbicara saat ini.
“Imannn…awak nak saya pegi dekat awak tak ni?”
Kedinginan dia kian runtuh mendengar panggilan dari Luth Luqman.
“Entah la. Saya nak kena letak dah ni awak. Nak pegi kedai.”
Hannah berbohong, kali ni hati kerasnya semakin goyah. Lemah kau ni Hannah.
“Mama, Hannah nak keluar kejap ma. Nak pesan apa-apa tak?”
“Nak pegi mana sayang.”
“Nak pegi sungai la mama.”
Mama dia dah tahu namun sengaja dia bertanya. Kalau nak pergi sungai tu maksud kata dia mahu bersendirian la tu.
“Mama nak pesan nanti mama call Hannah ja ok. Pegilah jangan balik lewat. Hannah dah solat asar kan?”
“Dah ma, Hannah naik basikal pegi situ.”
Segalanya dibawah pengetahuan mamanya, Hannah takkan pergi kemana-mana tanpa beritahu kepada mamanya. Sekurangnya itu janji Hannah pada dirinya.
Hannah mengayuh basikal perlahan sahaja, menikmati permandangan kampung. Dia tahu dia tidak dapat menenangkan hati yang rawan hanya dengan datang ke sungai. Namun dia dapat redakan kegelisahan hatinya yang mengangkat panggilan dari Luth Luqman tadi. 20minit mengayuh basikal akhirnya dia sampai di sungai tempat dia selalu datang.
‘Duhai air dinginnya kamu hingga jemari ini tidak betah disentuh,
Duhai angin lembutnya bayumu hingga wajah ini ditampar mentari,
Duhai hati dimana marahmu hingga mudah disapa sang kasih,
Duhai petang dimana redupmu disaat hati dibakar sang api.’
“Duhai sayang mengapa berduka disaat aku disini menemanimu.”
Hannah terkejut mencari suara yang dia kenali.
“Luthhhh awak buat apa sini.”
Bukan hanya Hannah, sekali dengan Luth terkejut dengan tindakkannya terus datang berjumpa Hannah. Dia minta alamat dari Izzah melalui Amirul pastinya. Sungai ni pun sama Izzah yang bagitahu dekat dia.
“Saya risaukan awak la Hannah. Kenapa ni.. sampai tulis puisi dekat sini sorang-sorang.”
“Macam mana awak tahu saya ada sini?”
Masih terus bertanya, dia sangat-sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu.
“Ada la informer yang bagitahu saya. Awak ni jawab la soalan saya tu dulu.”
“Sudi tak awak mendengar cerita saya. Ini mungkin aib saya jadinya andai kata perkara ini dibongkar, jangan kata kita nak terus berkawan malahan bayang awak pun saya takkan sudi nak tengok lagi.”
Hannah terasa mahu cerita situasi dia kepada Luth Luqman. Dia pasti dia mahu Luth Luqman tahu.
“Sejuta kali saya sudi, ceritalah wahai Hannah.”
“Saya tak tahu awak pernah dengar atau tidak dari sesiapa, saya sepatutnya sangat membenci lelaki tau. Tapi masa dah berjaya merawat sedikit luka yang pedih tu.”
Luth Luqman diam menanti ayat seterusnya dari Hannah. Dia mahu tahu sedalam mana luka dihati gadis itu hingaa dia benci lelaki.
“Secara fitrah saya sepatutnya tak boleh benci lelaki sebab saya seorang perempuan. Tapi kejadian tu bukan saja buat saya benci lelaki tetapi buat saya tak ada sangat kawan perempuan. Sangat susah saya nak cipta hubungan dengan lelaki atau dengan perempuan.”
“Kadang-kadang kan Hannah, membenci tu sebenar salah satu bentuk kita lindungi hati kita dari terluka lebih lagi. Lebih dalam benci tu bila orang tu paling kita sayang dan hormat.”
Pakar sungguh la lelaki didepannya ini.
“Mungkin sukar saya nak sebut siapa punca dia, yang pasti memang lelaki tu kesayangan saya suatu masa dulu. Semalam masa saya sampai tu dia tengah melutut minta maaf. Tapi kan Luth memang sangat susah saya nak maafkan, mama saya baru sembuh hati dia. Awak tahu tak seolah-olah semua yang berlaku tu macam ditayang semula pada saya.”
“Ayah awak datang selepas berapa tahun?”
Dia bukan membuat tekaan mebuta tuli, namun tak sukar untuk tahu siapa manusia itu kalau dia kesayangan Hannah dan juga melutut pada mama Hannah. Sudah tentu orang tu ayah Hannah. Hannah juga tidak terkejut dengan soalan dari Luth.
“Hampir 10 tahun rasanya entahlah Luth kalau boleh saya tak mahu pun kira detik tu. Mama jadi tak ingat Tuhan, tak ingat agama. Awak tahu mama sekarang masih belum pulih sepenuhnya,dia datang pulak. Dia datang mama baru dapat talak semalam. Mama lega lepas bertahun hidup sebagai isteri kepada manusia durjana.”
Gelaran durjana untuk seorang ayah mungkin agak berat pada hemat Luth Luqman, namun pasti Hannah ada alasan yang kukuh untuk memanggilnya begitu.
“Mesti besar sangat kan salah dia pada anak-anak dan isteri dia.”
“Kalau tak besar tentu dari awal mama dah maafkan dia. Susah sangat. Jadinya saya macam refresh balik rasa benci tu. Susah saya nak elak angkat panggilan awak. Saya kecewa dengan diri saya sendiri sebab tak mampu nak benci awak.”
“Jangan la benci saya Hannah, awak tahu tak tu menunjukkan yang awak dah boleh terima hakikat kejadian tu, mungkin tak sepenuhnya tapi awak dah kurang rasa benci. Masa dah ubat hati awak dan mama.”
“Bukan sebab saya boleh terima, tapi bagi saya awak tak salah apa-apa. Apa guna saya nak benci semua orang. Saya cari alasan yang logik untuk benci awak tapi tak ada.”
Padahal dulu semua orang lelaki dia cari sampai dapat sebab untuk benci. Cuma Hisyam sahaja yang tak lut dibenci Hannah.
“Maaf saya tanya, macam mana awak terima Hisyam dalam hidup awak?”
“Saya cari berpuluh alasan benci dia, tapi dia macam tak lut. Hampir setiap hari dia akan terus menerus cari saya. Sampai kami jadi kawan. Bertahun dia pujuk suruh terima dia. Dia tahu kisah penuh tapi awak tengok apa dia buat.”
Tu lagi seorang, nama kalau lelaki sahaja pasti begitu ulahnya.
“Kita kawan kan Hannah, awak jangan la nak benci saya ke ayau nak cuba cari salah saya untuk benci saya ok. Kita ada sesama kita.”
“Ya awak, saya mintak maaf ok sebab cuba nak benci awak. Tapi kejap je la, sehari je dah angkat call awak.”
Hannah tak malu mengaku dia cuba membenci lelaki itu. Dia tak cuba terus menerus mengelak lelaki itu.
“Yala, nasib baik saya datang jugak jumpa awak. Sanggup tau saya pinjam moto.”
“Siapa la yang paksa awak datang kan. Tadi kan masa awak call saya awak panggil saya Iman. Saya memang tak silap dengar. Dah berapa kali dah sebenarnya awak panggil macam tu tapi awak tak ngaku.”
“Ermmm… yala saya panggil awak Iman..awak Iman saya kan.”
Luth menunjukkan nama Hannah yang disimpan dalam telefonnya.
“Lemah betul la saya dengan panggilan tu tau. Lama saya rindu nak dengar. Sekali awak yang panggil saya macam tu.”
“Kenapa ya awak sampai rindu nak dengar.”
“Dulu kecik-kecik ayah selalu panggil macam tu, sampai dah besar ayah tukar panggil Hannah. Kiranya masa nama tu dipanggil semua kenangan indah ja yang ada dengan kenangan ayah. Sampai sekarang saya tunggu mana tahu ayah ingat nak panggil saya macam tu lagi.”
Sekali lagi kenangan yang diungkit dan kali ini Hannah senyum.
“Saya masa dengar nama awak dipanggil dalam kelas saya dah fikir nak panggil awak Iman, tapi semua orang panggil awak Hannah. Tak nak nampak pelik saya pun panggil sama macam orang lain.”
“Dah tu kenapa save nama saya Iman saya.”
“Sebab masa mesej dengan awak tu saya rasa macam panggil awak Iman. Tu yang kdang tersasul tu.”
Tanpa disedari Hannah dan Luth Luqman, masa berlalu tersangat pantas. Remang senja pantas hilang dari pandangan mata.
“Awak datang dengan apa Luth?”
“Datang dengan moto kan tadi saya bagitahu.”
“Ni dah lewat sangat dah ni awak nak balik jauh tak?”
Soalan bodoh sungguh, bukan Hannah tak tahu jarak rumah mereka dalam setengah jam macam tu sahaja.
“Dalam 25minit ja sampai la. Amboii awak halau saya ke ni?”
“Tak pun cuma kesian awak nak balik nanti gelap. Saya pun nak kena balik dah ni. Jom la ke rumah dulu Luth.”
“Ishhh segan la, lain kali ok. Saya kena balik dulu, esok macam biasa ok. Jumpa sana nanti.”
Hannah mengambil basikal dan mahu segera pulang, azan akan berkumandang bila-bila masa sahaja.
Rasa benci dan cinta adalah sejenis bentuk perasaan. Sayang berpada, benci juga begitu. Namun manusia mempunyai hati, terkadang hati memilih rasa benci untuk dipamerkan hanya untuk lindungi dirinya dari terus terluka.
Share this novel