TAKDIR 9

Romance Series 33778

“Assalammualaikum roomate, dah makan ke? Kau tak de kelas ke hari ni.”

Baru sampai roomate Hannah lewat pagi itu. Bertolak pukul berapa la dia dari selangor agaknya. Kelas dia hari ni memang tak ada.

“Wasalam, roomate. Aku belum makan. Kelas aku ada petang ni tapi batal.”

“Kau ok tak ni Hannah. Suara lemah je aku dengar.”

“Aku migrain dari semalam lagi ni. Tak lega-lega lagi.”

Izzah meletakkan semua barangnya dan mengeluarkan nasi yang dia beli tadi. Namun dia lebih risaukan Hannah pada saat ini.

“Bangun roomate, kau kena makan. Aku bawak pegi klinik nak tak, aku call Mirul jap pinjam kete dia.”

Amirul tu kawan baik Izzah, kedua mereka selalu balik Selangor sekali. Jadinya Izzah memang tidak pernah kekok minta tolong dengan dia setiap kali.

“Susahkan kau ja. Aku ok lagi ni. Kau pun baru sampai ja kan. Assignment aku pun tak siap lagi.”

Suara Hannah hampir sahaja tidak didengari. Macam tu dia cakap okay. Hannah sebolehnya tak mahu menyusahkan Izzah. Izzah pasti penat baru sampai.

“Yang tu nanti boleh buat. Jom kite pergi klinik dulu. Aku dah call Mirul tadi. Kejap lagi dia sampai. Pakai tudung cepat.”

10minit kemudian Izzah mendapat panggilan dari Mirul menyatakan dia sudah sampai. Padahal baru tadi dia dan Mirul sampai. Namun dia masih sudi nak tolong Hannah.

Hannah mengambil selendang sahaja. Namun dia menyarung hoodie untuk menutup auratnya dengan lebih baik. Kepalanya yang sakit tidak mengizinkan dia memakai tudung dengan sempurna.

“Balik nanti kau cerita kenape boleh jadi macam ni. Aku pasti ada yang tak kena.”

Izzah tahu pasti ada sesuatu. Hannah hanya angguk. Tiada rasa mahu membalas.

“Iz, duduk depan bagi Hannah rehat belakang.”

Amirul memberikan arahan mudah kepada Izzah.

“Klinik hari ni area sini banyak tutup tadi Mirul dah google. Kita try area jauh sikit.”

“Mirul nak ambik housemate jap tadi janji nak pegi makan dengan dia. Lupa nak bagitahu dia tak jadi. Dia keluar tadi.”

“Ok k. Dia ikut sekali kite pegi klinik ke?”

“Ikut je la. Jap lagi baru nak explain dengan dia.”

“Man, aku sampai dah ni. Masuk duduk belakang terus.”

Serabut punya pasal dia lupa habis semua benda. Biar ja la. Yang penting dia boleh tolong Izzah.

“La…apasal kau tak bagitau ada orang dalam keta ni Rul. Kalau ada hal bagitahu aku la Rul. Hai Izzah.”

“Hai Man.. sory la aku terpaksa mintak tolong kawan kau jap.”

Dia memang kenal Izzah sebab selalu mereka berdua balik sekali. Namun yang memakai hoodie ni yang dia tak kenal.

“Aku tak sempat nak bagitau kau tadi sorry la. Iz call tadi mintak tolong. Roomate dia tu sakit migrain. Kenalkan tu Hannah.”

“Hmmmm yla…”

Hannah?

Dia menunduk sedikit memandang wajah pemilik nama Hannah itu. Sah! Hannah yang sama. Luth Luqman diam sebentar. Dia tidur dengan dahi berkerut.

“Iz… kepala aku macam nak pecah, aku nak baring Iz.”

Suara perlahan itu merisaukan Luth Luqman. Dia terjaga? Dia hanya diam disebelah Hannah. Hannah terus sahaja berbaring tanpa menunggu jawapan dari Izzah. Padahal Izzah tak dengar pun suara dia tadi.

“Eh, Hannah. Kau…”

Belum sempat dia habiskan ayat Luth Luqman mengankat jari menyuruh Izzah diam dan its okay biar dia tidur kejap. Izzah angguk.

“Picit kepala aku roomate.”

Luth picit kepala Hannah tanpa sebarang bunyi. Namun dia picit berlapik. Dia tiada niat tersembunyi. Hanya niat mahu Hannah rasa selesa. Dia pandang wajah itu. Baru rapat dua tiga hari sudah banyak kenangan yang diciptaklan bersama. Padahal mereka satu kelas dah agak lama namun jarang sangat bertegur sapa. Hanya sesekali senyum saja.

———————————-

“Angkat lah pompuan… kau memang nak mampus dengan aku. Berani kan… dulu bukan main berjanji dengan aku.”

Hisyam membaling telefon bimbitnya. Geram kerana hampir 20kali dia menelefon Hannah namun tiada berjawab. Terkejut Fadil dengan sikap Hiysyam. Dari semalam lagi begitulah sikap yang ditunjukkan.

“Hang pasai apa Syam, bebai pasai apa?”

Loghat utara pekat Fadil ni bercakap.

“Pompuan tu la tak angkat call aku dari semalam. Serabut dah aku. Petang kelmarin aku dah pi jumpa dia [un dia tetap nak putus.”

“Hang buat salah apa la dengan dia gamaknya. Kalau dak takkan Hannah naj buat lagu tu kat hang.”

“Aku kantoi bawak sepupu aku keluar malam janji nak pi ambil sambal kat rumah dia.”

“Kalau aku pun mintak putuih. Memang tak boleh nak tolong dah la tu.”

“Cakap tu bagi la sedap hati aku sikit. Ni macam nak menambah ja.”

Belum sempat Fadil membalas kata, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Disangkakan Hannah namun jangkaannya meleset.

“Hello, ha nak apa?”

“Hello abang, abang tak tunggu Nurul pun balik hari tu. Jom abang temankan Nurul pegi mall jap. Kelas abang esok kan?”

“Malas la abang. Dapat apa kalau teman Nurul hari ni.”

Suara Hisyam semakin kendur. Lemah dengan nafsu syaitan. Belum pun berjumpa dia dah seronok dengan apa yang dia akan nikmati. Nurul bukan seperti Hannah, dengan Hannah dia tidak akan dapat semua itu. Fadil dah geleng kepala. Mujur la Hannah tu tak bodoh. Kalau tak dengan sikap Hisyam yang macam ni kesian dengan dia.

“Alaaa abang ni macam biasa la. Jom la jom la keluar, pukul 8 abang ambik Nurul ok.”

“Ha ok la macam tu.”

Lupa sebentar pada Hannah. Pelik Fadil melihat housemate dia. Tadi dia bukan main marah lagi. Ni senyum bagai. Gila agaknya.

“Hai… renyih sakan pulak… tadi bukan sibuk dok telefon Hannah ka?”

Geram dengan sikap Hisyam. Fadil yang tolong sakit hati bagi pihak Hannah.

“Orang ajak Dil… takkan aku nak tolak. Orang hensem macam ni la.”

“Cehhh perasan… hensem bukan boleh buat kenyang wei…”

———————-

“Jom Mirul teman aku daftar Hannah kejap. Ramai orang tu bagi dia rehat dalam kereta dulu.”

“Man, aku pegi teman Izzah daftar kejap. Kau ok ke temankan dia jap.”

“Aku ok no hal. Belikan aku air ja.”

Suara Luth Luqman perlahan. Risau mengejutkan Hannah. Amirul pun faham pasti dia lapar. Semua pun lapar.

Perlahan mereka menutupm pintu kereta. Luth Luqman hanya berbaim dengan telefon bimbitnya. Dia sesekali memandang wajah pucat Hannah. Hampir 15 minit Hannah terjaga. Bau perfume lelaki. Namun dia menyangka milik Amirul.

“Iz, dah pukul berapa ni. Sampai klinik tak lagi?”

Lemah nada suara dia namun mampu mengejutkan Luth Luqman.

“Baru ja sampai tadi, Izzah keluar pergi daftar nama awak. Awak sakit lagi ka ni?”

Hannah terkejut mendengar suara yang dia kenal. Dia baring atas riba lelaki itu? Sejenis kejutan apakah ini. Hannah cuba bangun namun kembali terbaring. Luth Luqman membantunya untuk bangun.

“Errr macam mana awak ada sini, macam mana saya tidur atas awak?”

“Relakkkksss kejap saya terangkan. Awak sakit sangat tadi ni, Izzah memang duduk depan. Jadinya Mirul ambil saya tadi saya terus masuk duduk belakang. Lepas tu awak tidur duduk tadi masa saya masuk. Lepas beberapa minit awak cakap nak baring dengan mata tertutup. Awak tak sedar kot masa tu. Tak pa la Hannah jangan fikir ok. Awak sakit kan.”

“Saya mintak maaf Luth. Sory sangat tak perasan.”

Mata Hannah berkaca, sebab itu dia menutupkan mata. Sakit kepala dia hingga keluar air mata.

“Awak jangan nangis Hannah. Saya tak sentuh awak, awak pun tak sentuh saya.”

“Bukan nangis ni sebab migrain.”

Hannah kemabli menutup mata. Namun sekarang dia duduk rapat dengan Luth Luqman. Dia seolah tidak bercadang mahu ubah kedudukan mereka.

“Terima kasih Luth.”

“Roomate jom. Nama kau lagi dua nombor.”

Izzah datang memanggil Hannah. Dia menyerah air dan roti pada Luth Luqman.

“Kau nak keluar tak Man.”

“Aku tak kot.”

Sempat Luth Luqman memandnag wajah Hannah. Kalau boleh dia yang mahu menemani Hannah. Dia selesa sangat dengan Hannah. Ini wanita pertama yang buat dia rasa begitu.

ORANGE BORAHAE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience