TAKDIR 16

Romance Series 33778

“Eh kejap saya tertinggal buku nota saya. Awak balik dulu Luth dah lewat ni bahaya berdua macam ni.”

“Ok ok, saya tunggu awak naik basikal saya balik.”

Entah dimana silap Hannah terjatuh kedalam sungai berarus sederhana. Namun tanpa berfikir panjang Luth Luqman terjun kedalam sungai yang kedalamannya hanya separas dada.

“Luthhh apa awak buat ni kenapa terjun, bukan dalam pun.”

“Saya takut awak lemas dalam tu.”

“Awak naik cepat bahaya Luth ini sunyi sepi tau masa macam ni.”

“Assalammualaikum maaf ganggu keseronokkan kamu berdua. Hannah, apa kamu buat berduaan dalam air pada waktu macam ni?”

Allahuakbar, perkara yang Hannah takutkan akhirnya berlaku. Dia melihat kelibat seseorang dibelakang Tok Imam. Luth memanjat naik keatas batu. Dia tidak jadi memabantu Hannah naik, risau entah apa mereka fikir nanti. 3 orang cukup sebagai saksi menyaksikan perkara yang disalah erti.

“Saya terjatuh tadi Tok Imam, memang tak buat apa-apa. Luth cuma nak selamatkan saya.”

Luth Luqman ambil jaketnya dan sarungkan pada Hannah, baju dia lencun dan nampak bentuk badannya.

“Tapi Rusli ni ayah awak kan, dia kata dari tadi kamu dengan dia buat perkara tak elok.”

“Boleh Tok Imam tunjuk bukti yang kami buat perkara tak elok?”

Kali ni Luth Luqman yang berkata-kata. Dia kesian melihat wajah sedih Hannah.

“Saya rasa tak perlu bukti kalau ayah kamu sendiri yang suruh saya sergah kamu, keadaan kamu tadi menunjukkan kamu sememangnya dalam keadaan mencurigakan.”

Shit! Ayah tak guna jenis apa ni. Air mata palsu bodoh apa yang dia tunjuk semalam depan mama. Mama! Tolong Hannah ma.

“Saya sumpah tok saya tak buat benda tak elok. Ni kawan saya tok dia cari saya tadi kami memang nak balik dah.”

Betapa kuatnya kuasa wali dia tidak dapat menyangkal langsung dengan apa-apa hujah sekali pun.

“Kita tanya ayah kamu ni macam mana nak buat.”

“Ikutkan saya nak kahwinkan je Tok Imam. Tak payah pening kepala.”

“Ayah apa ayah buat ni ha, Hannah tak boleh kawin lagi la. Ayah baru balik sehari macam ni ayah buat dekat Hannah.”

“Siape nama kau ha?”

“Maaf pak cik saya Luth Luqman kawan Hannah. Saya dengan dia memang tak buat apa-apa Tok Imam, pakcik.”

“Macam mana ni Rusli, kamu kata anak kamu buat benda tak elok. Sampai nak kawinkan diorang berdua ni terus. Kamu tahu kan kata-kata kamu penting sebab kamu wali dia.”

“Ya tok saya cakap betul, kawinkan diaorang.”

“Ayah jangan buat Hannah macam ni ayah. Hannah ada cita-cita yang belum capai. Luth Luqman takkan nak kawin dengan Hannah. Jangan libatkan dia ayah dia baik.”

Hannah kesal dengan tindakkan ayahnya. Berkali-kali dia menggeleng kepala.

“Kau nak malu lagi teruk ke Hannah, tahu kan mama dah la banyak masalah masih nak tambah lagi ke?”

“Jangan berani nak libatkan mama, mama dah cukup derita dengan ayah. Masalah punca dari siapa ha!?”

Allahuakbar ujian apa ni Ya Allah. Apa lelaki ni buat Ya Allah. Wajah kecewa Hannah dipandang oleh Luth Luqman. Dia kesal kerana terburu-buru datang berjumpa Hannah.

“Tok, kita kawinkan diorang malam ni jugak saya tak peduli.”

“Apa kata kamu Deris, Bakar. Ayahnya suruh dikawinkan. Diorang memang tak mengaku salah.”

“Kalau dah ayahnya yang mintak kena la kita kawinkan tok.”

Bakar terlebih dahulu menyatakan persetujuan.

“Saya rasa tok, tanya betul-betul takut jadi fitnah lagi haru. Biar tersalah ampun dari tersalah hukum tok.”

“Kamu cakap betul-betul Rusli, apa yang kamu nampak anak kamu buat tadi dengan lelaki ni.”

“Saya cakap betul tok, memang saya nampak anak saya buat perkara tak elok. Saya tak sanggup nak rakam anak saya sendiri tok.”

“Saya pun nampak tok. Tadi saya ada sebelah sana saya nampak diorang buat perkara tak elok.”

Lagi seekor syaitan bertopengkan manusia, entah apa yang merasuk Hisyam hingga gamaknya dia datang tiba-tiba mengaku dia nampak perkara yang tidak terjadi.

“Syam jangan buat macam ni Syam kau tahu aku takkan buat.”

“Tok, rasanya cukup dah kot saksi mengaku nampak. Malam ni lepas isyak kita nikahkan dua-dua orang ni.”

“Hah eloklah tu. Kamu jangan nak lari pulak ya sape nama tadi ni… hah Luth kan tadi.”

Tersengih Rusli dan Hisyam. Hisyam sengaja menolong Rosli mengaku perkara yang dia tahu tidak terjadi. Rosli mahu mengajar Hannah. Baru dia tahu siapa berkuasa. Aku ayah dia walau apa pun aku tetap wali dia.

“Awak balik dulu Hannah, saya ikut belakang. Kita jumpa mama awak.”

Hannah seakan mahu menjerit sekuat hati, apa dosa dia kepada dua manusia ni. Allahu… berat sungguh hati ni. Entah apa reaksi mama dia dapat tahu satu-satunya nak perempuan dia nikah keadaan macam ni.

“Assalammualaikum mama, Hannah mintak ampun ma. Hannah salah ma.”

“Waalaikumsalam. La kenapa ni sayang. Cakap dengan mama. Siapa ni kawan kamu ke Hannah.”

“Assalammualaikum mak cik saya kawan Hannah.”

“Macam mana boleh basuh dua-dua orang ni.”

Hati Puan Nur tak sedap hati.

“Ayah jahat ma, dia panggil orang tangkap Hannah dengan Luth. Hannah terjatuh Luth tak fikir panjang terus terjun nak selamatkan Hannah. Keadaan masa tu dua-dua dalam air. Kami tak buat apa pun tapi ayah keras cakap yang kami buat bnda tak elok.”

“Lepas tu ayah bawak Tok Imam dengan dua saksi tangkap Hannah. Dia cakap Hannah buat benda tak elok. Sumpah ma kami tak buat.”

“Allahuakbar. Siapa yang buat Hannah?”

“Ayah ma. Tolong kami mama, belum masa nak kawin ma. Sian Luth jadi mangsa.”

“Kak, apa kau cakap kak. Siapa yang buat? Ayah? Apa dia nak sebenarnya ha?”

Haikal sakit hati mendengar onar yang dibuat ayahnya. Konon mahu menjadi ayah yang terpaling baik la agaknya kan.

“Mama tolong percayakan Hannah, asalkan mama percayakan Hannah biar satu dunia tak percaya pun Hannah dah lega sangat. Kal, kau percaya cakap aku kan.”

“Aku percaya kak.”

“Mama percaya sayang, apa nak buat ni Allahu. Dia wali kamu Hannah. Kamu setuju ke kena kawin dengan dia ni Luth.”

Luth diam memandang Hannah. Fikirannya bercelaru. Saat ini dia cuma fikirkan macam mana ubah situasi.

“Saya boleh kawin dengan dia mak cik, tapi kami masih student mak cik saya tak boleh nak tanggung dia sepenuhnya.”

“Luth jangan nak merepek nak setuju sebab ayah gila saya tu. Tolong la Luth saya tak sanggup nak buat sahabat saya macam tu. Tolong Luth lari je la biar apa nak jadi.”

“Hannah, tak pe kita kawin. Nanti mama awak lagi sedih sebab semua ni akan jadi buah mulut. Awak percaya saya kan.”

Hannah angguk. Dia terima andai ini sudah tertulis takdirnya. Luth Luqman melihat duit untuk dijadikan mas kawin.

“Maaf Hannah saya boleh bagi mas kawin dekat awak rm90 sahaja. Awak okay?”

“Allahuakbar saya mintak maaf Luth.”

Hannah sangat kesal kerana tindakkan ayahnya dan Hisyam dia telah melibatkan Luth Luqman.

“Hah, anak yang awak banggakan sangat tu kan Nur dia tadi buat bnda tak elok dengan jantan ni. Sebab dia yang buat semua orang tak percaya.”

Tanpa salam terus serbu masuk. Susah sungguh nak tafsir hati perut manusia yang merayu-rayu semalam ni.

“Kau jangan nak sama anak baik aku tu dengan kau eh. Aku tak kisah kalau seluruh dunia nak cakap dia macam mana. Aku akan pastikan kau merempat ja nanti. Jadi je manusia munafik selamanya.”

“Nur, awak tu baru diceraikan semalam. Jangan ingat awak dah bebas pulak.”

“Dah la semakin bnci aku tengok muka kau. Berambus la dari sini.”

Masih tak dapat hadam apa motif dia buat Hannah macam tu. Dia kenal anak dia itu tak mungkin anak dia yang sedang kecewa itu nak buat benda terkutuk.

“Lepas isyak terus pergi masjid. Jangan nak lari pulak.”

Rusli sempat berpesan kepada Hannah Haikal dan Haris. Dia kemudian memandang Luth Luqman.

“Kau pun sama jangan nak lari pulak.”

“Jangan risau pak cik, saya akan bertanggungjawab kalau itu yang pak cik nak.”

—————————————————-

“Aku terima nikahnya Iman Hannah Binti Mohd Rusli dengan emas kahwinnya berjumlah RM90 tunai!”

Hannah memakai baju kurung berwarna putih bunga hitam, manakala Luth Luqman memakai baju melayu warna putih milik Haikal. Luth Luqman cuba berikan penampilan terbaik saat ini untuk Hannah.

“Sah”

“Sah”.

“Alhamdulillah…”

Luth Luqman bangun dan membuat solat sunat selepas nikah. Dia memandang amanahnya kini. Kalau dia pertikaikan tadi dia tahu dia tak perlu pun berkahwin dengan Hannah. Namun dia tidak mahu Hannah rasa lebih dibuang lagi. Dia mungkin tak boleh berikan bahagia yang Hannah cari. Lama sujudnya. Hannah memandang suaminya kini. Dia janji dalam dirinya akan lakukan apa sahaja demu bersihkan nama mereka berdua.

“Mama mintak maaf Hannah. Ayah kamu bukan manusia yang layak dipanggil manusia lagi.”

“Ma, Hannah yang patut mintak maaf dekat mama. Dah la mama sakit hati dengan ayah. Sekarang Hannah pulak buat macam ni.”

“Mama sikit pun tak marah sayang. Jangan risau mama percayakan Hannah.”

“Adik pun percayakan kakak.”

Haris memeluk kakaknya.

“Luth, mama mintak maaf Luth terpaksa terima keadaan macam ni. Andai kata suatu hari Luth nak lepaskan Hannah, lepaskan cara baik. Mama dengan adik-adik takkan pernah nak salahkan Luth.”

“Mama, maaf kalau pernikahan Hannah tak macam yang mama bayangkan. Luth akan cuba sedaya tunaikan kewajipan Luth pada dia. Andai kata dia membenci Luth mama boleh hukum Luth, andai kata dia tersilap langkah juga mama boleh hukum Luth.”

“Jaga suami kamu baik-baik Hannah. Haikal, Haris salam abang.”

“Hannah, bawak Luth kebilik kamu. Nanti mama tukar katil bilik kamu.”

“Jangan risau mama, nanti perlahan-lahan Luth beli.”

Hannah salam dengan Luth Luqman yang telah sah menjadi suaminya. Dia tunduk lama ditangan itu.

“Saya mintak maaf awak, saya tahu kalau ikutkan tadi awak boleh menolak untuk kawin dengan saya. Awak tak patut dilibatkan pun. Kalau panggil pegawai agama pun kita tak perlu kawin pun tadi. Saya mintak maaf sangat-sangat Luth.”

“Hannah, saya mintak maaf tak boleh bawak awak jumpa dengan ibu ayah saya lagi. Saya janji akan datang saya akan cuba bawak awak nanti. Keluarga saya bukan macam ni. Saya akan cerita nanti. Esok pagi saya kena balik awal untuk kemas bag.”

“Terima kasih Luth.”

“Dah la tu asyik nangis ja dari tadi. Sedih sangat ke kena kawin dengan saya ni hmm.”

“Ish awak ni macam tu pulak. Dengan kawan-kawan kita bagitahu yang terdekat saja la ya.”

“Iya kita bagitahu yang dekat sahaja.”

“Saya nak mandi kejap. Kejap lagi awak mandi ya.”

Luth Luqman hanya menganguk. Dia melihat katil Hannah hanya katil single. Dia faham maksud mama tadi.

“Awak pegi mandi kejap saya siapkan tempat tidur awak ya. Berus gigi saya letak dalam bilik air. Ambil yang belum buka tu.”

Luth Luqman hanya tersenyum melihat Hannah menutup kepalanya dengan tuala. Dia faham segalanya masih baru untuk dia dan Hannah.

“Iya baik.”

Selesai mandi Luth Luqman masuk semula dan dia melihat Hannah sudah tidur dilantai. Dia faham, Hannah mahu dia tidur diatas katil dan Hannah dibawah. Luth Luqman mengankat Hannah dan meletakkan diatas katil, dan dia rebah disebelah Hannah.

“Sory awak saya tertidur tadi. La…awak tidur atas la saya boleh tidur bawah.”

“Hannah kita dah sah jadi suami isteri, macam mana sempit pun kita tidur sama. Dah jom tido.”

Hannah bangun semula dan salam sekali lagi dengan Luth Luqman.

“Saya minta izin tido dulu ya awak. Semoga Allah ampunkan dosa awak dan saya.”

“Ya awak tidolah saya izinkan.”

Hannah meletakkan kepalanya dan mengiring mengadap Luth Luqman. Dia sangat penat hari ini. Baru sahaja dia mahu bertenang sekali lagi ribut melanda. Luth Luqman juga memejamkan mata. Dia tidak mahu lagi memikirkan perkara esok hari. Debaran dikawal sebaiknya kerana ini pertama kami dia berkeadaan begini dengan wanita.

Mungkin ini yang dinamakan takdir. Baru beberapa hari lepas Luth Luqman tidak mahu percayakan perkahwinan. Hannah pula sangat kecewa dengan dua lelaki yang pernah bertahkta dihatinya. Namun sebaik perancang adalah Dia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience