TAKDIR 3 - Hisyam (POV)

Romance Series 33784

Abang nak hantar Nurul balik terus ke ni?”

“Yela abang ada janji dengan kak Hannah ni nak ambil sambal.”

“Alaaa… untuk Nurul ada sekali tak.”

“Abang memang pesan dua. Nurul nak satu ke”?

“Nak la. Nanti kat kampus ada jugak la untuk makan dengan roti ke nasik ke.”

“Yela lusa abang bagi.”

“Sayang abang banyak-banyak la macam ni.”

“Nurul ada boyfriend kan dekat kampus.”

“Itu boyfriend kat sana je. Kenape abang jeles ke?”

“Ishhh abang ada kak Hannah la. Jeles apenya.”

Wahhh… bahagia kan dua ekor manusia yang tak malu. Main-mainkan hati orang lain. Senang ja keduanya lafazkan tanpa rasa bersalah.

“Abang, sayang Nurul tak?”

“Apa punya soalan tanya ni. Tak habis tanya macam tu.”

“Tak habis la dah abang tak pernah jawab. Lagi la Nurul rasa nak tanya.”

“Benda macam tu jangan ditanya. Kalau selalu tanya menyampah jadi dia.”

Nurul tahu tetapi sengaja provok. Jahat.

“Nurul, boleh bagi abang pegang lagi tak?”

“Pegang mana?”

Nurul paham namun sengaja buat-buat tak faham. Dia suka lelaki itu meminta begitu. Terasa sahamnya tinggi.

“Kenapa? Kak Hannah tak bagi pegang?”

“Salam pun tak. Naik motor pun pegang belakang ja. Takut sangat abang sentuh aset dia.”

“Ala… Nurul kan ada. Bukan tadi abang dah pegang ke?”

Seronok bukan main kedua-dua mereka. Walau hanya bermain kata, namun Nurul suka dan Hisyam lagi suka.

“Kejap sangat tadi tu.”

“Ni sekarang ni pun Nurul peluk abang kuat kan. Abang suke?”

“Suka sangat.”

Hisyam memang sengaja membawa motor perlahan-lahan. Mahu lama sedikit menikmati rupa bentuk yang dirasai belakangnya. Nurul memang suka memeluknya erat. Mereka dah hampir sampai simpang berdekatan rumah Nurul.

“Abang tak singgah dulu ke? Mak asyik tanya je tu.”

“Nurul abang kena cepat ni. Kejap lagi Hannah nak hantar barang dekat simpang depan sana.”

Hisyam mengelak pertanyaan dari Nurul.

“Eh, salam dulu abang. Saja kan buat lupa.”

“Pelik la Nurul ni selalu sangat nak salam cium dahi bagai.”

“Tak pelik la Nurul kan sayang abang, kan abang kata tadi nak pegang. Bagilah Nurul pun pegang juga.”

Paha Hisyam digosok perlahan. Nurul rapatkan diri mahu dekat lagi dengan Hisyam. Hisyam hanya membiarkan. Dengan Hannah jangan mimpi la nak dapat semua ni. Nurul pun pakai tudung juga. Boleh pulak dia pakai ketat tudung pendek.

“Kalau Hannah tahu ni entah apa reaksi dia.”

Hisyam ketawa. Tahu pun alasan dia mudah sahaja. Mereka sepupu kan.

“Ala kita bukan buat apa pun. Abang kan sepupu Nurul biasa la salam.”

Takkan la benak sangat Nurul ni tak tahu dia dengan Hisyam tu boleh kahwin.

“Hmmm… yala Nurul. Orang salah memang akan ada alasan selalu.”

“Abang pun layan ja kan.”

“Dah orang bagi free abang ambik ja. Kalau nak suruh pilih antara Nurul dengan Hannah baik abang ambik kak Hannah.”

“Jahat abang kan. Sampai hati cakap macam tu.”

Nurul senyum jahat. Bukan susah sangat nak lentokkan Hisyam. Bukti sms mereka berlambak. Walau hanya dalam sms, belum pernah terjadi lagi yang berat-berat, yang ringan-ringan berlambak. Namun kalau Hannah tahu pasti Hisyam akan dibuang.

“Abang balik u bila. Nanti hantar Nurul sekali tau. Bawak sekali sambal kak Hannah buat.”

“Abang balik lusa la. Nurul tunggu abang ambil kat rumah esok. Jangan lambat. Kalau lambat abang tinggal.”

“Okay abang, sayang abang.”

Hisyam memang melayan semua kerenah Nurul. Langsung dia tidak kisah menipu Hannah. Bagi dia Hannah adalah masa depannya. Nurul sekadar tempat dia berseronok. Berseronok? Jadi dengan Hannah tidak seronok?. Hati dia lebih tahu.

Hisyam segera menuju untuk bertemu dengan Hannah. Tanpa dia sedar ada yang nampak semua yang jadi.

———————-> ORANGE BORAHAE

POV SHORT

- MAAF ATAS KEKURANGAN. SAYA MASIH MENCUBA DALAM MENULIS. BICARA HANNAH MUNGKIN TIDAK SELANTANG GADIS LAIN. NAMUN DARIAWAL HANNAH SELALU TAHU KEHENDAK HATINYA. PERCUBAAN KEEMPAT SAYA. MOHIN KOMEN MEMBERIKAN PANDANGAN YA TERIMA KASIH. DALAM KITA MENYULAM BAHAGIA, TERNYATA ADA INSAN YANG MASIH MENCIPTA DERITA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience