TAKDIR 23

Romance Series 33778

Wajah isterinya yang sedang tidur ditatap, rasa sayang yang mula membenih membuatkan fikiran Luth Luqman bertambah serabut memikirkan masa depan mereka bersama. Ini baru sedikit, lepas ni tak tahu apa lagi yang akan dilalui oleh kedua mereka. Matanya langsung tidak mampu dilelapkan.

“Luth, tak tidor lagi ke? Lama dah ke Iman tidor sini, kalau Puan Utama tahu macam mana Luth.”

Iman Hannah tiba-tiba terjaga tepat jam 2 pagi. Dia risaukan hal yang akan terjadi, dia risaukan Luth Luqman, dia risaukan Mak Cik Siti. Dibawah masih rancak dengan bunyi lagu. Nampaknya belum ada penghujung bagi majlis mereka dibawah. Entah berapa orang yang masuk perangkap Suraya dan Zakaria malam ni. Bunyi ketukan pintu bilik Luth Luqman membuatkan dia tidak jadi menjawab. Mak Cik Siti terpaksa datang juga kebilik Luth Luqman.

“Ada ape mak?”

Wajah Mak Cik Siti yang jelas kepenatan dipandang sayu oleh Luth Luqman. Rasa bersalah namun dia tidak mampu lakukan apa-apa. Dia juga sedang berhati-hati dengan keadaan sekarang. Banyak yang dia risaukan.

“Puan Utama cari Hannah ni Man, nak buat macam mana ni mak tak tahu nak bagi alasan apa dah.”

“Dia dah tidor dah mak. Jam dah pukul 2pagi ni. Kejap biar Man yang turun. Man mintak maaf mak.”

“Mak tak dapat nak tolong dah Man. Kamu bagi la alasan dengan Puan ya. Jangan mintak maaf dengan mak Man, mak tak banyak bantu pun.”

Iman Hannah yang mendengar rasa bersalah jika dia tidak turun. Namun dia takut mahu berhadapan dengan manusia yang sudah sirna iman didada.

“Luth, takpe Iman turun. Luth pun turun sekali ye.”

Iman Hannah kuatkan hatinya untuk turun semula. Sudah menjengah ke jam 2pagi masih lagi majlis belum selesai.

“Iman tunggu sini, biar Luth yang turun.”

Pergerakkan Iman Hannah terhenti. Tidak jadi untuk teruskan niatnya untuk turun. Kekesalan jelas diwajah Luth Luqman. Dia tidak sangka perkara ini yang terjadi pada hari pertama dia membawa isterinya itu pulang ke sini.

“Kenape mummy cari Man ke?”

“Aku cari Hannah, mane dia. Yang kau datang nak buat ape. Aku nak kenalkan dia dengan kawan aku ni. Lepas Zarif ambik dia tadi aku tak nampak bayang langsung dah. Bukan aku nak suruh teman tidor pun, nak suruh layan sikit-sikit je.”

“Dia dah tidor dah mummy.”

Pedih, hatinya pedih. masihkan ada sedikit ruang keimanan menembus hati wanita bergelar ibu dihadapannya ini. Nak suruh layan sikit-sikit je? Luth Luqman cuba menahan perasaan.

“Tidor? Sape yang bagi dia tidor, Siti kau pegi kejut dia sekarang aku tak kira. Dia janji nak tolong tadi kan. Macam mana kau tahu dia tidor Man.”

“Dia teman Man la mummy. Man belum selesai lagi. Tadi Man dengan dia la.”

Luth Luqman tak mampu melafazkan ayat yang isterinya sedang melayani dia. Luluh rasa hati terpaksa berkata sebegini.

“Lepas habis guna bagitahu mummy. Awal lagi ni.”

Wajah Puan Suraya jelas terkejut, dia tahu anaknya ini bukan sebegitu perangai. Namun dia tiada masa mahu pertikai. Dia akan siasat nanti. Luth Luqman sejuta kali terkejut dengan sikap ibunya yang dia selalu hanya mendengar dari Mak Cik Siti sahaja selama ni. Sudah lama dia tidak saksikan majlis ini didepan mata. Patutla orang gaji lagi dua orang tu ibunya mencari yang muda-muda.

“Tak boleh mummy, dia dah jadi Man punya.”

Luth Luqman berharap kali ini Puan Suraya akan berputus asa dengan Iman Hannah. Wajah Mak Cik Siti dipandang sekilas.

“Siti, kau tak kisah ke dengar anak saudara kau teman anak majikan kau ni hm. Kalau aku memang tak kisah, bukan kawin pun kan.”

Mak Cik Siti tidak menjawab, sebenarnya dia lebih kepada tidak tahu mahu menjawab apa. Puan Suraya merenung anak terunanya. Dia kenal anaknya itu. Zarif sudah ceritakan hal yang berlaku tadi, namun disebabkan sibuk melayan sana sini dia lepaskan dahulu Iman Hannah. Zarif merupakan salah seorang yang berjaya ditipu pada malam ini.

“Sayang, dari tadi Rusli cari you. Dia lagi sikit nak makan umpan dah tu. Malam ni dah cukup kuota dah.”

Tuan Zakaria entah dari mana mencelah. Kalau cukup kuota tu maksud kata sekurangnya dari ramai-ramai ni ada la dekat 20 orang berjaya ditipu. Teringin Luth Luqman nak tengok siapa dalang disebalik semua ini. Kenapa tiada siapa pun yang pernah datang kesini mencari mereka, yang dia tahu hanya panggilan Tuan Besar sahaja yang digunakan. Soalnya siapa Tuan Besar.

“Sory sayang, jom jom. Man kena explain dekat mummy later. Jangan nak bohong lagi. Aku tak mau tengok dah muka si Hannah tu esok pagi Siti.”

“Man, dah naik cepat. Esok awal pagi Man bawak dia balik ya.”

Mak cik Siti kalut menyuruh Luth Luqman dan Iman Hannah segera pergi dari sini.

—————————

Puan Suraya masih belum puas hati, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan Iman Hannah. Rusli yang mabuk ditinggalkan dikerusi depan. Dah dapat jerung besar malam ini. Senyuman masih terukir, sedangkan dosa sudah tidak terhitung.

“Sayang, I rasa anak saudara Siti tu macam bukan anak saudara dia la. U rasa macam mana.”

“Tak tahu la sayang, I tengah kira banyak mana kita untung malam ni lepas tolak untuk Tuan Besar nanti. Kenape u rasa macam mana?”

“Berapa kali pulangan diaorang akan dapat baru kita jalan second batch? Entah i rasa macam Luqman asyik protect dia.”

“Sekali atau dua kali je, lepas tu duit sama kita ambik balik. Protect macam mana maksud u sayang?”

Jadi itu yang akan terjadi, ambil satu bahagian duit kononnya dipuja lalu lepas beberapa minggu atau bulan pulangan berganda diberikan. Mata duitan semua selalunya akan pulangkan dua kali ganda itu untuk dipuja semula. Dan selalunya tiada kali ketiga pulangan tersebut. Dan manusia yang ditipu hanya akan ditipu berkali-kali untuk dapatkan wang sedikit demi sedikit. Cuba teka ada yang percaya tak? Ramai yang percaya. Suraya dan Zakaria langsung tak rugi apa-apa.

“Entah, nanti i siasat sampai tahu. Anak kita tak boleh jumpa dengan perempuan macam tu.”

“I tak mau ulas lebih lah sayang, u did great toningt. So.. any game tonight? Larat lagi?”

“Morning sayang, bukan malam lagi dah.”

———————————

Saat Luth Luqman masuk kedalam bilik Iman Hannah sudah kembali terlena. Namun saat dia melabuhkan badannya disebelah Iman Hannah, wanita itu terjaga.

“Luth, awak ok ke ni?”

“Awal pagi ni kita balik rumah mama ya Iman. Luth minta maaf Iman terpaksa hadap semua ni. Ini yang Luth risaukan dari awal lagi, salah Luth sebab bawak Iman balik sini.”

Luth Luqman tidak dapat menahan sebak didada. Dia melepaskan tangisnya.

“Allahu Luth, bukan salah Luth pun. Jangan sedih macam ni Luth. Iman ada dengan Luth. Kita doa banyak-banyak moga akan terbuka pintu taubat untuk mama ngan papa.”

Luth Luqman menangis dibahu Iman Hannah. Iman Hannah memeluk Luth Luqman supaya lelaki itu tahu dia akan selalu ada dalam apa jua situasi. Dia sangka dirinya sudah cukup luka, ini lebih luka dari dirinya. Siapa saja dapat menerima cara hidup sebegini. Kalau melihat sifat Luth Luqman yang solat sering terjaga, kita tidak akan menyangka kehidupan yang sedang dia lalui. Siapa saja yang mahukan ibu bapa memilih hidup begini.

“Luth tak sangka semua ni masih menyakitkan untuk ditelan, malah bila ada Iman buat Luth lagi terseksa tengok keadaan mama dengan papa.”

“Dah tu Luth, Iman bersyukur sangat sekurangnya Luth tahu mencari Allah walau dalam keadaan macam ni Luth dibesarkan. Kita doa sama-sama nanti ok. Jangan la sedih, Iman tak sanggup nak tengok.”

“Esok kita balik rumah mama ok. Jom tido kejap lagi dah nak subuh. Awak pun mesti penat kan Luth.”

Iman Hannah seolah memujuk kanak-kanak yang sedang menangis. Kali ini dia pula yang memujuk, padahal baru beberapa jam lepas Iman Hannah yang dipujuk. Luth Luqman tidak mahu lepaskan pelukkan, dia baring sambil memeluk Iman Hannah malahan dieratkan lagi pelukkan itu. Iman Hannah hanya membiarkan, yang halal tidak patut dihalang. Kepala Luth Luqman diusap meredakan rasa sedih dihati lelaki itu.

“Boleh Iman masuk untuk Luth tak esok.”

“Ape yang tak boleh, esok kita singgah beli lauk terus balik rumah mama saya masak ok, dah tidor la jangan fikir lagi nanti kita usahakan segalanya. Awak nak makan ape bagitahu je ok.”

“Luth tak tahu macam mana nak lelapkan mata ni. Boleh tak Iman cerita dulu Iman macam mana.”

Luth Luqman masih dalam pelukkan Iman Hannah, dia mahu dekat dengan wanita itu.

“Dulu kan, mama tak bagi Iman kawan dengan perempuan sangat, sebab dia akan teringat hal yang jadi dulu tu. Jadinya Iman memang tak ramai kawan. Yang ada pun dekat sekolah tu pun takat situ je.”

“Sebab ayah ke mama jadi macam tu?”

“Dia macam fobia dengan budak sekolah perempuan ni, jadinya Iman kena elak la bawak balik kawan ke ape.”

“Kesian mama kan, mesti dia sedih gila dengan kejadian tu.”

“Teruk sangat keadaan dia, sampai adik-adik semua Iman yang urus. Masak pun Iman kena masak awal sebab mama sibuk sangat memang balik sekolah terus masak, tak mau nak susahkan orang sekeliling. Sebab tak de sapa tahu hal sebenar.”

“Mesti isteri Luth ni kuat dan tabah orang dia kan, banyak dugaan dia lalui.”

“Ish Luth lagi dasyat kot, tengok keadaan macam ni macam susah dah nak betulkan.”

“Luth banyak larikan diri je Iman, tak hadap hari-hari pun. Ada pulak mak yang tolong pedulikan Luth.”

“Hah, baru ingat nak tanya tentang mak. Macam mana boleh panggil mak tu mak.”

“Masa mama memang tak ade masa langsung untuk Luth tu, memang semua mak yang uruskan. Sampaikan Luth panggil dia mak sebab rindu sangat nak panggil seseorang tu mak. Tapi kena rahsiakan, mama sampai sekarang tak tahu. Mak yang buat makan untuk Luth, mak yang urus semua dari Luth tak boleh urus diri sendiri sampai sekarang. Makan, kalau mak cakap suruh makan baru Luth makan sebab dia tahu luth risau dengan status duit yang mereka dapat tu.”

“Sabar la nanti kita usahakan untuk pulihkan keadaan. Kita tido ya Luth.”

“Ok kita tido.”

Iman Hannah menunggu hingga Luth Luqman melelapkan matanya, baru dia letakkan kepala Luth Luqman diatas bantal. Dia bangun untuk menunaikan solat sunat. Disaat ini hanya ini yang akan lebih menenangkan dirinya dan hatinya.

Maaf atas kelewatan. Agak kalut dengan cuti sekolah ni. Alhamdulillah kita hampir bertemu dengan ramadhan. Semoga ibadah kita akan dipermudahkan. Saya akan slow update skit ya. Sudi la komen dan donate ya. Terima kasih atas sokongan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience