Lama Hannah termenung. Hannah berjalan seorang diri ke perpustakaan. Dia memeilih 3 buku dan memilih sudut paling hujung untuk dia bersendiri. Bukan mahu membaca sangat cuma dia mahukan ketenangan. Airmatanya tumpah juga. Esaknya perlahan namun cukup meringan sedikit hiba dihati.
Kenapa dia tidak menangis dibilik? Kerana dia sukakan suasana sunyi diperpuatakaan.
Dirak paling akhir Luqman memilih buku ulangkaji yang dia mahu. Dia juga memilih meja sudut.
“Aduh…ada orang pulak kat situ, nak tido balik bilik la ishhh.”
Luqman nampak seseorang menundukkan wajahnya. Perempuan…. Namun dia tetap duduk dimeja sebelah perempuan tadi. Memilih untuk mengabaikan saja kehadiran perempuan itu.
Hannah tidak perasan akan jehadiran Luqman disitu, sudut yang dia duduk sangat jauh dari mana-mana pelajar yang sedang study. Lagi pula hari ni masih hari cuti. Hanya ada beberapa pelajar sahaja yang ada dalam pepustakaan itu.
Esakkan kecil perempuan tadi mengundang perhatian dari Luqman. Beberapa kali dia terdengar esakkan, namun dia abaikan sekali lagi. Namun dia seakan kenal perempuan itu. Jam tangan tu seakan milik Hannah.
“Hannah?”
Luqman cuba memanggil. Esakkan tadi terdiam.
‘Tolongla jangan Luqman, tolong la.’
Hannah hanya mampu menyatakan dalam hati. Dia kenal suara tu. Berat kepala untuk dipanggung. Merah mata Hannah mengundang tanda tanya diwajah Luqman. Luqman bangun dan duduk dikerusi sebelah Hannah.
Luqman masih diam langsung tidak bertanya, dia teruskan ukangkajinya. Hannah juga diam. Membiarkan Luqman disisinya. Airmatanya bertakung kembali.
“Pernah dulu semua orang cakap cinta itu indah, saya juga bersangka begitu. Namun sepanjang tempoh saya mengenal cinta, hanya sakit yang saya peroleh. Lukanya dalam, pahitnya seakan hempedu, manisnya seolah tiada bergula. Tapi… kenape saya langsung tak rasa manisnya cinta?"
"Awak bukan tak rasa, cuma awak bertemu dengan orang yang salah Hannah, kalau dia tak mampu bahagiakan awak, maknanya dia bukan untuk awak. Menangislah Hannah, hanya untuk hari ni. Esok awak kena jadi Hannah yang baru."
Luqman faham, dari awal tadi Luqman dah faham. Cuma Luqman memilih untuk tidak bertanya. Biar Hannah yang buka bicara. Telefon Hannah berbunyi. Hannah betulkan suara sebelum angkat. Panggilan yang tidak mungkin Hannah akan abaikan.
"Assalammualaikum, Hannah dah sampai ke, kenape tak bagitahu mama atau Haikal?"
Hannah betul-betul terlupa.
"Waalaikumsalam mama, haah Hannah dah sampai tadi, lupe nak mesej Haikal tadi. Bagitahu sampai stesen je tadi."
"Hannah nangis ke ni, kenape mama dengar suara Hannah lain?"
"Tak ma, tadi Hannah bersin banyak masa kemas katil. Mama jangan risau, Hannah tak nangis pun."
"Okay nanti call mama ye. Assalammualaikum."
"Waalaikumsalam."
Hannah memandang wajah Luqman setelah memutuskan panggilan, dia terpaksa berbohong. Luqman tidaklah menilai, dia faham.
“Mama saya tak boleh tahu saya nangis, nanti dia tak tenang dekat sana. Walau macam mana pun saya kena kuat.”
“Hannah sayang, hidup ni bukan mengenai siapa yang kuat siapa yang lemah, kadang-kadang orang yang nampak kuat ni la yang lebih lemah hatinya.”
“Awak tahu tak Luqman, masa hari last kami keluar berdua. Dia cakap dengan saya seolah saya yang akan berubah, padahal rupanya belum pun apa-apa dia yang ada pasang spare. Paling dasyat lepas saya bagitahu saya tabu semua dia masih tak mengaku.”
“Sebab dia memang nak simpan awak, sebab tu la dia kekalkan awak walau dah ada lagi satu, awak nak hairan apa Hannah dengan zaman sekarang ni, yang dah kahwin pun berlambak yang curang.”
Luqman seolah melepaskan rasa geram. Dia benci manusia curang. Siapa ja yang tak benci kan.
“Hannah, hari ni je awak menangis puas-puas okay. Lepas ni kita happy-happy. Saya ada untuk awak sebagai kawan awak, sahabat awak, teman awak. Awak sunyi ke happy ke marah ke semua awak boleh cari saya, jangan pernah terfikir yang saya akan rasa terganggu atau rasa awak terhegeh ke apa. Ingat tau.”
Suara Luqman seakan berbisik sangat lunak ditelinga Hannah. Sedar mereka di perpustakaan keduanya memperlahankan nada suara. Sedar dengan kedudukan mereka agak rapat Hannah tidak berusaha menjarakkan kedudukan tersebut. Risau bercakap akan lebih didengari yang lain walau tahu meja yang lain agak jauh dari mereka.
“Kenapa awak tiba-tiba baik macam ni dengan saya?”
“Sebab saya baru dapat kenal awak dari dekat macam hari ni. Janji dengan saya kita akan jadi sahabat baik. Kadang-kadang awak perlukan juga kawan lelaki.”
Hannah tunduk diam agak lama lalu dia senyum memandang Luqman semula.
“Tapi saya tak mahu panggil awak Luqman dah. Saya nak panggil awak Luth. Boleh?”
Luqman terkejut, Hannah sama dengan arwah kakaknya. Hanya dia memanggil Luqman dengan panggilan itu.
“Errr boleh boleh. Kalau macam tu saya panggil awak Hannah jugak ke?”
Padahal Luqman sangat teringin memanggil Hannah dengan nama pertamanya. Biarkan dulu.
“Iye la, cuma saya dengar Luth tu lebih nampak macam diri awak. Ingat tau awak dah janji saya kawan awak kan. Jangan nanti bila syaa cari awak, awak fikir yang tidak-tidak pulak.”
“Yang tidak-tidak macam mana tu Hannah?”
Sengaja Luqman buat-buat bodoh. Hannah perlu hadam yang dia tak akan jatuh cinta dengan Hannah.
“Awak ingat saya suka awak ke macam tu la. Harapnya tidak la ya.”
“Kenapa awak datang menangis dekat sini Hannah? Dalam bilik pun awak sorang-sorang kan hari ni.”
“Entahlah saya sukakan bunyi yang hampir tiada kat sini. Tapi tak sampai 15 minit awak pulak datang.”
“Alamak, saya kacau awak la kan.”
“Bukan macam tu Luth, cuma saya tak pernah ada orang hulurkan telinga untuk mendengar dengan sebaik awak. Kawan lain ada tapi bila saya cerita mesti cerita diorang pulak yang keluar.”
“Tak pe la lepas ni awak cerita dengan saya je ya. Bukan takat telinga, bahu pun saya dah hulur untuk awak.”
“Tapi yang saya risau sekarang ni, Hisyam tak mahu lepaskan saya. Harap dia tak buat yang bukan-bukan.”
“Bukan isteri dia nak sekat awak dari pergi dalam hidup dia. Dia ngan awak tak ada ikatan apa-apa yang sah pun Hannah.”
“Eh, bukan tadi awak tengah study ke? Sambung la sian awak dah jadi tukang dengar pulak.”
“Awak teman saya kejap ye, kejap lagi kita keluar sama-sama. Pegi makan nak?”
“Nak maghrib dah ni Luth, risau pulak nanti nak masuk jalan malam-malam.”
“Saya teman awak la nanti, jangan risau kita pegi makan je. Kejap ye saya nak study sikit.”
“Okay awak buat la saya baca buku sambil tunggu.”
Sesekali Hannah memandang Luth Luqman, tekun sungguh studynya.
“Jangan ditenung Hannah, tak tenang saya nak study ni.”
Hannah hanya tersenyum, tidak berniat untuk membalas. Dalam sehari dia mengenali Luth Luqman yang lain. Dalam kelas sembang gitu-gitu sahaja. Tak pernah terfikir untuk menjadi teman yang boleh berkongsi rasa.
“Ermm lupa nak tanya, kita satu kelas tapi awak study ape ye?”
Agak lama Hannah diam baru teringat nak bertanya.
“Saya study daya bahan, lemah la subjek tu. Lusa ada kuiz kan.”
“Ohhh patut la..ok ok sambung kejap lagi kita sembang ye.”
Luth Luqman menyambung semula. Hannah mesti dah study la tu.
———————-> ORANGE BORAHAE
- MAAF ATAS KEKURANGAN. SAYA MASIH MENCUBA DALAM MENULIS. BICARA HANNAH MUNGKIN TIDAK SELANTANG GADIS LAIN. NAMUN DARIAWAL HANNAH SELALU TAHU KEHENDAK HATINYA. PERCUBAAN KEEMPAT SAYA. MOHIN KOMEN MEMBERIKAN PANDANGAN YA TERIMA KASIH. DALAM KITA MENYULAM BAHAGIA, TERNYATA ADA INSAN YANG MASIH MENCIPTA DERITA.
Share this novel