Awak okay ke ni Hannah?”
Masuk ni dah kali keberapa dah dia tanya kepada Hannah mengenai itu.
“Saya nak kata okay tu tak la Luth, walau saya dah bersedia saya tetap terasa dikhianati. Walau hari tu saya dah putuskan hubungan dengan dia tapi hari ni saya rasa baru macam betul-betul putus.”
“Saya pun tak tahu macam mana nak cakap, kalau saya kata saya tak pernah bercinta mungkin awak tak percaya dan kalau boleh saya tak mau bercinta lagi pun buat masa sekarang. Jadinya buat masa sekarang saya memang tak boleh nak betul-betul faham awak. Cumanya bagi saya kekecewaan tu akan terubat dengan masa.”
Hannah cuma tersenyum, dia percaya kalau itu yang dikatakan.
“Janji saya, saya takkan bercinta lagi Luth, saya ulang entah kali keberapa hari ni dalam hati. Kedepan kita tak tahu yang pasti bukan lah dalam masa ni. Ini janji saya.”
“Hati-hati dengan janji ni Hannah.”
“Ya saya faham tu. Dah la Luth saya tak mau sebut pasal ni dah.”
“Yala yala.”
Dalam tidak mereka sedar, kedua hati yang dilukai kini sedang menabur janji untuk tidak dilukai lagi. Hannah teringatkan ayahnya dan Luth Luqman teringatkan ibunya. Dia bukan benci namun dia benci perbuatan itu.
Kedua-dua memilih untuk mendiamkan diri. Bunyi nada dering milik Hannah memecahkan kesunyian sejak 20 minit yang lalu.
“Assalammualaikum mama, haah ma dah otw balik ni. Mama dah makan ke?”
“Hannah pegi dengan siapa ni?”
“Dengan kawan kelas ma. Sekarang dah otw balik mungkin dalam 2jam lagi.”
“Hannah ok?”
“Okay ma, dah putus dengan dia Hannah rasa lega sangat-sangat. Balik nanti Hannah call balik. Haikal dengan Haris dah balik ke?”
“Ada tu tengah makan. Balik baik-baik nanti sampai call mama ok? Kirim salam kawan Hannah tu.”
“Baik ma, Assalammualaikum.”
“Mama kirim salam dekat awak Luth.”
“Waalaikumsalam, sihat ke mama awak Hannah.”
“Sihat Alhamdulillah. Mak awak Luth?”
“In shaa Allah sihat, saya jarang jumpa mama. Selalu tak de.”
“Okay… in shaa Allah doa-doakan selalu untuk ibu kita Luth.”
Luth Luqman tersenyum tawar. Dia tidak tahu macam mana nak berinteraksi apabila mamanya disebut.
———————————-
“Mama, Man nak balik dah ni.”
“Duit ade lagi?”
“Ada ma. Mama nak makan dulu dengan Man tak?”
Sengaja mencuba nasib mana tahu kali ini naluri keibuan itu tersentuh.
“Mama nak keluar dah lewat ni. Nanti duit habis mesej mama.”
Gagal buat kali keberapa dah. Dia senyum lagi kepada mamanya. Sudah lama kata sayang dan indah tidak dilafazkan untuknya dari bibir wanita bergelar ibu untuk dirinya itu.
“Baik ma.”
Tanpa menoleh atau benarkan tangan anak itu menyalaminya dia berlalu pergi. Papanya? Jangan ditanya.
“Man, mak cik teman ya.”
Mak cik Siti memandang wajah Luth Luqman. Keluhan keluar dari bibir tua itu.
“Takpe la mak cik, Man nak keluar dah ni.”
“Tapi kan Man belum makan, jamah la sikit.”
“Man pegi dulu mak cik.”
Dia salam tangan ibu seseorang itu. Perasaan yang tidak dapat ditafsir dengan rasa namun dia tahu itu rasa yang hampir sama.
————————————
“Luth, Luth dengar tak saya tanya ni?”
Terhenti lamunan dia.
“Maaf,maaf saya tak dengar. Apa tu Iman Hannah.”
“Awak nak air ke roti? Awak menungkan apa tu Luth.”
“Air boleh jugak. Saya teringat rumah saya.”
Tidak sepenuhnya berbohong namun itu lebih kepada jawapan selamat, bukan masanya dia mahu menceritakan kepada Hannah.
“Kalau teringat kenapa tak call, awak boleh berhenti sekejap.”
“Balik nanti ja saya call. Awak nak makan roti je Hannah?”
“Haah kenyang lagi. Luth, kalaulah mudah untuk setia mesti tak ramai orang cerai berai, gaduh putus tunang la apa semua tu kan.”
“Kadang manusia ni dia tamak, menganggap haknya ada banyak. Paling malang sekali bila dia nak ambil yang bukan hak dia. Itu yang jadi cerai berai tu. Kadang sedih tengok isteri curang, suami curang. Padahal yang perlu ada hanyalah setia.”
Luqman suka dengan topik yang Hannah sentuh. Hujahnya banyak apabila soal itu disentuh.
“Dalam bersahabat pun perlu setia dan jujur. Dalam apa jua bentuk hubungan mesti kena jujur dan setia.“
Hannah suka pertahankan kejujuran dan kesetiaan, ayah dia lelaki pertama yang mengajar erti ketidaksetiaan. Dia saksi kehancuran hati ibunya.
“Ya betul, kalau rasa kawan tu tak boleh bawa kebaikkan, ecara perlahan tinggalkan dia. Kita ni sudahlah iman senipis kulit bawang, berkawan dengan yang membawa contoh tidak baik lagilah mudah hanyut.”
“Betul tu Luth, saya dari dulu kalau ikutkan kawan saya memang tak ramai, sebab saya tak suka kawan yang membawa kearah yang tidak baik. Ikutkan sepatutnya kita saling menegur, tapi dah pernah jadi dulu kita tegur dia ayat yang dia bagi balik tu sangat mengecewakan.”
“Ya betul, kalau kupas soal ni kan memang zaman sekarang sangat payah cari sahabat yang boleh terima kita tegur dia. Kalau jumpa satu tu simpan la baik-baik.”
Luth Luqman juga sudah banyak kehilangan kepercayaan. Dia juga tidak mahu hubungan yang tidak jujur. Dia dan Hannah berada dalam liga yang sama. Kesetiaan dan kejujuran menjadi punca mereka hilang rasa. Namun kisah Luth Luqman masih berada dalam hatinya sahaja. Begitu juga Hannah. Terlalu awal untuk diluahkan semuanya.
“Luth, assignment kita macam mana. Sempat tak nak buat esok.”
“Malam ni awak larat tak nak stay dekat pusat study?”
“Ish awak tu yang larat ke tak? Awal pagi esok la elok. Rehat la dulu.”
“Yela yela esok. Sekarang rasa ok lagi la kan. Kejap lagi sampai entah-entah barai.”
“Ha tahu pun. Pelik kan sebelum ni dalam kelas kita tegur sapa pun jarang sekali. Lepas jumpa dalam bas hari tu terus boleh macam sekarang ni. Tak sangka saya boleh ada kawan lelaki.”
Ya Hannah sangat-sangat mengelak ada seorang sahabat lelaki yang boleh dia keluar berdua macam ni. Punca dia adalah lelaki pertama yang buat dia hilang percaya itu. Namun dengan Luth Luqman ni dia lain.
“Awak takkan takde kawan lelaki Hannah?”
“Adalah Hisyam tu, maksud saya kawan yang macam dengan awak ni. Memang tak pernah. Setakat sembang dalam kelas gitu-gitu je.”
Luth Luqman memandang Hannah sekejap. Dia benar sama dengan Hannah.
“Sama mcam saya la Hannah. Awak sahabat perempuan yang paling rapat.”
Wahhh…. Hari ni dah macam sesi suai kenal pulak antara dia dan Hannah.
“Banyak ek persamaan kita.”
“Banyak sungguh, saya harap hubungan persahabatan dengan the one and only perempuan ni kekal.”
“Ya betul tu, the one and only.”
——————————-
“Terima kasih tau Luth, esok saya belanja awak ya.”
“Ish takde apa la. Saya lega awak sudi biar saya temankan awak.”
Izzah dari tadi menunggu Hannah pulang. Risau dan tak sabar nak tahu apa yang terjadi.
“Ok tak ni roomate.. risau tau tunggu dari tadi.”
“Kenapa la tak call je Izzah. Sian kau tunggu aku.”
“Kita nak tanya depan-depan la. Jom masuk lenguh dah ni tunggu dari tadi. Aku pegi makan tadi terus tunggu kau. Lame la pulak jadinya.”
Mereka berjalan beriringan masuk kedalam. Izzah sanggup tunggu luar bangunan asrama. Entah berapa dia menunggu.
“Baik tau kau ni Izzah. Aku okay tau jangan risau. Aku dah bagitau dia punca semua. Dia mula memang tak boleh terima hakikat tapi tetap kena terima sebab memang salah dia.”
“Dulu dia yang hegeh kan dekat kau. Yang kau cerita dengan aku tu.”
Geram sangatla tu sampai guna perkataan hegeh.
“Aku bertahan selama ni sebab pikir dia pujuk aku lama untuk terima dia, dia tahu semua Izzah kisah hidup aku. Tapi dalam banyak manusia dia yang buat aku macam ni. Entahlah roomate, aku nak fikir pun aku dah benci.”
“Bagus la kau kuatkan hati cakap dengan dia. Aku mula fikir kau pegi sana jumpa dia sebab nak bagi peluang lagi dekat dia, mujur la sangkaan aku tu salah.”
“Tak mungkin la Izzah, aku memang lepas dengar dia curang dengan Nurul tu aku memang pilih untuk percaya Haikal lebih dari dia. Aku takkan tertipu walau apa pun alasan dia.”
“Ha bagusla macam tu. Kau dah makan ke ni. Baik sungguh Man tu kan sanggup bawak kau pegi tadi jauh jugak tu.”
“Haah dia yang offer diri nak tolong aku.”
“Hisyam ok ke Na, risau jugak aku fikir masa kau bagitahu dia overdose tadi.”
Sebagai manusia dia tetap peduli dengan keadaan Hisyam. Walaupun hanya mendengar dari mulut Hannah sahaja selama ni.
“Doktor dah cuci keluar. Dia okay la kot kan sebab masa aku sampai tu Nurul ada sekali. Kalau dia kecewa sampai macam tu sekali kenape dia pilih untuk curang dari awal. Entahlah aku malas nak fikir lagi.”
“Okaylah aku ingat kau balik nak nangis ke apa.”
Mana mungkin Hannah menangis depan orang. Dia kena kuat demi dirinya. Dalam hati atau bersendirian dia mungkin akan menitiskan airmata. Lupa…depan Luth Luqman pernah dia menangis.
“Esok pagi aku kena sambung buat assignment dengan Luqman tau.”
Izzah suka dengan tahap keselesaan yang ditunjukkan Hannah kepada Luqman.
—————————
“Syam, aku bukan nak kasaq dengan hang. Aku nak dengaq hang cerita pasai hang dengan Hannah boleh dak.”
“Kalau aku cerita mesti kau benci dengan aku.”
“Ceritalah aku nak dengaq susah lagu mana sangat hang nak dapat dia.”
“Aku kawan dengan dia dari tingkatan satu, memang baik dengan dia. Tapi Hannah ni ada satu sikap yang dia tak berapa suka kawan dengan lelaki. Dia selalu gaduh dengan lelaki dekat sekolah.”
“Habih tu dengan hang macam mana pulak.”
“Sebab dengan aku memang dia dah berkawan. Sebab ada satu tragedi yang buat dia sangat membenci lelaki. Kalau kau tengok dia memang nampak macam biasa je, tapi kalau tersilap dengan dia tu lelaki memang mampus la budak tu.”
“Aku tengok dia okay ja.”
“La ni dia kawal banyak dah sikap dia tu Dil. Aku memang boleh jadi punca dia benci lelaki lagi.”
Hisyam tunduk seolah dia baru sedar dari khilaf diri. Dia terlalu hanyut dengan sikap Hannah yang percayakan semua dia katakan bulat-bulat, hinggakan dia terlupa janji. Tekunya seorang Fadil mendengar kisah disebalik Hannah.
“Masuk tingkatan 3 aku memang mengaku sukakan dia lepas tahu punca dia benci sangat lelaki ni kan. Tingkatan 5 pun dia belum nak terima aku tau. Bayangkan boleh kata hampir setiap hari jumpa dengan dia tapi memang tak mudah nak tembus tembok hati dia.”
“Boleh aku tau dak punca dia benci lelaki. Kalau tak boleh tak pa tau. Aku tanya ja.”
“Punca dia ayah dia. Aku tak boleh nak kupas lanjut sebab ni cerita dia. Tapi lepas aku dengar cerita dia aku tumpah kasih pada dia. Cumanya dia memang tak mahu langsung bercinta, aku yang galak sangat ajak dia.”
“Kalau ayah dia, makna kata lelaki pertama dalam hidup dia la kan. Memang suah bila melibatkan hero pertama dia. Dia ada adik beradik dak?”
“Dua adik dia lelaki Dil. Kau bayangkan betapa dia kena mengadap lelaki sana lelaki sini lepas ayah dia buat perangai.”
“Tapi tu kan adik dia.”
“Ya betul adik dia, aku tak tahu macam mana dia rasa sebetulnya. Tapinya menurut kata dia masa dia cerita dengan aku tu dia memang macam benci sangat lelaki.”
“Jadinya bila yang dia terima hang?”
“Lagi dua bulan nak spm. Tu pun sebab dia dah rimas dah dengan pujukkan aku. Tu belum kisah orang ejek dia lagi dekat sekolah sebab ayah dia. Benda tu buat dia jadi kuat sebenarnya.”
“Hang pulak jadi pengkhianat dia.”
“Entahlah aku harap dia bahagia je dil. Bila aku fikir balik memang aku tak layak untuk dia.”
“Bila orang yang sepatutnya menjadi kekuatan dia buat dia macam tu hang kena tau dia memang susah nak didekati, tapi bila hang dapat dia hang patut tau dia tak mungkin khianat hang.”
Sekali lagi tertampar dengan ayat dari Fadil. Dia menyesal namun setakat itu sahaja yang mampu. Penyesalan. Fadil tersengih apabila Hisyam diam.
“Cuma aku pelik macam mana dia boleh datang dengan Luqman tadi tu.”
“Hang kena percaya pada takdir tau Syam. Itu mungkin Allah kirimkan seorang sahabat untuk dia. Aku tengok dia memang nampak baik. Tapi tak taula sebab aku baru ja kenai dia. Wajah dia memang tak secantik kebanyakkan wanita tapi ketenangan dia tu ish tak tau nak habaq la.”
“Takkan kau suka dia kot Dil. Jangan macam-macam Fadil.”
“Tak dak aih aku saja mengusik hang. Sekarang Nurul macam mana?”
Terlupa pada gadis yang menggoda dia. Namun salah tetap ada pada dia. Mudah sangat terjebak.
Lelaki dan wanita punya fitrah yang saling memerlukan. Lalu hubungan dibina atas dasar percaya. Namun sekali rasa itu hilang mungkin sukar untuk dibina semua.
Share this novel