Pukul 11.15pagi Hannah dan Haikal dah sampai di perhentian bas. Selesai membeli dan mengesahkan tiket Hannah pergi semula kepada Haikal.
“Haikal, kau balik dulu. Jaga mak baik-baik. Jangan merayau ja. Belajar rajin-rajin.”
“Ada tak tiket awal kak, kalau tak da aku tunggu kau dulu.”
“Ada ni, pukul 11.30 bas sampai. Pkul 11.40 mungkin bertolak.”
“Aku tunggu kau la. Ada lagi sepuluh minit. Jom kak.”
“Ikut kau la, kita tunggu kat platform.”
“Jom.”
“Kak, aku ada benda nak bagitahu kau ni.”
“Apa dia Kal. Patut la aku halau balik dulu kau tak nak.”
“Semalam masa aku lepak dekat kedai Pak Mail kampung sebelah, aku nampak Hisyam.”
“Pukul berapa kau nampak dia.”
“Pkul 8 lebih macam tu la.”
“Lepas tu kenapa. Dia repair motor atau apa.”
“Gila repair motor apa situ kak, situ mana ada bengkel.”
“Habistuuu.”
Hannah semakin tidak sabar. Jantung macam nak luruh. Dia hanya mahu mendengar nama Kamal disebut. Memadai jika apa pun sebab dia berada disitu.
“Aku nampak Hisyam hantar Nurul balik. Siap salam sebelum balik. Nurul siap bagi cium kat pipi Hisyam.”
“Errrr Hisyam tak sempat elak kot. Mungkin Nurul tumpang dia tengah jalan kot Kal.”
“Tak sempat apa, dia pun bagi seketul kat dahi Nurul.”
Hannah menelan pahit air liurnya. Jantung semakin laju. Bukan baiki motor yang betulnya. Kamal tahi dia. Dia tidak tahu bagaimana reaksi yang harus diberikan. Luluh hatinya.
“Aku dah agak. Kau jangan bagitahu mama tau.”
“Kak, mama pun tahu dah la. Dia yang suruh aku jangan bagitahu kau lagi. Kau ja la yang tak tahu. Percaya sangat dengan dia.”
“Ya Allah Kal. Sabar ja la aku ni. Baru ni ja dia tanya aku sayang dia atau tak. Sengaja nak buat spare kot. Sengal betul. Tak pa Kal aku tahu nak buat apa. Biar dia dengan permainan dia.”
“Kak, mama dah kata, jodoh kau memang dengan orang bagus ja. Ni maksundya Hisyam yang tak bagus.”
“Bukan kerja kita la Kal nak tentukan siapa bagus atau tak. Mama cakap nak ingatkan kita ja supaya hati-hati.”
“Macam mana la kau punya prinsip kak. Heran aku tak kan kau tak rasa marah ka apa.”
Hannah sebaik mungkin tidak mahu terus memikirkan soal Hisyam lagi. Siapa tahu hati Hannah sangat-sangat luka setiap kali Hisyam buat dia macam tu. Kini luka itu bukan sekadar luka malah sudah menjadi hancur.
“Kau naik bas ni pikir la betul-betul kak. Kalau aku tak sayang kau tak danya aku nak bagitahu kau.”
“Naik bas kejap lagi aku nak tido je la Kal. Malas aku fikir pasal dia.”
“Kena fikir jugak. Ni untuk kau bukan untuk aku pun.”
“Yela adikku sayang. Kau tengok sama Haris tu. Suruh dia buat keje sekolah sama. Jangan susahkan hati mama.”
“Yeee aku tahu la kak. Jangan risau la. Bukan mama kau sorang yang tu.”
“Eh, bas aku smpai dah. Jomla Kal. Aku pergi dulu. Kau jangan merayap selalu. Tengok adik sama.”
“Ya la aku tahu. Aku gerak dulu.”
Haikal bertolak sebaik menyalami kakaknya. Dia lebih marah dari kakak dia. Hairan pulak dengan Hannah ni. Apa dia fikir.
“Kalau kau tahu hati aku ni Kal. Aku ni lebih dari luka lagi.”
Hannah hanya melafazkan perlahan. Dia tahu adiknya lebih sakit hati darinya. Puas Hannah menangis diatas bas. Nekadnya ini kali pertama dia menangis dan kali terakhir kerana insan bernama Hisyam.
Hannah bukan bodoh, tapi Hannah berkali-kali membiarkan Hisyam dengan sikap sambil lewanya. Patutlah selalu dia suruh Hannah salam dengan dia namun setiap kali itu Hannah menolak. Alasan Hannah mudah, tunggu kita kahwin. Kini tidak lagi, rupanya ada orang lain yang boleh melakukannya untuk dia.
Hannah puas berfikir. Dimana salah dia. Mungkin dia layan Hisyam dengan cara yang salah. Cuba mencari salah diri. Tidak hanya mahu salahkan Hisyam, bimbang salah berpunca dari dirinya.
Ting!
‘Awak dah naik bas’- Hisyam
Hannah hanya memandang pesanan ringkas dari Hisyam. Tiada niat mahu membalas pesanan tersebut.
Ting!
‘Syg awk ok x?’- Hisyam
Hisyam menghantar sekali lagi pesanan. Namun Hannah berkeras tidak menjawab. Hisyam akhirnya memilih untuk menghubungi Hannah. Hannah nekad tidak mahu menjawab. Dia mahu bertenang dahulu. Setengah jam selepas bas bergerak, bas berhenti untuk mengambil orang di stesen lain.
“Ehhh, macam kenal ja. Hannah memandang lelaki yang sedang berjalan kearah dia.”
“Assalammualaikum awak Hannah kan.”
“Eh, Luqman, awak naik bas ni juga ke?”
Boleh pulak buat terkejut macam tu.
“Haah saya memang naik dari sini. Awak balik awal sehari juga ke?”
“Kena balik awal la, assignment ada yang belum sempat buat lagi.”
Luqman melabuhkan punggung disebelah Hannah. Hannah memandang Luqman sambil tertoleh-toleh.
“Tiket saya memang sebelah awak la. Jangan risau saya tak curi tempat sesiapa.”
“Tak la, saya takut ada orang dekat sini. Kalau awak pun tak pe.”
Padahal dalam kelas, Hannah dan Luqman jarang bertegur sapa. Masuk semester kedua baru ada sembang banyak sikit apabila kadang mereka berada dalam satu kumpulan untuk kerja kursus.
“Tak sangka kan selama dua sem kita satu kelas, baru sekali ni kita bertembung atas bas.”
“Hari kita balik tak sama kot kan.”
“Mungkin la. Hannah kenape mata awak merah. Baru bangun tido ke?”
“Haah terlelap tadi.”
Hannah mengiakan sahaja. Padahal dia baru sudah menangis tadi. Memang merah la.
“Luqman, awak dah siap semua assignment tak?”
Mengubah topik perbual tentang mata merah tadi.
“Siap dah semua. Saya balik awal sebab tak da sape kat rumah tu. Saya dengan maid je.”
“Kaya la awak kan, siap ada maid lagi.”
“Tak lah, maid sorang tu ja. Mama papa selalu kerja. Bosan duduk rumah tak da sape.”
“Awak memang naik dari sini ke?”
Hannah mengulangi sekali lagi persoalan yang tidak disangka.
“Haah memang naik dari sini. Tak pernah jumpa pun kan.”
“Itulah pelik. Saya ingat saya ja dari perak.”
“Lain kali kita balik sama la. Plan beli tiket sama. Beza setengah jam ja kita punya bas.”
“Boleh ja. Lain kali kita beli tiket sekali la.”
Telefon Hannah sekali lagi berbunyi.
“Kenapa awak tak angkat call tu Hannah.”
“Tak penting pun. Nanti saya call balik ja.”
“Hannah, awak sambung la tido dulu. Nanti saya kejutkan awak.”
Hannah diam dan begitu juga dengan Luqman. Lagi 2 jam perjalanan untuk sampai ke seberang perai. Hannah bersandar pada dinding bas mana tahu kalau terlena.
“Saya terlena nanti awak jangan tak kejut pulak. Sampai mana-mana nanti.”
“Ishhh kesitu pulak fikirannya, tido ja la.”
Hannah segera memejamkan matanya. Sememangnya dia tidak tahu mahu bercakap soal apa dengan Luqman, terlalu letih. Serabut mememikirkan Hisyam lagi. Nama Kamal juga selalu sangat dia dengar sekarang ni. Entah siapa Kamal yang sebenarnya. Semakin dia fikir semakin serabut.
“Hannah, mata tu masih bergerak-gerak kenapa ni. Serabut otak ka apa. Hannah nak cerita?”
Lembut bicara Luqman menyebabkan Hannah membuka matanya. Luqman masih menyangka Hannah mengantuk.
“Errr, saya dok fikir-fikir ja.”
“Ermmm ok awak tido la dulu ok. Kejap lagi saya kejut.”
Hannah akhirnya terlelap.
Hannah diam dan begitu juga dengan Luqman. Lagi 2 jam perjalanan untuk sampai ke seberang perai. Hannah bersandar pada dinding bas mana tahu kalau terlena.
———————-> ORANGE BORAHAE
MAAF KELEWATAN YANG TAK DIJANGKA
- MAAF ATAS KEKURANGAN. SAYA MASIH MENCUBA DALAM MENULIS. BICARA HANNAH MUNGKIN TIDAK SELANTANG GADIS LAIN. NAMUN DARIAWAL HANNAH SELALU TAHU KEHENDAK HATINYA. PERCUBAAN KEEMPAT SAYA. MOHIN KOMEN MEMBERIKAN PANDANGAN YA TERIMA KASIH. DALAM KITA MENYULAM BAHAGIA, TERNYATA ADA INSAN YANG MASIH MENCIPTA DERITA.
Share this novel