TAKDIR 5

Romance Series 33778

“Hannah, kita sampai dah ni.”

Suara lembut milik Luqman mengejutkan Hannah yang terlena. Sedar-sedar Hannah terlena diatas bahu Luqman. Terfikir-fikir macam mana boleh terlena atas bahu dia sedangkan dia sandar didinding tadi. Mereka berdua segera turun dari bas.

“Macam mana saya boleh lena atas bahu awak?”

“Saya tarik kepala awak tadi. Sebab kepala awak asyik terhantuk-hantuk.”

Luqman tiada niat lain selain kesian melihat kepala Hannah terhantuk didinding bas berkali-kali. Hannah betulkan tudung yang dirasakan senget.

“Sory susahkan awak. Dan terima kasihlah dah jadikan bahu awak bantal. Rasa macam tak elok pulak. Segan saya.”

“Apa yang susahnya. Saya kesian tengok awak macam penat sangat tadi. Saya tak de niat apa pun Hannah. Niat saya cuma nak awak selesa. Tak sentuh pun kulit awak tadi.”

Lembut kata dari Lukhman membuatkan Hannah tidak mahu terus komen soal itu. Dia malu sendiri. Bicara dari dia sangat mendamaikan. Macam seseorang yang dalam ingatan dia.

“Saya bangun awal tadi masak. Semalam tidur lewat.”

Entah apa alasan yang patut diberikan pun Hannah tak tahu. Bangun awal bukan alasan kukuh pun dia sedar itu.

“Wahhh rajin awak masak. Awak masak apa?”

Luqman teruja mendengar Hannah masak sendiri. Dekat rumahnya hanya orang gaji yang masak. Mamanya memang tidak pernah langsung memasak untuk dirinya.

“Saya masak biasa-biasa ja Luqman. Lauk kampung.”

“Apa beza lauk kampung dengan lauk bandar tu.”

Sengaja Luqman mengusik Hannah. Hannah memandang wajah Luqman. Namun dia memilih untuk tidak teruskan persoalan tadi.

“Awak dah makan Luqman?”

Hannah mengubah hala topik perbualan mereka tadi. Teringat akan bekalan yang mama bekalkan tadi. Rezeki dia barangkali.

“Last saya makan semalam. Heheh.”

Luqman ketawa tidak ikhlas. Menunjukkan dia lapar. Memang sangat lapar sebenarnya. Dia bukan tidak biasa makan sendiri, namun semalam lama dia menunggu mamanya. Hilang selera mahu makan. Mamanya janji mahu pulang awal. Jadi demi membalas perbuatan mamanya, hari ni dia pulang awal sehari ke kampus. Jadinya memng sangat kebetulan dia berjumpa Hannah hari ni.

“Awak nak temankan saya makan ke Hannah?”

“Bukan lah, saya ada bawak bekal dua bekas. Mama buat dua, dia ingat room mate saya balik awal juga. Tapi dia balik esok. Kalau awak nak saya bagi satu bekas.”

“Awak teman saya makan boleh? Saya tak suka makan sorang.”

Bukan tak suka Hannah.. tapi dia selalu sangat makan sendirian. Hannah memandang sekilas wajah Luqman. Dia tahu Luqman bukan berniat jahat.

“Boleh, tapi kita nak makan dekat mana.”

“Kita makan dekat pantai dulu. Lepas tu baru kita balik kampus.”

“Okaylah macam tu. Saya teman awak makan. Tapi kita solat dulu ya.”

“Yala, saya pun nak solat dulu.”

Usai solat mereka menaiki grab untuk ke pantai. Luqman membayar tambang mereka.

“Hannah tadi masa awak tidur, ada orang telefon awak. Saya nak angkat tapi tak berani.”

“Siapa yang call?”

Hannah segera melihat ketelefonnya untuk melihat gerangan yang menelefon. Haikal rupanya.

“Adik saya call, kenapa awak tak angkat.”

Luqman memandang pelik muka Hannah. Gila nak angkat. Nanti apa la sangkaan adik Hannah. Hannah pun sedar dia tersalah cakap.

“Itu kan privasi awak.”

“Kejap Luqman saya call adik saya kejap.”

Hannah sperti tidak pandai berbual dengan Luqman. Dari tadi semua jawapan pada Luqman seakan tidak wajar.

“Assalammualaikum Kal. Aku dah sampai ni, aku solat dulu.”

“Kak, nanti sampai u mesej aku tau. Nanti mama tak tenang tunggu.”

“Ya kejap lagi aku makan dulu.”

“Okay kak. I Love u.”

“Love hotak kau.”

Sengaja Haikal berkata begitu kerana dia tahu gelodak dihati Hannah. Kasihan dengan kakaknya itu. Entah apa yang buat dia masih setia dengan Hisyam tu pun Haikal tidak tahu.

“Jom Luqman kita makan dulu. Sory awak kena tunggu saya.”

“Eh tak pa la awak ni. Asyik sory-sory ja.”

Hannah memberikan satu bekal kepada Luqman. Hairan dia dengan Hannah. Tanpa berbuat silap pun dia memohon maaf.

“Awak masak ke Hannah semua ni.”

“Masak biasa ja Luqman. Dua jenis lauk ja. Tak tahu la kena atau tidak dengan selera awak.”

“Saya ni makan ja apa-apa pun Hannah. Ni pun nampak sedap ja ni. Selalu orang gaji je yang masak.”

Hannah memandang Luqman makan dengan penuh selera. Lapar sungguh ni.

“Sedapnya awak masak Hannah. Boleh la selalu saya upah awak masak untuk saya..”

“Upah….? Macam nak suruh selalu ja kan. Kalau ada rezeki awak ada la ya. Jom makan dulu.”

“Luqman, saya tanya awak sikit boleh?”

“Hai Hannah, dari tadi kita sembang macam-macam awak tanya saya kan. Tanya ja k.”

Aduhai Luqman, selama ni aku tak pernah nak sembang dengan dia selama ni. Tak tahu pulak baik sungguh dia ni. Pada pandangan Hannah la. Padaha sudah setahun mereka satu kelas dan kursus.

“Awak dah siap assignment yang lecturer bagi hari tu tak?”

“Siap dah, kenapa awak belum siap ke? Ingatkan nak tanye apa la tadi ni.”

“Nak mintak awak ajarkan soalan last tu boleh tak? Saya dah siap semua dah cuma yang last tu tak sure betul atau tak.”

“Yang matematik atau yang mekanik bendalir.”

“Yang bendalir saya dah siap dah. Cuma yang mate tu susah nak paham.”

“Boleh je, lepas makan ni saya ajar awak. Ingatkn nak tanya apa la tadi ni. Buat suspen ja.”

“Ish kenapa yang nak saspen bagai. Terima kasih tau Luqman.”

Entah kenapa, Hannah begitu selesa dengan Luqman. Dia terlupa sekejap dengan Hisyam.

Bila terfikirkan tentang Hisyam dia jadi serabut.

“Luqman, awak ada girlfriend tak?”

“Tak dak la pulak, kenapa tu Hannah, nak jadi girlfriend saya ke?”

“Ishhh awak ni sempat lagi kan. Bukanla tak kan tak pernah bercinta langsung.”

“Memang tak pernah, mungkin tak akan pun.”

Hannah memandang Luqman pelik. Seperti dia pasti Luqman punya cerita sendiri.

“Jom awak ajar saya soalan last tu, lepas ni kita balik kampus terus.”

“Soalan last tu dia trick kita sikit ja, padahal sama dengan soalan yang kuiz hari tu.”

“Soalan kuiz hari tu saya salah skit, dapat tak fullmark.”

Luqman mengajar Hannah dengan penuh sabar dan tekun. Dia psatikan Hannah betul-betul faham.

“Okay macam mana boleh dak?”

“Yeahhhh terima kasih Luqman, faham dah saya.”

Telefon Hannah berbunyi lagi. Hisyam lagi sekali.

“Kenape susah sangat nak angkat call tu Hannah. Kalau tak mau angkat sini bagi saya angkat.”

“Biar je la fon tu bunyi, lama-lama nanti diam la tu.”

“Hannah, ada lagi tak awak nak tanya saya, kalau tak de saya nak panggil grab.”

“Dah tak de rasanya. Jom la kita gerak.”

“Susah pulak nak dapat grab masa-masa macam ni. Selalu senang ja.”

“Time jem agaknya, kejap lagi cuba pun tak pe rasanya.”

“Kita tunggu kejap lagi la ya. Awak ok ke?”

“Saya ada pilihan ka Luqman. Tak pe sekurangnya awak ada dengan saya.”

“Hannah, siapa yang call awak dari tadi lagi tu. Kalau awak tak keberatan nak cerita dengan saya boleh ja saya dengar.”

“Dia boyfriend saya, tapi tadi masa saya nak bertolak, adiksaya baru bagitahu yang dia curang dengan saya. Jadi saya belum tanya dia apa-apa.”

“Patutlah dari tadi call awak tak jawab langsung. Jadinya awak nak terus larikan diri atau macam mana?”

Luqman sudah dapat mengagak pasti yang hubungi dia tadi orang yang penting bagi Hannah.

“Saya bukan nak larikan diri, cuma belum mampu berdepan.”

“Saya minta maaf kalau saya menyibuk hal peribadi awak Hannah, tapi pendapat saya memang lebih baik awak berdepan dengan segera. Kalau tidak banyak alasan yang akan awak dengar nanti. Sempat dia mereka macam-macam tipu helah.”

Bila difikirkan ada benarnya juga cakap Luqman ni. Hannah mengeluh tanpa sedar.

“Dah dapat grab Hannah, kejap lagi grabsampai. Maaf Hannah kalau apa saya cakap tadi ada buat awak tersinggung atau terasa. Tapi bagi saya itu yang terbaik.”

“Saya faham Luqman. Cuma saya memang sakit hati bila teringat tentang dia. Tadi masa saya sembang dengan awak saya terlupa sekejap tentang dia.”

“Jadinya awak ambil la no telefon saya, bila awak rasa nak teringat pada dia, cepat-cepat mesej saya.”

Luqman bergurau namun Hannah merasakan sebaliknya.

“Berapa no telefon awak Luqman?”

Luqman tidak menyangka Hannah ambil serius. Namun dia tetap berikan no telefon pada Hannah.

———————-> ORANGE BORAHAE

- MAAF ATAS KEKURANGAN. SAYA MASIH MENCUBA DALAM MENULIS. BICARA HANNAH MUNGKIN TIDAK SELANTANG GADIS LAIN. NAMUN DARIAWAL HANNAH SELALU TAHU KEHENDAK HATINYA. PERCUBAAN KEEMPAT SAYA. MOHIN KOMEN MEMBERIKAN PANDANGAN YA TERIMA KASIH. DALAM KITA MENYULAM BAHAGIA, TERNYATA ADA INSAN YANG MASIH MENCIPTA DERITA.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience