TAKDIR 14

Romance Series 33778

“Assalammualaikum ma, Hannah dah sampai ni.”

Sunyi sepi. Hanya bunyi kipas kedengaran. Hannah berhenti melangkah apabila figura yang dia sangat-sangat benci ada depan mata dan dia sedang melutut dihadapan mamanya. Dia mencari mata mamanya.

“Mama, apa dia buat dekat sini?”

Mama diam, airmata mama langsung tak tumpah. Sudah kering dimamah tahun barangkali.

“Kak, jom kita keluar kak. Kal tak boleh nak duduk sini. Mama dari tadi diam.”

Hari ni jumaat, pastinya selepas solat jumaat lewat petang selalunya Haris kesekolah semula untuk latihan. Masih sunyi, Hannah bergerak kearah mamanya namun langkahnya kembali mati. Dia tak mampu nak terus melangkah.

“Mama, jawab ma apa dia buat dekat sini.”

“Hannah, salam ayah.”

Hannah mencerlung memandang mamanya. Sudah lupa ka lelaki bergelar ayah tu dah buat apa dengan kita hingga nak suruh disalam. Suara mamanya juga keras saat memberikan Hannah arahan. Menahan hati.

“Hannah tak boleh mama. Jangan buat Hannah macam ni.”

“Dia tetap ayah kamu.”

“Berapa tahun dia hilang, seingat Hannah hanya mama yang besarkan kami.”

Mama menggeleng kepala. Lelaki itu kelemahan dia. Lelaki yang dia sanjungi, yang dia kasihi, yang dia hormati suatu ketika dulu.

“Aku dah kata anak-anak takkan boleh terima. Kau balik la semula kemana saja tempat kau bermula. Perempuan yang kau dah ulit tu rasanya sekarang lebih dari cukup umur dah untuk berkahwin.”

“Nur, tolong la dah lama abang insaf. Abang tak pernah lepaskan Nur.”

Mamanya masih memilih untuk diam bila ayah berbicara, dia hanya buka suara untuk sesekali. Benci dengan kehadiran figura yang merentap rasa cinta fitrahnya.

“Ayah mintak maaf Hannah, ayah salah sangat-sangat.”

“Buat apa mintak maaf dengan kami, kami buat encik serabut kepala, kami anak yang nakal, kami bukan budak yang baik.”

Mana kebenaran hanya masa dapat menyembuh luka. Luka mereka seolah masih ditoreh.

——————————————
IMBAS

“Nur, hari ni abang tak kerja tau. Nur balik pukul berapa hari ni?”

“Macam biasa abang sampai pukul 7. Hannah ada ada kokokurikulum, Haikal ada latihan bola petang ni jugak. Haris petang ada kafa.”

Setiap hari Encik Rusli akan bertanya soalan yang sama. Hannah pun sampai letih tengok mamanya menjawab pertanyaan ayahnya. Beberapa bulan kebelakangan ni ayahnya kerap marah. Kata-kata sangat pedih dilemparkan kepada anak-anak.

“Ayah, Hannah pergi sekolah dulu.”

Ketiga-tiga mereka bersalam dengan ayah mereka dengan penuh hormat. Puan Nur juga sama.

Petang itu Hannah pulang awal dari kebiasaanya. Dia terdengar suara perempuan, namun bukan suara dari mamanya. Jantung dia seakan mahu luruh. Siapa pulak ni. Dia dekatkan telinga untuk mendengar lebih dekat.

“Pak cik, kalau Hannah tahu saya ada sini mati saya pak cik.”

Pak Cik? Siapa pulak yang panggil ayah aku dengan panggilan pak cik ni.

“Hannah bukan kenal semua budak sekolah pun, Su pun lama tak datang sini, janganlah panggil pak cik. Kan abang suruh panggil abang.”

Peluh memercik diseluruh badan Hannah. Nafasnya sesak. Masih bersangka baik dia menafikan segala kemungkinan yang tidak-tidak.

“Ishhh abang pulak. Pak cik pun okay apa. Su dah tak tahan ni pak cik, dari tadi asyik usap-usap ja ni takkan tak puas lagi mengusap.”

Hannah dah tak sanggup nak dengar, yang pasti lelaki tu memang ayah dia. Perempuan tu sahaja dia tak kenal.

“Amboiii, tak sabar ya. Kena main-main dulu baru best. Su pun suka kan main-main dulu baru mula.”

Bunyi nafas nafsu sedang bercumbu kedua makhluk sarungan syaitan itu membuatkan Hannah hampir hilang pertimbangan.

“Ayah!!!! Apa ni ayah. Allahuakbar.”

Hannah terduduk memandang perempuan yang dah separuh terlanjang. Lebih parah lagi wanita itu bawah umur, ayah dia boleh disabitkan dengan hukuman rogol. Dia kenal wanita itu, pelajar sekolah tingkatan 4 sekolahnya. Jijik, Hannah jijik.

“Hannah, tak de apa terjadi Hannah. Ayah cuma bersembang ja dengan dia.”

Alasan paling keparat yang dia pernah dengar. Bersembang apa sampai separuh bogel dah.

“Tolong berambus dari sini perempuan, aku tak mau tengok muka kau dekat sini.”

“Kita tak buat apa pun la, jangan nak halau-halau aku pulak tau. Ayah kau yang ajak aku datang sini.”

“Berambus aku kata. Berambus!!”

Nafas Hannah dah tidak stabil lagi. Dia berpaling kebelakang dan mamanya dah balik. Awal hari ni dan kebetulkan jenis apa ni mama. Mama dia dah dengar semua sama macam Hannah dengar. Mata anak itu dipandang.

“Nur, tengok Hannah tak percaya dekat abang. Abang tak buat apa pun Nur. Nur percayakan abang kan.”

“Patutlah ayah selalu cakap yang serabut dengan kami semua. Rupanya ni yang ayah lebih serabutkan.”

Hanya tinggal sisa-sisa sahaja rasa hormat dalam diri dia kepada lelaki yang bergelar ayah itu. Usianya baru sahaja masuk 13tahun.ni hidangan yang dihadiahkan untuk mereka.

“Kemas kain baju kau, berambus dari sini.”

Mama menghamburkan airmatanya, dia dikhianati dengan kesakitan yang paling dalam. Dia tidak mahu penjelasan atau apa-apa. Ini bukan kisah dongeng.

“Nur, jangan menilai tanpa usul periksa. Tolong percayakan abang. Sumpah abang tak buat. Nur pandang abang sini.”

“Selama ni aku ingat sangkaan aku salah walau berkali Haikal bagitahu aku dia nampak kau dengan budak perempuan tadi. Tapi aku cuba bersangka baik. Tapi hari ni aku tak ada kemaafan nak bagi dekat kau. Tolong berambus dari sini.”

“Nur, takkan Nur sangka abang nak ada hubungan dengan budak bawah umur macam tu.”

“Kau tahu pulak dia tu budak bawah umur ha! Tapi tergamak kau jamah badan dia. Bodoh sampai tahap apa. Kemaruk sampai tahap apa. Aku tau aku bukan sempurna, tapi kau pun bukan bagus sangat.”

Patutlah sejak akhir-akhir ini dia sangat dingin dengan anak-anak. Entah syaitan apa yang merasuk dia pun tak tahu.

“Dia yang goda abang Nur, percayalah Nur.”

“Jangan sebut nama aku lagi. Tolong berambus dari sini.”

Nur terbayangkan kalau anak dia yang kena macam tu. Langsung dia tak boleh hadam dan tak dapat terima. Nak berhadapan dengan kejiranan pun dia tak sanggup lagi.

Sejak dari hari tu, mama ajak kami bertiga pindah ke perak semula. Memulakan segalanya dari sana. Mama hilang keyakinan diri. Hannah bencikan lelaki. Haikal terlalu menjaga, Haris sahaja yang tidak banyak kenangan pahit yang ditinggal. Jadi dimana kemaafan yang dapat diberikan. Jadi macam mana Hannah nak percayakan lelaki?

Suria pula? Dia masih macam tu, terus macam tu. Hingga bila? Tidak diketahui. Laporan polis kalau dibuat ayah boleh disabitkan bersalah. Tapi dia tidak pernah buat. Dia rela hati menjadi jamuan buat ayahnya. Tergamaknya dia.

—————————————

“Kau tolong berambus dari sini, luka dalam hati aku ni memang tak pernah sembuh. Aku sampai hilang pedoman diri. Baru sekarang ni aku dah pulih kau senang datang dalam balik merayu. Tolong lepaskan aku.”

Mama mereka sangat bencikan kehadiran lelaki durjana itu. Hannah mahu keluar dari sini dengan segera. Namun kerisauannya lebih kepada apa akan terjadi kepada mamanya. Dia risau mamanya akan jadi seperti dulu. Lupa pada Tuhan, lupa pada agama.

“Ayah, tolong pergi dari sini. Mama memang dah tak boleh nak pandang pun muka ayah lagi. Tolong bagi apa yang mama mintak.”

Rusli ingat dia akan diterima semudah itu setelah bertahun berlalu. Dia tidak pernah lupa memasukkan wang ke dalam akaun isterinya bagi mengelak hubungan mereka terputus. Nur juga sedar hakikat itu.

“Nur, abang ceraikan Nur Asiah binti Ahmad dengan talak satu. Abang akan datang semula Nur. Ni janji abang.”

Dia bukan tidak tahu malu, namun dia tahu salah dirinya sukar diampunkan. Dia masih mahu mencuba. Hannah memeluk mamanya. Dia juga tidak menitiskan airmata.

“Ma, takkan selama bertahun ni tak jatuh talak. Kenapa sekarang?”

“Dia selalu kirim nafkah duit untuk kita. Mama benci nak guna pun duit tu. Tapi dia tak pernah miss kirim duit.”

Mamanya terduduk melepaskan keluhan setelah lafaz talak diberikan. Lama dia menunggu. Dulu dia ikutkan perasaan marah terus larikan diri. Lama dia meminta pengampuanan untuk dirinya. Gelaran isteri orang yang dia sandang membuatkan dia sangat berhati-hati dalam melakukan apa jua kerja atau pergaulan. Dengan lumrah dunia yang selalu menyalahkan perempuan sahaja dalam apa juga keadaan suami dan isteri.

“Ma, menangislah kalau mama nak. Hannah ada untuk mama.”

Rusli memandang dari jauh kelibat ahli keluarganya. Dia tebalkan muka melangkah kebumi kelahiran isterinya demi memohon ampun. Dia bersalah terlalu mengikut nafsu syaitan. Namun segalanya telah berlaku. Masa tidak dapat diputar kembali.

“Mama tak boleh nak maafkan dia Hannah, Haikal. Maafkan mama.”

“Haikal pun sama ma, susah sangat nak terima hakikat. Mama jangan la fikir lagi, Kal, adik dengan kakak akan selalu ada untuk mama.”

Entah kali keberapa perjanjian ini dibuat. Mereka seolah ulang kembali kemasa lalu. Saat kejatuhan mereka, saat jatuh tersungkur mereka. Kehadiran ayak mereka sangat memilukan hati. Hannah menjadi semakin benci dengan lelaki. Mengenangkan Hisyam juga mencurangi dia. Padahal lelaki itu memujuk bertahun. Hannah terima melihat kesungguhan dia. Namun dia sekali lagi dikhianati.

“Adik siapa ambik kejap lagi.”

“Dia balik dengan kawan dia ma.”

“Hannah dah makan ka ni. Lupa mama nak tanya.”

Mamanya mengesat airmata yang luruh namun bukan kerana luka itu, tetapi kerana adanya anak-anak disisi saat dia dibadai ombak mengganas.

“Belum mama, kejap lagi la. Hannah nak mandi solat dulu.”

Dia merenung telefonnya, ada 5 sms tidak dibaca. Ada dua panggilan tidak berjawab. Nafasnya masih kuat, jantungnya masih sakit kerana denyutan yang laju.

Andai cinta menjadi sukar, maka Hannah akan menjauh dari rasa itu. Namun mampukah dia melawan kuasa takdir?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience