TAKDIR 12

Romance Series 33778

“Kau bukan lelaki yang mneyibuk masa aku datang jumpa Hannah tu ke?”

Yakin dengan lelaki yang dia lihat tempoh hari, Hisyam sangat-sangat marah dalam hati. Dia tahu Hannah sudah tidak punya hati padanya. Namun pengganti yang hadir secepat ini buatkan dia lebih marah.

“Ya saya, memang kebetulan saya ada situ kenapa tu?”

Luth Luqman tahu Hisyam marah namun dia lebih tahu hati sahabatnya itu sedang diratah oleh sikap Hisyam yang sangat pentingkan diri. Mata Hannah memandang Luth.

“Huh, takkan kebetulan kot. Hari ni pun kebetulan ke kau datang sini.”

“Amboi hang tanya dia macam polis aih aku dengaq Syam. Bukan hang sakit ka?”

Fadil tahu sahabat dia itu cemburu. Namun dia lega memikirkan Hannah datang dengan seseorang, tak kira la kawan ka kekasih ka janji biar Hisyam pula tahu apa perasaan dilukai. Biar sedar diri sikit.

“Aku tanya ja Dil, sebab aku pelik macam mana dia boleh mai dengan kawan lelaki.”

“Ala sama macam hang la kan Nurul teman hang ni. Lagi dasyat lagi dari Hannah kot. Hang nak sakit hati buat apa.”

Hannah tak sempat mencelah langsung apabila Fadil buka mulut. Pertama kali bertemu dengan sahabat serumah Hisyam. Pandangan dia lelaki itu seseorang yang baik kerana sangat emmahami.

“Kau kan Dil tak habis-habis kan nak cari salah aku.”

“Eh dak la aku cakap benda betoi apa. Hannah mai pun kira cukup baguih tau., kalau aku jadi dia aku memang tak mai dah.”

Ambik habuan, kawan dengan orang utara kena tahan sikit la dengan keramat dari mulut dia. Baik memamg baik.

“Hampa dah makan ka ni? Ka Hannah mai kelam kabut terus untuk mamat sekoq ni.”

“Tak dan makan lagi Fadil. Terima kasih tanya. Kejap lagi nak balik kami pi makan.”

Luth Luqman memnajwab bagio pihak kedua mereka. Nurul dari tadi hanya menjadi pemerhati. Bukan dia tidak tahu dari tadi Fadil asyik sindir dia.

“Abang Fadil tak tanya Nurul pun dah makan ke belum, penat tau Nurul teman abang.”

Hannah diam seribu bahasa, dia memang kalau boleh tak mahu pandang pun muka Nurul tu.

“Hang aku tau memang dah makan dah. Buat apa aku tanya banyak-banyak kali. Lagi pun hang dekat ja. Depa ni mai bukan dekat.”

Fadil pun geram dengan Nurul. Gedik ya amat. Menyampah. Muka Hisyam pun dah macam asam keping dah dia tengok. Lantak pi.

“Luth, jom kita balik. Nanti tak sempat nak bagi kereta Amirul balik. Lagipun Hisyam mesti nak rehat.”

“Hannah nak balik dah ke. Luth tunggu ka luar ok. Kot nak cakap dulu dengan Hisyam.”

“Ok Luth.”

Hannah menghantar Luth Luqman dengan pandangan. Dia menarik nafas dalam. Kata-kata yang dia akan cakap ini mungkin yang terakhir untuk Hisyam. Fadil mengajak Nurul keluar untuk memberi ruang kepada Hannah.

“Syam, saya nak balik dah. Saya nak cakap sikit dengan awak.”

Hisyam hanya diam. Dia sakit hati namun saat ini dia tahu dia takkan dipujuk.

“Saya harap lepas ni kita boleh jadi kawan. Awak jangan fikir saya akan benci awak. Saya doakan awak akan lulus cemerlang dan berjaya ok.”

“Hannah, awak jangan la buat macam ni. Awak dah ade orang lain ke?”

“Saya buat masa sekarang nak fokus belajar je dulu awak. Jadinya kalau sangkaan awak saya dengan Luth tu ada hubungan tolong buang prasangka tu.”

“Dalam mata awak dah tak ade saya langsung Hannah. Pegi mana Hannah yang sayangkan saya tu, pegi mana Hannah yang pedulikan saya tu. Sayang pandang mata saya ni takkan awak tak nampak saya sayangkan awak.”

Hannah langsung tidak mahu memandang mata yang sekali lagi meragut rasa percaya dia kepada cinta manusia.

“Dia ada dekat sini Syam, tapi lama dia bertahan seorang diri. Lama dia pendamkan rasa hati. Lama dia urut jiwa sendiri. Sayang hanya sekadar lafaz tidak mencukupi, dia perlukan bukti pada tingkah laku.”

Airmata seakan mahu keluar dari mata Hisyam. Dia rasakan kehadiran Hannah pada hari ini memberikan sedikit ruang untuk dia diterima semula.

“Masa saya tanya awak hari tu awak cakap sayang saya tak pernah bosan dengan saya.”

“Masa tu saya masih bertahan sebab sekurangnya awak setia. Tapi satu-satunya rasa yang tinggal tu awak dah ragut dari saya. Jadi tak ade apa lagi yang tinggal. Tolong la jangan merayu lagi. Awak tahu semua tentang saya tapi awak pilih nak hancurkan hati saya ni. Entah la lepas ni macam mana saya nak trima seseorang dalam hidup saya lagi.”

Hisyam tunduk menyesal dengan sikap sambil lewanya.

“Hannah sayang pandang mata saya kali terakhir.”

Hannah memandang mata Hisyam. Namun Hisyam hanya diam melihat mata yang hilang cinta.

“Mata ni dulu pernah basah dengan rasa sayang pada saya. Mata ni dulu pernah senyum pada saya.”

“Lelaki ni dulu pernah tenangkan hati saya yang walang Syam. Tapi lelaki itu memilih jalan penuh luka.”

“Banyak sangat ke luka yang saya bagi pada awak Hannah.”

“Yang berlalu biarkanlah. Benda bukan boleh patah balik lagi dah.”

“Saya mintak maaf kalau tingkah laku saya banyak buat awak terseksa.”

“Saya nak balik dah ni awak. Jaga diri baik-baik. Jangan mainkan hati mana-mana perempuan lepas ni. Berkawan dengan jujur. Jangan jadi macam ni lagi, fikir mak kat rumah tu.”

“Ya sayang, terima kasih awak sudi terima saya dalam hidup awak selama ni. Tolong panggil Luth masuk saya nak cakap dengan dia.”

Hisyam tahu dia gagal sembuhkan luka dihati gadis itu. Sikap sambil lewanya melemahkan rasa yang dah ada lama dulu. Hannah keluar memanggil Luth. Dia tidak kisah apa pun yang akan Hisyam katakan kepada Luth Luqman.

“Ada apa tu Syam awak nak cakap dengan saya.”

“Aku salah Luth, aku tak hargai dia. Dia sampaikan hari nak balik belajar pun aku masih tipu dia. Padahal aku tahu semua kisah hidup dia. Dia percayakan aku tapi aku buat dia hilang percaya sekali lagi dengan cinta.”

“Aku tak tahu Syam kisah hidup dia, tapi aku dengan dia memang kawan.”

“Kau tolong jaga hati dia baik-baik Luth. Kalau kau tak ada niat nak buat dia sebagai suri kau jangan kau berjanji apa-apa.”

“In shaa Allah saya takkan berjanji palsu dengan sesiapa pun bro. Awak cepat sihat jangan fikir sangat tentang ni. Kalau kedepan awak ada jodoh dengan dia mana tahu kan.”

“Dia dah hilang rasa percaya kau jangan harap nak dapat balik. Tu janji dia dengan diri dia. Aku yang hulur tali pada dia, tapi aku yang potong dengan tangan aku sendiri. Bodoh sungguh aku.”

“Saya faham Syam. Saya balik dulu. Awak jaga diri baik-baik. Assalammualaikum.”

Hisyam menyambut huluran tangan Luth Luqman.

“Jom Hannah kita balik. Fadil kami balik dulu.”

“Fadil nanti kalau apa-apa bagitau la ya.”

“Hannah, terima kasih mai. Maaf aku terpaksa telefon hang jugak. Rugi sungguh dia tinggai hang ni. Kalau aku simpan dalam almari dapoq mak aku.”

Sempat Fadil berseloroh dengan Hannah. Memang itu la rasa hatinya. Hannah sangat baik dimatanya. Wajahnya sedap mata memandang. Tuturnya walau tidak lembut namun kedengaran enak.

“Menyempat kan.”

“Aku pun sat lagi nak balik jugak, nak pi cakap dengan dia dulu. Hampa balik baik-baik na.”

Luth Luqman salam dengan Fadil dan mereka terus bergerak turun. Kelibat Nurul tidak terlihat berdekatan. Hannah juga malas mahu bertentang mata dengan dia. Gelisah hati masih ditahan. Dia hilang terus kepercayaan dengan cinta manusia.

“Hannah awak nak makan dulu tak? Kalau nak makan kita pegi makan dulu.”

Hannah diam dari tadi. Hampir setengah jam baru Luth Luqman bersuara.

“Makan dulu awak mesti lapar.”

Tanpa banyak bertanya lanjut Luth Luqman memilih kedai makan yang tidak terlalu ramai orang. Hannah hanya mengikut. Entah apa yang difikirkan saat ini hanya dirinya yang tahu.

“Awak nak makan apa Hannah?”

“Saya nak minum ja Luth.”

Mesti la Luth pesan juga untuk dia makanan.

“Makan la Hannah, jangan ikutkan rasa hati. Kejap lagi kita cerita dalam kereta. Awak makan dulu.”

Hannah hanya memandang wajah Luth Luqman. Dia akur. Makan dengan diam. Tidak tahu apa yang harus dijawab.

“Hannah, awak okay tak ni dari tadi diam je?”

“Saya tak okay Luth. Entah la rasa sakit ke apa saya pun tak tahu. Rasa macam benci pulak teringat tentang cinta. Apa yang bodoh sangat dengan mudah saya terima huluran dia dulu.”

“Anggap la apa yang berlaku sebagai pengalaman. Lepas ni awak berhati-hati la dalam memilih pasangan.”

“Saya tak mahu lagi dah bercinta, fikir ja pun buat saya benci. Terima kasih Luth teman saya hari ni. Beremosi pulak saya hari ni.”

“Ish itu la guna sahabat, awak jangan cakap macam tu. Kalau awak perlu tempat luah bagitau saya ja. Saya selalu ada. Janji kita sahabat sampai bila-bila.”

Entah kali keberapa mereka menyebut soal janji sahabat itu. Mereka berhenti untuk solat sebentar. Luth Luqman beritahu ia mahu mandi untuk segarkan badan.

“Awak ok tak ni nak teruskan perjalanan. Larat tak nak drive.”

Hannah hampir terlupa mahu bertanyakan tentang itu, terlalu asyik dengan perasaan sendiri.

“Larat bukan lama pun drive. Dekat 3 jam ja. Jap lagi kita rest jap ok dah rasanya.”

“Okaylah kalau macam tu. Kalau tak okay bagitahu ja ya. Kita stop rest jap.”

“Ya Hannah, saya ok.”

————————————

“Buat apa hang sedih Syam, hang yang pilih untuk curang. Aku tak paham dengan hang ni.”

“Aku bukan curang Dil.”

“Kalau aku kata hang bodo hang marah aku. Kalau dah keluaq berdua dengan ada ringan-ringan semua tu orang panggil apa Syam.”

Hisyam diam menunduk menyedari kekhilafan diri. Saat dia hilang terus baru dia tahu hargai.

“Aku menyesal sangat Dil. Dia baik, aku takkan jumpa dah perempuan macam dia tu Dil.”

“Hang akan jumpa tapi bukan sebaik dia, cuma setanding dengan hang ja nanti. Hannah pulak akan jumpa yang setanding kebaikkan dia jugak.”

“Aku tau aku salah Dil tapi kau kan kawan aku. Asyik sebelahkan Hannah ja.”

“Aku lepas jumpa dia tadi seribu kali pun aku sanggup sebelahkan dia hang tau dak.”

“Mentang la aku ni salah. Nasib baik aku tak mati Fadil. Aku nak lupakan dia Dil, dia terlalu baik untuk aku. Aku nak belajar bagi dapat dekan. Mana tahu kedepan aku berjodoh balik dengan dia.”

“Berusaha la sebaik mungkin Syam. Kalau dia ada jodoh dengan hang tak kemana.”

Bukan mahu memberikan harapan palsu, tetapi jodoh pertemuan bukan kerja kita.

“Nurul dah balik ka?”

“Mana la aku tau dekat dia. Elok dia dah bagi hang dengan Hannah putuih takkan dia nak tunggu lagi kot.”

“Bukan salah dia sorang la Dil, kalau dia ajak selama ni aku tak ikut mesti tak jadi macam ni, aku pun salah jugak.”

“Aku memang tak pernah kata hang tak salah, memang hang salah paling besaq sebab bukak peluang.”

“Okay okay sudah-sudahlah salahkan aku.”

Lama baru dia nak boleh terima hakikat ni. Dia baru sedar diri dia yang tersangat salah dalam hal dia dan Hannah.

“Dil, aku tak risau hati aku tau. Aku lagi risau hati Hannah sekarang ni. Lelaki yang nakkan dia lepas ni akan lalui kesukaran yang teramat nak dapatkan kepercayaan dari Hannah. Aku dulu ja pun dah susah sangat.”

Memang Hisyam sangat risaukan hati Hannah selepas ni, Hannah dulu sangat sukar ditembusi. Segala usaha berhasil namun dia sia-siakan.

“Teruk sangat ka Hannah tu dulu hang nak pujuk dia.”

“Susahhhh…dia bukan macam perempuan lain. Hidup dia dah keras dari dia sekolah rendah lagi, aku tak cakap hidup orang lain mudah. Tapi apa yang aku nampak hidup dia sangat keras dari awal lagi. Bukan kena pujuk macam kau pujuk baby tu tau. Dia nak bagi percaya kat aku ni sangat-sangat susah.”

“Dah hang tau lagu tu senang ja hang khianat dia kan.”

Tu yang malas nak sebut dekat Fadil mengenai ini. Pasti dia yang akan kena. Kehadiran jururawat membejatkan perbualan mereka.

“Misi, kawan saya ni bila balik ni.”

Kalau nama dia Fadil kan, dengan tukang mop lantai pun dia boleh sembang, tak kira sesiapa. Adasaja topik yang akan dibuka. Ni jururawat pulak jadi mangsa.

“Doktor cakap tadi ni esok boleh balik dah rasanya.”

“Ohhh…misi keja malam ka hari ni.”

“Ya saya shif malam. Awak kena balik dah ni waktu melawat dah habis lama dah ni.”

“Saya nak balik dah ni.”

Yang jururawat tu pun… layan sangat si Fadil.

Rasa percaya itu penting ya dalam setiap hubungan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience