“Doktor cakap ape Hannah?”
Belum sempat Hannah menjawab pertanyaan dari Luth Luqman, Amirul terlebih dahulu bertanya.
“Ehhh Man kau kenal Hannah ke?”
Kehairanan yang dari tadi lagi. Dari dalam klinik lagi dia dah tanya Izzah, macam mana Hannah boleh kenal dengan Luqman.
“Dia sama kelas aku la ade pulak tak kenal.”
“Ohhh patutla..”
Kalaupun satu kelas macam mana dengan tanpa rasa bersalah dia boleh riba Hannah, masih pelik sungguh-sungguh.
“Patutla ape Mirul, kau ni…”
“Patutla kau ok je dengan dia tadi ni.”
Namun bukan lah Luth Luqman kalau nak cerita detail-detail atas bas semua tu. Kalau la Amirul tahu atas bas pun Hannah dah tidur atas bahu dia. Itulahlah yang menjadi punca keakraban mereka. Siap berjanji bersahabat baik pulak tu.
“Macam mana Hannah doktor kata ape?”
Sekali lagi dia bertanya setelah tidak berjawab gara-gara kena potong dengan Amirul tadi.
“Doktor cakap kurang tidur ataupun banyak sangat fikir.”
“Jadinya doktor bagi ubat je ke?”
“Yeee selalunya macam tu la. Nanti makan ubat ni lega la ni.”
Luth Luqman mengangguk. Dia tidak pernah mengalami jadinya dia tidak tahu sangat.
“Kita pergi makan dulu tak pe ke roomate?”
Izzah sangat memahami dengan situasi kedua housemate tersebut, perjanjian dia tadi Amirul akan keluar dengan Luth Luqman. Manakala Izzah pula makan dalam bilik sebab dah beli bungkus. Namun apakan daya benda dah jadi macam ni.
“Jom la makan dulu. Sian korang susah-susah je untuk aku. Dah la sampai tadi terus keluar je. Mesti penat.”
Kalau ikutkan hati dia tentulah dia mahu terus pulang ke bilik. Namun memikirkan kesanggupan sahabatnya membawa ke klinik sudah membuatkan dia sangat lega.
“Ish kau ni biasa je la, tak penat pun kan Mirul. Kalau kau tak ok kita tapau je la.”
“Aku ok jom la pergi makan terus.”
Amirul yang tenang memandu hanya angguk. Rasa bersalah terpaksa menyusahkan kawan-kawan. Namun Hannah bersyukur punya kawan seperti mereka. Sekilas dia memandang wajah Luth Luqman. Entah kali keberapa dah dia dah Luth bertemu tanpa dirancang. Telefon Hannah berbunyi. Namun dia mengelak untuk menjawab.
“Kenapa tak angkat fon tu, ke nak saya angkatkan untuk awak?”
Perlahan suara Luth Luqman menyebut takut-takut salah faham lagi nanti kedua merpati sejoli tu.
“Saya malas dah nak angkat. Kalau angkat nanti panjang lebar jadinya.”
“Jom Hannah, Man dah sampai dah.”
Selesai memesan makanan Izzah memandang wajah Luqman dan Hannah berganti-ganti.
“Roomate, kenape aku tak tau langsung kau sekelas dengan Man. Yang aku tahu dia housemate Amirul je.”
“Aku balik baru ni sama bas dengan dia. Kalau tak aku tak sembang sangat dengan dia, jadinya memang tak ada benda nak cerita.”
“Ok faham faham.”
Dia sebut sahaja faham, tapi muka dia penuh soalan. Dia memang sangat-sangat nak tahu. Mana tidaknya, melihat Luth Luqman dengan selamba sahaja membiarkan Hannah baring atas riba dia tadi. Setahu dia Amirul cakap Luth Luqman ni tak akan bercinta dan rapat pun dengan perempuan.
“Aku dalam kelas macam budak nerd tau tak. Sapa la nak pandang aku.”
“Bukan sebab tu la.. kan kita jarang satu group. Kalau ada hal baru kita cakap la. Bukan sebab nerd ke apa.”
Hannah tak suka mendengar Luth Luqman merendah diri begitu. Cumanya lagi banyak dia buka mulut lagi la dia takut tersilap panggil depan Izzah dan Amirul. Lagi banyak la pertanyaan yang akan dipertikai.
“Hannah mana pernah cerita pasal budak laki kelas dia. Kalau cerita pun yang satu group dengan dia je la. Itu yang aku pelik. Tiba-tiba ehhhh kenal pulak.”
Wahhh dua orang ni betul-betul sama sungguh. Ada sahaja benda yang akan dikatakan. Semua depan Luth Luqman. Perlu ka Izzah oiii. Naik segan dah Hannah pun.
“Lepas ni kan Man boleh la kita keluar sekali. Kan Hannah?”
“Eh Mirul ngan awak je pun dah susah dia nak keluar sekali. Kalau dengan Man sekali lagi la mampus dia mau.”
Belum sempat Hannah membuka mulut, mulut pantas Izzah terlebih dahulu memintas. Hakikat yang Izzah tak tahu, selama hari ni dia bukan tidak mahu, namun demi menjaga hati Hisyam dia akan menolak setiap pelawaan untuk keluar bersama jika ada lelaki. Dia tidak pernah beri alasan sebegitu.
“Bukan la Izzah, aku okay je la nak keluar sekali. Boleh je Mirul cuma tidak la selalu. Nanti mama aku risau.”
“Kadang aku ajak, kau mesti nak pergi perpustakaan la. Nak pergi bilik budak kelas kau la buat assignment.”
“Itu memang betul la Izzah, takkan la aku nak tipu kau.”
“Yela…aku gurau je la. Lepas ni ikut kitaorang tau.”
Alasan yang terpaling munasabah sekali yang dapat diberikan. Padahal bukan Izzah tak tahu. Semua punca dia Hisyam. Ni dia migrain ni pun sebab apa lagi, sahih la sebab dia tu juga.
“Kau diam je Man, langsung tak terkata ape.”
Amirul hampir sahaja terlupa dengan sahabatnya itu. Sibuk lawan bercakap mempersoalkan itu ini dengan Izzah. Kalau keluar bertiga lagi dasyat, dia macam tak wujud.
“Aku dengar je la, nak mencelah pun tak sempat. Aku pun okay kalau nak kelaur sekali. Tapi kalau ada Hannah je la, sebab kalau tidak aku macam tunggul je antara kau dua orang.”
Ambik… lama dah dia pendam. Baru hari ni terkeluar.
“Hmmm yela tu. Betul sangat wahai sahabat.”
Makanan sampai tak lama selepas mereka berborak seketika soal rawak sahaja. Selesai makan Amirul menghantar Hannah dan Izzah balik. Kepala Hannah masih sakit cuma semakin berkurang. Dia kerap memejamkan mata untuk redakan sedikit sakit yang terasa.
“Roomate, kau cakap dengan aku betul-betul. Macam mana sampai sakit teruk macam ni?”
“Hisyam… dia curang dengan aku. Lepas tu berkali call aku paksa aku jangan putus dengan dia. Aku serabut dah nak fikir. Betul la cakap adik aku.”
“Aku dah agak dah, mesti sebab natang bodo tu. Kalau dak takdenya kau macam ni. Sekarang kau ok sikit tak.”
Terkeluar dah kata-kata popular dari pantai timur itu. Ditirunya begitu sahaja. Tak padan dengan dari Selangor.
“Aku dah okay sikit, malas dah aku nak fikir pasal dia. Kalau aku dah nekad memang aku takkan dah nak bagi muka.”
“Aku pegang cakap kau ni roomate. Ingat tau kita ni ada mak ayah yang besarkan kita, jadinya kita tak patut sayang orang lain lebih dari kita sayang Allah, Nabi kita, baru mak ayah. Nanti ada suami baru fikir lain.”
“Aku tak pernah nak lupakan benda tu roomate, sebab tu lepas aku tahu tu aku tak teragak dah nak tinggl dia. Aku cuma terluka dengan kata-kata dia je. Dia siap cakap nak sebarkan yang aku dah ditebuk tupai. Benci gila aku dengan dia Izzah.”
Hakikat menjadi wanita, apabila lelaki membuka cerita sebegitu pasti ramai yang akan percaya. Pasti ramai yang akan menuduh Hannah yang teruk, yang jahat.
“Allahuakbar… ape la jantan tak guna tu fikir kan. Dah Hannah kau jangan nak fikir banyak. Aku ada, Mirul ada Man pun ada. Aku tengok kau dengan dia pun macam rapaty. Lain kali kau story pasal dia pulak k. Jom solat kita rehat k. Aku petang jap lagi ada group meeting dalam pukul 5.”
“Okay Izzah, jom la aku pun nak mandi dulu. Petang ni kalau aku okay sikit ingat nak pegi library.”
“Kau jangan pegi kalau tak sihat tau. Aku nak keluar jap lagi. Kalau nak pegi juga mesej aku, kalau sempat aku teman.”
Risau dia dengar Hannah nak keluar juga. Tapi memikirkan kalau Hannah duduk dalam bilik sorang-sorang lagi la serabut jadinya. Asyik fikir si malaun tu lagi teruk.
“Kau ni Izzah aku okay la. Jangan la risau k. Kepala aku pun dah kurang banyak ni. Lepas rehat jap lagi kalau ok aku pegi, kalau tak aku pun takkan gagah nak pegi jugak.”
“Yela aku faham. Aku risau la kau kalau migrain mesti teruk. Sampai muntah kot.”
“Terima kasih tau roomate sanggup susah-susah tadi. Sian kau kemas bag pun belum. Makanan tu pun dah bazir dah.”
“Takpe la malam nanti kita makan. Tak payah beli dah. Dah jom pegi mandi solat rehat. Petang larat baru pegi k.”
Hannah paling baik dengan roomate dia Izzah. Dengan kawan sekelas dia rapat begitu sahaja. Keluar atau bercerita banyak tu tidak banyak sangat. Dia lebih mendengar sahaja. Tak berapa masuk dengan geng tu.
Langkah dan haluan yang dipilih setiap insan tidak sama. Namun Hisyam seolah-olah menjauh tanpa dia sedari. Sayang sahaja tidak memadai jika tingkah tidak seiring dengan kata. Lalu jika lelaki sebaik Luth yang menjadi banding. Apa kita akan buat kalau kita ditempat Hannah?
Share this novel