Pagi itu Luth Luqman menelefon ibu mertuanya untuk meminta izin membawa Iman Hannah ke rumahnya. Dia perlu tafsirkan segala kemungkinan yang berlaku sebelum pulang ke sana.
“Assalammualaikum mama, mama sihat?”
“Alhamdulillah, sihat. Kamu ok ke kat sana? Hannah ade susahkan kamu ke?”
“Ehh tak la mama, Luth dengan dia ok mama. Baru nak biasakan diri.”
“Alhamdulillah mama selalu doa kamu dengan Hannah baik-baik selalu.”
“Mama, Luth mintak izin bawak Hannah balik rumah Luth minggu ni boleh?”
“Keluarga Luth tahu ke tentang Hannah, Luth jangan risau tau mama tak pakse Luth untuk terus terang pada keluarga Luth.”
“Luth mintak maaf mama, Luth tak boleh janji apa-apa dengan mama buat masa sekarang. Luth cuma mintak mama percayakan Luth.”
“Jangan risau ok. Isteri kamu tu kuat dan tabah orangnya Luth, bukan mama nak puji anak sendiri tapi hakikat dia lebih kuat dari mama sendiri.”
“Baik mama, nanti apa-apa Luth call mama ya.”
“Ok, Assalammualaikum.”
Puan Nur tidak mahu membebankan Luth Luqman dengan mengirim salam kepada kedua orang tuanya. Dia tidak dapat menduga keadaan keluarga itu. Sedikit pun dia tidak mampu bayangkan. Sedangkan dirinya juga berada dalam situasi yang entah bagaimana.
“Mama, abang Luth call ke?”
“Haah Kal. Dia nak bawak kakak ke rumah dia minggu ni, mama agak risau tapi abang pesan suruh percayakan dia je.”
“Kal tengok abang tu nampak baik ma, kalau tak mesti dia dah lari masa hari dia kena kawin dengan kakak tu.”
“Susah kita nak tafsir sifat baik seseorang berdasarkan sekali dua pandang ni Haikal. Mama tak mampu, mama hanya boleh percayakan dia ja.”
“Sebelum ni Kal harap sangat kakak jumpa dengan lelaki yang baik ma. Mungkin inilah dia, lega sangat kakak dapat terima dengan baik kehadiran abang sebagai suami dia, padahal dia punya la tak mahu kawin.”
“Ha kann.. itu la mama cakap jodoh ni bukan ditangan kite. Tangan Dia. Dia maha mengetahui semuanya.”
——————————————
Iman Hannah terpegun sebentar melihat rumah milik keluarga Luth Luqman. Bukanlah sebesar istana, namun rekaannya yang mewah membuatkan Iman Hannah tak berkelip. Ada yang bermewah begini namun masih ada didunia ini yang tidak punya tempat tinggal pun.
“Masuk Iman, maaflah kalau Iman terkejut. Kereta yang dekat luar tu yang 4 bulatan tu kereta mama hadiah untuk Luth, Luth naik 2,3 kali je rasanya. Motor bmw tu pun mama belikan untuk Luth.”
Iman Hannah hanya mampu senyum dan angguk sahaja, dia lebih terkesan mendengar nada suara Luth Luqman yang sayu. Tiada langsung kegembiraaan atas hadia-hadiah itu.
“Assalammualaikum Mak, Man balik ni. Mama ada tak?”
“Waalaikumsalam, Luqman balik tak bagitau kat mak pun. Eh sape si manis ni Man? Puan Utama tak ade la Man jangan risau la.”
“Jom kebelakang la mak, risau la cakap dekat sini.”
Luth Luqman terkadang rasakan seolah-olah ada yang sering perhatikan dia apabila dia berada didalam rumah agam ni.
“Mak, Man bagitahu ni mak jangan terkejut pulak tau.”
“Kamu ni buat suspen mak je la. Cepat la.”
“Ni isteri Man mak, Iman Hannah nama dia. Mak noleh panggil dia Hannah.”
“Allahuakbar Luth Luqman bin Luth Zakaria, kenape tak bagitahu mak awal-awal. Bila nikahnya ni Man.”
“Iman, salam dengan mak. Dia la orang teristimewa yang Luth nak kenalkan tu. Luth anggap dia macam mak Luth tau.”
Iman Hannah menyalami wanita seusia hampir dengan ibunya itu dengan penuh hormat.
“Maaf mak, Hannah datang dengan keadaan macam ni.”
“Allahu Hannah, mak ni seronok sangat dengar ni. Man, mak tanya bila nikahnya.”
Luth Luqman menceritakan serba sedikit kepada Mak Cik Siti. Orang gaji lagi dua orang Luth Luqman tak begitu baik. Dia memilih untuk berbaik dengan Mak Cik Siti sahaja.
“Hannah, terima kasih masuk dalam hidup Luqman ni. Mak risau sangat fikir tentang dia. Man, dah cerita pada Hannah ke?”
Sebelum berkata lanjut sempat Mak Cik Siti bertanya terlebih dahulu kepada Luth Luqman, bimbang dia membuka aib keluarga itu tanpa sedar.
“Hannah dengan Luqman duduk dulu, mak hidangkan nasi ya. Hari ni mak masak simple je sebab dua-dua Puan dan Tuan Utama tak ade.”
“Hannah tolong mak hidang ya?”
“Tak payah Hannah, esok je Hannah buat ok. Hari ni rehat je dulu.”
Walaupun dirinya dipanggil mak oleh Luth Luqman, Mak Cik Siti tidak pernah melupakan status dirinya sebagai orang gaji. Dia sudah bekerja dengan keluarga ini melebihi usia kekayaan mereka sekarang.
“Jom makan Hannah, Man.”
“Man, nanti kalau Puan Utama balik tengeok Hannah ade sini Man nak jawab ape?”
Luth Luqman memandang wajah Iman Hannah. Itulah yang menjadi kebimbangan dirinya dari semalam. Dia mahu menjawab kawan pun tak logik, mamanya takkan percaya.
“Jawab je Hannah anak saudara mak. Luth jangan fikir banyak la Iman tak terasa pun. Jangan risau ok.”
“Man dengan Hannah makan dulu, mak naik kemas bilik Man kejap.”
“Tak payah la mak, kejap lagi Man buat. Timah dengan Ros mane mak?”
“Entahlah Man, mentanglah Puan dengan Tuan selalu tak ade dekat rumah, sambil lewa je buat kerja dua orang tu. Nampak kereta masuk nanti baru la kalut dua-dua pura-pura buat kerja.”
“Biar je la mak, salah sape kan jadi macam tu. Padahal tak perlu sampai banyak-banyak orang gaji pun.”
Selesai makan nasi yang dihidangkan oleh Mak Cik Siti tadi, Luth Luqman mengajak Iman Hannah pusing sekeliling rumah keluarganya.
“Iman, ikut Luth kita pusing rumah ya.”
“Iman tahu tak, masa awal dulu kami duduk rumah bukannya kecik pun rumah besar jugak. Cumanya, taman bukanlah sebesar ni. Kolam renang ni pun nagi Luth amcam tak perlua ada. Tapi semuanya da dalam rumah ni. Mini gim pun ada. Kejap lagi Luth tunjuk.”
“Iman tak tahu nak cakap Luth beruntung atau tidak, apa yang ade dalam rumah ni memang tak pernah dibayangkan oleh kami sekeluarga, tapi tiap kali waktu makan sekurangnya mama akan teman kami. Setiap pagi nak kesekolah mama akan tunggu sampai kami hilang dari pandangan kalau dia tak kerja. Kalau kerja Iman yang akan buat semua tu.”
“Iman lebih beruntung berbanding Luth. Luth dari dulu masa mama dengan papa kerja dan bergaji halal pun tak sempat nikmati tu semua. Semua mak yang buatkan. Boleh kira berapa kali je makan sekali.”
“Tapi sekarang Luth dah boleh lalui semua tu, mama akan peduli tentang Luth, adik-adik akan selalu menyibuk hal Luth. Luth kena belajar terima semua tu nanti.”
“Tak sabar Luth nak lalui semua tu. Ha sini gim, jarang sangat-sangat digunakan. Benda yang tak perlua semua ada sini. Jom Luth tunjuk bilik pulak.”
Mereka berjalan beriringan hingga sampai tingkat atas rumah yang tersergam indah itu. Namun kalau menurut cerita Luth Luqman, Iman Hannah tidak boleh teruja dengan semua ini.
“Ini bilik Luth, sebelah sini bilik tetamu, ini pun bilik tetamu. Bilik mama papa hujung sekali. Malam ni Iman tidor sini dengan Luth, jangan susah hati fikir nak kena tidor mana ok?”
“Tak pun Iman tak fikir pun la Luth ni kan sengaje mengusik pulak.”
“Alaa… jangan la merajuk, Luth gurau je la.”
Luth Luqman sempat mencuit hidung isterinya. Debaran terasa saat kaki melangkah kedalam bilik yang bertemakan biru dan cream itu. Semuanya berwarna begitu, dari almari katil meja kerusi rak buku semuanya tema yang serupa.
“Iman ok ke ni. Dari tadi Luth tengok macam diam je.”
Tangan Iman Hannah dipegang, dielus lembut wajah itu.
“Iman ok je, cuma tak tahu nak respon ape. Terkejut dengan semua ni. Bagi kita hanya untuk dilihat sahaja la kan memandang Luth tahu asal usul duit tu.”
Luth Luqman mendekat lagi dengan Iman Hannah, suasana dibiliknya membuatkan dia rasa berdebar apabila berada dekat dengan wanita yang kini bergelar isterinya itu. Jantungnya bagai nak gila.
“Luth tahu, ermm boleh Luth buka tudung Iman tak?”
Iman Hannah memandang wajah Luth Luqman dengan rasa gementar, dia nak menuntut hak dia pada masa macam ni ke?
“Boleh, boleh.”
“Bukan ape nampak macam Iman panas je tu.”
Menduga sungguh Luth Luqman ni. Sengaja mengusik.
“Luth, awak boleh buat ape je dekat Iman. Iman izinkan dengan seluruh hati.”
Dua tiga kali Luth Luqman berdehem memebetulkan suara. Padan muka kau Luth tadi sibuk mengusik dia, ha ni dia dah bagi sepenuh izin kot.
“Saya nak mandi. Awak duduk dulu ok. Buat macam bilik sendiri.”
Kelam kabut dia ke bilik air. Luth Luqman memandang wajahnya dicermin besar dalam bilik air. Mewah! Besar! Berlebihan. Dia pegang dada yang menempatkan jantungnya. Halaju yang sukar dikejar oleh nafas. Macam mana kalau aku sentuh dia tapi nanti aku tak mampu bertanggungjawab pada dia? Dari segi apa? Berbagai persoalan bermain diminda saat ini.
“Iman, mandi. Kita solat sama. Luth tunggu.”
Usai sahaja mandi, mereka solat bersama. Belum sempat Iman Hannah salam dengan suaminya selepas berdoa Mak Cik Siti menjengah dimuka pintu bilik.
“Man, mama dengan papa balik. Ada dekat bawah tengah tunggu kamu. Hannah tunggu sini dulu ok. Nanti mak bawak Hannah turun tangga belakang.”
Luth Luqman seperti kenapa sekarang? Dia macam nak menjerit.
“Assalammualaikum mummy, daddy.”
Luth Luqman cuba lagi menyalami mamanya, namun macam biasa akan dilayan dengan hambar, daddynya sambut jugak salamnya. Entah apa yang dimarahkan sangat.
“Tak bagitahu pun nak balik. Malam ni ada party sini tau. Kamu jangan buat perangai pulak malam ni. Daddy nak jemput ramai kawan-kawan datang sini.”
Semua mangsa terbaru akan dikumpulkan, ada juga yang sudah dibayar untuk menipu mangsa baru bahawa mereka sememangnya mendapat pulangan wang seperti yang dijanjikan.
“Mummy dengan daddy sihat ke? Lama Man tak jumpa.”
“Bila nak pindah universiti swasta?”
Ini satu benda yang Luth Luqman dan Mak Cik Siti tak boleh hadam sampai hari ni. Kenapa dengan universiti awam sekalipun.
“Tunggu Man habis belajar sini dulu ok mama.”
“Seronok kot bagi aku marah ha Luqman. Panggil mummy,mummy kau faham tak!. Bengap turun siapa pun tak tahu la.”
Pedih, itu yang dirasakan saat ini. Iman Hannah yang berada bersama Mak Cik Siti juga pedih mendengar layanan oleh kedua-dua ibu bapa kandung Luth Luqman.
“Man silap mummy, terbiasa panggil mama dah. Daddy sihat ke?”
“Kalau tak sihat aku tak ada sinila, dah dekat hospital la asyik tanya soalan same je.”
“Baik daddy maaf Man tanya je.”
Masih tersenyum Luth Luqman seolah berhadapan dengan orang yang menjalankan hukuman zaman Joseon dulu.
“Siti, oh Siti.”
“Ya Puan Utama.”
“Malam ni ada party tau. Ni sape pulak dah, anak luar nikah kau ke Siti.”
Luth Luqman menggengam tangannya, marah! Sangat marah. Pertama kerana mamanya menghina orang yang dia anggap ibu, kedua mamanya seolah perlekehkan Imannya. Namun dia hanya mampu melihat senyuman diwajah kedua-duanya.
“Bukan Puan Utama, ni anak kawan baik saya dulu. Saje datang melawat. Tak ape ke Puan?”
“Boleh la dia tolong malam ni ya Siti. Pandai memasak tak, nama ape ni.”
Tangan diangkat kepada Siti menyuruh untuk dia diam, biar dia yang jawab sendiri. Bimbang Siti akan disalahkan jika ada kata yang tersalah keluar.
“Nama Hannah Puan. Boleh saya boleh bantu.”
Luth Luqman memandang wajah Iman Hannah dengan rasa gundah. Dia harap sabar mereka berada dalam level yang sama.
Sabarlah wahai Iman Hannah, Sabarlah wahai Luth Luqman. Bahagia itu ada disitu namun derita akan sering menyulam demi menggugah keteguhan iman.
Share this novel