“Hannah, kalau kita tinggal bersama Hannah ok tak?”
Wajah Hannah terkejut. Dia tidak tahu sama ada dia bersedia atau tidak.
“Mahal kos hidup jadinya, Luth dah sedia ke?”
“Luth saja cakap ja mana tahu Hannah nak duduk sama. Kita tunggu habis belajar dulu okay. Duit belanja Luth dah bank in tau.”
Hannah berasa sedikit lega mendengar, dia tak mahu menyusahkan Luth. Dia masih hairan kenapa Luth susah payah kerja sedangkan dia anak orang berada.
“La…mana ambik nombor akaun.”
“Mama bagi. Kalau mintak dengan Hannah mesti tak bagi.”
“Kita jaga sama-sama hubungan ni ya Hannah. Jangan ada benci.”
“Kita baru kawin dua hari Luth, kenapa ni macam risau sangat. Luth nak cerita dengan Hannah apa-apa tak?”
“Hannah buat kerja bagi siap dulu. Esok habis kelas kita keluar ok. Kelas habis awal. Luth bawak Hannah pegi tempat yang senang sikit kita sembang.”
Wajah Hannah dipandang setiap inci, tiada yang kurang juga tiada yang lebih. Sempurna dimata Luth Luqman. Dia mahu memanggil Hannah dengan panggilan Iman namun dia agak risau penerimaan Hannah.
“Iman.”
Hannah memanggung kepalanya. Dia suka mendengar panggilan itu. Lama dia tunggu Luth panggil dia macam tu.
“Ya Luth.”
“Tak ade apa saja nak panggil awak macam tu. Bila berdua boleh saya panggil macam tu tak?”
“Boleh la kenapa pulak tak boleh. Dari mula kita kawin saya tunggu Luth panggil macam tu.”
“Maafkanlah suamimu ini wahai Iman saya. Saya tak pandai sangat-sangat dalam hal macam ni.”
“Luthhh ajar soalan ni boleh?”
Mengelak dari merapu dengan Luth Luqman, Iman Hannah memilih untuk siapkan kerjanya. Namun lain jadinya saat Luth mendekat lagi dengan Hannah. Hinggakan nafas dia dapat dirasai oleh Hannah.
“Yang mana Iman tak faham.”
“Errr yang ni.”
Luth Luqman menyentuh tangan Hannah dan mengambil pensil dari tangan Hannah. Hannah yang seolah terpinga-pinga memandang Luth Luqman tanpa berkelip mata. Sudah la hanya beberapa inci sahaja wajah mereka. Berani dia merenung Luth begitu.
“Tengok sini Iman saya. Jawapan tak ade kat muka saya.”
“Oh ok k. Sory-sory.”
Jantung Hannah sudah tidak stabil lagi. Semakin menggila. Mereka kini sudah tiada batas dalam pergaulan. Lagi la tiada sebab Hannah menafikan Luth Luqman.
“Kenapa gelabah je ni Iman.”
Sabar wahai hati.
“Lepas habis ni Iman nak balik bilik terus atau nak pegi makan dulu.”
“Balik terus pun tak pa. Luth nak suruh teman kan ke?”
Ambik kau, dia dah segan nak sebut nama diri dia. Punya la dia teringin nak dengar Luth Luqman panggil dia Iman, bila dah panggil gelabah pulak.
“Luth ingat nak makan dulu tapi takut lewat pulak balik. Esok kita kelas pukul 8 kan. Balik kelas tu tunggu Luth tau kita keluar terus, Luth pinjam kereta Amirul esok kita keluar ya.”
“Haah pukul 8. Esok kita jumpa.”
“Dating pertama kita.”
Hannah hanya senyum malu. Dulu masa masih ada batasan Luth Luqman tak pernah macam ni. Mengundang debar dihati sahaja. Macam mana Luth Luqman boleh tenang sahaja.
“Sedar tak sedar dah tiga jam kita dekat sini Luth.”
“Dengan Iman saya buat saya tak ingat masa.”
“Awak ni Luth main-main tau. Tak pernah Hannah tengok Luth macam ni.”
“Dengan awak je saya boleh jadi macam ni my Iman Hannah.”
Tersenyum bahagia Iman Hannah mendengar setiap kata-kata dari Luth Luqman. Namun senyuman itu mati saat Luth Luqman menyulam jarinya dengan jari Hannah. Bukan tidak suka namun takut dengan semuanya terlalu cepat. Luth masih menunggu Hannah menyebut dirinya sebagai Iman.
“Iman, awak jujur dengan saya ya.”
“Apa tu Luth.”
“Apa awak rasa masa ayah dengan Hisyam buat macam tu dekat awak?”
“Dua manusia yang sudah hilang rasa percaya saya pada keduanya Luth, saya memang tak mengharapkan apa pun dari dua-dua. Jadinya masa berlaku tu saya rasa seolah, ohh jadi betul la keputusan saya tak pertahankan hubungan dengan keduanya. Baik ayah mahupun Hisyam.”
Sebaliknya dengan permikiran Luth Luqman, dia sangkakan Hannah akan betul-betul kecewa. Namun penerimaan wanita itu berbeza.
“Luth, jom kita balik ya. Saya pun dah siap dah. Esok kelas awal kan.”
Dia tidak mahu kupas lagi isu itu. Kalau mahu pun esok sahaja dia akan jelaskan kepada Luth Luqman.
“Esok Luth kejut Iman okay.”
Satu-satu perubahan Luth buat Hannah tak tenang. Jiwanya kacau. Air liurnya terkadang tak sempat ditelan. Sebelum keluar dari bilik 10 perpustakaan Luth tundukkan wajahnya mendekati Hannah dan bisikkan sesuatu kepada Hannah.
“Luth akan jadi diri Luth hanya bila Luth bertemu Imannya.”
Memerah muka Hannah mendengar kata-kata begitu.
“Jom Luth hantar Hannah sampai depan sana.”
“La..dekat je tu Luth balik terus pun tak pe. Dah lewat ni.”
“Kan dekat je, biar la Luth teman isteri Luth.”
“Baiklah suami, menurut perintah.”
Ketawa girang keduanya.
————————————
Usai sahaja menghantar Hannah dihadapan blok asramanya, Luth Luqman segera balik ke rumah sewanya. Waktu dia sampai Amirul juga sudah ada dirumah.
“Senyum sampai bulan dah aku tengok. Seronok la dapat jumpa dengan isteri.”
“Ala kau la seronok sebab jumpa dengan orang yang kau cinta.”
“Kau pun nanti akan cinta juga dengan dia. Rasa tu mungkin dah ada kau je belum sedar lagi Man. Kau dengan Hannah jumpa dapat pahala tau, aku ni tak tahu la banyak mana dose dah jumpa selalu dengan Izzah tanpa ikatan yang sah.”
“Jodoh Mirul, aku harap dia adalah untuk aku, dan aku adalah untuk dia. Aku akan jadi diri aku sendiri bila dengan dia Mirul. Ada tarikkan yang aku tak dapat nak elak. Dia tak paksa aku, tak buat aku paksa dia. Entahlah.”
“Suke aku tengok kau dengan dia.”
“Mirul, esok aku pinjam kereta kau tau. Aku nak keluar dengan Hannah jap. Boleh tak?”
“Ish tanya soalan macam tu pulak kau ni. Boleh la.”
Amirul tak pernah bertanya kepada Luth Luqman sebab dia macam orang miskin semasa dikampus. Padahal hampir semua kawan-kawan tahu Luth Luqman orang kaya. Nak ikutkan kalau takat kereta takkan dia tak mampu bawa ke kampus. Lebih dari tu pun boleh. Ni siap dengan part time lagi.
“Man, aku harap sangat kau bahagia dengan Hannah. Kalau ada masalah apa-apa kau jangan lupa aku dengan Izzah ada untuk korang.”
Amirul antara orang yang tahu kisah Luth Luqman. Namun bukanlah keseluruhan. Dia tahu Luth Luqman takut berkahwin. Memang dia sangat terkejut dengar Luth Luqman baru berkahwin. Bersyukur pun ada.
“Aku tahu Mirul. Terima kasih tau sebab percayakan aku.”
“Kau dah bagitahu keluarga kau ke Man.”
“Ni yang aku paling risau sekali Mirul. Kalau diorang tahu nanti entah apa la akibat dia. Walau apa pun jadi aku takkan abaikan dia. Itu ja aku boleh janji dengan diri aku buat masa sekarang.
Berat dia memikul perkara yang belenggu dirinya dari awal lagi. Bukan hanya soal perkahwinan, segalanya menjadi isu kalau melibatkan keluarga dia. Waktu dia bersama dengan keluarga Hannah terlalu sekejap, hinggakan tiada satu apa penjelasan dapat dijelaskan.
“Kau jangan risau Man, benda kau buat ni tak salah, benda baik kan. Jadinya andai kata sesuatu jadi sekurangnya kau bersedia la dengan apa-apa kemungkinan. Sediakan apa yang patut untuk Hannah siap-siap. Cerita dengan dia semua benda bagi dia faham.”
“Itula esok aku nak keluar dengan dia, nak bawak pegi tempat yang lebih sesuai nak bercerita. Aku akan cerita semua. Terpulang pada dia nak terima keluarga aku atau tak.”
“In shaa Allah pasti boleh punya. Cerita yang banyaknya aku tak tahu sangat. Nanti dengan dia detailkan lah.”
“Iyaaaa aku faham. Dah jom masuk tido, aku esok kelas pagi. Kau pinjam moto aku la k.”
“Yes.. dah jangan fikir lagi.”
————————————
“Hang buat apa? Habaq lagi sekali kat aku?”
“Aku tolong ayah Hannah bagi dia kena kawin jugak-jugak malam tu.”
“Hang buat apa Syam.”
“Masa aku nampak ada pak cik ni yang aku tak tau pun mula tu ayah Hannah, dia tuduh Hannah dengan Luqman buat benda tak elok. Dia nak dua-dua tu kawin. Aku memang dah nampak Hannah dengan Luqman memang tak buat apa pun dekat situ. Tapi aku iyakan cakap pak cik tu, pak cik tu pulak ayah Hannah rupanya.”
“Zaman la ni bukan boleh suruh teruih kawin lagu tu ja. Kalau depa tak mau bukan kena bayaq denda saja ka?”
Muka Fadil tak puas hati dengan sikap sahabtanya itu. Maruah orang yang dia pernah cinta dipijak begitu sahaja. Sejenis kebodohan jenis apakah ini.
“Sebab ayah dia paksa Luqman kawin malam tu. Aku tak tau hujung pangkal pun tapi aku tolong sama mengaku kata dua-dua tu memang buat benda tak elok. Hannah mungkin tak mau keluarga dia malu.”
“Habih tu Luqman tu terima ka?”
“Tu yang aku geram sangat tu, aku tak sangka kata dia nak setuju senang-senang macam tu ja. Aku ingat dua-dua tu takkan kawin. Aku sakit hati ja sebenarnya.”
“Tudia la hang, la ni Hannah dah jadi isteri orang, bukan orang lain tapi Luqman pulak tu. Haih…kalau dia tak kawin dengan Luqman tu pun aku agak sampai mampuih hang pujuk dia, dia takkan kebuloq mau dekat hang.”
“Hang kawan aku ka kawan Hannah ha Fadil. Asyik sebelah dekat dia je?”
“Pasai aku kawan hang la aku kata lagu tu. Sebab Hannah tu emmang tak layak untuk hang. Hang kena berubah. Hari tu hang kata hang nak berubah, ni apa aku dengaq tak macam tu pun. Kesian la dekat dia, sekurangnya dia patut dapat perkahwinan yang elok.”
“Aku tak pikiaq panjang masa tu, aku tak tau tu ayah dia.”
“Aku tak dapat bayang apa perasaan dia lepas apa yang jadi, dua lelaki yang dia percaya buat kat dia lagu tu. Kesian Luqman. Hang memang mangkaq. Ni lepaih ni aku tak mau nak dengaq hang pi kacau rumah tangga depa pulak. Sat lagi macam orang gila talak pulak.”
Fadil betul-betul tak sangka Hisyam sanggup buat hingga begitu sekali. Tak dak niat? Biaq betoi. Apa yang dia pikaiq masa tu. Nak malukan Hannah? Nak Hannah merayu kawin dengan dia? Ish susah nak hadam.
“Aku tak mau kacau pun. Dah dia bukan boleh bahagia pun dengan Luqman tu. Aku bukan bodo. Kalau tak de cinta tak akan bahagia dua-dua. Kau tengok la tak percaya.”
“Yang aku rasa macam kalau dengan hang yang dia takkan bahagia kot. Dengan Luqman tu aku jamin dia akan selamat dah bahagia.”
“Kenal pun tidak dengan Luqman tu mana kau tahu diorang akan bahagia Dil.”
“Ni Fadil la, anak anto penang kot. Sekali aku tengok memang tau dah dia lelaki yang betoi laki punya. Yang kalau buat salah mengaku punya.”
“Malas aku layan kau ni Fadil, aku belah dulu.”
“Baru tau nak menyesai kan. Padan muka hang Hisyam.”
Fadil masih belum boleh hadam dengan semua yang jadi. Memang sangat mendukacitaka apa yang dia dengar. Namun bila fikir jauh, dia pasti ada hikmah untuk semua ni.
Iman Hannah bukan manusia yang selesaikan perkara dengan menunjukkan kebencian, dia tak suka mendekat pun jangan. Jadinya tak perlu tahu apa yang dia rasa. Dia kalau dah benci, dia akan menjauh. Jadinya sejauh mana manusia yang dia benci akan menjauh dari dia. Mereka bukan manusia yang memahami.
Share this novel