TAKDIR 17

Romance Series 33778

Pagi itu Hannah terjaga awal, dia baru terkejut terpandang wajah Luth Luqman disebelahnya. Dia merenung segenap wajah itu, tiada celanya cukup semuanya. Namun hatinya sangat sukar ditembus. Dia terus menerus disakiti oleh insan bergelar lelaki.

“Assalammualaikum Hannah, awak dah bangun? Lama renung muka saya.”

“Waalaikumsalam Luth, saya dah bangun. Saja termenung tak sangka kawin dengan awak.”

“Jodoh Hannah, biar berkali kita sebut tak mahu berkahwin pun tetap akan berkahwin andai sudah berjodoh. Saya nak mandi kejap lagi kita solat sama ya.”

“Okay awak.”

Hannah memandang hingga kelibat Luth Luqman hilang dari pandanganya. Dia masih terfikir bagaimana kehidupan mereka akan datang. Sudah la belajar ada lagi 3 semester lagi. Cita-citanya mahu menyambung hingga ijazah mungkin terpaksa dilepaskan terlebih dahulu. Kedua mereka sudah ada kursus kahwin, belajar sewaktu semester pertama hari tu. Jadinya keduanya tahu ikatan ini bukan sekadar ikatan. Ianya membawa begitu banyak tanggungjawab.

“Hannah, awak mandi ya. Saya tunggu awak kita solat sekali.”

Hannah angguk. Sama seperti Hannah tadi Luth juga melihat Hannah hingga hilang dari pandangan. Dia membuat banyak percaturan salam kepalanya dari semalam. Hannah tanggungjawanya kini.

“Boleh kita mula? Hannah dah siap?”

“Dah Luth. Hannah dah sedia.”

Dari luaran Luth Luqman nampak tenang, begitu juga Hannah. Namun gelodak hati hanya Allah yang tahu.

Usai sahaja solat Hannah salam Luth Luqman, lama. Airmatanya menitis ditangan lelaki itu.

“Hannah mintak maaf dengan Luth sebab terjebak dengan semua ni. Hannah akan cuba jadi isteri yang baik untuk Luth. Kalau Hannah salah Luth tolong tegur, kalau Hannah dicurigai tolong dengar alasan Hannah, kalau Hannah marah tolong lembutkan Hannah.”

Luth diam mendengar kata dari Hannah. Episode bahagia mungkin belum nampak dimana sinarnya. Namun bagi Luth ini mungkin permulaan untuk mereka merasa bahagia.

“Luth janji dengan izin Allah, Luth akan buat sedaya upaya tunaikan semua tanggungjawab Luth. Luth akan percayakan Hannah selagi Luth tak tengok dengan mata kepala Luth sendiri. Ingatlah lepas kita dah sah ni syaitan akan selalu ada antara kita tapi bukan lagi niat mahu kita mesra, tapi dengan niat mahu hubungan kita berakhir. Jadi jagalah solat, jagalah mata, jagalah hati. Sama-sama kita jaga.”

Luth Luqman mencium ubun-ubun isterinya. Lalu berdoa dengan segala kebaikkan. Dalam hati kedua mereka mahu pastikan perkahwinan ini tidak berlaku seperti keluarga mereka.

“Luth Hannah keluar buat sarapan kejap. Luth jangan balik dulu.”

“Ya baik, pegi la kejap lagi Luth keluar.”

Debaran didada keduanya bukanlah debaran cinta.

“Eh, Hannah kenapa tak panggil mama buat sarapan sekali, Luth mana?”

“Ada tadi lepas solat Hannah bagitau nak buat sarapan kejap. Ada dalam bilik agaknya mama.”

“Hannah ok ka ni?”

“Okay ma, Hannah tak salahkan sesiapa pun dalam hal ni. Mungkin memang takdir Hannah dengan Luth. Salah Hannah agaknya sebab selalu sebut tak mahu kawin, tak percayakan lelaki.”

“Jangan fikir lagi macam tu. Mama tahu anak mama ni baik. Walau apa pun orang cakap Hannah tetap anak mama yang baik.”

“Ya mama, Hannah tahu mama percayakan Hannah. Cuma buat masa sekarang jangankan maaf, nak pandang muka ayah pun Hannah rasa macam dah tak sudi.”

“Ya mama faham. Kamu masak apa ni.”

“Buat nasi goreng dengan goreng karipap yang mama buat hari tu ja. Okay kot kan mama.”

“Risau la tu kan, dah ok dah ni pun. Dah pegi panggil Luth biar mama yang hidang.”

Hannah angguk dan terus melangkah kaki kebiliknya untuk memanggil Luth.

“Mama, Luth kena balik awal hari ni nak kemas bag semua. Kejap lagi kita jumpa dalam bas ya Hannah. Lain kali kita beli je tiket turun sekali, naik pun sekali.”

“Yela sungguh la, balik elok-elok kejap lagi. Nanti bawak la mak ayah Luth datang sini ya kita kenal-kenal. Kalau mak ayah belum boleh terima jangan paksa, mama faham.”

Ya mama memang akan menjadi kesukaran untuk Luth bawa Hannah masuk dalam keluarga sana nanti. Luth hanya mampu berkata dalam hatinya saat ini. Matanya dibawa kearah Hannah.

“Bekal nanti Hannah bawak untuk Luth sekali ya. Sedap hari tu Hannah masak mama. Sarapan pagi ni pun sedap, pandai Hannah masak.”

“Masak biasa ja Luth. Masih banyak nak kena baiki.”

“Ha kan mama kata kalau roomate tak ada mesti ada yang akan dapat rezeki tu.”

“Ya la mama, Hannah bagi dekat Luth yang mama buat lebih hari tu. Kejap lagi Hannah bawak bekal untuk Luth sekali tau.”

Hannah tersenyum memikirkan detik dia boleh baik dengan Luth, hanya dalam beberapa minggu kini lelaki itu menjadi suami dia.

“Mama, duit belanja Hannah nanti Luth yang akan bagi. Mama jangan risau Luth akan jaga dia dengan baik. Mama doakanlah hubungan kami ni dipermudahkan.”

“Tak ada hari mama tak doakan anak-anak mama. Sekarang Luth pun dah masuk dalam doa mama. Kamu pun belajar, biar la mama bantu bagi dulu pada Hannah.”

“Tak pe mama, Luth memang kerja. Ada income sendiri juga. Mama jangan risau.”

“Betul ni, mama tak mahu kamu terlalu beban.”

“Hannah bukan beban mama, dia tanggungjawab Luth.”

Puan Nur tersenyum mendengar kata dari lelaki muda itu. Usia kedua mereka baru mencecah 20tahun namun kata-kata begitu matang mampu dilafazkan.

“Adik-adik mana Hannah?”

Tersenyum Puan Nur mendengar Luth Luqman menyebut adik-adik. Terasa bahagia untuk anaknya.

“Ada la tu lepas subuh mesti sambung tidor balik. Kejap Hannah pergi panggil.”

“Amboi kak.. sedap mengata orang tidor balik lepas subuh, Kal teman adik joging tadi. Dia ada maraton nanti.”

“Saja la bila lagi nak mengutuk kau kan. Dah jom makan, abang Luth nak kena balik dah kejap lagi.”

“Cepatnya abang nak balik, tak sempat nak bawak pusing kawasan.”

“Lain kali abang datang lagi sini, ni sebab abang nak kena balik awal belum kemas bag.”

“Lupa mama nak tanya kamu Luth, mak ayah kamu tak risau ke kamu tak balik semalam. Nanti terangkan baik-baik dekat diorang tau, macam mama cakap tadi kalau Luth tak sedia jangan bagitahu lagi, mama dengan Hannah paham. Kan Hannah?”

“Ya betul tu, Hannah faham.”

“Ok mama, Hannah bagi Luth masa nantiu Luth bagitahu diorang. Jom Hannah, Luth nak balik dah. Kita jumpa kejap lagi atas bas ok?”

“Hati-hati jalan tu. Nanti sampai bagitahu Hannah.”

“Kal, adik salam dengan abang.”

“Mama, Luth pegi dulu tau. Nanti Luth datang lagi.”

Hannah salam dengan Luth yang kini sah sebagai suaminya. Luth cium ubun-ubun isterinya dan berangkat pergi.

“Mama, Hannah harap dia adalah bahagia Hannah. Mama doakan Hannah dah Luth ya.”

—————————————————

“Man, cepat naik keatas, Puan Utama tunggu dari tadi lagi.”

“Mama bangun awal ke hari ni mak?”

“Jangan la panggil mak masa macam ni Man, nanti kita dua-dua kena. Dah pegi cepat.”

Dah lama Luth Luqman memanggil Mak Cik Siti dengan panggilan mak. Dia yang banyak habiskan masa dengan Luth Luqman lebih dari ibu dan ayah dia sendiri.

“Assalammualaikum mama, mama panggil Man ke?”

“Kemana semalam?”

Tanpa memandang wajah anaknya, juga tanpa menjawab salam dia hanya bertanya soalan yang dia nak tahu dari semalam lagi. Selagi tak dapat jawapan selagi tu la dia akan korek sampai dapat.

“Man tido rumah kawan semalam, dah lewat sangat Luqman tido sana.”

“Kawan yang mana satu?”

“Kawan nama Haikal mama.”

“Berapa kali aku cakap jangan panggil mama, panggil mummy susah sangat ke kau nak ikut.”

“Man minta maaf mummy. Mummy dah makan? Papa mana?”

“Mummy nak keluar kejap lagi. Kau makan dengan Siti.”

“Baik mummy. Hari ni Man balik kampus tau mummy.”

Entah dimana silapnya, dia dibenci oleh ibunya sendiri. Ayahnya pula sangat-sangat jarang berada dirumah. Dia hampir-hampir terasa seolah dirinya tidak punya mereka.

“Kereta yang daddy beli tu jangan pakai, kau naik la bas tu bagi malu muka aku. Nak belajar pun sanggup pegi kampus yang kerajaan punya. Susah sangat ke kau nak faham aku ni ha. Susah ke kau nak belajar jadi macam selayaknya diri kau anak aku dengan daddy kau.”

Luqman sangat tidak selesa nak panggil kedua mereka dengan daddy dan mummy. Dia dah terbiasa dengan panggilan itu dari kecil, saat dewasa mamanya mahu dia menukar panggilan.

“Nanti Man guna. Mummy keluar nanti baik-baik la ya, Man nak siap kejap lagi nak balik dah.”

Luth Luqman cuba untuk salam dengan Puan Suraya namun sekali lagi tangan itu tidak mahu disentuh lagi. Dia bencikan zuriat yang dikandung sendiri, kerana anak itu dia tidak dapat lari ke syurga dunianya. Tidak dapat keluar dari kawalan suaminya. Dia benci walau hanya memandang wajah Luth Luqman.

“Macam mana, Puan cakap apa? Dia marah kamu tak?”

“Dak pun mak, kejap lagi Man nak balik dah tau mak.”

“Nak bawak bekal dak?”

“Dak kot mak, Man pesan dekat kawan ja.”

Mulut dia ringan mahu bercerita dengan Mak Cik Siti, namun memikirkan mamanya masih dirumah dia batalkan niat.

—————————————

IMBAS

“Su, dengan siapa Su keluar semalam, tak kesian ke dekat anak tunggu Su sampai terlena dia.”

“Abang kan ada, Siti pun ada kan. Su pergi jumpa kawan-kawan je la.”

“Tadi Siti bagitahu Luqman demam. Awak tak kisah langsung ke?”

“Demam sikit je bukan boleh mati pun. Dah la abang, Su penat la nak rehat.”

Selama berkahwin, isterinya berubah dari suka bersosial kepada isteri yang taat. Namun semua itu tidak bertahan lama, tak sampai 4 tahun perkahwinan isterinya mula keluar malam dengan kawan-kawan semula. Duit yang tidak pernah putus membuatkan dia lebih seronok mengukur jalan.

Tahun berganti tahun, Luth Zakaria juga sudah terbiasa dengan sikap isterinya. Dia yang selalu outstation juga semakin jarang berada dirumah. Yang menjadi mangsa adalah anak yang tidak berdosa itu.

Dia yang selama ini hidup sebagai penipu membawa isterinya bersama kedalam dunia penipuan. Dia gunakan sikap isterinya yang suka bersosial untuk memujuk lelaki yang sudah mendekati mati untuk ditipu. Hasil dari kerjasama kesua merek, hasil penipuan Luth Zakaria bertambah tiga kali ganda. Mereka menjadi semakin kaya.

———————————-

“Assalammualaikum Hannah.”

Hannah yang sememangnya nampak Luth Luqman dari tadi tersenyum memandang wajah suaminya.

“Waalaikumsalam Luth.”

Luth melabuhkan punggungnya sebelah isterinya. Dia mengambil tangan Hannah dan memegang tangan itu.

“Hannah, Luth minta maaf kalau Luth tak boleh bagitau lagi dengan mama dengan papa tentang kita.”

“Laaa Hannah ok la Luth jangan la fikir bukan-bukan.”

“Nanti balik sekali lagi Luth nak kenalkan Hannah dengan seseorang yang sangat isteimewa bagi Luth.”

“Boleh nanti ada masa Luth cerita la tentang mama papa, tgentang orang yang istimewa tu juga ok.”

“Kalau sayang Luth pada Hannah sekarang masih sebagai sahabat, percayalah Luth akan bina rasa itu supaya kukuh tidak terusik.”

“Kalau sayang Hannah pada Luth hanya singgahan, percayalah ini adalah persinggahan terpanjang yang Hannah pernah singgah.”

“Andai sejuta manusia menyatakan keburukkan Luth, percayalah dari hati ini bahawa Luth takkan sekali menipu atau mengkhianati seorang Hannah.”

“Andai sejuta manusia meracuni fikiran ini, percayalah penawarnya hanyalah Luth untuk seorang Hannah.”

Dua makhluk yang baru membina rasa, yang baru mencipta bahagia. Sedang belajar dari perkahwinan ibu bapa mereka dan menjadi guru terbaik untuk mendidik mereka.

“Walau apa pun terjadi, sakit susah perit setiap seuatu harus dikongsikan dengan Luth, ingat ya Hannah.”

“Hannah ingat Luth, sama untuk Luth juga. Luth, Hannah akan cuba jadi isteri yang baik, kalau Hannah salah Luth betulkan la ya.”

“Iya Hannah. Hannah nak rehat ke. Kejap lagi Luth kejut, kan time macam ni Hannah selalu tido.”

“Ishhh Luth ni, masa tu Hannah sandar dekat dinding kan Luth yang tarik Hannah. Hari ni jangankan bahu seluruh Luth dah boleh Hannah sentuh tau.”

“Amboiiii…dah tido la ya.”

Hannah malu dengan ungkapan sendiri. Dia segera memejamkan mata. Tangan masih bersatu dengan tangan milik Luth Luqman.

Perkahwinan dibina dengan rasa percaya dan rasa cinta. Namun andai percaya yang digugash mampukah ia dipertahankan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience