TAKDIR 8

Romance Series 33778

“Awak kita jadi kan makan kejap lagi?”

Hannah masih ragu-ragu untuk pergi makan dengan Luth Lukhman. Bukan kerana tidak percayakan lelaki tersebut namun terasa lewat pula untuk berjalan keluar dan masuk semula.

“Jadi la, sekejap je pun. Awak tak percaya kan saya ke Hannah?”

“Percaya la. Kita pegi yang dekat-dekat je ya.”

“Iyaaa yang dekat je.”

“Jom la gerak terus. Nanti tak sempat nak solat pulak.”

Luqman pulak yang kalut lebih dari Hannah. Telefon Hannah masih tidak berhenti berbunyi. Lepas call tak berjawab, masuk whatapp bertubi-tubi.

“Hannah nasi goreng ok tak?”

“Ok ja apa pun boleh.”

Luth Luqman memandang Hannah yang penasaran. Keluhan kecil keluar dari bibir Hannah sesekali.

“Esok kalau dia datang nak jumpa awak bagitahu saya. Saya tunggu dari jauh. Ingat tau saya kawan awak yang takkan putuskan hubungan persahabatan.”

Hannah memandang wajah Luth Luqman lama. Dia akhirnya angguk.

——————————————

Hisyam tidak senang duduk, dia harus segera berangkat awal pagi. Dia mesti jumpa dengan Hannah. Rugi kalau dia hilang wanita sebaik Hannah. Sekurangnya bukan kerana wani ta seperti Nurul. Sekali lagi dia menghina Nurul dalam hati, seolah dia yang terpaling mulia.

Pagi itu Hannah masih terasa berat kepala, tidak henti memikirkan Hisyam dan dirinya. Namun renungannya diganggu oleh sms seseorang.

‘Sayang, saya tunggu depan kampus lagi 15minit. Saya tunggu sampai awak keluar.’-

‘Saya sakit kepala. Malas nak keluar.’- Hannah Sayang

‘Saya tunggu sampai awak keluar.’-

Hannah dah padam nombor telefom Hisyam. Takut diri akan terus hubungi Hisyam lagi. 12 minit kemudian nombor yang sama hubungi lagi. Bertalu-talu. Hannah mundar mandir didalam bilik. Dia tahu hari ni Hisyam akan balik ke kampus.

Hannah masih fikir sama ada mahu pergi berjumpa dengan Hisyam atau tidak. Dia menghantar pesanan ringkas kepada Luth. Seperti dijanjikan.

Hannah gelisah ketika berjalan, namun kelibat Luth Luqman menenangkan sedikit hatinya. Waktu pagi yang sepatutnya mendamaikan tidak mampu tenangkan hati Hannah saat ini.

“Sayang, lama Syam tunggu tau. Kenapa lama sangat? Muka monyok ja ni.”

“Nak apa? Saya dah bagitahu saya sakit kepala kan. Kenapa la awak susah sangat nak faham.”

“Amboi sayang kenapa ni. Pandang la muka saya ni.”

Mata Hannah sudah hilang semua cinta yang ada. Bukan hanya sebab kecurangannya Hisyam, namun terlalu banyak Hannah memendam rasa.

“Awak cakap ja nak cakap apa. Saya malas dah nak tunggu-tunggu. Keputusan saya muktamad dah. Tak yah pujuk-pujuk lagi. Benci dah nak dengar.”

“Saya tak dak apa-apa ngan Nurul tu. Betul ni. Awak percayakan saya kan?”

“Saya menyesal percayakan awak. Lama dah saya rasa awak tak jujur dengan saya, tapi saya tetap memilih percayakan awak. Jangan datang sini lagi.”

“Ka awak yang ada jantan lain. Bukan main eh buat keputusan sendiri. Selagi saya tak cakap kita putus kita tetap tak akan putus.”

Hisyam masih berdegil dengan keputusannya. Hannah semakin meluat.

“Awak nak buat apa ikut suka awaklah. Saya memang tak mahu ada apa-apa lagi dengan awak. Saya pergi dulu. Banyak kerja lagi nak buat.”

Hisyam menarik kasar tangan Hannah yang cuba pergi darinya.

“Sakitla awak. Lepas la tak malu ka ramai orang sini.”

“Tahu pun sakit, yang awak sakitkan hati saya boleh pulak. Cakap betul-betul dengan saya, sapa jantan tak guna tu.”

“Heiiii jangan main tuduh-tuduh ya. Awak yang ada hubungan dengan Nurul tu. Buat-buat salah saya pulak. Bijak eh. Lepaskan saya atau saya jerit.”

“Jeritla sayang… awak yang malu. Saya bukan belajar kat sini pun. Lagipun awak ni saya punya Hannah. Awak nak saya cakap kat semua orang yang awak dah ditebuk tupai.”

Hannah memandang wajah Hisyam. Tergamaknya dia cakap macam tu. Bisikkan Hisyam dapat didengari oleh Luth Luqman. Lelaki jenis keparat mana la yang Hannah berkawan ni.

“Tolong lepaskan saya Hisyam. Sampai hati awak kan. Saya tak tahu dah nak cakap macam mana lagi bagi awak faham. Awak curang dan saya tak boleh terima. Balik awak fikirla. Saya benci awak sangat-sangat. Tolong la jangan pujuk-pujuk dan beralasan lagi.”

Benci? Hannah cuba leraikan pegangan tangan Hisyam. Perlahan Luth Luqman mendekati kedua mereka. Dia tidak menegur cukup sekadar mahu Hisyam tahu yang ada orang sedang melihat.

“Wei mamat sengal, apasal ni dekat sangat dengan kami. Bila couple nak sembang boleh tak takyah nak menyibuk sangat. Kau pergi main jauh sana.”

Hisyam yang sakit hati tengok dia mendekati mereka. Meyibuk jenis apa la ni.

“Ehhhh sini takdak tulis apa-apa pun kata tak boleh duduk sini ka apa.”

Hannah memandang wajah tak bersalah Luth Luqman. Hisyam melihat pandangan Hannah kepada lelaki tersebut.

“Entah-entah ni jantan yang ganti saya tu tak.”

Belum sempat Hannah membuka kalam Luth terlebih dahulu membuka ayat.

“Saya tak tahu hubungan awak dengan dia macam mana. Tapi kalau awak tak boleh nak hormatkan perempuan macam ni saya dengan rela hati nak nasihatkan gadis baik ini supaya tinggalkan awak. Banyak lagi lelaki lain yang lebih layak untuk dia.”

“Kurang ajar kau kan, nak mampus agaknya.”

Hisyam mencekak baju Luth Luqman. Hannah masih diam tanpa bicara. Kepalanya masih sakit. Terasa mahu demam.

“Saya mungkin kurang ajar, tapi dengan orang macam awak ni la.”

Luth Luqman menarik tangan Hisyam yang mencekak bajunya. Dia menarik lengan Hannah dan bawa lari membawa Hannah pergi dari situ.

“Siallll. Kau memang nak mampus dengan aku Hannah. Kau ingat aku senang-senang nak lepas kau ka ha.”

Hisyam menggengam tangannya. Sial!!!!! Jeritan Hisyam masih mampu didengari.

“Kejap Luth saya penat. Kepala macam nak pecah ja ni.”

“Sory awak. Saya niat nak tolong awak ja tadi. Awak okay tak ni?”

“Saya memang sakit kepala dari tadi lagi. Tapi dia paksa jumpa jugak-jugak.”

Luth menarik lengan Hannah untuk duduk dibangku batu berdekatan.

“Kita duduk sini dulu, awak duduk saya pergi beli air dengan ubat.”

Hannah hanya mengangguk. Serabut fikir assignment belum siap lagi sikit. Esok ada kelas. Kepala Hannah betul-betul sakit.

“Awak makan roti ni dulu lepas tu makan panadol ni ok.”

Luth Luqman kembali tidak dengan air oren dan panadol.

“Terima kasih Luth. Sory susahkan awak.”

“Ish awak ni jangan macam tu. Makan dulu baru makan panadol tu.”

Hannah makan roti dan makan panadol yang Luth Luqman beli. Terasa diri dipedulikan.

“Saya sepatutnya tak terima permintaan dia untuk jumpa tadi. Menyesal sangat-sangat. Kalaulah saya tak fikir yang dia pernah jadi kawan dan seseorang yang penting untuk saya memang saya tumbuk ja dia.”

“Sabar Hannah, dia dah tak tahu nak buat apa tu lepas awak cakap nak berpisah dengan dia. Awak buat keputusan yang betul tinggalkan lelaki macam tu. Lepas ni kalau nak bercinta kaji la baik-baik.”

“Awak tahu tak Luth, patutnya lepas apa abah buat dekat mama dulu saya patutnya sedar lelaki semua memang tak guna.”

“Bukan semua macam tu Hannah. Cumanya terkadang Allah temukan kita dengan orang yang salah untuk sedarkan kita.”

“Ya saya selalu fikir macam tu Luth. Tapi akhirnya tengok apa yang dia buat dekat saya. Dia gamak cakap dia dah sentuh saya. Bangsat sungguh dia.”

“Apa yang penting Hannah, semua benda tu tak betul. Dah jom saya hantar awak masuk dalam. Larat tak nak jalan.”

“Larat ja, eh macam mana awak ada dekat situ tadi.”

“Awak text saya kan tadi, remember?”

Luth agak bimbang dengan tingkah laku Hannah. Seolah-olah dia tidak berada dalam keadaan sedar.

“Jom kita jalan perlahan-lahan masuk dalam ok. Kalau awak tak ok bagitahu saya.”

Hannah diam bangun dan terus mula berjalan. Kepalanya masih berdenyut. Panadol memang tak mampu hilangkan migrain. Hannah hanya mahu baring sahaja. Letih dengan rasa benci kepada lelaki.

ORANGE BORAHAE - Maaf atas kelewatan. Terima kasih sudi baca percubaan saya. Mohon komen sebarang salah dan silap ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience