TAKDIR 18

Romance Series 33778

Hannah dan Luth Luqman sama-sama masih berkira-kira mahu bercerita tentang keluarga mereka. Dia tidak mahu satu apa rahsia pun yang bakal jadi penentu arah tuju hubungan yang baru saja dibina ini hancur.

“Aduhhh beratnya kepala awak ni Luth, senget habis tudung saya ni.”

Menutup malu saat Hannah tersedar, dia rasa kepalanya ditindih kepala Luth Luqman. Jadi berpura-pura mengata Luth.

“Yela kepala saya ja yang berat kan, kepala awak ringan macam bulu burung.”

Memulangkan paku buah keras kepada Hannah, sengaja mengusik isterinya itu. Tangan mereka masih tersulam. Sekali pun Luth tidak rungkai.

“Hannah tahu kan Luth sekarang keja part time.”

“Tahu, Hannah ingat nak buat part time juga la. Boleh tak?”

“Jangan la macam tu Hannah, mama tahu nanti dia cakap Luth menyusahkan Hannah. Nanti Luth cerita dengan Hannah ok sebab Luth boleh buat part time tu.”

“Hannah cakap ingat ja la buat. Kalau buat pun boleh buat yang online.”

“Dah…jangan fikir lagi. Luth ada kan. Hannah ingat tau walau apa jadi, perkara pertama datang mengadap Luth dengar apa Luth cakap dulu. Luth akan buat benda yang sama.”

Entah kenapa berulang kali Luth Luqman memberikan pesanan perkara yang sama.

“Iyaaa Hannah akan buat macam tu. Jangan la risau.”

Hannah memegang belakang tapak tangan Luth Luqman. Dia tahu ada sesuatu yang Luth Luqman belum ceritakan.

“Sekarang iyakan ja semua, nanti kalau berlaku apa-apa ingat jangan biar emosi tutup habis pesanan Luth ni.”

“Hai Luth, macam nak buat salah sungguh-sungguh sangat ni.”

Pelik dengan ulah dari suaminya, Hannah sengaja berseloroh begitu.

“Kadang, bila dah kawin ni lagi la senang syaitan nak masukkan jarum. Masa kita tengah berkawan tak ada pulak.”

Persimis gayanya tu. Hannah hanya mengiakan sahaja. Dia sendiri tidak tahu akan datang ujian apa yang akan mereka tempuh. Namun sekurangnya dia sudah berjanji pada dirinya untuk lakukan apa yang Luth minta.

“Luth, dekat Amirul nanti Luth bagitau tak pasal kita.”

“Kawan-kawan dekat kita bagitahu. Bagi Luth tak ada sebab nak rahsiakan sangat. Cumanya Luth minta masa untuk terus terang dengan family Luth.”

“Okay baguslah macam tu.”

Luth Luqman mengeluarkan sesuatu dari bag galasnya. Sebuah kotak baldu berwarna merah jambu dibuka dan Luth Luqman mengeluarkan sebentuk cincin berwarna putih berbatu kecil.

“Hannah, kali pertama Luth tengok cincin ni buat Luth teringat Hannah. Dengar macam klise kan, tapi nanti Luth bawa Hannah pilih sendiri yang Hannah berkenan.”

Mata Hannah berkaca, dia terasa seperti dirinya dihargai walau baru sehari bergelar isteri kepada lelaki yang masih sahabatnya petang kelmarin.

“Cantiknya Luth, terima kasih sudi hadiahkan Hannah cincin ni. Hannah tak mau yang lain dah. Cantik sangat terima kasih Luth.”

Hannah tersenyum walau matanya berkaca. Luth menyeka airmatanya yang belum gugur. Wajah Hannah jenis yang minta kita belai walau dia tidak minta. Luth pandang wajah itu dari hari pertama mereka sekelas.

“Alhamdulillah Hannah suka. Warna putih dan batu kecil tu buat Luth teringat sama macam Hannah, polos ja.”

“Hannah tak beli pun cincin untuk Luth, nanti kkita beli ya.”

Rasa bersalah Luth masih sempat belikan cincin walau dalam kekalutan awal pagi tadi.

——————————————

Luth menghantar Hannah hingga Hannah sampai depan pintu asrama perempuan. Sebelum turun dari grab tadi Hannah dah salam dengan Luth. Debaran didada kini semakin menggila. Orang pertama yang kena tahu adalah Izzah.

“Saya jalan dulu ya Hannah. Esok kita jumpa dekat kelas. Kalau Hannah ada apa-apa terus bagitahu kita jumpa dekat library okay. Luth akan cari cara untuk kita duduk sama-sama.”

“Baik Luth, Hannah faham. Baik-baik jalan. Nanti apa-apa call tau.”

Hati yang baru sahaja ditanam benih cinta kini semakin berakar. Hannah senyum dan Luth Luqman juga sama.

“Assalammualaikum roomate. Buat apa sampai tak panggung kepala pun aku masuk.”

“Pelik sangat ni roomate, kau dengan Man apa cerite?”

“Aku dah kawin dengan dia.”

“Hannah!!!!!! Gila cakap betul-betul la…”

Terkejut, rasa macam Hannah tipu namun dia kenal Hannah bukan seorang penipu.

“Betul la aku dah kawin dengan dia.”

Rahang Izzah seakan tidak lagi berada pada paksinya. Ternganga sepanjang waktu Hannah bercerita. Matanya berkaca mendengar cerita Hannah. Bahu sahabatnya itu dipegang.

“Kuatnya kau Hannah. Ape la aku buat sebagai sahabat pada kau ni. Mesti perit kan bila aku selalu sebut tentang abi aku.”

Izzah mengesat airmatanya. Nasib baik lelaki itu Luth Luqman. Dia memeluk Hannah erat.

“Mujur lelaki tu Luqman kan. Aku tak sangka sungguh balik cuti dua hari terus kau kawin.”

“Dia okay ke Hannah?”

“Dia tak bantah langsung masa ayah aku paksa aku kawin dengan dia. Bagi aku ni bukan cerita main-main. Kawin kot kan.”

Seperti Hannah, Luth Luqman juga sedang membacakan kisah satu hari yang panjang kepada Amirul.

“Kau dah kawin dengan Hannah Man? Tak bagitahu aku pun.”

Sama seperti kekasih hatinya berita dia dan Hannah sudah sah menjadi suami isteri diterima dengan rahang terbuka.

“Ni aku bagitahu la ni.”

“Kau tak bantah langsung ke masa ayah dia suruh kawin.”

“Aku tak tergamak conteng arang lagi dekat muka mama dia. Padahal Hannah suruh aku lari balik ja malam tu. Aku memang terima pernikahan ni sebab aku kesiankan mama dengan Hannah, bayangkan aku blah ja malam tu apa la jadi aku tak dapat bayang. Ayah dia bukan jenis ayah yang biasa kita kenal yang tipikal. Aku tak tahu kisah tapi ayah dia bukan yang mudah nak hadap.”

“Apa pun tahniah la, nanti kita keluar makan sama okay. Buat majlis kecil untuk kau dengan Hannah.”

Dia tak tahu mahu memberikan respon macam mana. Terkejut dan tidak sangka. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang tentukan. Amirul lafazkan takbir berulang kali didalam hati.

“Man, malam tu lepas kawin kau tido mana?”

Wajah Luth Luqman merona merah. Namun dia keraskan agar tidak nampak ketara pada Amirul. Biadap punya soalan.

“Aku tido rumah dia la lewat dah lepas akad nikah tu. Aku bagi 90 ringgit ja maskawin dekat Hannah.”

“Pandaila kau ubah topik ke maskawin kan. Sebaik-baik wanita solehah adalah yang rendah maskawinnya.”

Sempat juga dia berikan hujah kepada sahabatnya itu.

“Iya aku tahu tu Mirul. Hantaran apa pun tak ada. Sian dia kena kawin macam tu.”

Lelaki jenis apa dihadapan dia kini, susah nak jumpa lelaki bertimbang rasa macam ni. Nampak macam Hannah yang patut dikesiankan. Tapi dengan sikap Luth Luqman nescaya Hannah akan memnajdi wanita paling beruntung.

“Jadinya kan Man, kau dengan dia tido sama la malam semalam.”

“Ish kau ni tak habis soal tu. Jangan nak fikir yang bukan-bukan. Dah telefon kau dari tadi berdering. Sah la tu mesti Izzah, pergi la sembang dengan dia bagi lega hati dia tu mesti tak sabar nak luah dekat kau.”

“Assalammualaikum sayang, tak menyempat sampai 4 kali dah call ni.”

Tak menyempat dah Izzah nak juga mengomel dengan si Amirul.

“Awak, awak, awak diorang dah kawin.”

“Iya diorang yang hanya berkawan sahaja dah kawin. Kita je belum lagi.”

“Ohhh awak dah tahu eh, mestilah kan sebab Man kawan baik awak. Mirul awak dengar tak ni.”

“Dengar, saya tak sempat nak balas apa pun awak cakap Izzah.”

Macam mesingan ja dia punya terjah.

“Awak, Man tu ok kan awak?”

“Sayang…. Kalau nak diberikan anugerah manusia yang beruntung, maka awak berilah anugerah tu pada roomate awak tu. Lelaki yang bernama Luth Luqman ni sangat susah saya nak cari sikap negetif dia. Saya pun tak sebaik dia. Harap apa yang kita nampak itulah diri dia.”

“Lega saya dengar Mirul. Kita je belum ada ura-ura nak kawin kan.”

Sengaja buat-buat sedih. Padahal memang belum ada niat nak kawin lagi.

“Izzah, nampak Hannah ok dok?”

“Okay sangat, tapi masa dia sebut nama ayah dia muka tu memang macam benci sangat dekat ayah dia.”

“Biar dia lega dulu la, nanti kita bawa diaorang keluar makan. Buat majlis kecil untuk diaorang. Malam ni lepas magrib teman Mirul pegi beli hadiah kawin untuk diorang.”

“Haah kan kita tak de beli apa. Sebab kita tak tahu ye tak. Ok kejap lagi ok. Ok awak nanti kita sembang lagi. Hannah dah nak masuk dah tu lepas dia mandi.”

Izzah mematikan panggilan dengan senyuman, bahagia dengar sahabat sebiliknya sudah berkahwin. Kawan sekelas dia ada dua tiga orang sahaja yang rapat dengan dia.

“Roomate, jap lagi aku keluar kejap dengan Mirul, kau nak pesan apa-apa bagitau je.”

“Tengok la nanti macam mana, aku nak pegi library je kot jap lagi.”

“Ishh macam ada saka dekat situ kan, suka sungguh kau kesana.”

Izzah berbeza dengan dirinya, dia memang sangat suka ke perpustakaan. Izzah pula suka study dalam bilik.

“Tenang sana, aku kalau nak lagi tenang aku masuk je dalam bilik study dia.”

“Kau dah solat ke ni, tahu nak keluar je ya.”

“Amboiii belum azan pun lagi kan.”

Mereka sudah biasa saling menegur, memang tidak pernah terasa hati atau terasa diri lebih baik dari diri masing-masing. Salah tetap kena tegur.

Selesai solat, Hannah bersiap ala kadar untuk ke perpustakaan. Dia menghantar pesanan ringkas kepada Luth Luqman. Meminta izin sebenarnya.

“Hannah, saing sekali la jalan keluar.”

“Kau tudung belum pakai lagi, aku gerak dulu la roomate.”

“Sampainya hatimu wahai sahabat.”

Memang tak berkesan nak suruh tunggu, malu la tu nak jalan sorang kejap lagi. Sebab dia bersiap sahih stylo. Kalau jalan dengan Hannah kurang malunya.

“Ala… aku kejap lagi balik dari library sorang ja tau. Kau tak pa la ada orang temankan.”

“Kau lagi ada suami terus.”

Hannah terus berlalu dalam senyum. Dia berjalan tanpa melihat kiri atau kanan, masih redup dan cerah sebenarnya walau waktu maghrib sudah berlalu 20minit yang lalu.

“Hei, Hannah terlepas dah tu pintu library. Tengok apa la sampai tak perasan.”

“Ehhh, Assalammualaikum Luth.”

“Waalaikumsalam wahai isteri. Lamanya la dari masa mesej Luth tu baru sampai. Yang Luth ingat Hannah dah sampai sini tadi.”

“Masa mesej tu baru nak solat, lepas tu terus siap. Time nak keluar Izzah halang suruh tunggu dia, dia segan la tu nak jalan sorang-sorang.”

“Adoi macam-macam la roomate awak tu.”

“Girlfriend kawan baik awak kan Luth. Lama tak Luth tunggu, tak bagitahu pun nak ikut sekali.”

Tersenyum-senyum Hannah apabila mendengar suara Luth menegurnya tadi. Bahagia dirasakan ada yang menunggu dia, ada yang peduli tentang dia.

“Ishhh sapa kata nak ikut, nak temankan ja. Dah jom masuk. Dapat jumpa isteri Luth ni dua tiga jam pun jadila. Biar ada depan mata tak risau fikir sangat.”

Dup dap dup dap jantung Hannah kehilangan rentak. Namun kakikanya terlebih dahulku melangkah, bimbang reaksi wajah tercermin apa yang dia rasakan saat ini.

“Hannah letak buku dalam bilik 10 hari ni Luth. Kejap lagi Hannah datang balik, cari buku jap.”

Hannah berbisik, luth terus berlalu ke bilik 10, bilik perasingan di perpustakaan ada 10 buah semuanya, sesuai untuk study group yang tak ramai. Sempit sahaja biliknya. Namun didalam bilik itu mereka boleh bersembang.

“Ambik buku apa ja tu Hannah.”

Luth Luqman terus bertanya demi sahaja melihat Hannah masuk. Hannah mengambil tempat berhadapan dengan Luth Luqman.

“Buku matematik kejuruteraan. Banyak la Hannah tak faham. Nak cuba rujuk tengok mana tahu boleh faham.”

“Tak faham yang mana nanti Luthn boleh ajar Hannah. Jangan risau ok.”

Luth meneruskan pembacaannya, sesekali dia melirik kearah Hannah yang sekejap buka buku itu sekejap buka buku ini. Apa la yang dia tak faham agaknya tu.

“Hannah sayang, tak faham yang mana, tunjuk dengan Luth.”

Hanya 5cm sahaja jarak wajah mereka saat itu. Luth mendekati Hannah tanpa Hannah sedar.

“Errr ni soalan ni, pembezaan dengan kamiran ni apa yang susah sangat nak faham entah.”

“Itu normal, hari ni Luth ajar pembezaan dulu esok Luth ajar kamiran pulak ok.”

Suara Luth Luqman sangat mendamaikan, lembut bicara berjaya membunuh tumpuan Hannah. Hannah memalingkan wajahnya kearah Luth Luqman. Dia berani bertentang mata dengan lelaki itu.

“Hannah, boleh Luth teruskan apa yang Luth rasa sekarang?”

Hannah diam, Luth merapat namun mematikan niatnya untuk menyatukan bibirnya dengan bibir Hannah. Dia takut dengan rasa sendiri. Hannah faham namun sengaja buat-buat tidak faham, dia juga rasakan yang sama.

“Kenapa sejuk sangat tangan Hannah ni, nah pakai jaket Luth ni dulu.”

“Tapi kan Luth pakai lengan pendek. Hannah tak pa pakai lengan panjang.”

Mana tangan tak sejuk, dia kini boleh bersentuhan dengan Luth bahagian mana sekalipun. Tiada halangan jika Luth mahu lakukan apa jua kepada dia sekali pun. Debaran sangat menggila, Luth memilih untuk teruskan dengan bahagian yang Hannah tak faham tadi.

Pilihlah laluan mana sekalipun, tiada satu apa bakal berjaya untuk menggugah lelaki bergelar Luth, adakah Luth bernasib baik menerima Hannah sebagai surinya. Siapa lebih beruntung, Luth atau Hannah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience