Mama, esok Hannah balik dengan bas tau.”
“La…bukan balik lusa ke Hannah.”
“Hannah belum siapkan assignment Hannah. Lagi dua, yang tu yang group. Dah janji balik kampus awal sehari.”
“Esok Hannah masak dulu tak sebelum balik?”
Macam biasa, ibunya akan bertanyakan soalan yang sama. Kalau boleh segalanya Hannah yang galas. Dia memahami. Tidak pernah bangkang dengan apa sahaja permintaan yang tidak bercanggah dari ibunya.
“Hannah masak dulu mama, nak bawak bekal balik sana sekali.”
Hannah sudah siapkan sambal bilis yang hendak dibawa pulang ke kampus dan untuk Hisyam sekali. Sekali dengan untuk ‘KAMAL’. Entah ya entahkan tidak. Hannah pun tak tahu mahu percaya atau tidak.
Hannah menghubungi Hisyam namun tidak berjawab. Inilah yang paling dibenci Hannah. Sms wasap call semua lambat jawab. Bosan dengan ulah Hisyam.
Ting, pesan whatapp masuk. Whatapp boleh pulak. Call tak jawab. Mana la Hannah tak fikir yang bukan-bukan.
‘Hisyam- Awak, saya ambil kejap lagi ya, ada hal kejap’.
‘Hisyam- Awak keluar hantar kat depan ni tau.’
‘Hannah- okay.’
Hannah terdiam, sekarang sudah lewat petang, sekejap lagi tu malam la jawabnya. Sanggupnya dia suruh Hannah jalan malam-malam keluar dekat depan simpang tu. Sabarlah wahai hati.
Usai solat isyak baru Hisyam mesej Hannah bagitahu suruh keluar hantar. Hannah berjalan keluar dan menunggu Hisyam, hampir setengah jam baru nampak kelibat Hisyam.
“Sorry sayang, repair motor tadi. Lambat pulak siap.”
Hannah tahu Hisyam bohong, namun dia tidak mahu memanjangkan apa-apa. Dia hanya menyimpan sahaja apa-apa didalam hati. Kelak saat tidak tahan baru dikeluarkan.
“Esok pukul berapa balik sana?”
“Pukul dua macam tu saya keluar rumah.”
“Esok saya hantar awak pergi bus stop.”
“Okay esok lepas zohor awak bagitahu saya.”
Hannah mengucapkan selamat tinggal kepada Hisyam, seolah-olah selamat tinggal yang terakhir.
Hisyam agak terkejut dengan cara Hannah mengucapkan kepadanya. Dia menarik tangan Hannah sebelum sempat Hannah pergi.
“Kejap sayang, awak marah saya ke ni?”
“Awak tak buat salah, buat apa nak marah.”
Hannah memang begitu, kalau ada yang salah dengannya, dia tidak akan bagitahu. Fikir-fikirkan sendiri.
“Awak, saya kena balik, bag belum kemas lagi. Lagipun dah lewat. Nak jalan masuk BAHAYA malam-malam.”
Sengaja Hannah tekankan bahaya tu supaya Hisyam hadam bahawa apa yang dia suruh Hannah buat ni salah.
“Haah la, tak perasan pulak saya, awak jalan masuk dulu. Saya tengok dari sini.”
“Buat apa kalau sekadar tengok dari sini, tadi saya keluar sorang-sorang je.”
“La…kenapa tak bagitahu awak takut atau tak boleh.”
“Tak pe la Syam, benda dah jadi.”
“Jadi awak marah la ni.”
“Tak, saya tak marah.”
Hannah mengelak dari memandang mata Hisyam. Malas sangat-sangat. Tawar sangat-sangat.
Hannah terus berlalu pergi. Hatinya semakin tawar. Namun dia sayangkan Hisyam. Segala pahit masih sanggup ditelan. Entahlah berapa lama dia dapat bertahan.
“Bye sayang. Esok awak bagitahu ya pukul berapa saya kena ambik awak,.”
Hannah tidak jawab. Berpura-pura tidak dengar.
Sampai dirumah Hannah mengemas bag dan masukkan sambal bilis dalam bag. Esok takut lupa.
“Mama, esok Hannah keluar awal sikit la ya. Hannah masak awal sikit esok.”
“Lepas zohor la elok keluar Hannah.”
“Takpa, Hannah solat dekat bus stop ja nanti. Kalau lagi awal Hannah keluar sempat solat dekat asrama nanti.”
“Hannah balik esok dengan Hisyam kan?”
“Tak ma, esok Hannah balik sorang.”
“La, kenapa gaduh dengan dia ka.”
“Tak la ma, dia balik lewat sehari. Balik dengan motor.”
“Okay la mcam tu. Esok kita masak awal sikit.”
Hari ni rasa penat ya amat, Hannah nak berehat awal hari ni. Semuanya letih. Minda dia seolah-olah diserang pelbagai persoalan dan kebimbangan. Beg Hannah memand dah kemas awal. Sengaja menggunakan alasan itu.
—————————————————————-
Pagi tu usai sarapan, Hannah dan ibunya terus mula memasak. Hannah yang masak ibunya hanya teman.
“Mama nak makan dulu tak lepas siap ni. Hannah kenyang lagi ni, nak bawak bekal balik sana ja nanti.”
“Mama pun kenyang lagi. Kejap lagi ja mama makan dengan adik-adik kamu.”
“Ya lah ma. Hannah nak pergi mandi dah ni. Pukul 10 dah ni. Cadang nak keluar sebelum pukul 11.”
“Kalau keluar pukul 11 sempat la Hannah solat dikampus.”
“Sempat ma, solat sana ja nanti.”
“Ha pergi la mandi dulu, mama bungkuskan makanan kamu.”
“Terima kasih mama.”
Puan Nur memandang anaknya pergi. Terasa diri sangat beruntung punya anak seperti Hannah. Untung sesiapa pun yang jadikan Hannah isteri.
Puan Nur menyediakan bekal makanan buat anaknya. Hannah masak sambal ikan dan kari udang hari ni. Sambal belacan pun dah siap. Ikan goreng ja nanti dia akan goreng bila nak makan nanti.
“La…mama, kan Hannah dah bagitahu, roomate Hannah balik esok. Kenapa mama sediakan dua bekas nasi.”
“Mama tak perasan Hannah bagitahu tadi. Takpa bawa ja dua-dua sekali. Mana tahu kawan kamu yang lain ada.”
“Kak, nak Haikal hantar pergi bus stop tak?”
Tiba-tiba dari mana dia datang.
“Boleh juga, lesen kau baru lagi boleh ke nak bawak kakak.”
“Boleh la orang selalu bawak mama.”
“Okay, mana Haris, dari tadi tak nampak.”
“Ada sini la kak, takkan kak nak balik tak jumpa kita dulu.”
“Dia yang hilang, kita pulak yang tak mahu jumpa. Pandai kau kan.”
“Sini meh peluk dulu. Nanti tak jumpa dah.”
Kedua mereka berebut memeluk Hannah. Puan Nur tersenyum memandang. Hampir mengalir airmatanya.
‘Abang, rugi abang tak dapat tengok semua ni. Besar dah anak-anak kita. Hannah dah umur 19tahun, Haikal dah masuk 16tahun, Haris pun dah masuk 14tahun.’ Puan Nur monolog sendirian.
“Jom Kal, aku tak boleh lambat, nanti tak sempat solat masa sampai sana.”
“Bukannya jauh pun kak. 3 jam lebih ja sampai la sana.”
“Kau cakap senang la, memang la dekat tapi naik bas ni faham-faham la. Menyinggah lagi ambik penumpang.”
Ting..ting. Pesanan whatapp masuk ketelefon Hannah.
‘Hisyam- Sayang, saya lewat sikit tau. Awak boleh tunggu tak.”
‘Hisyam- Saya ada hal sikit, repair motor jp.”
Alasan yang sama Hisyam tulis. Hannah tak buka pesanan tersebut namun belum sempat dibuka Hisyam memadam pesanan kedua tadi.
Ting.
‘Hisyam- Saya teman ibu beli barang.”
‘Hannah- Saya nak pergi dah ni, Haikal hantar. TC.’
‘Hisyam- Okay, sampai bgtahu.’
‘Hannah- :)
Hannah memandang pesanan yang Hisyam padam tadi. Dia mengeluh. Itu saja yang dia balas. Tak rasa bersalah atau macam mana ni. Serabut kepala fikir.
“Hannah, kenapa ni. Okay tak ni. Mama dengar kuat sangat keluhan tu. Kalau ada hal apa-apa bagitau mama.”
“Hannah okay ma. Jom Kal.”
“Haikal, kejap lagi tanya kakak kamu kenapa tadi tu.”
Sempat mama berbisik pada Haikal. Dia memang tahu ada yang tidak kena.
Hannah salam dan peluk ibunya lama. Dua minggu lagi baru dapat jumpa ibunya.
———————-> ORANGE BORAHAE
- MAAF ATAS KEKURANGAN. SAYA MASIH MENCUBA DALAM MENULIS. BICARA HANNAH MUNGKIN TIDAK SELANTANG GADIS LAIN. NAMUN DARIAWAL HANNAH SELALU TAHU KEHENDAK HATINYA. PERCUBAAN KEEMPAT SAYA. MOHIN KOMEN MEMBERIKAN PANDANGAN YA TERIMA KASIH. DALAM KITA MENYULAM BAHAGIA, TERNYATA ADA INSAN YANG MASIH MENCIPTA DERITA.
Share this novel