Awak, hari sabtu ni kita buat sekali la ya Hannah assignment yang hari ni dapat tu.”
“Eh bukan individu ke yang tu?”
“Yela tapi kita buat sama-sama la. Ke awak balik minggu ni.”
“Saya tak balik la Luth, mana boleh balik tiap minggu.”
“Ha nanti kita roger la ya.”
Nak ikutkan walau dia dan Luth rapat namun dalam kelas Luth Luqman masih orang sama. Dia tetap diam. Sesekali baru dia bercakap dengan budak kelas. Watak nerd tu memang tak sama macam yang dia hadap selalu.
“Assalammualaikum roomate, kau tapau nasik belum? Aku jap lagi malas keluar dah sebab nak angkat kemas baju.”
Tabiat si Hannah ni kan memang dia tak mahu basuh masa hari cuti. Sanggup basuh dan angkat sebelum pegi kelas tadi. Berlainan dengan Izzah yang seronok berubut penyidai dengan orang seangkatan dengannya.
“Waalaikumsalam, aku tapau dah tengah tunggu kau balik bilik kita makan sekali.”
Seperti kebiasaaan kelas hari jumaat terpaling sedikit namun terpaling biadap waktu dia. Petang wei kelas dia. Dah la sejenis Lecturer yang tidak akan menukarkan waktunya.
“Esok aku pegi library tau dengan Luqman. Kau nak ikut tak?”
“Memang tak la aku esok baru nak basuh baju bagai. Petang kot kalau aku nak keluar pun.”
“Roomate, kau dengan Luqman tu tak ade rasa feeling-feeling ke?”
“Sahabat ja wei janji dia macam tu. Aku memang tak la Izzah. Serik sangat dah aku.”
Memikirkan itu baru dia ingat sudah dua tiga hari Hisyam tidak menghubungi dia. Sejak kejadian minggu lepas lagi.
——————————————
Pagi sabtu tu usai sahaja solat subuh Hannah terus sarapan dengan biskut kering dan teh. Izzah lepas subuh tadi tidur semula. Subuh pun selewat-lewatnya dah tadi ni. Hannah menghubungi ibunya.
“Assalammualaikum mama, jap lagi Hannah keluar pegi library dengan classmate tau.”
“Waalaikumsalam, mama baru je sembang dengan Haikal pasal kamu. Solat subuh tak tadi Hannah?”
“Solat ma, sembang ape pasal Hannah tu mama?”
“Sembang la rindu dengan kamu, hari tu mama dengar suara kamu macam demam tapi Haikal pesan jangan risau kakak ok je tu kalau dah dia kata ok.”
“Itu katanya mama pun ikutkan je la. Kamu betul ok kan Hannah. Jangan diam tak bagitahu apa-apa dengan mama tau.”
“Hannah ok la ma. Mama Hannah nak keluar jap lagi tau. Balik Hannah call mama balik.”
“Dengan sapa Hannah nak keluar tu. Pegi baik-baik nanti apa-apa call mama atau Haikal.”
“Okay mama, dengan classmate. Pegi library ja ma, lepas tu mungkin gi makan kot.”
Masa dia kena migrain teruk tu pun dia tidak bagitahu mamanya. Sebolehnya tidak mahu mama risaukan dirinya. Dengan nak fikir kerja lagi, anak-anak lagi.
Tepat jam 9.30 pagi Hannah bersiap untuk ke perpustakaan. Janji dengan Luth pukul 10 namun Hannah nak keluar awal sikit untuk cari buku.
“Izzah aku pi dulu tau. Kejap lagi kalau nak pesan apa-apa bagitau aku ok.”
“Hurmmm aku malas betul la hari ni roomate. Kalau aku nak pesan makan ke ape boleh ke?”
“Boleh la roomateku sayang. Aku pegi dulu tau.”
Dari bilik dia ke perpustakaan tak sampai 10 minit pun. Setelah jumpa buku yang dia tengok sinopsis semalam terus dia mencari tempat biasa dia.
“Ralit sungguh la dia renung buku tu, tak bagitau kat saya pun awak nak datang awal. Kalau tahu saya keluar awal juga tadi ni.”
Lama juga tadi Luth Luqman memandang Hannah sebelum menyapanya.
“Ehhh ni awak awal jugak ni baru 9.58pagi. Duduk la awak saya tadi cari buku dulu kejap yang nak pinjam.”
“Awak bawak tak kertas kosong?”
“Bawak, kenapa awak lupa ke?”
Luth tersenyih macam kerang. Sabar ja la. Dia yang ajak dia yang lupa.
“Nah ni, dah jom buat dulu sat lagi kita bincang mana yang tak faham. Boleh?”
“Ermmm rasa macam tak paham dari mula ja ni. Soalan no satu pun tak faham dah.”
Luth ajak Hannah sebab dia memang tak tahu buat subjek ni. Lemah sungguh kalau ada soal debit kredit ni.
“Ok kejap saya tulis dulu baru terang okay.”
“Time sekolah dulu sanggup tak pilih kelas akaun punya nak elak benda ni, sebab last belajar masa Kemahiran Hidup tu ada sikit tajuk yang kena guna buku lejar tu tak leh buat langsung.”
“Awak ni Luth simple ja ni kan, bukan macam akaun pun. Meh sini saya ajar.”
Hannah dekatkan kertas untuk ajar Luth, Luth tertegun sebentar dengan rapatnya Hannah dengan dia. Dapat dihidu haruman dari Hannah.
“Ishhhh orang tanya ni, awak paham tak Luth.”
“Ya…yang mana satu.”
“La kenapa yang gagap pulak dah ni.”
“Dak la saya tak dengaq tadi ni. Boleh ulang dak lagi.”
“Saya belum mula lagi Luth. Dah tengok baik-baik untuk bezakan mana debit mana kredit. Kalau salah memang jawapan dari atas sampai bawah semua salah. Exam masuk tau semua ni.”
“Ya Iman Hannah, saya dengar.”
Gulp! Rindunya dia pada panggilan Iman itu. Lama sungguh tidak dengar.
“Hannah, betul tak saya tulis ni.”
“Hah apa dia, ya ya betul betul. Ok sekarang cuba buat nanti kita cek jawapan sama atau tidak okay.”
“Lepas habis buat ni kita pergi makan okay saya belanja sebab awak ajar saya.”
“Pandai la kan. Dah jom buat jangan banyak cakap sat lagi akak tu marah. Dari tadi asyik tengok awak ja.”
Luth diam sekejap cuba memahami apa yang Hannah ajar tadi. Dia dah faham serba sedikit. Terkumat kumit cuba berfikir betul atau tidak. Hampir sejam baru dia siap. Hannah membaca disebelahnya. Sesekali dia lihat Hannah senyum, lepastu serius pula. Dekat dua jam mereka berada disitu.
“Siap dah ke tu dok renung orang ja dari tadi. Tembus dah buku ni Luth.”
“Siap dah semua, betul tak Hannah.”
“Pandai… dah jom kita makan lapar gila dah ni.”
Tersenyih lagi sekali. Mereka mengemas secepat mungkin. Hantar untuk tebuk lubang dulu assignment mereka baru keluar terus nak pergi makan.
“Jap awak ada call.”
“Okay awak cakap dulu.”
“Assalammualaikum siapa ni?”
“Waalaikumsalam saya Fadil housemate Hisyam. Saya mintak maaf kacau awak tapi saya rasa awak kena tahu keadaan Hisyam sekarang.”
“Kenapa pulak dengan dia?”
Suara Hannah sedikit dingin.
“Dia dekat hospital sekarang sebab overdose.”
“Dadah ke?”
Suara Hannah dah bertukar rentak.
“Ubat tidoq. Dah berapa hari dia telan menatang tu. Saya dah habaq dekat dia bahaya. Semalam dia telan sebotoi teruih. Dia dok kata awak dah tak mau dekat dia dia tak mau nak pikiaq pasai awak sebab tu dia telan menatang tu.”
“Allahuakbar mana pi iman dia ha? Tak fikir mak ayah dia kat kampung ka?”
Suara dia tinggi.
“Awak mai sini tengok dia boleh dak Hannah. Saya tak tau dah nak pikiaq lagu mana lagi.”
“Nanti saya fikir dulu macam mana. Terima kasih sebab call saya. Assalammualaikum.”
Ikutkan hati dia nak abaikan saja setelah mendengar nama Hisyam disebut. Namun memkirkan dia pernah ada hubungan yang lama dengan Hisyam mebuatkan dia berfikir sama ada mahu pergi atau tidak.
“Hannah, kenapa tu siapa yang call. Muka tu serius ja. Ada masalah apa-apa ka?”
“Hisyam masuk hospital sebab overdose ubat tidur. Macam mana ni awak.”
“Saya teman awak kita pergi tengok dia ok. Awak nak pergi tak?”
“Patut dak saya pegi.”
“Awak tanya hati awak macam mana. Kejap saya call Mirul pinjam kereta dia.”
“Susahkan awak tak Luth?”
Luth pandang macam nak makan.
“Mirul cakap okay. Jom kita jalan keluar terus kejap lagi kita solat kot jalan. Awak ada apa-apa nak ambil dulu tak?”
“Telekung kot.”
“Kalau macam tu kejap lagi saya ambil awak dekat asrama. Awak balik bilik dulu.”
“Okay terima kasih Luth.”
“Simpan dulu terima kasih awak tu untuk nanti-nanti.”
Hannah berjalan sepantas mungkin. Izzah terkejut tengok Hannah balik awal.
“Awalnya kau balik Hannah.”
“Aku nak kena pergi dekat Hisyam la Izzah, sory tau aku tak tapau ape pun dekat kau.”
“Kau nak pegi dengan apa ni Hannah.”
“Aku pegi dengan Luqman. Ni aku balik nak salin baju dengan ambil telekung dengan sehelai baju salin kot kan mana tahu.”
“Kau pergi baik-baik tau, pasal makanan tu kau jangan risau la aku boleh suruh Mirul tapaukan.”
“Tunggu dia datang ambil kau ke ni?”
“Haah aku tunggu dia datang, pinjam kereta Mirul katanya.”
Tidak sampai 10 minit Luth Luqman sampai. Dia juga membawa baju salin, mana tahu kan.
“Jom boleh gerak dah kan.”
“Jom, jom. Kita berhenti drive thru dulu ok. Lapar la awak.”
“Ye la awak ni.”
Luth sangat senang dengan Hannah. Dia relakan segalanya untuk Hannah. Hampir jam 2 petang baru mereka sampai dekat hospital yang ditempatkan Hisyam.
“Awak ok tak ni dah drive dekat 2jam lebih dah ni.”
“Saya ok la, awak pegi la melawat dia dulu kejap lagi saya naik ok.”
Hannah mencari dimana bilik Hisyam. Dia menarik nafas panjang sebelum menjengah masuk.
“Eh kak Hannah datang la abang.”
Ingatkan teruk macam mana teringatkan dirinya itu.
“Nurul keluar kejap, abang nak cakap dengan Hannah.”
“Ermmm ok la. Akak duduk la ya. Nurul tunggu sana.”
“Mana iman awak Syam.”
“Iman saya tinggalkan saya baru-baru ni.”
Walaupun perlahan sahaja suara itu namun masih mampu buat Hannah berang.
“Jangan main-main dengan saya Syam, saya bukan bodoh tau.”
“Saya tahu sayang awak memang tak bodoh sebab tu saya sayang awak.”
“Saya tak mahu sebut semua tu, tolong la jangan buat macam ni. Berdosa tau ape awak buat ni. Ingatlah mak dengan ayah kat kampung. Penat dia orang keja nak bagi awak belajar.”
Hisyam mencapai tangan Hannah namun pantas Hannah mengelak. Dia sudah tidak punya hati lagi untuk berkata.
“Mata awak dah takde saya dah.memang awak dah tak mahukan saya lagi ke?”
“Saya nak buat ape lagi Syam. Awak yang tipu saya, curang dengan saya. Pilihan ape saya ada lagi.”
“Saya merayu dengan awak, saya nak awak je Hannah. Saya memang tak pernah cintakan orang lain lebih dari awak.”
“Itu yang salahnya Syam, awak patut lebih sayangkan Tuhan, ibu ayah awak lebih dari saya.”
“Saya nak peluang terakhir dari awak tolong la Hannah.”
“Saya dah tak kenal awak lagi Syam, kalau beberapa hari mungkin saya masih sudi bagi awak peluang, tapi dah beberapa bulan saya menjeruk rasa.”
“Saya buat ape dekat awak Hannah. Kita selalu jumpa kan. Awak nak makan saya bawakkan awak kan. Hari lahir awak saya selalu bagi hadiah kan?”
“Kalau itu ukuran dimata awak maka itulah punca kita jadi macam ni.”
“Kalau pasal Nurul pulak saya dengan dia memang takde apa-apa Hannah. Saya seronok-seronok je dengan dia. Tak pernah cinta pun. Alasan apa awak cakap saya dah lain?”
“Awak tak pernah hormat perasaamn saya Syam, awak janji tapi berapa kali awak mungkir. Awak tahu saya benci bunga tapi awak beli bunga. Awak dah lain Syam. Awak abaikan perasaan kecil saya.”
Hisyam terdiam. Hannah tak suka bunga? Haah awal kenal dulu Hannah selalu cakap dia benci bunga sebab membazir tak boleh makan dan mahal.
“Saya boleh ubah untuk awak sayang.”
“Kalau sayang itu bukan sekadar kata tentu kita tak jadi macam ni Syam. Sebab awak terlalu pandang mudah dengan saya. Awak tahu malam gelap tapi awak suruh saya keluar lewat untuk hantar ikan bilis tu. Awak tahu panas tapi awak datang lambat lepas tu marah saya. Awak nak makan tapi keluar lewat, kalau saya cakap dah makan awak marah saya.”
Luth Luqman hanya mendengar dibalik jendela. Banayk sungguh Hannah memendam rasa dengan Hisyam, patutlah dia tekat sungguh.
“Saya faham Hannah, maafkan saya. Berilah saya peluang terakhir.”
“Dalam tempoh ni dah 10 kali saya bagi awak peluang. Saya bersungguh yakinkan diri awak tak tipu saya dengan nama Kamal. Rupanya Nurul. Saya pernah cakap tak kalau awak ada orang lain bagitahu ja saya, saya akan undur diri. Jadi tak perlu ada yang jadi penipu.”
Hisyam sudah kehabisan helah. Hannah terlalu banyak hujah yang dia tidak tahu selama ni.
“Ehh, awak ka Hannah tu. Amboiii segak sunggh no. Taste hang bukan calang-calang no Syam.”
“Dia dah tak mahu dengan aku dah Dil.”
“Sebab hang tak hargai dia Syam.”
Fadil pun tahu perkara itu. Baik juga Hannah datang selesaikan kekusutan yang ada.
“Hannah, ni kawan Hannah ka? Awat dok terjegat dekat langsir tu mai sini meh.”
“Haah kawan yang tolong bawak saya datang sini.”
“Patut la Nurul tengok sape la yang segak sangat ni. Rupanya kawan akak ke.”
“Ya Nurul kawan akak. Luth, ni Hisyam.”
Luth salam dengan Hisyam. Pandangan mata Hisyam seolah dia dah bunuh Luth 10 kali dalam hatinya.
Salah siapa yang betulnya. Mungkin memang bukan jodoh mereka.
Share this novel