Chapter 23

Young Adult Completed 1349

Enam tahun telah berlalu, masing-masing sudah mencapai cita-cita sendiri. Cassee kini sedang menjalani latihan sebagai doktor pelatih dan akan mendapat gelaran doktor 2 tahun akan datang. Shae pula telah menamatkan pengajiannya di Institusi Pengajian Guru Tawau dan hanya menunggu panggilan untuk bekerja sebagai guru Sains dan juga Pendidikan Jasmani. Loretta pula, dia telah bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Walaupu kerja sebagai jururawat sangat jauh daripada cita-citanya iaitu Offshore dia tetap bersyukur dengan kejayaan yang dia kecapi. Olliver kini menjadi CEO di syarikat ayahnya dan bertanggungjawab dalam meneruskan usaha dan titik peluh ayahnya untuk mengekalkan kemasyuran syarikat mereka. Franco? Dia juga menjadi seorang guru seperti ayahnya. Dengar cerita dia sedang bersiap-siap untuk menjalani kehidupan berumah tangga bersama wanita yang menjadi kekasihnya selama 6 tahun. Tiada siapa yang tahu siapakah gerangan wanita itu. Katanya, kejutan semasa perkahwinannya. Kad jemputan juga belum dihantar secara peribadi. Danyl kini telah menjadi atlet sukan lari berpagar dan semakin dikenali di seluruh Malaysia kerana telah membuktikan kehebatannya ketika Sukan Sea. Jevonn pula masing sedang menyambung pengajiannya ke peringkat ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan awam. Akhir sekali, Laura. Dia berusaha untuk membuat perniagaan kecil-kecilan dan kini dia mendapat gelaran Usahawan Muda yang berjaya. Dia telah berjaya mengeksport barang-barang kosmetiknya ke pasaran dunia dan mempunyai jenama kosmetiknya sendiri iaitu LAURA COSMETIC. Sedikit sebanyak kami bangga mempunyai rakan-rakan yang bercita-cita tinggi dan berusaha untuk menjadi cita-cita menjadi nyata.

CASSEE menutup majalah yang dibacanya apabila telefonnya bergetar. Dia melihat nama si pemanggil. Tertera nama ‘Tengku Saesae Tye’ di skrin telefonnya.
“Wei”, sambut Cassee ala-ala Cina.
“Kau ada dapat surat jempuatankah?”, tanya Shae.
“Surat jemputan apa? Aku belum pergi tengok letter box aku”, pada waktu itu juga, pembantunya datang dengan membawa surat jempuatan yang baru sahaja diambil dan diserahkan kepada Cassee.
“Surat jempuatan dari Kiko bah”,
“Kejap aku baca. Baru aku nampak”,
“Okay”,
“Kiko mahu kahwinkah?”, tanya Cassee walaupun dia sudah tahu jawapannya.
“Ya”,
“Inda guna punya cousin bukan call terus, main surat-surat pula dia ni”,
“Jom shopping baju”,
“Bah jomlah. Kau ada dapat call dari Tatakah?”,
“Inda. Aku call no dia inda aktif dia bilang”,
“Oh bah. Inda apalah. Jumpa nanti”, Cassee menamatkan perbualan telefon dan mula bersiap. Bunyi hon kereta menunjukkan Shae telah sampai di rumah teres dua tingkat miliknya itu. Rumahnya itu merupakan hadiah hari jadinya yang ke-22 memandangkan umurnya telah 24 tahun ini bermakna dia telah tinggal di rumah tersebut seorang diri selama 2 tahun. Keluar sahaja dari pagar rumahnya dia melihat Shae menurunkan cermin keretanya yang gelap dan Shae tampak sungguh bergaya dengan kaca mata hitam dan kereta Audi TT baru kesayangannya. Shae menamakan keretanya itu Scarlett.
“Oii! Masuklah. Tengok-tengok lagi lama-lama sana”, sergah Shae. Cassee tersengih lalu menapak ke kerusi sebelah pemandu.

Stay tuned for updates every Sunday at 5pm

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience