Chapter 21

Young Adult Completed 1349

Ding dong… Bunyi loceng rehat berbunyi. Seperti yang dijanjikan, mereka semua bertemu di kantin sekolah untuk makan bersama-sama.
“Mana Saesae?”, tanya Danyl apabila melihat tiada batang hidung Shae di situ.
“Entah”, serentak mereka menjawab.
“Hello, sorry lambat. Aku buat jadual spotcheck tadi”, Shae yang baru sampai terus mengambil kerusi kosong bersebelahan Franco.
“Hmm… Panjang umur pendek leher”, kata Franco. Dia hanya memandang Shae yang telah duduk di sebelahnya.
“Kamu inda bawa Laura?”, tanya Shae apabila perasan ada yang kurang.
“Oh… Kami inda tahu mahu bawa Laura”, jawab Cassee.
“Memanglah bah mahu bawa. Bah pergi kamu panggil dia. Aku penat sudah ni”,
“Aku inda mahu. Suruh Cassee”, elak Loretta.
“Kalau ada yang pergi panggil dia aku belanja kamu semua makan”, Shae gunakan rasuah pula dah. Dasar anak orang kaya.
“Nah… Kau pergilah Ta”, pujuk Jevonn separuh arahan. Mereka tidak dapat menghubungi Laura dengan telefon kerana telefon Laura yang ditetapkan dalam mood senyap.
“Wah… Kau memang bijak Shae!”, Loretta sempat memerli Shae sebelum pergi mencari Laura. Beberapa minit kemudian Loretta datang mendekati mereka bersama Laura disampingnya.
“Nah, sampai sudah diorang”, kata Cassee.
“Bah jadi? Apa kamu tunggu? Pergilah order makanan”, kata Shae pula.
“Nice!”, sahut lelaki-lelaki itu. Mereka berdiri meninggalkan Shae bermain telefon di meja mereka.

BERKERUT dahi penjual di kantin itu mengurus pengawas-pengawas ini yang sedari tadi berasak-asak hendak mendapatkan makanan.
“Ya Allah… Anak-anak sekalian, berbaris. Susah aunty mahu urus kamu”, tegur mak cik kantin tersebut.
“Sorry aunty. Woi! Berbaris bah”, marah Cassee seolah-olah dia tidak bersalah padahal dia juga berasak-asak sehingga berada di kedudukan paling hadapan.
“Aunty kuey teow sup ayam”, pesan Cassee.
“Okay, nanti aunty hantar pergi sana. Minum?”, tanya mak cik kantin itu pula.
“Milo”, penjual itu memberikan milo kotak yang ada dalam peti sejuk mereka.
“Terima kasih aunty”, ucap Cassee lalu melemparkan senyuman ke arah mak cik kantin itu.
“Aunty, bihun sup daging sama nestum ais. Saya order sekali untuk diorang ni juga”, kata Loretta sambil menunjuk ke arah kumpulan Giler-giler Boh.
‘”Apa diorang mahu makan?”, tanya makcik kantin itu.
“Nasi lemak, Nasi goreng sama chicken salad. Minuman diorang air sejuk, Chinese teh ais dan air kelapa sejuk”,
“Itu sahaja?”,
“Ya”,
“Okay… Nanti aunty hantar pergi meja kamu”,
“Thank you”, ucap Loretta lalu pergi. Tidak lama kemudian, Shae pula datang.
“Aunty, saya mahu order nasi ayam sama jus epal hijau”, pesan Shae.
“Ermm, kira sekalilah makanan meja 7. Saya bayar terus sekarang”, kata Shae sambil menunggu makcik kantin itu mengira menggunakan kalkulator.
“Semuanya RM54.50”, jawab makcik kantin itu. Shae mengeluarkan not RM100 dari dompetnya dan menyerahkan wang tersebut kepada makcik kantin tersebut dengan sopan.
“Nah, bakinya… RM45.50”, makcik kantin itu memberikan wang baki Shae setelah mengiranya dengan pantas.
“Thank you aunty”, ucap Shae lalu memasukkan baki wang ke dalam dompetnya kembali dan terus menuju ke meja mereka. Tidak berapa lama kemudian, pelayan yang bertugas datang menghantar makanan mereka satu-persatu.
“Hmm… Patutlah kurus. Makan salad sahaja”, tegur Danyl yang ternampak makanan Jevonn.
“Minum air kelapa lagi tu”, sokong Franco.
“Biarlah bah dia”, Loretta cuba membantu.
“Ceh Retta, Menyokong bah”, ejek Cassee. Loretta hanya mampu mencebik. Makin dilayan makin galak. Sudah masak dengan perangai Cassee. Kalau bukan Cassee, Shae. Mereka berdua memang sekepala.
“Yang aku hairan ni Saesaelah”, kata Cassee lagi.
“Kenapa dengan Saesae?”, tanya Jevonn. Dilihatnya Cassee langsung tiada tanda-tanda ingin menjawab pertanyaannya malah ia seolah-olah memikirkan sesuatu.
“Saesae selalu makan berasaskan ayam” komen Danyl pula.
“Jadi?”, Franco tertanya-tanya. Dia belum dapat apa yang cuba mereka sampaikan.
“Tapi Saesae inda pandai gemuk”, beritahu Loretta.
“Eh kau fikir? Kamu inda nampakkah double chin aku yang bertambah comel ni?”, kata Sahe sambil memegang double chinnya.
“Damn… Pleaselah Shae. Setakat itu”,
“Itu sebabnya aku sarankan kamu minum jus epal atau air lemon. Aku ada baca satu buku ni dia bilang asid yang ada dalam epal hijau dan lemon dapat membakar lemak tepu dalam badan”,
“Sudahlah kau Shae”, malas Cassee hendak mendengar penerangan Shae itu.
“Ih lambat juga Laura ni”, rungut Jevonn.
“Memanglah bah. Dia bukan pengawas, barisan diorang panjang”, bela Cassee. Kantin murid biasa dengan kanti murid yang mempunyai jawatan dipisahkan untuk memberikan kelebihan kepada pelajar yang mempunyai jawatan.
“Itulah bah, 12 orang ja pengawas. PRS sama pengawas pusat sumber pun sikit ja”, sokong Loretta.
“Yalah bah. Kamulah bah ustazah macam ustaz Zuriel sekarang. Sokonglah kamu kaum Hawa kamu”, perlu Danyl.
“Marah…”, perli Shae pula.
“Ih sudahlah kamu. Datang sudah Laura”, Franco yang sedari tadi mendengar sahaja perbalahan mereka terus menegur mereka dengan lembut. Tidak berapa lama kemudian, makanan yang dipesan Laura juga telah sampai.
“Jomlah makan. Sejuk nanti makanan aku”, ajak Cassee. Tangannya mengambil penyepit dan sudu lalu menuang cecair lada ke dalam kuey toew sup ayamnya. Pada waktu itu Franco juga mengambil penyepit dan sudu dan menyerahkannya kepada Loretta. Shae dan Danyl ternampak adegan tersebut dan mereka berpandangan antara satu sama lain namun tiada kata-kata yang keluar dari mulut mereka berdua. Shae mengerutkan dahinya dan mengelip-kelipkan matanya kepada Danyl. Danyl hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Cassee memang. Kalau bab-bab makanan memang dialah nombor 1”, Laura tersenyum melihat Cassee yang melahap makanannya.
“Harus”, Loretta menjawab bagi pihak Cassee.
“Bah makan. Habis masa rehat nanti putih mata oh inda termakan”, kata Franco. Shae dan Danyl pun hanya mengangkat bahu tanda tidak kisah.

Don't forget to leave a comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience