Franco setia menanti pengawas-pengawas biarpun mereka lambat.
“Kiko…”, sapa Cassee secara mengejut. Terperanjat Franco sehingga pen yang dipegangnya terbuang ke udara.
“Eh kau ni. Mahu kasih mati orang”, marah Franco.
“Opss… Sorry”, Cassee pura-pura meminta maaf. Franco hanya mencebik.
“Ih, mana bah dorang Danyl sma Jevonn ni”, Franco mengubah topik.
“Diorang kasih tahu aku tadi, diorang lambat sikit”, beritahu Loretta. Tepat pada masanya, mereka pun sampai.
“I’m back”, kata Danyl. Tiba-tiba.
“Tiba-tiba kau ni. Bukan kau ada datang sini pun tadi”, kata Jevonn pula.
“Aku sengaja ja tu kasih tunjuk-tunjuk Saesae”, rapu Danyl sambil tersengih ke arah Shae.
“Hmm… Kau fikir aku hairanlah kalau kau cakap begitu”, sindir Shae. Sinis.
“Bodohlah”, Cassee menyampuk. Lawak melihat dua orang kawannya ini. Pantang bersua memang hendak bertekak.
“Bah Co, bagus kita mulalah. Nanti inda pandai habis ni kalau diorang yang mula dulu”, ajak Loretta separuh menyindir.
“Bah yalah. Tadi aku dapat arahan dari guru penasihat untuk buat spotcheck mengejut”,
“Spotcheck apa?”,
“Spotcheck kekemasan dan penampilan diri dia bilang”,
“Oh…”,
“So, spotcheck mengejut ni akan diadakan esok. Kita dulu kena check ni. Jadi make sure kamu semua kemaskan diri dan jaga penampilan esok kalau tidak mahu nama tercatat dalam buku kesalahan disiplin. Tapi maklumat ni sulitlah. Pengawas bertugas minggu ni ja tahu sebab mengejutkan”, terang Franco. Mereka semua mengangguk tanda merespon kata-kat Franco.
“Okay”, kata mereka semua serentak.
“Oh ya, pakai baju seragam pengawas lengkap sekali dengan ves dan necktie. Bukan macam sekarang ni. Lelaki ja pakai perempuan ni kenapa?”, ujar Franco lagi. Dia melihat Cassee, Shae dan Loretta yang memakai baju pinafore biasa dan hanya menggunakan pin tag pengawas serta tali leher pengawas yang dibiarkan di luar padahal tali leher sepatutnya dimasukkan ke dalam baju pinafore. Sungguh tidak mencerminkan ciri-ciri pengawas yang baik.
“Aipss… Biasa tu. Kamikan lawa”, kata Shae. Masuk bakul angkat sendiri. Franco menegrutkan wajah tanda kegelian mendengar pernyataan Shae.
“Sekarang habis sudah perbincangan kita. Bersurai”, kata Franco.
“Weh, awal bah”, rungut Jevonn.
“Bah jadi? Apa kita mahu buat?”, tanya Franco.
“Cerlah. Ada topik barukan”, Jevonn mempengaruh.
“Uhuii… Sokong-sokong”, sokong V~GIRL. Kalau bab-bab gosip memang merekalah menang.
“Laju memang”, kata Danyl sambil memandang tiga wanita itu.
“Bah cer”, kata Franco pula.
“Kaulah buka cerita. Kau selalu ada cerita baru”, ujar Jevonn.
“Tiadalah juga cerita baru. Tapi aku mahu tahu cerita pasal budak baru tu. Kau kenalkah dia tu Shae?”, tanya Franco kepada Shae.
“Kenal. Kenapa? Bukan kamu pun kenalkah?”, jawab Shae. Acuh tidak acuh.
“Ya. Kami sama-sama main bola hari tu di Nova. Macam mana kau kenal dia? Ex kaukah tu?”, duga Danyl.
“Memandai kau sana”, wah… Minta simpang malaikat 44. Tidak mahu Shae mempunyai kisah lalu dengan lelaki poyoh itu.
“Bukan itukah yang kau cakap musuh 7 keturunan kau tu?”, soal Cassee walaupun dia sudah tahu jawapannya.
“Dialah tu”,
“Siapa sudah namanya tu? Aku lupa sudah”, soal Loretta pula. Dia ingat-ingat lupa tentang lelaki itu kerana peristiwa antara dia dan Shae berlaku 4 tahun lalu. Namun, kisah antara mereka berdua itu masih segar di ingatan. Hendak ketawa pun ada. Dasar keanak-anakkan.
“Rian”,
“Macam mana kau kenal dia Shae?”, tanya Danyl sekali lagi.
“Malaslah aku cerita”, sejurus dengan itu dia terus teringat kembali kisah mereka dan terpaksa juga dia menceritakan kepada mereka.
WAKTU pertama kali menjejak kaki ke syarikat ayah Rian dia erhadapan dengan masalah yang bertubi-tubi. Ia bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.
“Hi boy. Can you tell me where is the restroom?”, tanya Shae kepada lelaki yang berada di hadapannya. Tetapi lelaki yang berada di hadapannya itu langsung tidak memberi respon malah terus memasang earphone di telinganya dan terus meneguk jus anggur yang ada di tangannya.
“Hey! Such a rude guy”, marah Shae lalu menepuk bahu lelaki itu dengan kuat. Lelaki itu berpura-pura terkejut dan selamba sahaja menyembur jus yang diminum tadi ke muka Shae. Darah menyirap naik ke wajahnya dan wajahnya merah padam menahan marah.
“Wei! Tiada otakkah?”, jerit Shae sekuat hati. Mata-mata pekerja itu terus memandang ke arah dua budak berumur 13 tahun ini. Sejurus itu juga Tengku Enrique dan Encik Richmond, ayah kepada Rian datang ke arah mereka.
“What happened to you my little princess?”, tanya Tengku Enrique. Lembut. Tangannya mengelus pipi Shae yang basah.
“Look what this bad guy have done to me. Please cancel our partnership with them”, adu Shae.
“It’s just a small matter sweety”, pujuk Tengku Enrique.
“Itu bukan salah saya uncle. Dia yang buat saya terkejut”, Rian membela diri.
“Rian! Since when I teach you to be rude?”, tanya Encik Richmond. Tegas.
“One mistake can destroy the whole company you know? Kamu tahu diorang siapa? Cepat minta maaf sekarang”, arahnya dengan suara yang sedikit meninggi.
“No!”, Rian memberontak lalu berjalan keluar dengan angkuh. ‘Damn… Biadapnya’, fikiran Shae sedari tadi memikirkan perkara yang sama.
“Sorry for my son rudeness Tengku. Saya pun tidak tahu macam mana mahu kawal dia sudah. Perangai dia berubah selepas mama dia meninggal”, Encik Richmond meminta maaf dan menceritakan serba sedikit mengapa Rian menjadi sedemikian rupa.
“FAHAM…”, Respon Franco kepada cerita Shae yang panjang lebar.
“Ya… Kalau aku pun aku sakit hati juga eh”, sambut Danyl pula. Tidak menyangka perangai Rian seperti itu dahulu. Mungkin kerana masih dalam fasa mendewasa.
“Laporan sudah siapkah?”, tanya Shae mengubah topik.
“Sudah loh. Jomlah balik kelas”, ajak Cassee.
“Jomlah. Jumpa di kantin nanti”, kata Loretta.
Thank you for keep reading . Don't forget to leave a comment
Share this novel