Chapter 2

Young Adult Completed 1349

Kelihatan seorang perempuan muda yang sedang duduk di kerusi panjang berwarna putih sambil tersenyum membaca novel ‘Awek Abang Poyo’ karya Ummu Wafa. Dalam suasana tenang halaman banglo tiga tingkat memang sangat sesuai untuk meneangkan fikiran dengan membaca buku. Bunyi deringan telefon mengejutkan perempuan muda itu.
“Hello”, sapa seseorang dari corong telefon.
“Yes?”, jawab Shae.
“Uii Shae, jom ramai-ramai kita pergi taman”, ajak Danyl. Rupa-rupanya Danyl yang menelefon Shae yang sedang kusyuk membaca novel di petang hari.
“Serius? Aku memang boring sekarang ni”,
“Yalah. Cepatlah. Bawa Cassee sama Loretta ah”,
“Ok. Aku minta kebenaran mama aku dulu”,
“Bah cepat ah”, panggilan diputuskan. Shae terus menghantarkan pesanan mesej kepada Cassee dan Loretta. Setelah itu, Shae masuk ke dalam banglo milik ayahnya itu dan terus ke dapur untuk mencari kelibat mamanya.
“Mama, can I go to the park with my friend?”, tanya Shae kepada mamanya.
“Buat apa?”, pertanyaan dijawab dengan pertanyaan juga.
“Well, do I really need to tell the reason?”,
“Pergilah tapi jangan sengaja melambat-lambat balik”, Tengku Julyann membenarkan anak bongsunya itu keluar.
“Thanks mama”, Shae berlari meniti anak tangga dengan berhati-hati. Biliknya berada di tingkat yang paling atas. Selesai mandi dan bersiap, Shae menuruni tangga dengan cepat.
“Mama, I’m going first ah”, kata Shae.
“Hmm”, singkat sahaja jawapan Tengku Julyann. Shae meloloskan dirinya ke dalam kereta yang dipandu oleh Habel, pemandu peribadinya. Dalam sekelip mata sahaja kereta Audi E-Tron GTnya hilang dari pandangan Tengku Julyann.

SHAE berdiri berdekatan dengan tasik buatan yang berada di tengah-tengah Taman Rigel.
“Boahh”, Danyl mengejutkan Shae dari belakang.
“Oh my God!”, Shae melatah manakala Danyl hanya mentertawakannya.
“Ih, bodohnya kau ni”, marah Shae lagi. Perkataan bodoh sememangnya kasar tetapi ia sudah menjadi kebiasaan mereka.
“Baru kau tau”, Danyl masih lagi mentertawakan Shae.
“Ih, bencinya aku dengan kau ni”, lantas Shae terus memukul bahu Danyl perlahan.
“Ehem-ehem”, Franco berdehem. Ketika Shae dan Danyl bertekak, Franco dan Cassee sedang asik bercerita.
“Cantik rambut kau”, puji Franco melihat Cassee yang pertama kali menocang rambutnya ketika bersama mereka.
“Hmm, tiadalah. Diorang dualah ni pergi main rambut aku time tunggu kamu”, Cassee merendah diri.
“Cantik juga tu”, Loretta mempertahankan pendapat Franco kerana dia dan Shae yang menocang rambut Cassee seperti itu.
“Aku sokong. Cantik pun kau buat begitu rambut kau”, Zuriel menyokong.
“Kenapa Zuriel? Kau terpikat sudah sama Cassee?”, duga Laura separuh mengejek.
“Cis, tiada-tiada. Orang puji pun tidak bolehkah?”,
“Kali bah”, kata Franco sambil tersengih.
“Uii Ta, Kau kenapa dari tadi termenung ni?”, Danyl cuba mematikan lamunan Loretta.
“Ada juga aku bercakap tadi tu”, jawab Loretta.
“Adeh itu malu ah”, kata semua yang di situ. Serentak.

HUJUNG minggu seperti ini semestinya hari yang telah ditetapkan untuk keluar makan bersama-sama. Cassee, Shae dan Loretta duduk di kerusi yang berada di tengah-tengah Bima’s Ice Cream. Ia merupakan sebuah kedai ais krim yang terkenal dengan keenakkannya yang mencuit hati.
“Ish mana kumpulan Giler-giler Boh ni”, keluh Cassee.
“Itulah, lambat betul”, sokong Shae.
“Tidak pandai menepati masa betul”, kata Loretta. Mengomel lagi. Mereka sangat anti jika orang tidak menepati masa walaupun cuma 5 minit.
“Oh, kamu mengumpat ni kan?”, kata Laura yang baru sampai. Sebenarnya dia dan kawan-kawannya telah sampai 5 minit yang lalu tetapi disebabkan kedai ais krim ini mendapat sambutan ramai maka mereka mengambil masa untuk mencari tempat untuk meletakkan kereta.
“Haah, memang kami mengumpat kamu pun”, jawab Cassee. Jujur.
“Memang, memang mengumpat ja diorang tau ni”, Danyl menyampuk. Shae mencebik bibir mendengar Danyl melalut.
“Uii, tidak boleh bah tu mengumpat nanti kurang pahala”, Zuriel menasihati. Zuriel merupakan satu-satunya yang beragama Islam dalam kumpulan mereka itu.
“Diamlah kau Zuriel”, malangnya nasihat Zuriel tidak diendahkan. Keenam-enam mereka masih mempunnyai masalah secara peribadi dengan Zuriel namun belum diselesaikan dengan cara baik oleh kerana itu mereka tidak berminat untuk berkawan dengan Zuriel lagi. Namun, tiada satu orang pun yang mampu menyuarakan masalah tersebut dan terus berkawan dengannya walaupun berasa tidak selesa. Mereka beranggapan biarlah dia yang berundur jika dia berasa tidak selesa.
“Itulah. Bagus kau keluar dari group Giler-giler Boh. Semak ja. Inda supporting eh”, Marah Laura. Suasana menjadi tegang.
“Itulah. Kita tukar sama Jevonn”, sambung Franco. Tidak menyia-siakan peluang mereka. Jevonn merupakan kawan lama Franco dan Danyl ketika berada di middle school.
“Ah, benci aku anak tu” kata Loretta tiba-tiba cuba menjadikan suasana lebih neutral. Pada masa yang sama dia juga mnyuarakan ketidaksetujuannya tentang perihal membawa Jevonn masuk ke dalam kumpulan Giler-giler Boh kerana dia sering diejek bahawa dia dan Jevonn merupakan pasangan yang serasi.
“Ah, Loretta ni. Action saja bah tu padahal dia suka”, Shae mengusik Loretta.
“Shae, jangan kasih tau. Nanti bocorlah rahsia hidup dan mati kita”, Cassee juga galak mengusik memecahkan ketegangan di wajah Franco, Danyl dan Laura.
“Bah bayarlah”, kata Zuriel setelah melihat wajah tegang mereka bertiga. Dia mulai berasa tidak selesa. Dengan pantas Shae berdiri ke kaunter untuk membayar ais krim yang mereka makan. Selesai membayar mereka pun beransur pulang ke rumah masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience