Chapter 4

Young Adult Completed 1366

Shae duduk di kerusi yang diperbuat daripada kayu jati yang termahal di Malaysia sambil bermain dengan telefon pintarnya yang berjenama Iphone 14 Pro. Dia sangat leka dalam aplikasi Tiktok hingga tidak sedar ada tetamu yang datng bertandang.
“Shae oh Shae”, kedengaran suara dari luar pagar sedang memanggil-manggil nama Shae dengan lantang. Shae mngerutkan dahi apabila mendengar suara itu dari beranda tempat dia berdiri. ‘Siapa lagi datang ni?’ Shae bermonolog dalam hati. Terasa berat sahaja kakinya hendak bergerak ke arah pagar yang sejauh 40 meter dari banglo 3 tingkat milik keluarganya itu. ‘Kadang-kadang halaman yang telampau besar begini pun ada keburukkannya juga’ bisik hati kecil Shae.
“Hmm, kenapa kamu datang ni?”, tanya Shae sambil tangannya membuka pagar kecil yang dibina khas untuk seseorang masuk. Disebabkan mereka jalan kaki sahaja, tidak perlulah dia bersusah payah untuk membuka pagar yang besar. Remote kawalan jauh pagar besar itu juga rosak jadi ia akan mengambil masa untuk membuka pagar tersebut dengan tenaganya seorang kebetulan pula semua pekerja di rumahnya diberikan cuti bergaji selama seminggu untuk berehat kecuali pembantu rumah mereka. Oleh itu, Shae terpaksa melakukan semua kerja sendiri.
“Kami mau kasih tau kau ada latihan”, beritahu Laura.
“Latihan apa? Buat apa? Pentingkah?”, tanya Shae bertubi-tubi.
“Eh, kau tiada tengok Whatsappskah?”, tanya Loretta. Kebiasaannya Shaelah yang selalu masuk dan respon sesuatu yang dikirimkan ke dalam group.
“Tiada. Aku busy tengok Tiktok bah”, kata Shae sambil menggosok-gosok sikunya.
“Masuklah dulu. Aduhai, sekampung bah datang sebab mau pergi latihan ja”, kata Shae lagi. Dia mengajak rakan-rakannyamasuk ke dalam rumahnya dan membawa mereka duduk di ruang tamunya yang sangat luas dan elegan itu.
“Latihan menyanyi, menari and berlakon untuk majlis anugerah kecemerlangan pelajar”, Loretta menjawab pertanyaan Shae setelah memasuki ruang tamu banglo milik Shae. Pembetulan milik keluarga Shae.
“Apa? Berlakon? Jadi mana Cassee?”, terkejut Shae sekali lagi.
“Co, siapa Cassee?”, tanya Jevonn yang berdiam diri dari tadi. Dia menoleh ke arah Franco.
“Cassee pun kau tidak kenal. Waduh”, jawab Franco bersahaja.
“Cassee tu… Wait a minute, macam mana mau kasih tau arr”, kata-kata Danyl terhenti dan dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Itulah kamu terencat. Macam ada gambar Cassee sini”, gurau Laura. Mereka semua tidak dibenarkan membawa telefon ketika menghadiri latihan di sekolah sebab itu mereka tidak membawa telefon. Hanya telefon Shae yang ada di rumah ini namun Shae meninggalkan telefonnya di dalam biliknya. Dia juga sangat malas untuk menaiki anak tangga ke tingkat 3 hanya semata-mata ingin mengambil telefonnya dan kemudian turun kembali.
“Aku ada cara untuk kamu tau mana satu Cassee tanpa tengok gambar”, kata Shae sambil tersenyum sinis. Ketika itu juga pembantu rumah Shae datang dengan membawa sebotol Cola dan sebotol Fanta anggur serta 6 biji gelas kaca yang dibeli oleh ibunya semasa melancong di Australia baru-baru ini.
“Thank you, aunty”, ucap Shae seraya memberikan senyuman ikhlas kepada pembantu rumahnya itu. Dia memanggil semua pembantu rumahnya sebegitu kerana dia tidak sanggup untuk memanggil mereka bibik kerana dia merasakan bahawa mereka berada di kedudukan yang sangat rendah jika dia memanggil mereka bibik.
“Oh, one more request aunty. Please serve them the apple my mama brought yesterday. Make sure to cut it into small pieces okay”, sebenarnya Shae tidak terlalu fasih berbahasa Inggeris tetapi Tengku Enrique mengarahnya untuk berbahasa Inggeris apabila berada di rumah sejak kecil lagi.
“Okay miss”, jawab pembantu rumahnya. Sopan.
“Well, mula-mula…”, sambung Shae.
“Daya ingatan mesti kuat and then…”, belum sempat Shae menghabis ayat, kata-katanya sudah dipotong oleh si Becok Loretta. Shae menghadiahkan Loretta jelingan maut.
“Mana ada and then lagi. Jevonn cuba kau ingat balik time kita sumayau tu”,
“Kenapa?”, soal Jevonn dengan dahi yang berkerut seribu.
“Antara kami tiga perempuan siapa yang tiada di sini?”, tanya Loretta.“Tidak termasuk Laura ah”, kata Shae. Jevonn cuba mengingati wajah Cassee.
“Ish susahlah aku mau ingat”, putus asa Jevonn dibuatnya.
“Maksudnya daya ingatan kau tidak kuatlah”, Danyl membuat kesimpulan lalu ketawa.
“Eh, jangan begitu bah Nyl”, kata Shae namun dia juga turut ketawa.
“Tu nah gambar Cassee. Pandai-pandailah kau cari mana satu dia”, beritahu Shae. Jari telunjuknya diarahkan ke bingkai-bingkai gambar yang terletak di atas meja televisyen. Mereka semua melirik ke gambar-gambar yang memenuhi meja dan dinding rumah Shae. Kebanyakkan gambar Shae bersama Loretta dan Cassee. Ada juga gambar mereka bereenam iaitu Cassee, Shae, Loretta, Franco, Danyl dan Laura. Jevonn melihat gambar-gambar tersebut, semuanya gambar Shae bersama rakan-rakannya. Hanya satu gambar bersama keluarga yang seluas dinding. Gambar Shae dan abangnya berdiri berkambai bahu bersama ibu bapanya yang berduduk rapat di kerusi. Suasana banglo tiga tingkat itu hening seketika. Hanya bunyi televisyen LCD melengkung bersaiz 50 inci persegi yang berkumandang di selitar ruang tamu.
“Aku tanya tadi mana Cassee? Kamu ni”, tanya Shae lagi memecahkan kesunyian.
“Kita pergi ambillah nanti lepas ambil kau”, jawab Franco lalu meneguk Cola yang dituang Shae sebentar tadi.
“Guna apa?”,
“Guna kaki ler. Exercise. Adeh”,
“Okay baiklah. Sekali-sekala mencemar duli”, kata Shae lalu ketawa.
“Minta puji kau sana. Mentang-mentang…”,
“Kejap aku pergi ready dulu”, sebelum Franco membuka rahsia latar belakangnya lebih baik dia memintas kerana hanya Franco sahaja yang tahu latar belakang sebenar keluarganya kerana sekolah mereka menyimpan butiran latar belakang pelajar. Dari situlah Franco mengetahui bahawa Shae merupakan keturunan DiRaja dan ayahnya merupakan Orang Kaya Bendahara Sri Maharaja DiRaja. Shae sengaja tidak mahu memberitahu rakan-rakannya kerana takut mereka tidak lagi selesa berteman dengannya. Shae menjeling ke arah Franco lalu dia pun meminta diri. Mereka hanya memandang Shae yang berpakaian tidak cukup kain itu berlalu menaiki tingkat atas. Shae hanya memakai baju t-shirt croptop dan seluar highwaist paras paha.
“Weh, kenapa gambar family Saesae satu ja di rumah ni”, tanya Jevonn. Pertanyaan itu ditahan dari tadi agar tidak menguris hati Shae jika dia mempunyai masalah keluarga. Jevonn memang memanggil Shae dengan nama Saesae sejak awal perkenalan mereka lagi.
“Rumah ni si Shae ja tinggal sama abangnya. Mama bapanya ada rumah lain lagi jadi diorang jarang pulang. So, semua hiasan di rumah ni Shae yang buat sebab biasalah lelaki tidak berminat hal menghias-hias ni. Itulah semua gambar-gambar tu gambar yang ada muka dia ja dia letak”, terang Laura panjang lebar.
“Oh”,

TIGA puluh minit kemudian, Shae sudah siap berpakaian dengan baju t-shirt biru laut keluaran Gucci dan seluar jeans straight cut berwarna hitam. Baju yang dipakai itu ialah hadiah daripada Loretta sempena hari lahirnya yang ke-16 tahun iaitu pada bulan Januari tahun ini. Loretta memakai bajunya yang berwarna kuning lembut dan mempunyai design yang sama kerana dia membeli baju ini untuk kumpulan mereka.
“Bah Shae, siap sudah kau?”, tanya Laura sebaik sahaja dia melihat Shae yang menuruni tangga dengan cepat dan berhati-hati.
“Ya. Jomlah berangkat”, ajak Shae.

SEWAKTU dalam perjalanan menuju ke rumah Cassee yang terletak tidak jauh dari rumah Shae, semua orang sedang sibuk melayan perasaan masing-masing. Hanya bunyi derapan tapak kaki yang kedengaran, Rata-rata mereka memakai kasut sukan.
“Rindu, rindu serindu rindunya…”, Danyl menyanyi lagu Along Spoon iaitu penyanyi Indonesia yang terkenal suatu ketika dahulu dengan suara seraknya itu.
“Diamlah kau sana. Pecah joh suara kau”, sindir Loretta.
“Kenapalah? Kau lagi mau ganti Cassee?”, soal Danyl dengan nada sinis. Cassee juga sering mengatakan suara Danyl pecah tetapi sebenarnya suara Danyl tidak seteruk orang yang berada di luar sana yang sumbang ton.
“Suka hati akulah”, jawab Loretta lalu menjeling Danyl.
“Bah janganlah mula”, Marah semua orang yang ada di situ. Serentak.

Sorry for the late update . I'll post extra two chapters to make up with you guys . please continue to support me . hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience