“Arghhh… Fuh, sikit lagi mau terlanggar tayar susun”, jeritan Cssee agak kuat hingga kedengaran di seluruh pelusuk makmal tersebut.
“Ih, shit. Kau tengok PCP dapat potong aku sudah”, oleh kerana terkejut dengan jeritan Cassee, tumpuan Shae terganggu dan Danyl berjaya memintasnya.
“Cepat… Sikit lagi dapat potong Jevonn ni”, kata Loretta. Jari-jemarinya pantas sahaja menekan papan kekuci mengikut tekniknya sendiri.
“Bye Cass. Aku potong dulu ah”, ujar Franco separuh mengejek.
“Aipss… Mana boleh Saesae potong aku balik. Susah-susah abang kejar”, halang Danyl.
“Aii, kau mau potong aku? Jangan haraplah”, kata Jevonn kepada Loretta dengan bangganya.
“Uishh… Sikit lagi ni mau menang sudah”, Laura hampir berjaya ke garisan penamat. Riuh-rendah makmal tersebut kerana permainan video itu.
“Weh weh. Cikgu Eddison datang”, Olliver memberitahu dengan muka dan nada yang cemas.
“Wainah… Off komputer kamu!”, serentak Cassee, Shae dan Loretta menjerit. Cemas yang teramat.
“Cepat off komputer kamu! Ra off komputer kau”, Franco, Danyl dan Jevonn juga serentak bersuara tanpa dirancang namun nada mereka sedikit tenang.
“Sudah”, tenang sahaja Laura menyahut.
ENCIK Eddison datang dengan senyuman dan berkarisma seperti biasa.
“Apa kamu buat sini ni”, tanyanya dengan nada mendatar.
“Tiada”, bohong Cassee.
“Tiada? Kalau tiada buat apa kamu masuk sini? Mau mencurikah?”,
“Mana ada cikgu. Kami cari maklumat bah tadi”, Shae menafikan tuduhan itu.
“Maklumat tentang apa?”,
“Tentang… tentang”, gugup Loretta mencari jawapan yang munasabah.
“Tentang apa?”, getak Encik Eddison. Beliau mula merasa curiga.
“Tentang cengkerang”, hentam sahaja Franco menjawab kerana takut kantoi. ‘Habislah’ bisik hati kecil Shae.
“Untuk apa kamu tengok cengkerang?”,
“Kami… mau printlah cikgu”, mujur Danyl bijak mencari jawapan.
“Buat apa kamu print? Tiada cikgu Vinson arah pun”, Hairan Encik Eddison dibuatnya.
“Alaa cikgu.Kan ada pertandingan keceriaan kelas”,
“Jadi apalah? Apa kaitan cengkerang dengan keceriaan kelas?”,
“Gambar cengkerang yang kami print tu kami tampallah di dinding kelas. Kan cantik dipandang”, Olliver mencadang dari arah belakang.
“Jadi? Sekarang sudah siapkah?”,
“Sudah”, spontan Cassee, Shae dan Loretta menjawab.
“Wow. Express juga. Bagi cikgu tengok”,
“Tidak jadi cikgu”, Franco, Danyl dan Jevonn cemas. Kaki sudah bersedia untuk cabut lari.
“Eh, kenapa pula? Tadi bukan main lagi”,
“Ermm… Tidak sempat. Bye cikgu. Kami keluar dulu”, kata Olliver dan Laura serentak. Kesemua mereka keluar dengan pantas tanpa menoleh ke belakang.
“Boleh tahan. Semua pun serentak”, Encik Eddison bermonolog sendirian.
Thank you for keep support . Please leave a comment on what you thought about this chapter
Share this novel