Chapter 12

Young Adult Completed 1349

Bilik gerakan juga menjadi sasaran mereka selepas melunaskan denda yang diberikan. Jevonn dan Laura yang paling lambat itu masuk ke dalam bilik gerakan sekolah.
“Ra, kenapa hidung kau tu?”, tanya Danyl. Tergelak kecil mereka semua yang ada di situ. Pembetulan… Hanya Cassee, Shae dan Loretta yang mentertawakannya. Laura mencebik dan menjeling mereka bertiga. ‘Oh gedik’, bisik hati kecil Laura. Dia dan mereka bertiga itu sudah seperti adik beradik sebab itulah mereka sering menyindir antara satu sama lain.
“Eh, kami tanya kenapa hidung kau tu? Menjeling pula dia. Jelingan maut lagi tu”, komen Franco.
“Kan kumpulan V~GIRL kasih ketawa dia…Itulah tu”, Jevonn memberitahu.
“Good”, Kata V~GIRL dan B~Boy sambil ibu jari diangkat. Wah… Bukan main galak mereka mengusik.
“Eh… Temberang kamu ni”, Danyl mencebik bibir. Menyampah.
“Well”, ringkas Shae membalas.
“Of courselah mahu temberang-temberang. Bukan kami tu kalau tidak temberang”, sinis Cassee mengatakannya.
“Hmm… Seperti biasa kami cakap… V~GIRL and…”, belum sempat Loretta menghabiskan kata-katanya Olliver sudah memintas.
“B~Boy bah ni”, sambungnya.
“Nyl, janganlah bercakap sama diorang tu”, tegah Franco.
“Itulah. Bukan pandai mengaku kalah diorang tu”, Jevonn menyokong.
“Bah Ra… Jawablah soalan kami tadi tu”, Danyl menukar topik perbualannya.
“Apa kamu tanya?”, Laura terpinga-pinga.
“Kami tanya kenapa hidung kau tu merah?”, kata mereka semua yang ada di situ. Serentak. Kecuali Jevonn dan Laura.
“Hmm… Kamu tanyalah Jevonn”, jawab Laura.
“Kenapa Jev?, tanya Loretta sambil memandang ke arah Jevonn. Diam. Tidak dijawab.
“Bon, kenapa hidung Laura tu!”, kali ini suara Franco lebih tinggi dan keras.
“Hah? Hah? Apa tu?”, kata Jevonn yang baru tersedar dari lamunannya.
“Adehh… Menghayal rupanya. Teruk eh”, Dabyl mengeluh.
“Oh, tahu dah. Itu sebab dia bersin-bersin time menyapu kelas Form 3. Satu tahun tidak sapu kelas dia bilang”, terang Jevonn. Sedang sibuk mereka bercerita… Ding dong… Loceng antik sekolah berbunyi menunjukkan waktu persekolahan telah tamat.
“Okaylah… Kami mahu balik dulu. Bye you all”, kata Cassee mewakili Shae dan Loretta.
“Bye…”, jawab mereka.
“Selamat bercuti untuk dua minggu ah kamu orang. Tengok-tengok ja Whatsapp pasal rancangan kita yang hari tu”, kata Laura lalu mencapai beg galasnya yang berjenama Supreme.
“Bah… Orait noh poh gia”, kata Olliver dengan loghat Dusunnya yang bermaksud ‘Okay’ atau ‘Baiklah’.

MALAM yang gelap. Namun kediaman banglo satu tingkat yang berukuran 80x100 meter persegi ini tetap terang-benderang. Jam sudah menunjukkan jam 7.30 malam. Loretta baru sahaja selesai mengulangkaji pelajaran. Seperti yang semua orang tahu, Loretta memang serius dalam pelajaran dan dia selalu mendapat temapat terbaik di dalam kelas, begitu juga dengan Cassee dan Shae. Setelah selesai selesai mengemaskan dan menyusun semula buku-bukunya, Loretta terus mencapai tualanya untuk mandi. Setelah beberapa minit dia keluar dari bilik mandi dengan jubah mandi ddengan rambutnya yang dibungkus dengan tuala. Seperti biasa dia akan mengenakan baju tidur yang berwarna kuning lembut. Waktu itu, kereta Range Rover milik ayahnya baru sahaja masuk ke perkarangan rumah mereka itu. Loretta tidak mengendahkannya. Dia sudah biasa dengan keadaan keluarganya yang sering sibuk. Sangat jarang dia melihat kedua ibu-bapanya berada di rumah kerana ayahnya merupakan seorang usahawan dan ibunya merupakan seorang doktor pakar tulang atau ortopedik. Tanpa membuang masa, Loretta terus membaca Whatsapp group yang masuk. Dia duduk di katilnya yang penuh dengan patung-patung yang dihadiahkan kepadanya. Melihat mesej-mesej yang masuk dari group yang dinamakan ‘Jangan Plan’, membuatkan dia tersengih-sengih sendirian. Nama group whatsapp itu dibuat oleh Franco kerana setiap kali mereka berancang untuk bercuti bersama-sama mesti ada saja halangan maka mereka tidak lagi merancang aktiviti awal tetapi beberapa hari sebelum tarikh berangkat. Mesej mereka berjela-jela dari membincangkan rancangan mereka kepada rapuhan yang tidak masuk akal. Sedang dia asyik menaip-naip sesuatu di telefon Iphone 15nya itu, seseorang mengetuk pintu biliknya. Dia bingkas bangun. Dilihat pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia itu berdiri di hadapan pitu biliknya.
“Why?”, tanya Loretta sebaik sahaja dia membuka pintu.
“Neng muda, Dato’ panggil makan”, kata pembantu rumahnya dengan wajah yang redup.
“Ya. Later I turun”, kata Loretta seraya menutup kembali daun pintu. Setelah menyikat rambutnya yang ikal mayang itu, dia terus menuju ke ruang makan.

HANYA bunyi sudu dan garfu yang berlaga di meja makan waktu itu. Manakala Datin Lucia sibuk menuang jus epal ke dalam gelas Dato’ Pico.
“Dad, are going to outstation this week?”, tanya Loretta. Formal. Semua ini kerana mereka jarang berkomunikasi antara satu sama lain.
“No. Next week”, balas Dato’ Pico. Dingon sahaja.
“Oh… I’m going to Philippine with my friend”, Loretta memberitahu. Dalam beberapa waktu ini, hubungan silaturahim antara anak dan bapa ini tidak berapa baik kerana si ayah sering pulang lewat sehingga masa bersama keluarga terpinggir. Mendengar sahaja kata-kata Loretta, Dato’ Pico terus berhenti makan. Dia memandang tajam ke arah Loretta.
“Well… As you know, I’m not asking for your permission. I just want to inform you that my flight is tomorrow night so you can give me more allowance as you’re working hard until you’ve forgoten that you have house to sleep instead of sleeping in your office. I’ll leave at 4 in the evening tomorrow”, terang Loretta separuh menyindir. Mulut Dato’ Pico seperti ingin mengatakan namun Loretta tidak memberinya peluang untuk membalas.
“As I said, I’m not asking for your permission… I’m letting you know as you still the head of this family. Okay? I’m done”, tanpa menunggu kata-kata daripada beliau, dia terus meninggalkan ruang makan tersebut tanpa rasa bersalah. Dato’ Pico dan Datin Lucia mengeluh. Salah mereka kerana terlalu sibuk dengan kerja dan meninggalkan anak bongsu mereka bersama pembantu-bantu mereka dari umurnya 10 tahun memandangkan adik-beradiknya yang lain telah bekerja di luar negara dan ada yang sudah berumah tangga.

Sorry inconsistent on updating. please leave a comment so I know you guys is supporting me. thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience