Shae hanya berdiri di depan meja Encik Ray untuk menunggu arahan. Pada masa itu, Encik Ray menyemak salah satu fail sebelum menyerahkannya kepada Shae.
“Shae kau pergi tolong cikgu ambil kehadiran pelajar. Nah, ini fail kehadiran pelajar. Kau tau jugakan dimana mau isi”, arah Encik Ray. Fail bertukar tangan.
“Hmm”, Shae hanya mengangguk seperti burung belatuk. 20 minit kemudian, Shae kembali ke bilik guru dan terus berjumpa dengan Encik Ray.
“Nah cikgu. Form 1 sampai form 2 semua hadir. Kelas PK ada 2 orang tidak hadir, David dan Radner. Form 4 and form 5 macam biasa semua hadir”, terang Shae. Memang selalu dia akan menolong Encik Ray mengambil kehadiran bagi pelajar-pelajar pada waktu lenggang.
“Oh. Baiklah. Thank you Shae”, ucap Encik Ray.
“My pleasure cikgu. Anything for you”, balas Shae lalu tersenyum mesra.
SHAE terus masuk ke kelas agama. Semua pelajar yang terlibat sudah berada di sana namun batang hidup Encik Vencel belum kelihatan. Tanpa membuang masa Shae terus melabuhkan punggung di kerusi yang berada diantara Loretta dan Franco. Pada masa yang sama, Olliver juga baru memasuki bilik itu.
“Hai kamu”, sapa Olliver. Mereka bertujuh hanya melambaikan tangan kepada Olliver. Longlai.
“Weh, kenapa ni?”, tanya Olliver kehairanan.
“Hallu Ver”, lemah sahaja mereka menjawab.
“Ish… kenapa kamu ni? Kena sawan?”, tanya Olliver lagi cuba untuk bergurau.
“Kena sawan kau cakap kami ni?”, marah Cassee
“Kau ada nampak mulut kami berbuih?”, Shae pula menyambung.
“Yes. Itu malu ah. Tutup muka kau tu?, sokong Loretta. Olliver pura-pura menutup mukanya.
“Kami bukan kena sawan tapi…”, kata-kata Franco terhenti di situ.
“Kami tidak cuti”, Danyl memberitahu.
“Cuti panjang lagi tu”, keluh Jevonn. Bosan.
“Well itu kamu. Yang diorang tiga ni manada boring”, Laura menunjuk wanita bertiga itu. Seperti biasa, setiap tahun keluarga mereka bertiga akan melancong ke tempat-tempat menarik dan ke luar negara. Namun kali ini lain sedikit. Mereka disuruh balik ke kampung kerana ibu bapa mereka terpaksa outstation.
“Inda jugalah. Sebenarnya aku ni tidak mau balik kampung mama aku tu tapi terpaksa”, keluh Shae.
“Aku pun eh. Aku pun sebenarnya malas mau balik kampung aku di Penampang tu”, Cassee juga mengeluh.
“Kau fikir aku? Kau fikir aku suka balik kampung Dad aku yang banyak tai kuda?”, rungut Loretta pula. Shae dan Cassee tertawa kecil. Tuaran memang banyak najis kuda.
“Kamu pergi solo-solokah?”, tanya Franco. Sukar untuk mempercayai seorang kanak-kanak yang masih mentah dibiarkan berjalan seorang diri di tempat yang jauh.
“Yup”, jawab Cassee selamba.
“Amazing. Kamurang ikut siapa? Kamu tidak takutkah kena culik?, tanya Danyl sambil cuba untuk menakut-nakutkan mereka bertiga.
“Kau ni kenapa? Kau lupakah kami ada bodyguard so ikut jalah diorang”, sinis sahaja nada Shae. Kata-kata yang keluar daripada mulut Shae selalunya bernada sindiran kerana itu dia sering kehilangan rakan disebabkan nadanya itu sahaja kerana tidak ramai yang dapat bertahan dengan mulut Shae yang pedas dan tajam.
“Maii… Itu kami ikut”, kata Jevonn tiba-tiba.
“Kamu tiga?”, tanya Loretta. Berat hati. Mereka bertiga mengangguk dengan senang hati.
“Weh, aku ada cadangan. Kita balik kampung mamy Jevonnlah”, cadang Laura. Mereka ynag lain terpinga-pinga menunggu kata-kata yang seterusnya.
“Aihh… Di Cebu, Filipina bah. Aduh”, sambung Laura.
“Wainah… Kau gila? Tempat tu lagi kolot dari kampung kami. Sana terlampau pedalamanlah. Terpencil lagi tu”, Shae kurang setuju.
“Itu yang bagus. Adventure”, kata Olliver.
“Bah. Kami okay ja ni kalau parents kasih benar”, yang lain telah bersetuju.
“Hah? No!”, kecuali Shae. Walaupun sentiasa berjalan kaki di tengah bandar kecil di perumahan mereka itu tetapi dia sangat tidak suka aktiviti yang membuatkan dirinya kotor. Itu sebabnya dia sering memberikan alasan jika dia perlu pulang ke kampung Tengku Julyann.
SESI pembelajaran agama telah tamat. Dua kumpulan ini masih duduk di meja mereka dan membincangkan perkara dibincangkan tadi.
“Kamu serius mau pergi Cebu?”, berat hati Shae hendak bersetuju. Tetapi kalau dia tidak pergi ke Cebu dia terpaksa pulang ke kampung ibunya, kalau dia pergi ke Cebu pula at least dia bersama rakan-rakannya fikir Shae. Buntu fikiran Shae. Ia bagaikan ditelan mati emak diluah mati bapa.
“Yalah”, kata Danyl. Suasana tiba-tiba hening. Sayup-sayup kedengaran bunyi penghawa dingin yang sudah lama tidak diservis.
“Shae, kenapa kamu tengok Olliver macam lain tadi”, Tanya Laura memecah kesunyian.
“Sebab Liverkan lama sudah kami suruh dia masuk kumpulan kami baru sekarang dia join kita”, kata Shae dengan muka tiada perasaan.
“I’m sorry. Busy bah study”, tersengih-sengih Olliver dibuatnya.
“Idiot”, tenang sahaja mereka mengatakannya.
Please continue to support . Don't forget to leave a comment
Share this novel