Chapter 5

Young Adult Completed 1366

“Astaghah”, Cassee bangun dari tempat dia meregangkan badan secara mengejut dan terus masuk ke dalam banglo dua tingkatnya. Dia terus meniti anak tangga dengan pantas. Kemudian masuk ke dalam bilik untuk menukar baju yang lebih sopan kerana tadi dia hanya memakai seluar panjang ketat khas untuk bersukan. Kebiasaannya dia memakai pakaian sedemikian untuk bersenam dan berjoging memandangkan semua pekerjanya cuti sama sperti Shae dan ibu bapanya juga tidak ada di rumah maka bolehlah dia memakai pakaian yang dia suka sesuka hati. Setelah selesai menukar baju dia kembali turun lalu menekan kod pada pagar untuk membukanya.
“Buat apalah kau di dalam tu Cass? Lima minit lagi tu”, tanya Laura.
“Mana boleh kasih tau kau”, jawab Cassee.
“Kau pergilah bersiap dulu”, arah Shae. Lembut.
“Buat apa Shae?”, tanya Cassee kepada Shae.
“Pergi ja bah. Ish. Banyak songeh pula”, sampuk Danyl.
“Eh memalukanlah kau ni”, kata Loretta bernada sindiran.
“Eh, kenapa pula?”,
“Cassee tanya si Shae bukan kau. Jadi kenapa kau jawab?”,
“Suka hati akulah. Kaulah yang memal…”,
“Heh, kenapa bah kamu ni. Bolehkah kamu jangan begaduh?”, belum sempat Danyl menghabiskan kata-katanya Franco menegur dengan lembut.
“Nah kan sudah kena marah”, sampuk Jevonn pula.
“Kau ni. Jangan mau menyampuk”, marah Danyl. Shae menepuk-nepuk belakang Jevonn dengan harapan dia akan terbiasa dengan keadaan itu. Setelah 20 minit kemudian, Cassee turun dengan membawa telefon Samsung Galaxy Z Flip5 lalu menelefon seseorang. Setelah selesai bertelefon Cassee meninggalkan telefonnya di atas meja kopi dan pergi mendekati mereka semua yang sudah bersedia berdiri di hadapan pintu.
“Ah, ikut-ikut kitorang pakai Gucci”, gurau Loretta apabila melihat baju yang dipakai adalah baju yang mempunyai design yang sama dengan baju mereka tetapi warnanya yang berlainan. Baju yang dipakai Cassee berwarna merah terang.
“Adeh taulah geng tapi janganlah kasih jealous kami kamu ada baju sama”, gurau Laura pula.
“Adui, mari bah beli sama-sama next time.Bah jomlah jalan, aku siap sudah ni”, kata Cassee. Hanya tersenyum mendengar gurauan mereka berdua. Sejurus itu, mereka terus meninggalkan perkarangan rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah itu. JAM sudah menunjukkan jam 6 tepat. Pelajar-pelajar Elips International High School yang terpilih baru sahaja selesai latihan. Wajah kepenatan jelas terpapar di raut wajah mereka.
“Okay, kumpul semua. Pada hari Isnin sekolah kita akan mengadakan perkhemahan untuk memenuhi takwim tahunan. Program perkhemahan ini akan diadakan selama satu minggu iaitu pada waktu cuti ini. Pada tahun ini, pihak pengurusan Elips International High School telah berbincang akan memberikan kelebihan kepada pelajar yang sanggup mengorbankan waktu cuti mereka untuk mengahadiri program perkhemahan ini. Setakat ini, jumlah penyertaan hanya seramai 21 orang di mana jumlah penyertaan lebih rendah berbanding tahun yang sebelumnya. Kepada sesiapa yang ingin mengikuti perkhemahan ini, dipersilakan untuk ambil borang kebenaran daripada Cikgu Cleavon dan borang tersebut hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya hari esok. Faham”, Puan Linny menyampaikan taklimat dengan suara yang tanpa menggunakan mikrofon.
“Faham”, jawab semua pelajar yang ada di situ.
“Baik. Encik Cleavon ada apa-apa lagi yang hendak disampaikan?”, tanya Puan Linny kepada Encik Cleavon.
“Tiada”, jawab Encik Cleavon. Ringkas sambil menggelengkan kepala.
“Baiklah. Bagi yang mau ikut tu bolehlah ambil borang kebenaran lepas tu boleh balik. Bagi yang tidak mau ikut tu bolehlah balik terus sebab lewat sudah ni”, kata Puan Linny lagi.
“Terima kasih cikgu”, ucap semua pelajar. Danyl dan Jevonn terus berbaris untuk mengambil borang kebenaran. Begitu juga dengan beberapa pelajar yang lain.
“Uii, kamu pergikah?”, tanya Jevonn.
“Kau tidak nampakkah kami sedang ambil borang kebenaran ni”, jawab Danyl acuh tidak acuh.
“One, two, three”, kira Franco dari belakang Danyl dan sejurus itu mereka semua memandang ke arah Jevonn.
“Itu malu ah”, kata mereka serentak lalu ketawa dan masing-masing memberikan high five di antara satu sama lain kerana mereka sudah berjaya mengusik Jevonn.
“Kamu kenapa belum balik lagi ni?”, soal Encik Cleavon yang dari tadi melihat gelagat mereka yang kelihatan begitu bahagia jika bersama-sama walaupun lebih banyak masa bergaduh antara satu sama lain.
“Mau baliklah ni cikgu. Sedang tunggu driver kami datang ambil”, balas Cassee.

Here's the extra chapter for this week . thank you for your support . I'll appreciate your donation too hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience