Semua pelajar kelas Galaxy dan Nebula baharu sahaja keluar dari kelas agama kecuali Shae. Kumpulan Giler-giler Boh mencari-cari di mana Shae berada padahal Cassee dan Loretta tahu di mana sebenarnya dia berada. Cassee dan Loretta masuk ke makmal komputer yang gelap dan sunyi. Cassee yang merasa tempat itu terlalu menakutkan dengan kertas-kertas yang berselerak di atas lantai dan meja komputer pun mula bernyanyi untuk memecahkan kesunyian.
“Cass, diam-diam… Aku sedang concentrate ni”, laung Shae dari arah tempat komputer yang paling hujung. Cassee dan Loretta berjalan menuju ke tempat Shae. Waktu itu, kumpulan Giler-giler Boh baharu sahaja memasuki makmal komputer.
“Apa yang kau concentrate benar ni Shae?”, tanya Loretta yang sedari tadi menaip sesuatu di komputer tanpa sempat berpaling ke arah mereka yang baru datang.
“Aku sedang kasih siap kerja kursus akhir muzik yang cikgu Linny bagi. Banyak bah Ta. Kau tahukah?”, jawab Shae sambil memerhati apa yang kurang dengan kertas yang perlu dihantarnya itu pada minggu hadapan.
“Macam kau saja ada kerja kursus, kami pun ada bah”, kata Cassee pula.
“Itulah bah Shae. Jangan marah-marah bah. Datang bulankah?”, gurau Loretta.
“Apa yang bising-bising ni?”, tanya Franco dari arah belakang.
“Janganlah bah kau risau pasal Cassee tu Co. Biasalah tu hal perempuan”, balas Danyl. Jevonn hanya ketawa.
“Uii kamu… Ada kami mahu kasih tahu kamu. Lepas cuti ni kami tiga inda sekolah sini sudah. Kami pindah sekolah”, kata Cassee.
“Nah iya. Aku lupa sudah mahu kasih tahu kamu”, kata Shae. Dia terus berhenti menaip seketika.
“Kamu pindah pergi mana?”, tanya Jevonn. Ini merupakan tahun akhir mereka bersekolah di sekolah tinggi ini.
“Di sekolah biasa. SMK bukan lagi high school. Aku pindah pergi Tuaran, Cassee pindah pergi Penampang, Saesae paling jauh di Kota Belud”, beritahu Loretta.
“Oh… Buat apa juga kamu pindah? Last year juga pun kamu next year”, tanya Jevonn.
“Sebab masing-masing sudah kami mahu balik sudah pergi kampung masing-masing”, jawab Cassee.
“Jadi business family kamu?”, tanya Franco pula.
“Pulang baliklah. Pilihan diorangkan”, balas Shae.
“Oh… Pelik”, itu sahaja yang mampu Danyl katakan. Kemudian, mereka semua keluar dan kembali ke kelas masing-masing. Tinggallah Shae berseorangan di dalam makmal komputer menyiapkan kerja kursusnya.
MAJLIS Penyampaian Hadiah dan Jamuan Akhir Tahun diadakan serentak. Cassee mendapat anugerah ketua kelas berdedikasi dan pelajar terbaik, Loretta pula mendapat anugerah pelajar cemerlang dan pelajar contoh manakala Shae mendapat anugerah tokoh pelajar dan ketua pengawas pusat sumber bertauliah. Bagi kumpulan Giler-giler Boh pula, hanya Franco yang berjaya mendapat anugerah tambahan iaitu anugerah ketua pengawas bertanggungjawab. Seperti tahun-tahun sebelumnya, mereka semua mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat keputusan 100% lulus dalam peperiksaan SPM. Ini merupakan salah satu sebab mengapa Elips International High School sangat dikenali.
“Congrats guys!”, Ucap Olliver kepada kumpulan V~GIRL. Dia datang untuk menyokong sahabatnya itu. Senyuman kebanggaan jelas terpapar di setiap wajah mereka.
“Congratulation too our little brother”, ucap mereka bertiga. Mereka tidak dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah Olliver kerana tarikh yang berlanggar dengan peperiksaan akhir tahun mereka. Masing-masing menyimpaman rasa sebak di hati hati kerana mungkin inilah pertemuan terakhir merea ketika masih berada di bangku sekolah.
“Awas! Siapa yang lupa antara satu sama lain lepas pindah nanti putus kawan ah”, kata Laura yang baru tiba.
“Inda akan eh”, kata Cassee.
“Ya bah. We still can keep in touch”, sokong sambil menunjukkan telefonnya.
“Kahwin nanti jemput-jemput ah”, kata Franco.
“Itu kamulah. Kami ada satu tahun lagi sekolah”, kata Loretta sambil tersengih-sengih.
“Eh, yang kau tersengih-sengih tu kenapa? Macam benar kau yang mahu kahwin awal”, duga Danyl separuh bergurau. Dia melirik ke arah Shae berharap Shae memahami maksud lirikannya.
“Weh, tiada-tiada ah”, dalih Loretta. Shae dan Jevonn hanya mampu ketawa melihat gelagat mereka.
Don't forget to leave a comment
Share this novel