Chapter 18

Young Adult Completed 1349

Dari jauh lagi terdengar suara gelak tawa kumpulan Giler-giler Boh dan V~GIRL. Sah! Memang mereka ada di pondok ilmu yang terletak di belakang sekolah itu.
“Guys, sistur ada berita yang inda berapa mustahak”, beritahu Shae sebaik sahaja sampai di pondok ilmu itu. Dia meneguk air yang diambil dari tangan Cassee.
“Apalah konon?”, tanya Cassee. Dia sudah biasa dengan perangai Shae yang main bantai sahaja apa yang ada didepannya.
“Ada budak baru mahu pindah sini”,
“Hah? Siapa nama dia? Dia dari sekolah mana? Lelakikah perempuan?”, tanya Loretta bertalu-talu.
“Manalah aku tahu, yang aku tahu… Jap, minum dulu”, Shae meneguk air Cassee sekali lagi.
“Sorry, haus. Yang aku tahu dia tu dari sekolah swasta juga. Apa tu ah? Aku lupa sudah apa nama sekolah tu. Dari mula huruf N kalau aku inda silap”,
“Nova International Highschoolkah?”, tanya Danyl.
“Ahh… Ya”, baharu Shae ingat bahawa itu merupakan sekolah lama Danyl ketika dia masih di Middle School.
“Kamu rasa dia lelakikah perempuan?”, tanya Shae lagi.
“Aku rasa lelaki”, teka Franco. Jevonn hanya mengangguk-angguk seperti burung belatuk.
“So, harap-haraplah lelakikan. Bertambah juga kaum Adam di sekolah ni. Memandangkan ni tiga lelaki ni pun last year sudah tahun ni”, kata Laura yang sedari tadi berdiam diri.

PAGI itu, giliran Shae pula menjadi pengawas yang bertugas menjaga pagar sekolah. Sebenarnya Shae telah dilantik menjadi ketua pengawas pusat sumber dan sepatutnya dia berada di pusat sumber setiap pagi namun disebabkan dia menyandang 2 jawatan sekali gus, maka dia perlu membahagi masa dengan bijak.
“Hello, please let me scan your card”, sapa Shae dengan wajah yang manis.
“Yupp… This is my card”, kata Cassee sambil menyerahkan kad tag nama pelajar yang wajib dibawa. Loretta juga menyerahkan kad pelajarnya.
“Walking to school today?”, tanya Shae apabila dia nampak tiada pemandu yang datang seperti biasa. Kaki Cassee yang patah sudah beransur sembuh. Dia hanya mengangkat kedua belah kening untuk mengiyakan pertanyaan Shae.
“Exercise”, jawab Loretta. Memandangkan sekolah ini bertaraf antarabangsa maka mereka perlu berkomunikasi dalam bahasa inggeris ketika bertugas.
“Oh, okay… Come in”, balas Shae dan menyerahkan semula kad pelajar tersebut kepada mereka berdua. Tidak lama selepas itu, Franco sampai bersama Pengetua Elips International Highschool.
“Good morning sir”, ucap Shae. Mesra.
“Morning… Bah Ko turunlah”, balas Pengetua EIHS seraya menyuruh Franco keluar dari kereta. Sebaik sahaja Franco keluar dari kereta ayahnya, dia terus menyerahkan kad pelajarnya. Kemudian, Shae mengimbas kad tersebut dengan menggunakan aplikasi pengawas yang ada di telefonnya.
“It’s almost 7.20. Where is the new student”, omel Shae. Sedari tadi dia tertunggu-tunggu siapa murid baru yang dikatakan oleh guru-guru itu.
“Too late guys. Almost 7.20. I about to close this gate”, marah Shae apabila melihat Danyl dan Jevonn terkoncoh-koncoh keluar dari bas sekolah yang dinaiki mereka.
“As you can see, it’s not our fault this time”, Danyl dan Jevonn memberikan alasan.
“It’s okay… Please be hurry”, Shae menyerahkan kad pelajar mereka. 5 minit lagi pagar sekolah akan ditutup dan pelajar yang tidak masuk sebelum 5 minit terakhir akan dikira tidak hadir.

SEWAKTU ingin menutup pagar sekolah itu, seorang budak lelaki yang berpakaian seragam sekolah tercungap-cungap. Shae memandang budak lelaki itu dengan wajah yang berkerut seribu.
“Musuh 7 keturunan?”, soal budak lelaki tersebut.
“What an unpleasent view early in the morning… Late on your very first day huh?”, sindir Shae. Sinis.
“Follow me”, dingin sahaja Shae mengarah. Lalu dia membawa budak lelaki itu berjumpa dengan Puan Fabiana, guru yang bertugas dalam menguruskan kemasukkan dan perpindahan pelajar.
“Madam, he is the new student”, kata Shae.
“Wait a minute”, ujar Puan Fabiana sambil mencari-cari kad yang telah ditempahnya di dalam laci mejanya.
“This is your student ID. You must bring this to school everyday. You can passed the gate if you don’t bring this so be alert. Shae, help me show him his class. Thank you”, kata Puan Fabiana lagi.
“Yes madam”, patuh Shae. Dia menjeling lelaki yang berdiri di sebelahnya. Menyampah.

Sorry for the late update . Don't forget to leave a comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience