Chapter 7

Young Adult Completed 1349

Seminggu telahpun berlalu, keletihan jelas terpapar pada wajah-wajah peserta. Perasaan untuk pulang ke rumah masing-masing berkobar-kobar. Mahu sahaja terus berlari ke rumah dan tidur sepuasnya.
“Okay, bagaimana perasaan kamu sepanjang perkhemahan minggu ini?”, tanya Encik Matheus.
“Seronok”, walaupun kelihatan lemah namun mereka tetap bersemangat. Ada juga sipi-sipi jawapan dari murid ‘penat’. Kemudian, mikrofon mula bertukar tangan.
“Apa yang kamu dapat belajar sepanjang perkhemahan ini dijalankan?”, tanya Encik Simmon selaku pengetua Elips International High School yang juga merupakan pemilik sekolah ini.
“Boleh berdikari”, jawab ahli kumpulan V-GIRL.
“Berani”, kata ahli kumpulan Giler-giler Boh juga. Bernada tidak mahu kalah.
“Bagus”, respon Encik Simmon.
“Okay, hari ni kamu boleh berehat di rumah masing-masing”, katanya mengakhiri ucapan yang panjang lebar. Beliau pun meletakkan mikrofon itu setelah selesai memberi arahan untuk bersuarai. Kemudian, para pelajar pun bersurai dan seperti biasa tiga orang anak bangsawan ini pun terus memasuki kereta masing-masing dan beransur pulang.

KETIKA Laura tiba, Loretta sedang sibuk menonton video menggunakan telefon yang berjenama yang sama dengan telefon Shae dalam aplikasi Instagramnya. Begitu juga dengan yang lain. Walaupun telefon berada di tangan masing-masing namun cerita dari dari mulut mereka tidak pernah putus. Disebabkan mereka bersekolah di sekolah swasta, mereka dibenarkan untuk membawa telefon ke sekolah dengan syarat tidak boleh digunakan ketika pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung. Kebetulan pada waktu ini pelajar yang tidak mengikuti perkhemahan perlu mengikuti ceramah selama seminggu dan perlu menghadiri kelas tambahan pada waktu petang hingga malam. Mungkin itulah kelebihan peserta yang menghadiri perkhemahan tersebut. Mereka tidak perlu mendengar ceramah yang membosankan itu selama seminggu.
“Hi you all”, sapa Laura yang baru dapat berehat dari mendengar ceramah. Dia masuk ke dalam pondok ilmu yang terletak di tengah-tengah sekolah ini.
“Hallu Ra”, kata mereka sambil melambai ke arah Lauza yang berura-ura hendak duduk.
“Weh Ra, kenpa kau tidak ikut tu perkhemahan?”, tanya Loretta sambil memandang Laura sekilas.
“Itulah bah Ra. Tengok Olliver tiada kawan sudah time menjaga”, sambung Shae. Matanya juga melirik ke arah Laura.
“Betul. Nasib Zuriel belum pindah time tu”, sokong Cassee yang masih sibuk bermain game PUBG yang sedang trending waktu ini. Zuriel baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana terpilih menjadi pelajar pertukaran di sekolah Jevonn sebelum ini.
“Kakak aku bawa aku pergi Pahang”, ringkas sahaja jawapan Laura.
“Eleh, mau juga ikut kakak kau pergi Pahang”, sindir Danyl seperti biasa.
“Haruslah”,
“Stoplah kamu. Kurang fokus kami”, pinta Franco yang fokus bermain PUBG bersama-sama Cassee dan Jevonn. Ketika itu, Encik Ray sedang berjalan di hadapan mereka.
“Shae, sini dulu kau”, katanya.
“Kejap cikgu. Guys, bye. Cikgu Ray panggil aku”, kata Shae untuk memberitahu mereka. Terpaksa dia menutup aplikasi Netflixnya yang digunakan untuk menonton drama Korea sebentar tadi.
“Oh. Bye Shae. Jumpa di kelas agama”, kata mereka pula.

Please continue to support . Don't forget to leave a comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience