Chapter 3

Young Adult Completed 1366

Keesokkan harinya, Shae pergi ke sekolahnya seperti biasa. Waktu rehat semestinya adalah waktu yang disukai para pelajar. Keadaan sangat sesak membuatkan Shae malas melayan orang-orang di sekelilingnya. Tanpa membuang masa, Shae berbaris untuk membeli makanan. Shae hanya memesan nasi ayam dan jus apple hijau.
“RM5 kan?”, tanya Shae walaupun dia sudah maklum dengan harga makanan di sekolahnya.
“Ya betul”, ujar makcik kantin itu. Lalu Shae mengeluarkan wang ringgit bernilai RM10 dari dompetnya dan menyerah wang tersebut kepada makcik kantin itu.
“Memang selalukah kamu makan ramai-ramai begitu?”, tanya makcik kantin itu kepada Shae sambil menyerahkan baki duit Shae. Dia memandang ke arah meja makan yang diduduki rakan-rakan Shae. Hnaya mereka yang makan beramai-ramai semeja di kantin tersebut kerana majoriti pelajar-pelajar di Elips International High School ini terdiri daripada golongan-golongan yang elite dan hampir semua pelajar di sini makan bersendirian dan tidak suka bergaul. Mereka juga menghabiskan masa mereka dengan belajar, belajar dan belajar. Malah, pada waktu rehat juga mereka membaca buku sambil makan kecuali Shae dan rakan-rakannya.
“Bolehlah selalu. Sebab kami memang lama sudah berkawan. Dari middle school lagi kami sudah kenal tapi ada kumpulan lain bah tu aunty. Yang duduk sebelah kiri tuu kumpulan V-GIRL”, terang Shae. Dalam hatinya, mesti makcik kantin tu rasa cringe dengan kami kan.
“Jadi yang sebelah kanan tu kumpulan apa?”, makcik kaitin pun melayan sahaja. Dari sudut hatinya dia sangat gembira masih ada anak-anak muda yang masih berteman seperti ini kerana bulatan pertemanan di Elips International High School ini semakin hilang disebabkan anak-anak hanya bersaing untuk mendapat pengikhtirafan dan membuat hal masing-masing.
“Diorang tu kumpulan Giler-giler Boh”,
“Uh, lain juga bunyinya tu”,
“Entahlah diorang tu, memang diorang suka begitu. Okaylah aunty saya pergi makan dulu ah. Diorang tunggu sudah tu”,
“Oh bah. Terima kasih ah”,
“Sama-sama aunty”, balas Shae seraya melemparkan senyuman kepada makcik kantin itu lantas pergi meninggalkan kaunter pembayaran.
“Eh kau ni Shae, terlebih juga peramah”, sergah Loretta sebaik sahaja Shae melabuhkan punggung di kerusi yang berada diantara Cassee dan Loretta.
“Itulah. Sikit-sikit bercerita sama orang”, Cassee juga menyokong pendapat Loretta.
“Bukan bah. Orang yang tanya aku, aku jawablah. Bukan aku yang bawa cerita dulu”, Shae menafikan.
“Yang dulu pun begitu juga time sukan MSSD tu”, Loretta tidak mahu mengalah.
“Yabah. Time dia membeli jagung tu kan?”, sambung Cassee.
“Iya. Ingat juga kau ah”,
“Ah, kamu ni. Bercerita pun syok sendiri”, tegur Zuriel mendengar mereka bercerita bagaikan mereka tiada di sana.
“SS”, Laura menyingkatkan perkataan syok sendiri.
“Memang. Diorang ni kalau bercerita memang SS”, rapu Danyl. Mereka bertiga hanya mencebik mendengar kata-kata Danyl. Tapi tersenyum mendengar kata-kata Laura.
“Biasa. V-GIRL bah ni. Itu bah tu dorang mau cakap”, Laura sudah masak dengan perangai Cassee, Shae dan Loretta ini.
“Temberang”, hanya itu sahaja yang dapat diluahkan oleh Franco.
“Bah, makanlah kamu. Bercerita ja kamu”, Danyl terus menjamu makanannya. Dia sempat melirik ke arah Shae yang merenungnya entah kenapa.

SEPERTI biasa perpustakaan sekolah memang senyap kerana peraturannya yang ketat.
“Uii kamu, sini dulu bah”, panggil Franco dengan suara yang perlahan.
“Apa lagi? Ih kau ni, kacau saja orang mau isi buku nilam”, rungut Cassee namun dia tetap bergerak dan duduk di sebelah Franco.
“Ih dengar dulu bah. Nyl, cuba tolong kasih tau diorang ni”,
“Kamu mau taukah? Jevonn mau pindah sini dia bilang”, Danyl memberitahu.
“Why! Why kamu suruh dia pindah sini?”, Loretta memasamkan muka.
“Well, kan kami mau tukar ahli kumpulan”, jawab Laura dengan bangga. Kebetulan Zuriel tidak berada di situ. Sebenarnya alasan mereka tidak mnyukai Zuriel kerana Shae mendapat tahu bahawa Zuriel mnyebarkan berita yang tidak betul tentang Shae kepada semua pelajar pertukaran dari Perak dan kebetulan salah seorang pelajar dari Perak itu bertanya secara terus kepada Shae dan Shae yang berasa terkilan dengan berita tersebut terus menceritakan hal tersebut kepada Laura. Disebabkan hal itu mereka semua menjadi renggang dengan Zuriel kerana mereka merasa ia tidak adil untuk Shae menghadapinya seorang diri. Namun begitu, tiada seorang pun yang berani menyurakan hal tersebut secra terang-terangan maka Shae memilih untuk memaafkan Zuriel dalam diam tetapi untuk berkawan dengannya seperti dahulu dia tidak dapat menerimanya.
“Okay fine. Kalau begitu kami pun mau tambah ahli kumpulanlah”,
“Kenapa pula tiba-tiba?”, tanya Franco kurang faham.
“Memandangkan kumpulan kamu empat orang jadi kami pun maulah empat orang”, jawab Cassee apabila melihat Loretta dan Shae hanya berdiam diri. Mungkin mereka masih sedang memproses kata-kata Franco.
“Tapi kenapa baru sekarang?”, tanya Danyl pula. Dahinya berkerut seribu. Pelik. Mereka bertiga diam tiada perasaan.
“Mungkin diorang sengaja bah kali. Biarlah tu. Bila Jevonn pindah sini? Aku excited ni”, Laura tolong menjawab sejurus mengubah topik perbualan mereka.
“Esok”, jawab Franco. Ringkas dan tenang.
“What! Esok? Weh gila”, hampir pengsan Loretta dibuatnya.
“Apalah masalahnya weh?”, tanya Cassee dengan muka menyampah.
“Aku tidak suka”, tegas sahaja suara Loretta. Dia dan Jevonn pernah digosipkan bercinta ketika pertandingan kebudayaan.
“Ah, bisinglah kamu ni. Jomlah baca buku”, Shae sudah letih berdiri sedari tadi kerana kerusinya diambil oleh Danyl untuk meletakkan kakinya.
“Tidak mau. Kami mau main”, Danyl menjelirkan lidah ke arah Shae dan kembali bermain chess bersama Franco.
“Alaa.. Ulat buku memang begitu”, sindir Franco. Mereka sedia maklum bahawa Shae dan Cassee pernah mewakili sekolah bagi program nilam Sabah dan mereka berdua mendapat kedudukan gangsa tahap jauhari seluruh Sabah.
“Hmm, geram betul”, omel Loretta. Sebetulnya dia juga hampir berjaya mengikut jejak Cassee dan Shae tetapi kerana dia terlalu membantu Shae, dia gagal. Hal ini menyebabkan Shae sentiasa rasa bersalah setiap kali teringatkan peristiwa itu. Sekali lagi Danyl menjelirkan lidah ke arah Loretta.
“Kejap. Tadi kamu bilang mau tambah ahli kumpulan kan?”, belum sempat mereka bergerak ke tempat masing-masing Laura sudah bertanya.
“Yakan. Kamu mau tambah sama siapa?”, tanya Danyl pula.
“Siapa lagi kalau bukan Liver”, cepat sahaja Shae menjawab.
“Hah? Olliver kan lelaki”, terkejut Laura dibuatnya. Olliver merupakan rakan sekelas Loretta, Cassee dan Shae. Dia juga merupakan sahabat mereka dari sekolah rendah hingga sekolah tinggi.
“Biarlah dia masuk kumpulan kami tapi nama dia lain sikitlah tapi sama juga actually”, kata Cassee dengan tegas. Banyak sangat tapinya.
“Yupp. Kan kami V-GIRL so dia B-BOY”,terang Loretta pula.
“Oh. Okay then. Bah sambunglah kamurang baca buku”, arah Franco. Lembut dan sopan.

Sorry for the late update . I'll post extra two chapters to make up with you guys . please continue to support me . hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience