Chapter 11

Young Adult Completed 1349

Hujung tahun seperti ini selalunya sukatan pembelajaran mereka sudah habis dan hanya belajar untuk program yang diambil sahaja dan ulangkaji. Maka mereka semua pun melepak di bilik gerakan.
“Hayyaa… Sikit lagi aku mahu menang bah tadi”, Laura tidak puas hati.
“Tu lah. Aku sikit lagi accident ah tadi”, Cassee juga tidak puas hati.
“Aku pun sama weh sebab PCP berabis mahu potong aku. Tiba-tiba lagi tu”, Shae juga senasib dengan Cassee.
“Ih, aku nampak cikgu dari jauh bah takkan aku diam-diam ja”, kata Olliver. Rungutan mereka itu seolah-olah dia yang dipersalahkan dalam hal ini.
“Tadi tu aku kira aku mahu potong Saesae lagi bah tu lepas potong Cassee. Namun, apakan daya cikgu datang pada saat-saat genting”, Franco meluahkan rasa kesalnya.
“Aku lagi sedih. Sikit lagi aku mahu potong Laura, kalau inda win first price oh”, Danyl juga meluahkan rasa kesalnya.
“Rettalah… Berabis dia mahu potong aku tapi inda dapat”, sempat lagi Jevonn mengejek Loretta. Jauh di sudut luar pintu terdapat kelibat seseorang yang sedang mendengar perbualan mereka. Kelibat seseorang itu tersenyum sahaja mendengar perbualan mereka tanpa mereka sedari dan tiba-tiba beliau menampakkan dirinya.
“Kamu inda rasakah kita macam sedang diperhatikan?’, ujar Olliver. Mereka berdiam sebentar tanpa menoleh ke balakang.
“Hmm… Tidak tahulah siapa yang menang kan?”, suara tersebut dari arah belakang. Kesemua mereka tergamam dan masih dalam posisi membelakangi kelibat tersebut.
“Weiinah”, bulat mata Cassee, Shae dan Loretta. Perlahan-lahan mereka berpaling ke arah suara tersebut.
“Weh… Macam mana cikgu boleh tahu ni?”, Terkejut bukan kepalang lagi Franco, Danyl dan Jevonn melihat Encik Eddison tersenyum manis di muka pintu.
“Matilah kita kena denda”, Laura dan Olliver menduga. Mereka berbisik-bisik diantara satu sama lain kerana takut didengari oleh Encik Eddison.
“Macam biasa… Denda tetap denda. Cassee dan Franco semua tandas pelajar dan derma RM1 ke dalam tabung kesalahan tatasusila EIHS. Shae dan Olliver kemaskan stor sukan dan derma RM1 dalam tabung yang sama. Loretta dan Danyl bersihkan pusat sumber dan derma ke tabung pelajar bermoral sebanyak RM1. Lastly, Laura dan Jevonn sapu semua kelas dan derma di tabung yang sama dengan Loretta dan Danyl dengan amount yang sama”, Encik Eddison memberikan denda. Setiap kali pelajar Elips International High School membuat kesalahan mereka mesti menderma ke salah satu tabung yang ada dalam bilik Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar.
“Ya cikgu”, Cassee, Shae dan Loretta hanya menurut perintah.
“Habis cash cikgu, QR ja ada”, kata Franco, Danyl dan Jevonn pula kerana mereka telah menghabiskan semua wang tunai waktu rehat tadi.
“Esoklah. Jangan lupa pula”, jawab Encik Eddison.
“Sorry cikgu”, kata Laura dan Olliver serentak.

1 JAM masa yang diambil oleh Cassee dan Franco untuk memcuci tandas yang besar dan mewah itu. 6 buah tandas untuk lelaki dan perempuan. Bermakna mereka telah mencuci 12 buah tandas. Fuh! Sangat memenatkan. Dan ini adalah tandas yang terakhir yang perlu dicuci.
“Ko, tolong ambil tu gayung”, pinta Cassee. Franco lantas mencapai gayung tersebut. Cassee menyiram tempat yang telah disentalnya dengan air.
“Weh, tolog siram dulu bah”, pinta Franco pula.
“Ko, berus dulu tu lantai baru kau siram. Bukan siram-siram ja. Mana ada bersih kalau begitu”, marah Cassee. Lembut.
“Yalah… Aku beruslah bah nie”, Franco mengalah.

BERBEZA pula dengan Shae dan Olliver. Mereka mengambil masa 1 jam lebih lama berbanding Cassee dan Franco untuk mengemaskan stor peralatan sukan itu kerana terlalu padat dengan barang-barang yang tidak disusun kembali selepas digunakan.
“Liver, mana tu penyambut sampah?”, tanya Shae sambil melilau mencari di mana dia meletakkan penyambut sampah itu tadi.
“Ninah”, Olliver menunjukkan bahawa benda itu berada di belakangnya. Baru sahaja dia ingin menyerahkan penyambut sampah itu kepada Shae, Shae sudah membebel.
“Tolonglah pegang. Haduhh…”,

“IH, jangan kacau bah PCP”, RIMAS Loretta dibuatnya kerana penat-penat dia menyusun buku-buku yang berselerak tiba-tiba Danyl pergi membongkarnya semula. Mahu sahaja dia meninggalkan Danyl mengemas pusat sumber ini seorang diri. Namun, ini merupakan tugas mereka maka digagahkan juga dirinya untuk melayan karenah Danyl yang masih keanak-anakkan itu.
“Hahaha… Baru tahu”, balas Danyl lalu menjelirkan lidah. Loretta menampar kuat bahu Danyl menggunakan buku yang dipegangnya. Geram dia dibuatnya.
“Eh, buat kerja”,bisik Danyl lagi. Padahal dialah punca mereka lambat menyiapkan tugas mereka.

KELAS tingkatan 3 yang berdebu itu membuatkan Laura bersin berkali-kali.
“Hachuuu… Shit! Berhabuk habis bah kelas 3 Aristotle ni, inda sanggup sudah aku”, rungut Laura. Jevonn hanya tertawa kecil melihat hidung Laura yang kemerahan seperti badut.

Sorry inconsistent on updating. please leave a comment so I know you guys is supporting me. thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience