Beberapa minit kemudian, sampailah mereka di Rigel Shopping Mall.
“Cass, kau mahu pergi mana dulu?”, tanya Shae.
“Aku ikut kau ja ni”, jawab Cassee.
“Bah mari kita pergi cari dress di Vogue’,
“Aku pakai dress?”, Cassee tidak suka memakai gaun kerana ia kelihatan sangat kewanitaan.
“Kali ni ja pun”, balas Shae. Dia menarik tangan Cassee ke dalam butik Christian Dior. Cassee memandang Shae. ‘Bilang Vogue masuknya Christian Dior’, rungut Cassee dalam hati. Namun dituruti sahaja rakannya itu.
“Pilih-pilih”, sila Shae.
“Okaykah kalau aku pakai ini?”, tanya Cassee. Dia memakai gaun labuh bertali nipis berwarna merun yang agak terdedah di bahagian bahu dan belakang.
“Lawa bah. Belilah”, respon Shae amat ringkas. Tanpa berfikir panjang dia terus membayar gaunnya dengan harga RM1899 sehelai.
“Baju kau mana satu?”, tanya Cassee. Sedari tadi dia melihat Shae menbelek-belek gaun yang sama.
“Yang ini kali”, lalu Shae mencapai gaun sutera berwarna kelabu dan panjangnya paras betis dengan gaya baju yang menampakkan bahu sebelah kanan sahaja ala-ala baju tradisi Thailand. Sah, Shae memang suka membeli barangan edisi terhad yang harga bernilai RM3000 dan ke atas. Shae mengeluarkan kad kreditnya untuk membayar gaunnya yang berharga RM3902.44. Alah… Keturunan Diraja. Biarlah.
“Jom pergi makan. Aku belanja”, ajak Cassee.
“Bah. Aku on ja ni kalau kena belanja”, Shae mengikuti langkah Cassee yang memasuki restoran makanan Barat untuk mengisi perut.
“Cass, Shae!”, jeritan perlahan memanggil mereka. Pantas Cassee dan Shae menoleh ke arah tersebut.
“Weh, kamu pula ni”, sapa Cassee apabila melihat kelibat Danyl dan Jevonn makan di sebuah meja restoran tersebut.
“Joinlah kami sini”, ajak Danyl.
“Kamu dari mana?”, tanya Jevonn.
“Shoppinglah”, jawab Shae sambil mengangkat beg-beg pakaian yang berlogo Dior.
“Perempuan”, perli Danyl lalu menepuk dan mengusap-usap belakang Jevonn. Cassee dan Shae duduk berhadapan dengan Danyl dan Jevon lalu memesan makanan untuk mereka. Selesai makan dan berbual-bual bersama kedua-dua pemuda itu, mereka pun pulang ke rumah masing-masing.
MAJLIS gilang-gemilang itu diadakan di sebuah Hotel 5 bintang iaitu Hilton Hotels and Resorts. Kehadiran tetamu adalah terhad dan rakan-rakan karib Franco dan keluarga terdekat mempelai ditempatkan di meja VVIP yang berada di hadapan. Alangkah terkejutnya mereka melihat Loretta yang menjadi pengantin perempuan. Wah… Rupa-rupanya selama ini mereka menyembunyikan hubungan mereka. Hebat. Selesai sahaja majlis persandingan Franco dan Loretta, Shae dan Cassee terus menerpa ke arah Loretta dan memeluknya erat.
“Damn oh kau. Beraninya kau mengetepikan kami dalam hal ni”, marah Shae. Air mata berlinang di tubir mata kerana terharu. Dia ingatkan adegan yang dilihatnya bersama Danyl itu sekadar prihatin terhadap rakan sahaja. Rupanya mereka memang telah menjalinkan hubungan ketika itu.
“Sorrylah Shae. Kami mahu kasih surprise kamu semua bah”, Loretta tersenyum. Senyuman seolah-olah mengejek bahawa dia telah berjaya memberi kejutan kepada kedua-dua sahabatnya itu. Termasuk Danyl, Jevonn, Laura dan Olliver. Tidak lupa juga Zuriel yang juga dijemput pada saat-saat akhir.
“Aku sama Saesae sudah nampak bah tuu dulu tapi kami tidak shak apa-apa terus masa penyampaian hadiah dulu tu ada lagi kamu bagi hintkan memang aku tahu sudah ni diorang ada rahsia lain tapi aku tengok Saesae tiada dia perasan lagi jadi aku pun ah biarlah. Last-last betul-betul bah. Hayya… Congrats ja kamu dua”, panjang lebar Danyl menceritakannya.
“Dasar”, sindir Cassee. Walaupun begitu, mereka bersyukur kerana Loretta telah berkahwin dengan orang yang baik dan berharap mereka akan bahagia hingga ke akhir hayat.
~ TAMAT ~
Happy to inform you Memori Tercipta finally end . Thank you for your outstanding support . Please leave a comment about what do think about this novel to help me improve. Sending love from Leiya.
Share this novel