Chapter 16

Young Adult Completed 1349

Malang tidak berbau, ketika mereka berlima sampai di pertengahan jalan sewaktu menuruni puncak Osmena Peak, kaki Cassee terpelecok akibat terpijak b atu longgar yang agak tajam dan menyebabkan mereka terjatuh kira-kira 4 meter dari tempat mereka berdiri sebelum ini. Memandangkan mereka bergandingan tangan maka mereka bertiga jatuh bersama-sama sekaligus.
“Cass, Sae, Ta!”, jerit Franco cemas. Dia cuba untuk membantu namun dia juga tergelicir dan punggungnya terhempas.
“Aww”, Franco kesakitan. Danyl bersama pembantu peribadi mereka pergi mendapatkan Franco dan lain-lain.
“Okaykah?”, tanya Danyl kepada Franco.
“Okay jugalah”, jawab Franco sambil menggosok-gosok punggungnya yang terasa sakit. Shae dan Loretta mengerang kesakitan manakala Cassee tidak sedarkan diri. Mungkin kerana dek terhantuk kepalanya dengan kuat di tunggul kayu berdekatan tempatnya tergolek. Setelah beberapa lama, bantuan pun sampai dan semua yang tercedera dikejarkan ke hospital.

DANYL melawat Franco yang berehat di bilik yang disediakan di bilik rawatan. Kata doktor, luka yang kecil juga akan menjadi besar jika tidak dirawat oleh itu Franco terpaksa menunggu di situ kerana siku kirinya calar.
“Weh”, sapa Franco.
“Weii”, jawab Danyl. Sekadar memberi respon.
“Macam manalah diorang tiga tu?”,
“Entah pula. Aku belum lawat. Nanti aku pergi lawat”,
“Oh…”,
“Bah aku melawat diorang Cassee dululah. Kau rehat-rehatlah”,
“Bah-bah… Inform ja kalau ada apa-apa”,
“Okay”, kata Danyl bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya. Langkah ditapakkan ke wad VIP dan masuk ke bilik Cassee. Waktu itu Cassee baharu sahaja sedarkan diri. Menurut doktor tiada apa yang serius mungkin kerana hentakkan yang kuat pada kepala menyebakannya pengsan. Kaki Cassee patah dan disimen tadi. Danyl tidak berlama di situ dia pergi ke bilik sebelah. Dilihatnya Shae sednag sibuk menaip-naip mengunakan tangan yang juga telah disimen. Menurut doktor yang merawatnya, pergelangan tangan Shae mengalami keradangan dan sepatutnya tidak boleh digerakan.
“Degil oh kaukan?”, kata Danyl separuh marah.
“Apa jo?”, jawab Shae pura-pura tidak mengerti.
“Minta puji lagi pura-pura tidak tahu. Doktor sudah bilang jangan kasih gerak tu tangan janganlah. Kau mahu jadi parahkah?”,
“Mana ada gerak tangan. Aku gerak jari ja pun”,
“Memberi kesan juga bah tu. Susah juga orang yang inda dengatar kata ni”,
“Ih, relaxlah. Peminat aku DM bah”, Shae akur kemudian meletakkan telefonnya di meja sisi yang berdekatan.
“Kau ni kenapa menyemak di sini?”, tanya Shae pula apabila melihat Danyl yang masih lagi duduk di sofa.
“Lek bah. Rehat”, jawabnya sambil bermain dengan telefonnya. Shae mengecilkan matanya memandang Danyl.
“Alang-alang sudah kau di sini, bagus kau kasih buat aku air”, katanya. Dia lebih selesa berteman dengan Danyl berbanding Franco dan Jevonn atau Zul. Dia pun tidak tahu kenapa.
“Eh, mengada pula kau ah. Air apa kau mahu?”,
“Susu. Thank you”, ucap Shae sambil tersenyum manis. Gembira. Jarang sekali Danyl hendak menolongnya. Setelah membancuhkan susu untuk Shae dia terus meminta diri untuk pergi ke bilik Loretta pula. Danyl membuka pintu bilik Loretta setelah mengetuknya beberapa kali. Gadis comel yang berbalut di bahagian kepala itu agak lena. Danyl mendekati katil Loretta dan memandang maklumat pesakit.
“From Malaysia… Minor scratch…”, Danyl membaca perlahan. Loretta terjaga apabila mendengar suara kecil Danyl.
“Apa dia tulis?”, tanya Loretta tiba-tiba.
“Dia bilang tiada kecederaan parah. Calar sikit ja bahagian kepala”,
“Oh… Okay then”,

KAPAL terbang MAS Airline MH820 kini mendarat dengan selamat di KKIA. Mereka bertiga turun dengan bergaya sekali walaupun masih bersimen dan berbalut. Mereka masih diiringi oleh tiga orang pembantu peribadi. Keluar sahaja dari balai ketibaan, pemandu peribadi bersedia di dalam kereta. Cassee dan Loretta pula menawarkan diri untuk menghantar Franco dan Danyl pulang. Shae pula terus pulang ke rumah dan berehat. Sesampai sahaja Shae di rumah banglo milik keluarganya itu, mamanya bergegas keluar.
“Are you okay sweetie? Are yiu not feeling well? Why are you look so dehydrated?”, bertalu-talu pertanyaan yang dilpemparkan oleh Tengku Julyann. Beliau memegang lengan Shae yang bersimen.
“I’m okay”, jawab Shae pendek.
“She’s okay… No need to worry anymore. She can handle herself”, pujuk Tengku Enrique, cuba untuk menenangkan kegusaran di hati isterinya. Ibu bapa mana yang tidak risau jika anak mereka tercedera.

Don't forget to leave a comment . Thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience