“Selamat pagi kepada warga Elips International Highschool, di sini ada satu pengumuman. Diminta semua pengawas datang ke bilik pengawas sekarang juga”, suara ketua pengawas Elips International Highschool bergema. Pada waktu itu, semua murid sedang belajar mengikut kemahiran jadi tidaklah mereka terganggu dengan pengumuman sebentar tadi.
“Cinta… Cinta kepada nusa….”, Shae sedang menyanyikan lagu kemerdekaan yang bertajuk Disini Lahirnya Sebuah Cinta pun terhenti apabila mendengar pengumuman Franco.
“Shae, cukuplah untuk hari ini. Kamu pergilah bilik pengawas. Kita sambung minggu depan”, kata Puan Linny.
“Saya pergi dululah cikgu”, Shae meminta diri. Dia terus ke bilik kemahiran seni. Dilihat Loretta sedang kusyuk mencalitkan warna di kertas kanvas dengan menggunakan pisau palet. Memang tidak dinafikan Loretta sangat berbakat dalam bidang seni lukisan.
“Loretta, sudah siapkah?”, tanya Puan Moira. Guru seni yang banyak membantu Loretta.
“Belum cikgu. Sikit lagi”,
“Sudahlah tu. Minggu depan sambung”,
“Ala… Kejap lagi cikgu”,
“Ih cikgu ni, yalah… Saya jalan dulu”, Loretta mengalah. Selepas itu mereka pergi ke kelas kemahiran reka cipta. Dari pintu bilik tersebut, mereka berdua hanya menunggu dan memandang Cassee yang masih berusaha untuk menyiapkan hasil ciptaannya iaitu model kereta api solar bermusik.
“Miss, lepas pasang yang ini, pasang lagi yang ini bahkan?”, Tanya Cassee kepada guru reka cipta yang berbangsa Cina itu.
“Tengoklah buku kamu. Tapi nanti-nantilah kamu sambung. Si Franco panggil sudah tu”, kata Cik Lim Xiao Xin. Pelat.
“Aishh kacau oh Kiko ni”, rungut Cassee kemudian mendapatkan Shae dan Loretta yang sedari tadi menunggunya. Tanpa membuang masa, mereka terus menapak ke bilik pengawas.
HINGAR-bingar bilik gimnasium disebabkan suara Danyl dan Jevonn. Antara atlet pilihan sekolah.
“Jevonn, Danyl, next. Lunges with dumbell. 10x2”, arah Encik Ray.
“Fuh… Penatnya”, keluh Danyl.
“Cikgu, Franco panggil”, elak Jevonn.
“Bah eesok lagi training. Training padang petang ah”, beritahu Encik Ray.
“Tengoklah cikgu. Kalau mampu”, kata mereka. Separuh bergurau kerana mereka tidak pernah ponteng latihan. Jevonn mengelap peluh di lehernya kemudian meneguk 2 teguk air manakala Danyl sudah pergi ke loker untuk menukar baju sukan yang basah dek peluh kepada baju seragam pengawas. Kemudian mereka bersama-sama masuk ke kelas untuk mengambil buku laporan pengawas.
“Aii, Laura. Kau bukan pengawaskah?”, tanya Encik Chong Hai Wei.
“Bukanlah Sir. Saya sudah letak jawatan”, jawab Laura.
“Kenapa kau letak jawatan? Hei… Kau ni”,
“Inda sanggup Sir. Berat tugasnya”,
“Oh yalah. Biasalah tu”,
“Ya sir”,
“Sir, kami keluar dulu”, pamit Danyl mewakili dia dan Jevonn setelah mereka mengambil buku laporan.
Thank you for keep reading . Don't forget to leave a comment
Share this novel