Chapter 13

Young Adult Completed 1366

Hari yang ditunggu-tunggu kini telah tiba. Perasaan teruja terpapar di raut wajah mereka semua kecuali Shae. Hanya dia yang tidak berasa teruja dengan aktiviti ini namun demi persahabatan mereka dia sanggup mencemar duli ke kampung yang kolot ini.
“I’m so excited!!”, kata Cassee. Matanya bercahaya. Pembantu peribadi mereka masing-masing memasukkan beg bagasi mereka ke dalam tempat yang disediakan. Kerusi kelas pertama sangat selesa. Mereka pun duduk sebaik sahaja masuk. Penerbangan menuju ke Cebu, Philippine mengambil masa 4 jam untuk sampai. Banyak sahaja cerita mereka sepanjang perjalanan. Lama-kelamaan mereka semua pun tertidur kerana terlalu penat. Jam sudah menunjukkan tengah malam dan tepat pada waktunya penerbangan mereka pun mendarat dan selamat tiba di Cebu International Airport. Mereka semua bangun dengan diri yang masih mamai. Keluar sahaja dari kapal terbang itu mereka sudah ditunggu oleh pemandu pelancong yang memang sudah ditempah khas oleh ibu bapa mereka. Mereka juga menyewa dua buah kereta Toyota Alphard untuk kemudahan anak-anak mereka bergerak ke mana yang mereka ingini.
“Can we hop in and stare this driver?”, tanya Cassee tiba-tiba ketika Shae dan Loretta masih ternganga melihat ketampanan orang filipina yang merupakan pemandu mereka. ‘Dasar tidak sedar diri betul’, Shae dan Loretta tersedar dari angan-angan mereka. Masing -masing tersengih. Lalu mereka segera masuk ke dalam kereta tersebut bersama-sama pembantu peribadi mereka masing-masing.
“You know Ta? I think our driver is too hot. I don’t feel like wanna go home”, kata Shae kepada Loretta.
“I feel the same babe”, sokong Loretta. Lalu ketawa seperti tikus mendapat keju.
“Guys, perlahan sikit. You’re so loud. What if he heard you”, marah Cassee separuh berbisik.
“Chill”, serentak sahaja Loretta dan Shae menenangkan hati Cassee. Pembantu peribadi mereka hanya tersenyum melihat gelagat anak majikan mereka. Mereka telah menjaga anak-anak ini sedari mereka berumur 7 tahun sehingga sekarang mereka sudah berumur 17 tahun. Bayangkan sahajalah betapa mereka mengenali perangai anak-anak ini.

SESAMPAI sahaja mereka di Radisson Blu Cebu Hotel mereka. Terus mendaftar masuk dengan dibantu oleh pembantu peribadi mereka. Ketika itu Franco, Danyl dan Jevonn baharu sahaja tiba. Laura tidak dapat mengikuti mereka pada saat-saat akhir kerana projek tahun akhirnya yang perlu dihantar sebelum tarikh yang telah diberikan manakala Olliver pula perlu menguruskan hal perpindahan sekolah. Tanpa membuang masa, mereka pun mendaftar masuk ke hotel itu. Hotel 5 bintang yang terkenal di Cebu. Manakala, V~GIRL sedang sibuk berswafoto bersama seperti kebiasaan. Setelah semuanya selesai melakukan kerja masing-masing mereka pun masuk ke dalam bilik masing-masing. Bapa kepada Cassee yang telah menempah dan menaja perbelanjaan hotel mereka sebanyak 3 buah bilik. Manakala kereta yang digunakan mereka sebentar tadi adalah tajaan daripada ayah Loretta. Ayah Shae pula membelikan mereka tiket penerbangan pergi dan balik.
“Weh… Aku macam lapar”, kata Loretta tiba-tiba. Terasa perutnya sedang menjerit-jerit minta diisi.
“Bah. Apa lagi? Jomlah pergi makan”, ajak Shae apabila melihat Loretta yang sedang mengusap-usap perutnya yang berkeroncong kuat seperti bunyi dentuman drum.
“Bawa yang lainlah. Takkan kita tiga ja. Bahaya eh. Uncle-uncle tu pun tidur sudah kali”, kata Cassee yang baru selesai mencuci rambut dan berdiri di hadapan pintu bilik mandi dengan rambut yang masih berbungkus dengan tuala. Tanpa membuang masa, Loretta pun menghantar pesanan ringkas di whatsapp group. ‘Kami turun makan ni… Siapa lambat dia belanja’, tulisnya. Shae dan Cassee membaca pesanan tersebut dan memandang antara satu sama lain.
“Bye Ta”, Ucap Shae lalu dia terus keluar dari bilik mereka dan berlari menuju ke lif. Cassee yang belum sempat mengeringkan rambutnya juga mengejar Shae dan berjaya memasuk lif yang sama.
“Ah… Shitnya kamu orang”, Loretta segera mengejar. Namun dia lewat selangkah, semua rakan-rakannya yang lain telah berada di Radisson Café terlebih dahulu.
“Kata-katamu akhirnya memakan diri”, sindiran lembut daripada Franco ditujukan kepada Loretta disertakan senyuman sinis yang boleh membakar hati setiap orang yang melihatnya.
“Boahh… Minta tampar. Lif apa jo kamu guna laju betul”, marah Loretta.
“Menyesal aku taip begitu. Dasar kawan-kawan pengkhianat”, sambungnya sambil melemparkan pandangan maut pada Cassee dan Shae.
“Relax bah cinta. Kau kan kaya”, kata Cassee. Cuba untuk menenangkan bola mata Loretta yang berapi-api memandang mereka berdua. Loretta adalah yang terkaya di antara mereka selepas Shae kerana ayahnya memiliki syarikat di luar Asia Tenggara ini.
“It’s okay bah. Aku belanja ikhlas ni”, api membara Loretta kian kendur dan seperti biasa dia memang seorang yang murah hati. Setelah siap memesan makanan baru Shae tersedar Jevonn tidak ada bersama.
“Guys, mana Jevonn?”, tanyanya.
“Tumbang sudah loh. Bermimpi sudah kali”, jawab Danyl.
“Alalala… Comel”, cerita punya cerita… Makan punya makan… Tanpa disedari, jam sudah menunjukkan jam 3.50 pagi. Lalu Loretta pun pergi membayar makanan dengan kad kreditnya. Kemudian, mereka terus beredar dari café tersebut.

Sorry inconsistent on updating. please leave a comment so I know you guys is supporting me. thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience