Chapter 6

Young Adult Completed 1349

Malam menjelang tiba. Matahari kian mengundur diri dan mula menunjukkan wajahnya. Cuaca pada malam ini sangat bagus dan diharapkan kekal sehingga tamatnya aktiviti perkhemahan ini. Baru sehari perkhemahan ini dijalankan sudah membuatkan hati mereka yang mengikutinya berasa ingin putus asa kerana aktiviti yang sungguh padat. Ahli kumpulan V-GIRL dan kumpulan Giler-giler Boh berasa sangat penat, serasanya hendak terus tidur dan melelapkan mata hingga matahari tegak di atas kepala namun mereka perlu melakukan tugas mereka selepas ini. Pelajar yang mengikuti perkhemahan ini duduk di tapak perhimpunan menghadap ke arah guru yang sedang berucap.
“Okay. Cikgu Matheus akan bagi kamu kumpulan untuk menjaga pada waktu malam. Setiap kumpulan ada 6 orang dan cikgu minta maaf kerana ada sesetengah kumpulan yang kurang ahli kerana ramai pelajar yang tidak melibatkan diri dalam perkhemahan ini. Tapi jangan risau, guru-guru ada membantu kamu. Kami tidak akan membiarkan kamu bertugas secara independent atau tanpa pengawasan”, ucap Encik Ray.
“Terima kasih Encik Ray. Baiklah pelajar-pelajar sila dengan baik-baik. Shae, Loretta, Cassee, Danyl, Jevonn dan Franco kumpulan pertama. Olliver, Zuriel, David, Brad, Jake dan Radly kumpulan kedua. Kumpulan ketiga ialah Malcolm, Ezra, Dahlia, Sapphira, Bran dan Aaliyah. Pembahagian tempat akan diberitahu oleh Cikgu Ray sebentar nanti”, kata Encik Matheus. Beliau terus sambung mengagihkan kumpulan manakala murid-murid yang telah diberi kumpulan mulai berganjak menuju kepada ahli kumpulan masing-masing. Setelah beberapa minit, mikrofon juga bertukar tangan daripada Encik Matheus kepada Encik Ray kembali.
“Kumpulan pertama sila bersiap sedia kerana kumpulan kamu yang akan beryugas selepas ini. Sebelum itu, cikgu akan menetapkan pasangan kamu kerana walaupun kamu satu kumpulan kamu juga perlu dibahagikan kepada beberapa tempat di sekitar perkarangan sekolah ini”, ujar Encik Ray.
“Shae dan Danyl di pagar utama sekolah ini. Loretta dan Jevonn di pagar yang menuju ke padang iaitu di bahagian belakang sana. Cassee dan Franco pula akan menjaga di bahagian jalan menuju ke tandas” sambungnya lagi. Jelas terpapar wajah-wajah tidak berpuas hati yang sangat ketara. Cassee, Shae dan Loretta sudah berancang untuk duduk bersama sambil bercerita sepanjang malam namun punah harapan mereka dengan penentuan pasangan yang tidak boleh diterima pakai lebih-lebih lagi dipasangkan dengan lelaki yang mereka tidak gemar. Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain dengan raut muka pasrah. Dan mengangguk-angguk lemah.

“EEE… boring oh menjaga ni bah”, Shae meluahkan ketidakpuashatiannya kepada Danyl yang duduk di sebelah sambil menongkat dagu.
“Itulah. Aku mau berkhemah ni kunun mau berseronok”, Danyl juga bersetuju dengan kata-kata Shae.
“Jadi sekarang? Mari kita pasang unggun api”,
“Bah, ayo”, Danyl berdiri lalu mengambil kayu yang tersedia dan cuba untuk menghidupkannya. Lima minit masa yang diambil untuk menghidupkan unggun api tersebut.
“Hmm. Dapat pun pasang”, Danyl melepaskan keluhan.
“Tahniah jalah”, Shae tidak berpengalaman dalam hal-hal sebegitu kerana selama ini semuanya telah disiapkan oleh pembantu-pembantunya. Tidak berapa lama kemudian, Puan Linny datang mendekati mereka berdua.
“Okay, kamu dua bolehlah pergi berehat. Habis sudah masa menjaga kamu”, katanya.
“Terima kasih cikgu. Selamat malam”, ucap Shae dan Danyl serentak.

DI slah satu sudut iaitu pagar bahagian belakang kelihatan dua orang pelajar yang duduk dengan muka masam mencuka.
“Eh, menyesal aku ikut perkhemahan ni bah”, keluh Loretta.
“Hmm, kenapa pula”, kata Jevonn sambil mendengus.
“Hmm… Buat-buat tidak tau lagi ni budak. Aku tidak suka”,
“Well, aku tau. Kau tidak suka berpasangan sama akukan? Kau fikir aku suka berpasangan sama kau? Tolonglah”,
“Menyampah aku sama kau ni. Jauh-jauh kau sana”,
“Tidak kisah. Pergi kasih bagus tu unggun api daripada kau memanas tengah malam ni”,
“Ish. Geramnya aku dengan kau ni”, marah Loretta. Dia menguis kayu unggun api dengan menggunakan kayu yang lain dengan kasar. Jevonn hanya mencebik bibir kemudiam menjeling Loretta. Suasana hening diantara mereka. Hanya kedengaran bunyi cengkerik di malam hari. Masing-masing melayan perasaan geram.
“Bah, kamu pergilah tidur. Nanti diorang David dan Brad lagi yang sambung menjaga”, kata Encik Ray.
“Okay cikgu. Terima kasih”, ucap Jevonn.

PASANGAN sepupu itu sedang asyik bercerita hingga tidak sedar masa menjaga mereka hampir tamat.
“Mengantuk aku. Baru ja mau landing tadi bah”, kata Cassee sambil menguap tanpa menutup mulutnya. Mulut dibuka seluas-luasnya sebesar mulut singa.
“Baru kau tau. Tidurlah kau dulu”, ejek Franco yang sudah biasa dengan keadaan itu sejak mereka kecil lagi. Sedikit sebanyak dia berasa kasihan juga dengan sepupunya ini. Cassee antara orang yang berjuang habis-habisan dalam kumpulan mereka untuk menang pertandingan hari ini.
“Kau?”,
“Inda apalah. Aku belum mengantuk juga lagipun aku memang biasa belajar sampai jam 3 pagi”,
“Oh… tidak jadilah aku tidur”,
“Aii, kenapa?”,
“Sengaja”,
“Eseh-eseh. Sweet ja cikgu tengok kamu ni”, usik Encik Cleavon.
“Eh, cikgu ni bikin terkejut ja bah”, Franco menoleh ke belakang. Encik Cleavon hanya tertawa kecil. Cassee pula terpinga-pinga melihat Encik Cleavon, lalu Encik Cleavon mengarahkan mereka untuk masuk tidur.

Here's the extra chapter for this week . thank you for your support . I'll appreciate your donation too hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience