Jevonn terpaksa pulang pada hari kedua percutian mereka kerana dia mendapat panggilan bahawa adiknya pengsan kerana demam panas yang teruk. Mereka semua menghantar Jevonn ke lapangan terbang. Semua bersimpati kerana mereka tidak sempat membuat aktiviti bersama. Nasib sahaja mereka sempat mengambil gambar berenam ketika sampai di Filipina. Ada juga gambar yang dapat dibingkaikan dan dijadikan polaroid. Selepas menghantar Jevonn ke lapangan terbang mereka singgah di restoran yang terkenal di Cebu ini iaitu Azabu Restaurant. Azabu Restaurant mengkhususkan diri dalam masakan tradisional Jepun dalam suasana moden dan kelas atas. Restoran ini menawarkan hidangan asli dari Jepun seperti Teppanyaki dan Sushi. Tiga orang gadis itu memesan Sushi manakala dua orang lelaki itu ingin mencuba makanan baharu kononnya jadi mereka memesan Teppanyaki. Pembantu peribadi mereka hanya makan Omelette dan Onigiri sahaja.
“Weh, cerah ja aku nampak cuaca ni. Ngamlah kita mahu pergi hiking nanti”, kata Franco memecah kesunyian.
“Hikingkah aktiviti pertama kita kamu bilang hari tu?”, tanya Danyl pula.
“Ya”, jawab Cassee. Dia yang mencadangkan untuk pergi mendaki gunung.
“Alamak! Malasnya sistur”, rungut Shae.
“Ah… Kalau kau semua pun malas”, kata Loretta sambil mencebir bibir.
“Eh, macam kau inda biasa”,
“Okay stop. Kami mahu pergi ready ni cepatlah makan”, arah Franco lalu dia menjamah Teppanyakinya.
DANYL memerhati sekitar gunung yang bakal didaki meeka itu. Sangat indah. Matanya pula beralih memandang Cassee yang mengikat tali kasutnya dan di belakangnya ada pembantu peribadinya yang ralit memerhato Cassee. Mungkin tidak mahu Cassee terlepas dari pandangannya. Dia mengalihkan pula pandangannya ke arah Shae. Terpapar raut muram di wajahnya yang putih melepak itu. Dari hari pertama dia berada di Cebu, Filipina ini lagi dia mengatakan dia tidak suka aktiviti yang boleh mengotorkan diri. Katanya dia lebih suka aktiviti yang esktrim seperti menunggang kuda dan aktiviti sukan air. Lamunannya terhenti apabila Loretta menyergahnya dari belakang.
“Woi! Apa ni tengok-tengok orang sambil senyum-senyum. Pervertkah? Atau high?”, gurau Loretta.
“Eh gilakah? Aku ni belum lagi bodoh mahu makan benda-benda begitu”, walaupun kadang-kadang Danyl menghisap rokok elektronik tapi dia belum sampai ke tahap menghisap dadah.
“Kali bah. Kau ni lain sikit. Rasa ingin mencuba kau tu sukar dikawal”, sindir Loretta separuh bergurau. Danyl hanya diam. Malas menidakkan kerana memang betul.
“Bah… Sudah readykan? Okeyy doa dulu”, kata Franco. Selesai berdoa, mereka terus mendaki Osmena Peak, puncak tertinggi di Cebu bersama beberapa orang yang lain dan pemandu pelancong yang lain dengan ketinggian puncak 1 013 meter dari paras laut. Sepanjang jalan V~GIRL tidak habis-habis mengambil gambar dan berswafoto antara mereka. Jadi mereka mengambil masa dua jam lima belas minit untuk sampai ke puncak.
“Gilalah. Punya lawa”, kata Danyl. Terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan. Dilihat sekeliling dengan perasaan teruja melihat gunung-gung yang menghijau. Cassee pula terus meneguk dua teguk air kerana kepenatan. Cuaca yang redup hari ini tidak membuatkan mereka terlalu kepanasan tetapi cukup untuk membuat Shae dan Loretta berpeluh hingga terbatuk-batuk kerana kepenatan. Setelah kepenatan mereka redah, mereka mengambil gambar bersama. Hari tiba-tiba mendung, pemandu pelancong yang bertugas memberi arahan untuk turun dari gunung dengan pantas dan berhati-hati kerana dibimbangi hujan akan turun.
Don't forget to leave a comment . Thank you
Share this novel