Dua minggu cuti persekolahan telahpun berlalu, mereka kembali ke sekolah seperti biasa. Sewaktu Shae sibuk bermain dengan telefonnya itu, Encik Cleavon tiba-tiba memanggilnya.
“Saesae, masuk dulu bilik guru. Tolong cikgu sikit”, arah Encik Cleavon. Satu-satunya guru yang memanggil Shae dengan nama samaran.
“Kejap cikgu. Saya pakai kasut dulu”, kata Shae. Menurut tanpa banyak soal. Dia memang begitu, jika berada di dalam kelas dia akan menanggalkan kasut. Encik Cleavon menunggu Shae yang sedang memakai kasut dengan tangan yang bersimen. Tentu menyukarkan gadis itu melakukan apa-apa sahaja.
“Okay jugakah tangan kau tu?”,
“Okay jugalah cikgu. Debilang tu doktor buat senaman tangan sikit-sikit supaya cepat sembuh”,
“Oh ngamlah cikgu panggil kamu ni”,
“Cikgu, saya pergi tandas dulu. Nanti saya datang”, pamit Shae dan meninggalkan Encik Cleavon sendirian. Setelah selesai mencuci tangan dia terus menuju ke bilik guru. Tok tok tok… Pintu bilik guru diketuknya.
“Come in”, kedengaran suara Encik Matheus dari dalam bilik guru. Shae masuk dan melemparkan senyuman ke arah Encik Matheus. Langkahn ya terus diarahkan ke meja Encik Cleavon.
“Kenapa cikgu?”, tanyanya sebaik sahaja sampai di hadapan meja Encik Cleavon.
“Hmm… Nah, pergi susun sana”, arah Encik Cleavon sambil menyerahkan kotak fail-fail perguruan yang agak banyak. Kotak itu diambil dan diselit ke pinggangnya kerana tangannya yang tercedera itu tidak dapat menampung kotak itu maka dia menggunakan pinggangnya untuk menampung berat kotak itu.
SEWAKTU Shae sedang sibuk menyusun fail-fail tadi, dengan tidak sengaja dia terdengar guru-guru sedang bercerita tentang satu perkara yang menarik perhatian.
“Cleave, sekarang murid pun macam cikgu sudah”, kata Encik Vic.
“Apa tidak, satu orang murid pindah, pindah lagi satu orang murid pergi sini”, jawab Encik Cleavon.
“Ya. Kelmarin si Olliver pindah pergi Nova International Highschool terus budak dari Nova International Highschool juga ynag pindah pergi sini”, beritahu Encik Matheus.
“Yang dulu lagi tu Vic, si Zuriel pindah pergi St Lauren International Highschool bertukar lagi sama si Jevonn”, terang Encik Ray pula. Kebanyakan sekolah swasta di kawasan ini memang bertaraf antarabangsa.
“Ermm… Cikgu Cleave, siap sudah”, tiba-tiba Shae mencelah. Tidak sabar pula hatinya ingin memberitahu apa yang didengarinya sebentar tadi.
“Okay. Terima kasih ya”, ucap Encik Cleavon seraya memberikan senyuman yang mengusik Shae.
“Ish… Cikgu ni”, Shae sudah biasa dengan perangai gurunya yang suka benar menyakat dirinya.
Sorry for the late update . Don't forget to leave a comment
Share this novel