Chapter 14

Young Adult Completed 1349

Matahari sudah tegak di atas kepala tetapi ketiga-tiga anak teruna dan anak dara itu masih belum terjaga dari mimpi indah mereka. Cahaya mentari dari sebalik tingkap dan pintu kaca berhadapan koridor tepat menyuluh ke arah mata Cassee yang separa sedar. Dikerling Loretta dan Shae yang masih nyenyak. Tergelak kecil dia melihat gelagat mereka ketika tidur. Loretta tidur dengan selimutnya yang separuh daripadanya sudah berada di atas lantai. Shae pula cara tidurnya lebih sopan namun masih memeluk bantal busuk yang telah dia gunakan dari umurnya 5 tahun. Dia tidak boleh tidur tanpa bantal busuknya itu. ‘Aduhai Sae… Macam manalah kau ni kalau sudah kahwin’, bisk hati kecil Cassee. Bilik hotel ini sudah cukup besar untuk mereka bertiga dengan sebuah bilik yang boleh memuatkan tiga buah katil bersaiz queen dan almari pakaian, mempunyai tandas yang laus dan juga koridor. Termasuklah juga dengan ruang tamu dan dapur yang mempunyai ruang makan sekali gus. Luas da mewah VIP Suites ini. Dilihatnya jam sudah pun menunjukkan jam 8.30 pagi. Dia bingkas bangun dan membuat sarapan. Hotel ini sememangnya menyediakan sarapan atas katil atau in bed breakfast tetapi Shae hanya memesan nasi putih dan roti sahaja daripada pekerja hotel tersebut kerana memang menjadi kebiasaan bagi Cassee membuat sarapan untuk keluarganya walaupun dia mempunyai pembantu rumah. Ini kerana dia merupakan anak tunggal kepada Puan Sri Shaana. Ayah Cassee baharu sahaja meninggal dunia sewaktu umurnya 15 tahun. Kuburan ayahnya masih lagi merah. Setelah itu, Cassee menggoreng telur mata enam biji lalu meletakkannya di atas nasi goreng yang telah dimasaknya tadi menggunakan bahan-bahan yang dibeli oleh pembantu peribadinya tengah malam semalam di E & W Store. Dia telah membahagikan nasi goreng itu ke dalam enam buah pinggan. Sementara menunggu empat biji telur rebus tersebut mendidih, dia membancuh kopi Mocha ke dalam jag yang tersedia di kabinet dapur. Disediakan juga cawan-cawan yang cukup lalu diletakkan di atas meja makan.
“Wangi juga. Apa kau masak ni?”, tanya Shae sambil menguap. Masih mengantuk dan belum mandi. Apa tidaknya dia dan Loretta tidur jam 5 pagi dek kerana bercerita tidak ingat dunia. Rambutnya yang kusut-masai digaru-garu. Perutnya juga digosok-gosok menunjukkan dia lapar.
“Weh… Selekehnya… Pergi cuci muka sana. Jangan dekat-dekat. Tercemar makanan aku. Penat-penat aku masak”, marah Cassee. Shae ketawa. Sejurus dengan itu, dia terus berlalu pergi dan mandi. Cassee meneruskan kerjanya sambil bersenandung. Setelah mengupas kulit telur rebus yang telah masak itu, dia memotong telur rebus tersebut berbentuk kiub kecil lalu memasukkannya ke dalam mangkuk besar. Telur rebus yang telah dipotong-potong itu dicampurkan dengan mayonis kemudian menyapukannya ke atas buku roti untuk dijadikan sandwic. Sayur salad dan tomato yang telah dihirisnya tadi juga diletakkan ke dalam sandwic tersebut. Sewaktu Cassee menyediakan sudu dan garpu, kedengaran bunyi loceng di muka pintu. Dia membiarkan sahaja menunggu Shae yang pergi membukanya.

SHAE berdiri di koridor setelah selesai mandi. Dia memandang kota kecil yang membangun ini. Menurut cerita-cerita yang diceritakan oleh Jevonn, tempat ini merupakan tempat yang sangat kolot namun Kota Cebu ini tidaklah seperti yang dikatakan Jevonn. Ding dong… Bunyi loceng pintu bergema. ‘Haih… Kacau eh orang baru mahu healing sekejap’, getus hati Shae.
“Sabar”, jeritnya lalu membuka pintu. Memang tidak salah lagi, lelaki-lelaki ini datang untuk makan.
“Tersengih-sengih. Masuklah. Macam tidak biasa”, katanya lagi melihat mereka bertiga masih tersenyum di muka pintu. Loretta baru keluar dari bilik tidur mereka dan terus menuju ke dapur bersama-sama mereka yang lain.
“Wow amazing! Siapa yang masak ni? Banyaknya”, tanya Franco. Tergamam dia melihat makanan yang terhidang di hadapan mereka. Semua teruja kerana mereka semua memang tidak berapa gemar makan di luar.
“Siapa lagi kalau bukan Cik Chloe Cassee Caroline anak Puan Sri Shaana”, Shae mempersembahkan Cassee.
“Mantaplah! Ini yang kami sayang kau ni Cass”, kata Danyl lalu melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Franco. Dia menggosok-gosok tangannya sambil melihat juadah yang ada di atas meja dengan mata yang seperti tidak makan dari kurun 18 lagi.
“Wah… Meleleh-leleh air liur. Tidak tahu baca doa makan sudah?”, tegur Loretta yang sedari tadi memerhati tinglah laku Danyl. Danyl tersengih lalu membaca doa makan dengan suara yang kedengaran. Cassee yang menuang kopi Mocha ke dalam cawan hanya tersenyum melihat mereka. Tidak lengkap hari mereka kalau tidak saling menyindir. Dia sudah masak dengan perangai mereka semua.

SELESAI sahaja mereka makan sarapan, Shae terus mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan. Loretta pula sibuk mengemas bilik mereaka yang dah macam tongkang pecah. Cassee sedari tadi telah keluar bersama pembantu peribadinya. Katanya nak beli makanan ringan untuk makan malam nanti sambil sembang-sembang. Lelaki tiga ekor tu? Hmm… Apa lagi kalau bukan melepak main game. Seorang main Mobile Legend, seorang main PUBG dan seorang lagi masih setia denga game Clash Of Clannya atau lebih dikenali sebagai COC. Macam tiada bilik sendiri nak lepak bilik orang.
“Weh, Jevonn… Kau bilang tempat ni kampung? Okay ja pun membangun’, Shae tiba-tiba memekik. Dia keluar dari dapur dan duduk di sebelah Jevonn.
“Itu time 9 tahun yang lalu. Kau tahukah last aku pergi sini time aku tahun 2. Bayangkan sekarang aku sudah last year high school. Lamakan?”, Jevonn memjawab dengan matanya yang masih tertumpu dengan PUBGnya itu.
“Haih, noob”, sindir Shae. Alat kawalan jauh di meja kopi dicapai. Dia menonton satu persatu wayang yang disiarkan namun tiada satu pun kena di hatinya. Loretta keluar dari bilik.
“Sae, aku ada wayang siok. On Netflix”, beritahu Loretta. Sewaktu tangannya sibuk menekan-nekan alat kawalan jauh itu Cassee pulang dengan berbagai-bagai jenis makanan ringan siap ada mi segera lagi. Bolehlah mereka makan jika lapar tengah malam.
“Banyak jua shopping”, kata Franco. Dia memandang sekilas ke arah makanan yang dibeli Cassee.
“Biasalah tu”, jawab Cassee. Ringkas.
“Cass, jom tengok wayang siok”, ajak Loretta.
“Apa tajuknya?”, tanya Cassee sambil menyerahkan keropok Filipina yang berperisa BBQ kepada Loretta, perisa cheese untuk Shae dan perisa Hot & Spicy untuknya. Keropok mula bertukar tangan.
“The Gifted”,
“Weh, kami punya mana?”, tanya Franco tiba-tiba.
“Ambil sendiri”, Cassee menjawab pertanyaan Franco. Wayang bermula. Cassee bertanya lagi.
“Orang putihkah ni?”,
“Tidaklah. Tagalog. Memandangkan kita di Philippine sekarang ni, tengoklah wayang tagalog”, jawab Loretta. Selamba keropok yang dipegangnya dimasukkan ke dalam mulut.
“Hmm… Bagus. Cerita pasal apa ni?”, tanyanya lagi.
“Pasal best friend bergaduh”,
“Diam-diam kamu eh. Banyak songeh betul”, marah Shae. Dari tadi dok bercerita tak pandai habis mana ada feel tengok wayang kalau begitu. Dengan bunyi bising game yang dimainkan tiga ekor tu lagi. Wah… Bukan panggung namanya tu.

Sorry inconsistent on updating. please leave a comment so I know you guys is supporting me. thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience