Woii kumpulan Giler-giler Boh, kami ni dari kumpulan V-GIRL you all know?”, sergah tiga orang perempuan ala diva dengan memakai baju pinafore panjang lengan.
“Ceh, apalah tu V-GIRL? Langsung tiada maksud. Macam kami punya nama kumpulan bah ada maksud”, ujar salah seorang dari kumpulan Giler-giler Boh iaitu Laura. Laura seorang yang berpesonaliti yang kasar namun sangat baik hati. Dia sentiasa merendah diri walaupun dia seorang yang berkemampuan.
“What? Kau cakap nama kumpulan ni tiada maksud? Kami punya nama kumpulan lagi lawa maksudnya ah. Cass cuba kau kasih tau diorang ni apa maksud nama kumpulan kita”, kata Shae. Sedikit tercabar. Shae seorang yang ayu namun sangat panas baran. Dia juga seorang yang datang dari keluarga yang berada.
“V maksudnya Victoria. Jenama minyak wangi yang kami pakai Victoria Secret. G maksudnya Ghost. I means In. R maksudnya Real and L maksudnya Life. So, kalau disambungkan maksudnya Victoria Ghost In Real Life. So, terbentuklah nama kumpulan V-GIRL. Lawa kan?”, terang Cassee dengan jelas sekali. Cassee seorang yang befikiran terbuka dan sentiasa tenang menghadapi masalah. Dia adalah anak tunggal kepada uasahawan terkenal dan berjaya di Malaysia.
“Eh mesti, nama kumpulan kami ni memang sentiasa lawa”, sokong Loretta. Loretta juga seorang yang berketurunan bangsawan. Dia merupakan seorang yang comel kerana bentuk badannya lebih berisi berbanding tiga lagi adik-beradiknya yang lain. Namun begitu, Loretta seorang yang yakin diri dan berkarisma dalam semua hal yang dia lakukan.
“Eh, Sudahlah kamu. Bye lah. Boring di sini”, menyampah Danyl mendenganya lalu segera meninggalkan bilik yang selalu kosong itu. Mereka menamakan bilik tersebut Meet & Greet Room kerana hanya bilik itu yang tidak digunakan di sekolah itu selama bertahun-tahun. Danyl merupakan seorang yang sentiasa ceria dan selalu menyakat Shae. Dia hanya orang yang sederhana dan bapanya bekerja sebagai guru.
“Bye”, Balas semua orang yang ada di situ sambil melihat Danyl menghilang di sebalik pintu.
SUASANA di Elips International High School agak sunyi ketika ini kerana pelajar-pelajar berada di dalam kelas masing-masing untuk belajar. Tetapi seperti biasa suasana agak kucar-kacir sedikit di kelas tingkatan 4 Galaxy dan tingkatan 5 Nebula kerana tiada guru yang masuk mengajar. Sekolah swasta ini hanya sesetengah orang sahaja yang dapat belajar di tempat ini kerana yuran persekolahannya yang sangat tinggi hingga mencecah RM200 setiap bulan. Kelihatan kumpulan V-GIRL baru keluar dan menuju ke tempat biasa dimana semua pelajar sangat takut untuk masuk ke tempat itu. Ketika mereka bertiga masuk ke dalam bilik MGR kumpulan Giler-giler Boh sudah berada di sana terlebih dahulu.
“Bertemu kembali”, kata Shae sebaik sahaja membuka pintu.
“Hmm PCP buruk lagi”, omel Shae setelah terlihat Danyl yang sedang duduk memetik gitar.
“Eh diamlah kau sana”, Danyl mencebik apabila dipanggil PCP. PCP ialah akronim bagi Pembuat Cuaca Panas. Gelaran itu dicipta oleh Shae ketika mereka bergaduh dahulu. Melihat Shae mengganggu Danyl, timbul perasaan Loretta hendak mengusik Zuriel. Zuriel merupakan seorang warganegara Filipina yang berpindah ke sini semata-mata hendak melanjutkan pelajaran namun dia sering menghadapi masalah kewangan sepanjang pengajiannya di sekolah ini. Oleh itu, Elips International High School memilih untuk menaja pengajian Zuriel selamma 3 tahun berturut-turut dengan syarat pelajar yang ditaja perlu cemerlang dalam setiap peperiksaan tahunan. Jika didapati pelajar berkenaan tidak melepasi tahap minimun maka tajaan akan ditarik balik dan pelajar yang ditaja terpaksa membayar jumlah tajaan dalam masa tiga bulan. Jika pelajar berkenaan tidak dapat membayar jumlah tersebut maka pihak sekolah akan menghantar surat saman kepada ahli keluarga pelajar.
“Zuriel hitam, zuriel hitam”, ejek Loretta sambil ketawa terbahak-bahak.
“Hmm, nanti sendiri yang jadi hitam baru tau”, marah Zuriel. Sebenarnya mereka sudah lali dengan ejekan seperti itu kerana mereka menganggap itu Cuma gurauan semata-mata.
“Wuu, takutnya kita”, balas Loretta sambil tersegih-sengih seperti kerang busuk.
“Kamu tengoklah cousin aku ni barulah budak baik. Tidak pandai mengejek”, puji Franco. Franco merupakan anak kepada pemilik Elips International High School yang juga merangkap pengetua sekolah ini. Franco seorang yang pemalu dan kurang suka berkomunikasi dengan orang yang baru dikenalinya.
“Ih, siapa cakap? Pleaselah kau tu gemuk”, kata Cassee tapi dia juga ketawa.
“Menyesal aku puji kau. Aku tarik balik”, rajuk Franco dan mereka semua pun ketawa. Franco dan Cassee memang ada bau-bau bacang sebab itu mereka berdua agak rapat.
“Bye you all, aku pigi dating dulu yer”, Shae mngubah topik. Sejurus itu, dia terus bangun dan keluar dari bilik itu. Sebenarnya dia keluar kerana loceng untuk balik sudah berbunyi.
“Zuriel, kau tidak jealous?”, tanya Laura dengan senyuman sinisnya.
“Tidaklah. Aku tidak kisah dia dating sama siapa”, jawab Zuriel dengan tenang. Zuriel pernah menaruh perasaan pada Shae namun ditolak tanpa diberikan satu peluang langsung.
“Nanti Zuriel tu mau pigi dating sama Wani”, duga Loretta.
“Bye you all, See you tomorrow”, Cassee juga keluar dari bilik tersebut.
“Sane time, same place”, Loretta sempat berkata kepada Cassee sebelum Cassee menutup pintu bilik MGR.
“Bye”, kata rakan-rakannya yang lain.
Hi, I'm Leia Lee. The author of Memori Tercipta. This my first novel I did on 2014 and rewrite it in 2019 and finally finished the better version on 2024 . Please don't hate the incompetent and thank you for reading it to the end . I promise I'll be even better by time . Thank you
Share this novel